CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5721|Reply: 14

amerikana (washingtion dc) dilanda ribut snowmaggedon!!

[Copy link]
Post time 8-2-2010 07:15 AM | Show all posts |Read mode
AS dilanda ribut Snowmaggedon

WASHINGTON 7 Feb. - Ribut salji terburuk yang membawa salji tebal yang diberi gelaran Snowmaggedon merentasi pantai timur Amerika Syarikat (AS) semalam, melumpuhkan Washington dan rantau tersebut.

Ia turut mengakibatkan bekalan elektrik kepada 350,000 penduduk terputus dan menyebabkan dua orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Ribut besar itu menjangkau lebih 1,000 kilometer dari timur Indiana merentasi New Jesey dan kemudiannya turun melalui Maryland sehingga South Carolina, yang menjejaskan berpuluh-puluh juta rakyat AS.

Dengan tiupan angin hampir mencecah 90 kilometer sejam, ahli kaji cuaca menyatakan ia telah mencatat rekod turunan salji setinggi 96 sentimeter berhampiran Baltimore, Maryland iaitu satu rekod bersejarah.

Salji tebal turut menumbangkan pokok dan memutuskan bekalan elektrik menyebabkan lebih 350,000 orang di Maryland dan kejiranan Virginia kini hidup tanpa bekalan elektrik.

"Snowmageddon kini berada di DC," kata Presiden Barack Obama dalam ucapannya kepada Demokrat, setahun selepas menegur ibu kota itu atas langkah waspada mereka terhadap salji kecil.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) meletakkan kawasan metropolitan Washington-Baltimore di bawah amaran ribut salji luar biasa sehingga pukul 10 malam tadi (11 pagi waktu Malaysia).

Agensi ramalan kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk supaya duduk di rumah serta mengingatkan tidak akan berlaku perubahan cuaca sepanjang hari ini dan suhu yang sejuk akan menyebabkan salji bertukar menjadi ais.

"Secara formalnya ia tidak memecah rekod di DC, tetapi secara tidak formalnya anda yakin ia akan memecah rekod," kata Paul Kochin, pakar cuaca di timur laut kepada AFP.

Menurutnya, Maryland dan Virginia merupakan kawasan paling terjejas teruk akibat ribut salji ini dan dianggarkan mencatat rekod turunan salji tertinggi.

Pasukan kecemasan berusaha keras untuk membaiki bekalan tenaga elektrik yang terputus. Seramai 200 Pengawal Kebangsaan telah ditempatkan di seluruh Maryland, sementara polis Virginia mengesahkan seorang ayah bersama anak lelakinya terbunuh kelmarin ketika cuba membantu kenderaan yang terperangkap. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 08:10 AM | Show all posts
ala.. itu bala sikit saja dari Yang Maha Esa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 10:50 AM | Show all posts

Measuring Snowmaggedon's snow depth

Measuring Snowmaggedon's snow depth


Keep reading for the photos of snow measurements...
I live not far from Dulles Airport (between Reston and Oakon, VA), in an area that does fairly well with snow totals. When I heard about the historic snowstorm in the forecast, I decided to do a photo shoot of measuring snow, showing the time line of snow depths during the storm with photos.

I shoveled an area of my backyard to remove the previous snow cover then mounted a yardstick against the ground by attaching a spike. My plan was to photograph the snow depth relative to the yard stick as the storm progressed and the snow piled up. While this is not the best method for measuring snow, it provides a good point of reference for showing snow depths during the storm. It also removes any temptation to find the deepest snow to take measurements.



9:46 PM Friday.



11:44 PM Friday



1:55 AM Saturday





9:10 AM Saturday.







1:40 PM Saturday.







