CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260775|Reply: 2484

Bandung ~ Part 13

   Close [Copy link]
Post time 8-2-2010 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by LelaRentaka7 at 27-3-2018 07:29 PM



Kota Bandung yang terletak kira-kira 180 kilometer dari Jakarta, Indonesia sememangnya tidak asing di kalangan rakyat negara ini. Sejak sekian lama, ibu kota Jawa Barat itu dikenali sebagai gedung yang menyimpan seribu satu keunikan.

Dengan populasi melebihi dua juta orang, kota yang bermula sekitar tahun 1488 itu 'sesak' dengan budaya, sejarah, kesenian dan keindahan alam semula jadi.

Pada ketinggian 768 meter dari paras laut dikelilingi pergunungan Parahyangan, Bandung diselubungi suhu sejuk antara 25 hingga 30 darjah Celsius sepanjang tahun.

Di kalangan rakyat negara ini, Bandung lebih dikenali sebagai destinasi percutian keluarga terutama bagi mereka yang gemar membeli-belah.

Timangan Paris Kota Jawa yang diberikan sememangnya tepat. Bandung menyediakan peluang membeli-belah dari gedung terbesar hingga ke deretan kedai di lorong-lorong seperti di Chiampelas (Jeans Street) dan Chibaduyut.

Jika ke Bandung, kunjungan pelengkap semestinya lawatan ke gunung berapi Tangkupan Perahu yng mana pelawat boleh melihat pemandangan di permukaan kawah gunung berapi dan panorama indah di sekelilingnya.

Bogor adalah satu lagi destinasi yang menjadi pilihan. Dari Bandung, perjalanan memakan masa empat hingga lima jam. Tarikan di Bogor termasuk istana peninggalan zaman Belanda. Di situ juga terdapat taman botanik seluas 87 hektar yang dipenuhi ribuan spesies flora.

Di sebelah timur laut, pelabuhan Cirebon dikenali sebagai pusat kebudayaan dan sejarah Pulau Jawa. Jika berkesempatan ke kawasan sempadan Jawa Barat dan Jawa Tengah itu, pelancong boleh berkunjung ke Kasepuhan dan Kanoman yang kini memaparkan khazanah dari zaman berzaman.

Pada jarak 88 km dari kota Bandung, destinasi seterusnya adalah Tasikmalaya yang terkenal dengan kesenian pertukangan. Di sini pelancong boleh mendapatkan cendera hati dan kraf tangan seperti tikar, payung dan batik yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.

Untuk sesuatu yang lebih tradisional, pelancong boleh ke Kampung Naga, perkampungan yang masih kaya dengan nilai budaya dan adat setempat.

Tarikan utama adalah seni bina rumah tradisional dan Upacara Pedaran yang diadakan sekali setahun.

Tarikan lain yang mungkin ingin dipertimbangkan adalah Gedung Papak iaitu bangunan tinggalan penjajah. Gedung Merdeka yang dibina pada 1895 yang kini dijadikan gedung sejarah.

Selain itu, rumah Bumi Silwangi-Bangunan yang dibina pada 1825 menyajikan pemandangan indah kota Bandung. Tempat-tempat lain antaranya Hotel Savoy Homann, Villa Isola, Grand Hotel Preanger, Gedung Sate, Masjid Cipaganti, Muzium Geologi, Muzium Sri Baduga Maharaja.

Jika melancong ke Bandung, jangan lepaskan peluang untuk menaiki angkot, khidmat teksi yang boleh membawa penumpang ke mana sahaja.

Angkot lebih mendapat sambutan kerana pengangkutan bas yang tidak begitu meluas.

Jika boleh menyewa sendiri kenderaan, itu sebenarnya yang terbaik bagi membolehkan anda menyelongkar setiap pelosok kota.

