JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
263144
View
1102
Reply

[MISTERI PELARIS]Gerai Makan/Restoran/Warung yang sedap/X sedap.

  [Copy link]

Author: sya_sugar_sugar       Show all posts   Read mode

Post time 7-2-2010 01:16 AM | Show all posts
bahaya tu..
best cerita tuan tanah, pengalaman memberi pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:40 AM | Show all posts
apsal sya_sugar_sugar tulis macam nak tulis pantun tapi tak jadi?
sakit pala membaca nya. topik bagus, isi pun ada la gak, tapi tulis mcm tersekat sekat....

tulis ayat penuh la senang kita nak baca, jgn la ayat kerat kerat...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-2-2010 08:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 7-2-2010 08:25
apsal sya_sugar_sugar tulis macam nak tulis pantun tapi tak jadi?
sakit pala membaca nya. topik bagus, isi pun ada la gak, tapi tulis mcm tersekat sekat....

tulis ayat penuh la senang kita nak bac ...
mega_zord Post at 7-2-2010 01:40


huhuhu... terima kasih Tuan. Jikalau Tuan ada cerita yang berkaitan untuk dikongsikan,,, silalah berbuat demikian,Segala pengalaman mistik dan ngeri Tuan boleh kita nikmati bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:02 AM | Show all posts
hi

aku pun nak tumpang kongs satu gerai ni..  kalau sesapa penah atau sedang study kat usm, pasti pernah ke glugor kan.. haa.. kat situ ada satu gerai mamak kandar tepi jalan yang sentiasa ada orang .. aku pun dulu selalu gak makan...
bukan tak sedap (tapi macam rasa nak pi), tapi mmg sebab sedap la, rasa tak pernah ada restoran mamak yang sama rasanya.. rasa restorran mamak lain lebih kurang sama je rasa.. tapi ni different.. rasa depa ada secret resepi la yang tak pernah diperturunkan kat orang lain... dari dulu sebelum grad hingga sekarang walaupun sudah dekat berbelas tahun.. (mugkin gerai tu pun dah lama ada sebelum aku masuk, tak pula tanya bila dia start operasi). sampaikan dalam hujan pun sanggup beratur panjang (sambil pakai helmet).. hehe... masa tu ada orang kata dia taruh ganja la dadah la.. tapi tak caya sebab masakan dia mmg sedap la..  
tapi yg membuat aku rasa dia tak pakai ilmu apa2 sebab ada member2 aku yang tak suka nasi kandar mmg ta suka la makan gerai tu.. ada yg suka ala2 kadar je (tak de la kemaruk sangat sampai teringat2 na kdatang lagi sekali, mugkin dia mmg tak minat nasi kandar).. tapi kalau bawa orang yg suka nasik kandar, pasti nak lagi..
ni aku dah keje lebih 10 tahun pun, ada masanya bila mengenangkan penang atau lalu penang (nak ke utara), rasa macam nak singgah kejap beli masi kandar.. pernah gurau dgn member yang balik penang, pesan bawa balik sebungkus nasik kandar dia.. hehe
ada sehari tu, tercapai la hajat aku nak merasa nasik dia sejak lebih 10 tahun tak rasa.. tapi time ni aku bawa laki, anak dan sedara makan sana (sebelum nak ke pesta penang)..
fuhhh...... mmg rasa dia masih sama... terubat la rindu.. hehe... rasa tak tukar tapi pekerja je tukar... nak tau apa komen laki, anak dan sedara? depa semua mmg kata sedappp...
laki aku pula dah balik kl ni ada masanya dia kata dia teringat2 rasa nasi kandar tu dan kalau dekat sure nak pi lagi..

tu la citer aku.. tak tau la gerai tu ada gunakan something utk melariskan masakan dia..  harap2 tak ada la...  sebab masakan dia mmg sedap la...  
kalau sesapa nak rasa boleh try

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:57 AM | Show all posts
Ada satu kedai kat Simpang Ampat Penang tupun sedap sangat nasi kandar dia...dari pagi dia buka...kalau pukul 2 ke atas tu...memang dah licinlah...kalu pergi dari pagi pun...mesti dah kena beratur panjang...cina ramai pergi makan kat situ...kedai tu orang melayu punya...semua pekerja dia melayu...orang tempatan...anak beranak dia je rasanya...