5:31 PM Saturday

My final measurement on the yard stick was about 24 inches. On the road surface, I measured 23". The total snow cover on the ground, combined with snow from previous storms, was between 28 and 29 inches. This current snow cover is truly remarkable, the deepest snow I ever remember, and I've lived through the storms of '79, '83, '96, and '03.
Regarding the snow totals at the airports for the storm, with their seasonal snowfall totals, see below:
DCA: 17.8"/45.1"
BWI: 24.8"/60.4"
IAD: 32.4"/63.5"




The Washington Post Company

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 10:53 AM | Show all posts
Snow on the grounds of the Capitol Building this afternoon, where 20" was measured at 2:30 p.m. Photo by author.


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:00 AM | Show all posts











Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2010 01:29 PM | Show all posts
apa ni
mayat ker{:2_68:}




tak mungkinnn!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 01:30 PM | Show all posts
sungguh tak sangka ader blizzard kt washington erk
teruk lak tu

ohio masih selamat lagik skrg....alhamdullilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 12:33 PM | Show all posts
teruknye snowfall this year....at times like this, dok umah bawah comforter jer ler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:19 PM | Show all posts
ish dasyatnyaa...
syukur m'sia x mcm niee..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2010 07:21 AM | Show all posts
Salji masih belenggu AS

LORI terpaksa digunakan untuk mengangkut salji yang meliputi kawasan meletak kereta bangunan Capitol di Washington DC, kelmarin. - AFP

WASHINGTON 9 Feb. - Pantai timur Amerika Syarikat (AS) berhadapan dengan ribut salji semalam selepas catatan penurunan salji menyebabkan ribuan penduduk mengalami kesejukan dalam keadaan gelap tanpa tenaga elektrik, melumpuhkan sistem pengangkutan termasuk memaksa penutupan operasi kerajaan persekutuan.

Rata-rata kawasan di ibu negara AS semalam telah dilitupi oleh salji tebal, manakala kebanyakan kerajaan tempatan, syarikat perniagaan dan sekolah turut ditutup di seluruh rantau tengah Atlantik.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan (NWS) telah mengeluarkan amaran ribut salji 30 jam bermula tengah hari ini di Washington, Maryland dan beberapa kawasan di Virginia, selain menjangkakan salji setebal 25-30 sentimeter bakal melanda kawasan terbabit.

"Gabungan salji dan angin kuat akan menyebabkan perjalanan menjadi sangat berbahaya," menurut NWS dalam satu kenyataan.

Ribut itu mungkin akan menyebabkan sekitar bandar metropolitan Washington dan Baltimore dilitupi salji lebih 60 sentimeter, dan ia juga melanda selepas ribut kuat membawa lebih 61 sentimeter timbunan salji ke kawasan tersebut Disember lalu.

Ini bermakna, rantau itu akan dilanda dengan sebuah lagi musim bersejarah.
Keseluruhan jumlah salji yang turun pada musim ini adalah sekitar 114 sentimeter dan menurut statistik NWS, lebih banyak salji akan turun dalam masa beberapa hari sekali gus mungkin mengatasi jumlah salji yang turun pada tahun 1995-96 yang mencatat rekod sebanyak 116.8 sentimeter termasuk catatan penurunan salji sebanyak 138 sentimeter pada tahun 1898-99.

Penduduk Washington semalam berusaha untuk keluar bekerja, berjalan di atas permukaan jalan yang dipenuhi ais termasuk mengalami kesukaran memandu kenderaan di jalan raya semasa ratusan pekerja kecemasan menjalankan usaha-usaha membersihkan jalan raya daripada timbunan salji tersebut.

"Salji ini terlalu tebal dan berat sehinggakan pembajak salji tidak mampu menyodok salji-salji itu di beberapa buah kawasan.
"Jadi, kami terpaksa menggunakan jentolak untuk mengangkat salji itu," kata Laura Southard daripada Jabatan Pengurusan Kecemasan. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2010 07:25 AM | Show all posts
Kos pengangkutan naik akibat salji

WASHINGTON 9 Feb. - Musim salji yang melanda negeri ini menyebabkan kadar tambang teksi bagi perjalanan dari kawasan itu ke lapangan terbang yang biasanya bernilai AS$20 (RM68.6) kini melonjak lima kali ganda menjadi AS$100 (RM343).