Last edited by LelaRentaka7 on 7-1-2014 10:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2010 03:43 PM | Show all posts
#risda29
xde ke pic orge home?


http://kampung-melayu.ning.com/
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 03:51 PM | Show all posts
wahh...dh buka rumah baru..
tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 03:51 PM | Show all posts
wahh...dh buka rumah baru..
tahniah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 03:51 PM | Show all posts
#dranne
che ani & other bandung otai,

nak tanya, kalau naik angkut ke pasar baru nak naik angkut yang menuju ke mana (nama jalan). plannya nak stay kat mutiara. kalau ada sesiapa yg biasa naik angkut dari mutiara hotel, boleh bagi input tak? 1st time nak naik angkut ni... sblum ni pakai supir aje.

thanks.


itu kena tanya Farmasi, dia lebih arif...

tapi rujukannya :
http://ko-kr.facebook.com/topic. ... 385&topic=13474
http://pptherya.wordpress.com/2009/02/26/rute-angkot-bandung/
http://www.vitanouva.net/index.php?topic=1266.0
http://www.bandung.go.id/?fa=infokota.detail&id=17
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 04:18 PM | Show all posts
iskh cadang nak juga ke Bandung waktu libur, tapi mengenangkan selalu macet jalur ke sana terus kensel tapi bandung memang best terutama lepak kat Puncak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2010 04:26 PM | Show all posts
iskh cadang nak juga ke Bandung waktu libur, tapi mengenangkan selalu macet jalur ke sana terus kensel tapi bandung memang best terutama lepak kat Puncak..
Feno Post at 8-2-2010 16:18


walaupun bandung macet.... tapi masih kurang macet berbanding Jakarta....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 04:52 PM | Show all posts
Gambar di Pasar Baru
Lantai Bawah Sekali



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2010 04:57 PM | Show all posts
Makan di Pasar Baru
Lantai 6


Kedai Makan Eriza


@ Rp15,000 per plate - cumi bakar


@ Rp12,000 per plate - bawal bakar
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 05:31 PM | Show all posts
ada tak sapa2 pegi 6/3 sampai 10/3.....

tak de kawan nih.... tak kan nak pegi sorang2 kot....
camner....tolongggg......

agak2 okay ke pegi sorang.... wah takut bangat sehhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 06:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bella75 at 14-11-2010 16:34

dah bukak gumah baru yek hehehehe..

ok sape-sape nak Khidmat Transport Bandung/Jakarta :-

call, sms, email @ pm jek
Tel : +6281221401090 (Iwan Bandung, Indonesia)
Tel : 0173029722 (Bella, Cheras, Selangor)
Email :
setiawantransport@gmail.com
Add Facebook : setiawantrans@gmail.com

Kereta : Apv Suzuki, Toyota Avanza, Innova, Kia Pregio, Isuzu Elip (Coster) & Bus
Pakage Transport All In : Sewa Kereta/Supir/Tour Guide/Petrol/Parking/Tol

company travel agen 100% milik orang islam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 06:33 PM | Show all posts
Makan di Pasar Baru
Lantai 6


Kedai Makan Eriza

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos ...
CheAni Post at 8-2-2010 16:57


I pulak suka makan kat Pa Chi Met Ikan Bakar...tiap kali ke Bandung, I will surely visit his restaurant..at Pasar Baru or Jln Buah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 07:57 PM | Show all posts
OK ni Journal Trip ke Bandung.....
Day 1 30-01-10
Arrive kat Jakarta Airport - Soekarno-Hatta (CGK) jam 12.15, sepupu dah tunggu kat Arrival... sepupu cakap jln yg di datang macet sgt, supir dia ikut jalan lain utk meneruskan perjalanan ke Stasiun Gambir, tiba jam 1.30 tapi malangnya tiket agro gede jam 2.30pm dah habis.... yg ada cuma jam 5.45... jadi ambil tiker parayangan executive class Rp45,000 jam 4.30pm.... Lepas tu gi lunch kat Sate Sendayan... tetap dia memang class tapi harga pun lumayan gitu....  sembang2 sbb lama dah tak jumpa..... jam 4.00 dah sampai Stasiun Gambir semula.... train tu memang on time... tepat jam 4.30 pun bertolak ke Bandung... sampai di Stasiun bandung jam 8.00pm... terus ambil taksi ke Adrellia Hotel Rp25,000.. check-in terus keluar gi makan kat Simpang Raya Jl. Asia Afrika... naik taksi Rp20,000 minimu charge.... kat Simpang Raya... makan berdua cuma Rp57,000. Balik jln kaki ke hotel sambil terus ke Jl. Burangrang.. survey kedai makan kat situ... ternampak Batagor Riri, Ayam Goreng Ibu Suharti dan singgah di Restoran San Franciso beli jagung bakar Rp7,000 dan terus pulang semula ke Adrellia.....