Kami biasa kalau teringin makan nasi kandar...mesti makan kat kedai tu...maklumlah...kedai2 yang bangsa lain ni...agak was2 sikit nak pergi...tengok kuku pekerja2 diorang pun dah nak muntah...so kalau makan kat kedai ni...memang takdelah was2...dan Insya Allah...yakin memang takdelah guna2 untuk melariskan jualan dia...sebab makanan dia original sedap......
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-2-2010 10:00 AM | Show all posts
hi

aku pun nak tumpang kongs satu gerai ni..  kalau sesapa penah atau sedang study kat usm, pasti pernah ke glugor kan.. haa.. kat situ ada satu gerai mamak kandar tepi jalan yang sentiasa ada oran ...
mieraedoera Post at 7-2-2010 09:02



aku rasa hang ni pi makan kat kedai yang nama dia "NASI KANDAR BERATURQ".
aku tak berapa ingat. masa kiat turun Penang hari itu, ada sekelompok member pergi nak saksikan & rasakan sendiri
'aura' & suasana Nasik Lemak Beraturq ker... Nasik Kandarq Beraturq ker....
Tak pastilah. Tapi kat penang ada 2 kedai yang mengamalkan konsep yang sama.


Satu lagi Nasik Kandar Line Clear.


Mengikut feedback dari member aku yang bawak reramai kelompok member makan kat NAsi Kandarq Beraturq tuh...

1. "heranlah... orang beratur sampai ke jalan-jalan,.... dia wat selamba ajer tak buka kaunter... macam sengaja dia buat org beratur agaknya, nak jadikan gimik & trademark yang menimbulkan thrill, identiti pada kedainya"

2."makanan biasa sahaja, tapi part suruh customer queue baru dia buka at certain time, kalau tak salah pukul 9 malam...."


Tak pastilah.
Aku ada google Nasi Kandar Line Clear images & photo tadi... tapi tak ada pulak gambar customers sampai beratur.
Jadi, kepada sesiapa yang pernah menikmati pengalaman di Nasi Kandar Beratur & Mana2 Nasi Beratur...
Eh.. nasi yang memebuatkan customer sentiasa beratur walau hujan, ribut petir sekalipun
tetap tak berganjak... sila-silakan berkongsi dengan pembaca di sini.


TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 12:03 PM | Show all posts
Memandangkan ini thread pasal nasi lemak, ada sesiapa yg ada cerita tentang nasi lemak internasional kampung baru tu? Kul 2 pagi pun orang beratur, dari dulu sampai sekarang pun masih serupa tu jugak.

Aku makan situ ada la 4-5 kali tapi tak pernah la terasa macam sedap sampai teringat-ingat. Pergi pun samada sebab meneman orang ataupun sebab saja mengidam nasi lemak tengah2 malam.

Tengok periuk lauk dia pun macam tak menarik je, macam orang masak kawah. Semua lauk dia pun merah2 je, semuanya pun sambal.  Berbeza dgn makcik yg jual tepi jalan yg masak lauk sikit2 tapi banyak jenis. Tapi orang masih beratur gak kat kampung baru tu.

Dulu2 ada pernah dengar orang cerita kata tuan dia letak pelaris dlm lauk dia. Aku dan famili tak pernah la terasa kempunan nak makan selalu situ walaupun bila lalu situ, tapi ramai gak kawan2 aku yg asik saja cakap nasi lemak situ sedap sangat....ada sesiapa nak kongsi pengalaman???
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:04 PM | Show all posts
I anak jati kelahiran kampung baru...tapi kalau tak silap...sepanjang hidup di kampung baru dah berpuluh2 tahun dan semenjak nasi lemak antarabangsa membuka kedainya kalau tak silap berbelas tahun lalu...i beli nasi lemak di situ tak sampai pun 10 kali...apatahlagi sekarang dah merantau menumpang di negeri orang...lagilah tak berpeluang nak makan nasi lemak antarabangsa selalu...bila berpeluang balik KL pun...jarang sangat beli/makan nasi lemak antarabangsa tu...biasanya cari lontong...cos sini susah nak dapat lontong sedap macam lontong pure yang jual kat kampung baru tu.........

