CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304007|Reply: 314

(Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia

    [Copy link]
Post time 6-2-2010 10:01 AM | Show all posts |Read mode
(Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia                                        by Admin [ Master G ] on January 29, 2010
                                        in Dunia Hiburan & VVIP
                               
                               

Okey…..untuk koleksi rumah mewah milik orang-orang kaya (VVIP) di Malaysia,kita mulakan terlebih dahulu dengan rumah Datuk Najib. Ini merupakanrumah peribadi Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri RosmahMansor.


Sekarang ini beliau pun sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, jadi kediaman rasminya ada di Seri Perdana Putrajaya


Bagi yang biasa mengikuti perkembangan di Berita Semasa, apabila disebut sahaja nama Datuk Syed Azman, pastinya akan terlintas gelaran Raja AP yang begitu dekat dan sinonim dengan individu ini. Tetapi sekarang ini beliau tidak lagi memiliki AP.
Sesuailah dengan keluasan kawasan rumahyang dimiliki sekarang ini memudahkannya mendaratkan koleksi helikopteryang dimilkinya.  Rumah mewah ini didiami oleh Datuk Syed Azman  SyedIbrahim bersama-sama dnegan isterinya Datin Sharifah Aza Syed Adnan.
Jadi pekerja Datuk Syed Azman bolehdikatakan untung. Rumah mewah Datuk Syed Azman ini disediakan sekalirumah untuk pekerjanya di bahagian basement.




Rumah dan kediaman Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Dr. Munir Majid dan isterinya

Ini pula, rumah, bekas Menteri Kesihatan iaitu YB Datuk Seri Chua Jui Meng dan isterinya

Kediaman bekas Speaker Dewan UndanganNegeri Perak dan juga bekas Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri RamliNgah Talib dan isterinya, YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah

Rumah istirahat dan juga persinggahanbagi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad danisterinya Toh Puan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Rumah mewah milik Datuk Khatijah Ahmad dan suami Datuk Ahmad Kadis.Boleh digelarkan iron lady Malaysia dan wanita yang berpengaruh diMalaysia.
Jika beliau mengistiharkan semuapegangan saham milik syarikatnya iaitu KAF Discounts Berhad, KAFSeagrott Campbell dan lain-lain lagi, ia boleh mencecah sekitar angkaRM1 billion.

Kalau nak lihat white house versiMalaysia, inilah dia. Rumah bekas CEO Petronas dan mantan TimbalanPerdana Menteri, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Che Puan NoorYvonne.


Rumah YB Dato Seri Annuar Musa dan YB Datin Seri Rosniah

Rumah milik peribadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman

Rumah Allahyarham Tan Sri Dato S.MNasimuddin Amin dan balunya Puan Sri Zaleha Ismai yang juga ayah kepadaCEO Naza sekarang ini iaitu SM Nasaruddin. Rumah ini dibeli dalam satuacara lelongan di Danaharta sekitar RM6.5 juta pada tahun 2001.

Rumah Tan Sri Dato Francis Yeoh danmendiang iaterinyaPuan Sri Rosalind Yeoh. Beliau merupakan anak sulongkepada billionaire Malaysia, mendiang Tan Sri Dato’ Seri Yeoh TiongLay. Sekarang ini beliau merupakan CEO YTL Group.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2010 10:03 AM | Show all posts
(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2                                        by Admin [ Master G ] on February 2, 2010
                                        in Dunia Hiburan & VVIP
                               
                               
Ini merupakan paparan bagi siri yang kedua dan artikel hari ini merupakan sambungan daripada (Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia. Kalau diikutkan inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Betul ker?

Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.

Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia




Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalaudahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikatketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliaumerupakan Menteri Besar Selangor.

Rumah Yang Mulia Tunku Haitham Tunku Sulong dan isterinya

Rumah Yang Mulia Tunku Putri Barirah Tunku Sulong dan suaminya

Rumah bekas Menteri Kewangan, Tun DaimZainuddin dan Toh Puan Mahani Idris. Dapat tengok pagar punjadila….kan. Rumahnya berada di atas bukit more of palace actually yangterdapat pelbagai kemudahan seperti surau dan juga mempunyai pencawangelektrik sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh semak melaluiaplikasi Google Earth. Sprawling! Salah satu rumahnya ini di Melawati.
SIAPA tidak kenal bekas MenteriKewangan, Tun Daim Zainuddin. Bertubuh kecil dan tidak sukakanpublisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’. Sayapernah terbaca senarai orang terkaya melalui senaraian di Forbes danjuga di majalah Malaysian Business. Saya sendiri kurang pasti apasebenarnya formula yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalammeletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulanharta. Mungkin ada di sini ingin berkongsi?
Namun seperkara yang menarik adalahnama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individuterkaya di Malaysia. Apatah lagi dikalangan mereka yang terkaya didunia. Jangan tidak tahu, ini kerana Tun Daim Zainuddin merupakanpemilik International Bank of Commerce (ICB)mempunyai 59 cawangan diIndonesia, 23cawangan di Afrika selain tambahan 9 cawangan disebahagian negara Eropah.