Malah, musim salji kali ini juga menyebabkan orang ramai yang dalam perjalanan ke lapangan terbang atau stesen keretapi terpaksa menghadapi sesak teruk bagi melepasi kawasan diliputi salji tebal.

Seorang penduduk Washington yang ingin ke Utah, Chris Vaughan berkata, dia terpaksa menempah semula tempat duduk kapal terbang ekoran perjalanannya sebelum ini dibatalkan akibat salji.

"Bagi mengelakkan saya membayar tambang teksi yang mahal, saya meminta bantuan rakan untuk menghantar ke lapangan terbang.

"Saya belanja rakan sebotol wain sebagai menghargai bantuannya," katanya.

Di sesetengah kawasan di negeri itu, salji yang menyeliputi adalah setebal tiga kaki atau 90 sentimeter.

Seorang saintis berkata, jika semua salji yang di turun di satu bahagian Pantai Timur mencair, ia boleh mengisi sebanyak 12 juta kolam renang bersaiz Olimpik.

Ahli kaji cuaca menjangkakan, salji yang mula turun sejak tengahari semalam akan berlarutan sehingga hari ini.

Selain mengganggu dan memberi kesan kepada pelancongan kawasan Philadelphia iaitu bandar keenam terbesar di Amerika Syarikat yang menjadi hab pelancongan, salji itu turut menyebabkan banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Pada masa sama, ribut salji yang berlaku juga bukan sahaja memberi kesan kepada New York serta Boston tetapi menyebabkan banyak sekolah ditutup dan pekerja di Washington diberi cuti pada Isnin dan Selasa.

Sumber rasmi memberitahu, ia mengambil masa untuk mengetahui jumlah peruntukan sebenar yang diperlukan bagi membersihkan salji. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2010 08:29 AM | Show all posts
bes wooo snowstorm main snow fight depan rumah,gi sliding ke..uni lak tutup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 07:05 AM | Show all posts
Gelombang kedua ribut salji

ORANG ramai terpaksa mengharungi salji tebal untuk menaiki bas di Washington DC, kelmarin. - REUTERS

WASHINGTON 10 Feb. - Ribut salji kedua dalam tempoh kurang seminggu melanda Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) semalam, dengan salji setebal 36 sentimeter diramalkan meliputi kawasan dari Washington, D.C. hingga ke New York City.

Cuaca musim sejuk terburuk dalam sejarah itu memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menutup ibu pejabatnya dan Kongres AS di ibu negara membatalkan sesi pengundian di dewan.

Pejabat kerajaan di Washington ditutup sehingga hari ini iaitu penutupan hari ketiga berturut-turut dengan mengakibatkan kehilangan produktiviti dianggarkan AS$100 juta (RM340 juta) sehari.

Perkhidmatan Cuaca Negara meramalkan ibu negara AS ini akan mendapat salji sehingga 36 sentimeter malam ini.

PBB mengumumkan ibu pejabatnya di New York City ditutup hari ini disebabkan ribut tersebut.

Pakar kaji cuaca juga meramalkan angin kencang yang boleh menyebabkan banyak lagi kawasan terputus bekalan elektrik.
Penduduk masih belum pulih daripada ribut salji yang membawa salji setebal 46-81 sentimeter ke kawasan dari Washington hingga ke selatan New Jersey pada hujung minggu lalu.

Sebilangannya cuba membeli barang keperluan harian dan mengalihkan pokok tumbang sebelum dilanda ribut kedua itu.

Ribut salji terbaru tersebut diberi gelaran 'Snoverkill' dan 'Snomageddon 2.0' dan memaksa banyak sekolah di kawasan Washington membatalkan kelas bagi sepanjang minggu ini. Malah sistem persekolahan awam New York yang sudah biasa dengan cuaca buruk terpaksa ditutup hari ini.

Boston yang turut dijangka dilanda ribut itu mengisytiharkan darurat akibat ribut salji. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 11:17 PM | Show all posts
Kat Canada macam ni kira normal je.  Sekolah/univ buka macam biasa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.092399 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list