Tapi takde pulak rasanya nasi lemak dia membuatkan ketagih pulak...siapa yang ketagih tu...rasanya sebab psikologi je...pasal brand nasi lemak antarabangsa kampung baru tu dah dikenali ramai...ini pendapat i lah......
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 01:21 PM | Show all posts
Thread ni rasanya boleh merged dgn topik pelaris perniagaan. Akan dimerge sedikit masa lagi.

@sya_sugar_sugar

Pasal Nasik kandar Line Clear tu, san pernah makan. Tak beratur pun masa beli. rasa biasa je, taklah meninggalkan kesan ke apa ke. Cuma makanan situ murah, RM 5 je untuk nasi kandar, ayam gorang yg besar, telur dadar besar, kuah kari dgn sayur kobis tumis.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-2-2010 01:58 PM | Show all posts
Thread ni rasanya boleh merged dgn topik pelaris perniagaan. Akan dimerge sedikit masa lagi.

@sya_sugar_sugar

Pasal Nasik kandar Line Clear tu, san pernah makan. Tak beratur pun masa beli. rasa ...
Santeira Post at 7-2-2010 13:21


Okay Boss... Roger... titah dijunjung!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 02:22 PM | Show all posts
Okay Boss... Roger... titah dijunjung!
sya_sugar_sugar Post at 7-2-2010 13:58

San rasa tak yah merge kot. sebab thread ni khusus pasal tempat makan yang dirasakan dan pasal makanan in general.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:33 PM | Show all posts
aku rasa hang ni pi makan kat kedai yang nama dia "NASI KANDAR BERATURQ".
aku tak berapa ingat. masa kiat turun Penang hari itu, ada sekelompok member pergi nak saksikan & rasakan sendiri
'aur ...
sya_sugar_sugar Post at 7-2-2010 10:00


rasa Cup mcm pernah ke sana..tempat dia biasa2 jer kan..tak silap ada masjidkan dekat2 situ.

kalau betullah kedai tu, bagi Cup masakan gerai nasi kandar beraturq tu biasa jer..even husban Cup yg giler makan nasi kandar pun cakap masakan kat sana biasa jer..
Dia cakap sedap lagi pelita nasi kandar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:44 PM | Show all posts
32# cupcakes

Ini kedai yang ada masuk dalam tv tu agaknya...yang kena queue sampai dekat 1/2 km ke macam tulah...dekat dengan masjid kapitan keling ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 10:10 PM | Show all posts
aku rasa hang ni pi makan kat kedai yang nama dia "NASI KANDAR BERATURQ".
aku tak berapa ingat. masa kiat turun Penang hari itu, ada sekelompok member pergi nak saksikan & rasakan sendiri
'aur ...
sya_sugar_sugar Post at 7-2-2010 10:00


yang ni ka?


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 08:55 AM | Show all posts
oooo nasi kandaq beratur tak penah lak tgk.. mugkin dia buka lepas aku grad kot.. yg aku selalu pi dan setia cuma 'nasi kandar sharif' :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 09:45 AM | Show all posts
sy pulak...kalau kedai makan yang orang ramai beratur tak putus2
tp masakannya tak sedap sangat..
sy tak akan pergi lagi...
mesti ada sesuatu...
heeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:00 AM | Show all posts
sy pon dah keje 7 tahun kat area kg baru ni, tapi sekali je mkn nasi lemak antarabangsa tu..tu pon sbb org belanja nasi lemak bungkus kat opis..

x sedap langsung..sedap lagi mak & kakak aku buat...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:27 AM | Show all posts
Cerita pasal nasi lemak yer???