Rumah socialite, Yang Berbahagia Datin Normah Ibrahim dan suaminya Yang Mulia Tengku Dato Uzir Tenku Ubaidillah

Rumah  lama Yam Tengku Arif yangmerupakan Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar dan YangMulia Dato Habibah Yusoff.

Rumah Yam Tengku Muhaini Binti Sultan Ahmad Shah dan Yang Berbahagia Mejer Affendi Buang

Rumah Yam Tunku Puteri Tunku Dato Seri Jawahir Binti Tuanku Jaafar dan YB Tengku Dato Seri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Ini pula orang nombor dua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.
Rumah ini pernah dicalonkan dalampertandingan ‘Australian House of the Year’ di Sydney. Villa mewahmilik billionaire dari Malaysia ini, cukup unik dengan pelan luasterbuka dan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri dan sentuhan moden
Rumah itu mempunyai ruang tingkat terbuka yang luas, kolam renangdengan alat pemanas, dua pendiangan, taman dengan landskap yang indahdengan tumbuhan pokok asli dan pemandangan menakjubkan dari seratasudut rumah.
Rumah ladang menakjubkan Kia Oraberharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia T. Ananda Krishnanberhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney. Kia Ora bermaksud“Selamat Datang” dalam bahasa Maori.

Rumah yang dikatakan milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang bernilai RM24 juta.




Rumah pengarah drama dan filem tersohornegara, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Ingat Sembilu Kasih, ingatbeliau. Ingat Gerak Khas, ingat beliau. Kalau dahulu zaman 70 an, DatukYusof Haslam hanyalah seorang konduktor bas mini. Tetapi sekarang hasilusaha keras yang berterusan, beliau kini sudah berjaya.



Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:30 AM | Show all posts
paling suka rumah mukhriz..duduk rumah rasa macam tengah holiday.

bila tengok je gambar2 ni,terus ada motivasi untuk work harder
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:47 AM | Show all posts
pasni tunjukan la plak...pusara2 tercantik org-org kenamaan..baru la balance & ader keinsafan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:53 AM | Show all posts
fuhhh...gedabak2 umah diorang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 11:06 AM | Show all posts
wat umah besar2 2 ramai sgt keyg duduk???harus panggill semua kaum krabat join skali...hehehe...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2010 11:07 AM | Show all posts
fuiyoo!!! tumpang tgk je la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 11:20 AM | Show all posts
leh tmpang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2010 11:38 AM | Show all posts
wah best nyer rumah diaorg...
rumah mendiang tan sri lim goh tong x de ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 11:42 AM | Show all posts
besaq2 nye umah
tkt dok umh bsr ni
tkt antu
hehe
yela msti byk bilik ksg kn,ank2 dorg msti jrg blk,dok ovsea
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 11:50 AM | Show all posts
rumah persinggahan paling cantik
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 12:08 PM | Show all posts
besar2 rumah diorg
tp mesti sunyi je rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 12:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by anakomak at 6-2-2010 12:35

gambar rumah MB Kelantan NIk Aziz takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 07:12 PM | Show all posts
rumah besar2 ni kalau guna duit sendiri
tak jadi hal
kalau guna duit rakyat
sapa mau jawab????????????
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 10:19 PM | Show all posts
adakah alam kubur  mereka selapang  dan seindah rumah mereka didunia.. takut lah tengok rumah org kaya ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:06 AM | Show all posts
BAGUS SEKALI... MOTIVASI UNTUK DIRI SUPAYA BERJAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 01:24 AM | Show all posts
tu reta dunia jer akhirat nti akan ditanya mana dapat duit buat reta semuye akan dihitung
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:45 AM | Show all posts


umah ni kat seksyen 13 shah alam kan? rasa macam aku penah nampak rumah bercirikan melayu tradisional nih masa aku tersesat kat ss 13 arituh.. ke rumah pelanduk 2 serupa tak tahu lah..

btw ada a few other houses yg rasanya macam pernah nampak kat shah alam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:59 AM | Show all posts
gamba2 ni dah ade dalam thread lepas2 kalau x silap
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 02:17 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. bagi motivasi kat kite.. asyik2 tengok umah bangsa laen yang gah..mana aci..
Sape ade umah Tan Sri Eric Chia.. umah dia dengar kata bersambung 5 buah bangalow. Becoz of 5 bangalow tu mengelilingi satu lagi bangalow.. terpaksa tuan punya bangalow menjual kepadanya sebab tak selesa.. gitu ceritanya camne dia men'nyah'kan pemilik bangalow tersebut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.130325 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list