Kereta Api Payangan


Couch Execuive Parayangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 09:12 PM | Show all posts
Day 2 (31-Jan-2010)
Pagi jam 8am keluar dri Adrellia terus ke Gazebo... sampai saja... fuhh memang hapening... benda yg tak terlintas dlm fikiran pun ada... monyet bersolat, naik motor dan mcm... ada manual merry go-round, sticker dibuat dgn hanya menggunakan gunting... Memang pengalaman baru bagi kami... ternyata disini barang2 semuanya murah dan peniaga sukar utk mengambil kesempatan terhadap pelancong asing... Saling melelong barangan yg dijual... sweater cuma Rp20,000... handbang cuma dilonggokkan dan dijual pd harga Rp35,000... baju blouse labuh cuma Rp35,000...  baju blouse batik cuma Rp30,000 ke Rp40,000.... buah ciku sekilo Rp8,000.... kesimpulannya memang berbaloi pegi Gazebo...
Lunch kat Simpang Raya Jl. Dago... 8 orang Rp380,000
memandangkan hari hujan ... pas tu terus gi terjah DSE (Dago Stock Export) Jl. Diponegoro, di sini kita bole jumpa pakaian ori yg telah dibuang atau digunting labelnya...  bagi che ani DSE ni memang harganya lebih murah berbanding FO lain... masa nak keluar Bella & Iwan dtg... pas tu terjah FO Jl. Riau, Heritage, Cascade, Summit, Formen, Stamp, Oasis dll.. dapati Stamp lebih murah dan bagi lelaki Formen memang sesuai, byk pilihan utk org lelaki....
Dinner kat D'Cost, memang murah... utk 8 orang harganya tak sampai pun Rp150,000.

Gambar di Gazebo




Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 09:28 PM | Show all posts
Che Ani,

Gazebo ni kat mana ? Pasar ni ada tiap2 hari ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 09:54 PM | Show all posts
Che Ani,

Gazebo ni kat mana ? Pasar ni ada tiap2 hari ke.
adaraish Post at 8-2-2010 21:28


          
Coordinates: ="http://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=gazeboo&sll=-6.85485,107.606964&sspn=0.155777,0.220757&ie=UTF8&hq=gazeboo&hnear=&ll=-6.87053,107.623615&spn=0.073624,0.110378&z=13&iwloc=A&cid=17734171187090486731&output=embed

Gazeboo kat Jl. Gazebo berhadapan Gedung Sate... cuma dibuka pada hari ahad dari 8am - 1pm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 10:05 PM | Show all posts
salam.. sapa pernah stay kat NAVAL Hotel? tolong bagi review sket...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by farmasi at 9-2-2010 08:12
#dranne


itu kena tanya Farmasi, dia lebih arif...

tapi rujukannya :
http://ko-kr.facebook.com/topic. ... 385&topic=13474
http://pptherya.wordpress.com/2009/02/26/rute-angkot-ban ...
CheAni Post at 8-2-2010 15:51


depan mutiara bole tahan angkutan yg ada tulis st hall mcm st hall-dago / st hall-cimbeuleuit /
st hall-sarijadi / st-hall-gede bage dll tapi kena la seberang jalan supaya dia leh berhenti dan
pastikan ke st hall bukan yg dari st hall. kalau nak paling confirm ambil selepas selekoh depan
hilton kena menapak skit & nanti dari terminal stasiun hall kena menapak lagi skit ke pasar baru
          