Aku ader satu citer, kt sebelah daerah kampung aku ada satu nasi lemak misteri..kedai dia bkk kul 1.30am - 2.30 am.. klu kita datang awal 5 minit pun dia x kn jual..sharp 1.30am baru dia akan tanya kita nk aper... suasana kt kedai tu  x la seram sangat.. tapi jalan nk g tempat jual nasi lemak tu..memang seram..gelap..Aku pernah pergi beli sekali.. masa tu kitaorang memancing udang dekat sungai berdekatan kawasan tuh...pastu pakat dengan kawan2 aku,Pegi beli nasi lemak tuh..nk merasa..sebab member aku dok citer yang nasi lemak tu sedap..dia siap panggil  nasi lemak tu nasi lemak antu..yela pukul 1.30 pagi..maner ader orang jual nasi lemak pepagi camtu..klu kt kl nih lain ler..ni kampung..rasa dia ok la..ada lauk macam2..dia dh siap bungkus.. ayam merah, sembilang, udang. tapi masa dalam perjalanan tu kitaorang jumpa sejenis binatang tengah melintas jalan yang kitaorang gunakan tu..Kitaorang menjerit giler2 dalam keta tuh..Sampai skang kitaorang x dapat nk kenal pasti aper spesis binatang tuh..rupa macam babi..tapi muncung panjang..badan ada tompok2 hitam (besar).. eii seram.. x nk g dah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-2-2010 11:42 AM | Show all posts
Cerita pasal nasi lemak yer???

Aku ader satu citer, kt sebelah daerah kampung aku ada satu nasi lemak misteri..kedai dia bkk kul 1.30am - 2.30 am.. klu kita datang awal 5 minit pun dia x kn jual..sharp 1.30am baru dia akan tanya kita nk aper... suasana kt kedai tu  x la seram sangat.. tapi jalan nk g tempat jual nasi lemak tu..memang seram..gelap..Aku pernah pergi beli sekali.. masa tu kitaorang memancing udang dekat sungai berdekatan kawasan tuh...pastu pakat dengan kawan2 aku,Pegi beli nasi lemak tuh..nk merasa..sebab member aku dok citer yang nasi lemak tu sedap..dia siap panggil  nasi lemak tu nasi lemak antu..yela pukul 1.30 pagi..maner ader orang jual nasi lemak pepagi camtu..klu kt kl nih lain ler..ni kampung..rasa dia ok la..ada lauk macam2..dia dh siap bungkus.. ayam merah, sembilang, udang. tapi masa dalam perjalanan tu kitaorang jumpa sejenis binatang tengah melintas jalan yang kitaorang gunakan tu..Kitaorang menjerit giler2 dalam keta tuh..Sampai skang kitaorang x dapat nk kenal pasti aper spesis binatang tuh..rupa macam babi..tapi muncung panjang..badan ada tompok2 hitam (besar).. eii seram.. x nk g dah..
Akuler Post at 8-2-2010 11:27



Weiyhhh... ini hebat nih...
Nak tahu lebih lanjut & tertanya-tanya:

1. dah ler dinihari opening time dia... 1.30am -2.30am.... closing tak tau ...
2. buat kat kampung.... kalau dalam hutan , hujung kampung... lagik ngeri...
3. ada customer ker tak adaer... regular customer dia orang2 kampung ker? tok imam, tok bilal yang balik masjid ker?
   ke bebudak main dam...
4. samapi sekarang ada lagi ker?
5. sapa yang berjual? pompuan chanteek ker, makcik gemuk ker...?
6. berapa lama dapat ia beroperasi & bertahan business begitu?
7. bila peristiwa itu, tahun berapa?
8. kampung kamu di mana?

Ini memang kategory Misteri Luar Biasa...

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:53 AM | Show all posts
aku tak pernah lak alami misteri makan kat kedai nasi lemak ni...

cuma adalah dulu sekali, beli nasi lemak kat tepi jalan tu..mata aku tak terkedip tgok "nasi lemak singgit stgh" awek  yg jual tu dok bergoyang ceduk lauk....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045540s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list