Coordinates: f=d&source=s_d&saddr=JL.+Kebon+Kawung+60,+Bandung,+Jawa+Barat,+Not+Specified,+Bandung,+Indonesia+(Mutiara+Hotel+Bandung)&daddr=Terminal+stasiun+hall&hl=en&geocode=FR-Hlv8d2NNpBiHMoT-uLWvohg%3BFRp4lv8dbOJpBinfBk-MPOZoLjEwF6zo8ugBHQ&mra=ls&sll=-6.914115,107.6019&sspn=0.008712,0.01929&ie=UTF8&t=h&ll=-6.91432,107.60026&spn=0.00396,0.00458&output=embed
kalau nak lebih dekat turun dgn pasar baru ambil Sadang Serang-Ciroyom /
Cibaduyut-Karang Setra nanti dia akan turunkan kat persimpangan jalan
belakang pasar & jalan Dulatip, jadi menapaknya lagi dekat dari 1st option
          
Coordinates: f=d&source=s_d&saddr=JL.+Kebon+Kawung+60,+Bandung,+Jawa+Barat,+Not+Specified,+Bandung,+Indonesia+(Mutiara+Hotel+Bandung)&daddr=Jalan+Dulatip,+Bandung,+Indonesia&hl=en&geocode=FR-Hlv8d2NNpBiHMoT-uLWvohg%3BFfZulv8dVOFpBinhzHU1I-ZoLjHxQ9gCLOezGA&mra=pe&mrcr=0&sll=-6.90308,107.600527&sspn=0.03485,0.077162&ie=UTF8&ll=-6.915375,107.600135&spn=0.00607,0.00433&t=h&output=embed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2010 10:29 PM | Show all posts
Day 3 (1-Feb-2010)
Hari pi kawah putih... 9.30am keluar dari Adrellia menuju ke Kawah Putih... perjalanan memakan masa 2 jam... melalui Cibaduyut... dlm perjalanan, di Ciwidey permandangnya memang memukau... byk sawah padi dan ladang strawberry... tiket masuk ke Kawah Putih Rp12,000 seorang... suasana disana memang sejuk betul... jagung bakar cuma Rp3,000 satu.. sedap, jagungnya manis.. bukan mcm msia kebanyakkan jagung Taiwan, tawar. Bau sulfur pun masih kuat... yg alergi atau asma dinasihatkan agar jgn dekat sangat dgn kawah.... memang menakjubkan pemandangan di Kawah Putih... masa kami pegi suasana berkabus... paparazi pun tak ada... yg ada cuma jurugambar.. yg bole ambil gambar siap segera cuma Rp10,000 sekeping gambar... tapi mereka pun tak menganggu kita.. sekadar menawarkan perkhidmatannya saja. dari car park ke Kawah Putih cuma 100 meter... tak jauh mcm Tangkuban Perahu nak ke Kawah Dommal...
On the way balik singgah petik strawberry kat Ciwidey... hujan renyai2.. tak dapat petik byk.. dan byk ladang pun buahnya masih belum masak.. sekilo Rp40,000..
Lunch kat Sindang Reret.. agak lumayan juga 8 orang je dah Rp480,000... tapi tempatnya cantik... belakangnya sawah padi dlm restorannya ada kolam ikan....
Sampai Bandung terus gi Merdeka Arcadr Jl. Merdeka... cuma peruntukan masa sejam saja... brg kat sini agak mahal juga.. bagi che ani tak menarik sgt... tak beli pun... tapi sempat juga pegi BIP (Bandung Indah Plaza) beli Jco Donut... memang murah berbanding msia...
Pas t terus pegi Roger Spa Jl. Dago booking utk esok mlm...
Dinner kat D'cost... masa biasa harga dlm Rp150,000 utk 8 orang...
finally balik hotel.... buat akaun & zzzzzzzzzzz
Kawah Putih




Ciwidy


Ciwidey - Ladang Strawberry


Restoran Sindang Reret


Menu Lunch Sindang Reret
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 12:01 AM | Show all posts
Congrats2..new house...;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.170475 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list