CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66232|Reply: 171

Kemayan City, Skudai berhantu?

[Copy link]
Post time 12-2-2010 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Dari SOkkabar Metro hari ni..


Cerita seram kompleks
Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my
2010/02/12


JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.


Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.


Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.


Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.


Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.


Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.


Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.


Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.


Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.


Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.


Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.


Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.


“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.


“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.


“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.


“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

ada sesapa tau kisah ni?...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2010 12:37 PM | Show all posts
aiseh dah ada org lain bukak...mod..kasi delete jela...TQ
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:40 PM | Show all posts
nope...biar yg neh...no prob...no double threads dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2010 12:45 PM | Show all posts
sorg membe pernah kisah kat aku, area malam kat kemayan tu mmg menyeramkan...kat belah kemayan tu..ada satu susur utk kluo ke jalan skudai...kalo lalu malam2..mmg seram arr..esp kalo naik motor.......org2 belah situ cakap...pernah la nampak kelibat buruk kat dlm kompleks x siap tu....

takder sesapa berani ke buat xploration dlm kemayan tu?

Kemayan ..nama dah mcm kemenyan lak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:52 PM | Show all posts
anak sedara kwn kite (4yo) lalu dgn kwn kite
passing kemayan city terus peluk mak die, tanye kenapa
die ckp nampak byk org pakai baju warna putih
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 12:54 PM | Show all posts
ada gambar mall tu tak or kawasan sekitar mall tu..maklum la tak penah ke skudai....hehehe...tq in advance..(malas nak google)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2010 12:57 PM | Show all posts
Aku selalu jek lalu kat Kemayan City tu bila time balik keja dekat nak pukul 5 petang..kat situ ada traffic light dan kenderaan selalu lalu lalang kat area belakang Kemayan City tu, takde laa pulak dengar citer hantu2 ni tapi memang ader la kot sebab Kemayan City ni memang dah buruk bebenor, sebuah bangunan 'Gajah Putih' yang tak sempat pun buat opening ceremony. aku pun tak tau naper bangunan tu tak jadi dibuka maybe kawasan tu tak sesuai didirikan pusat membeli belah. Kalau tengok kawasan Kemayan City tu pun memang sempit.. Kalau ada masa nanti aku snap pic Kemayan City tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:00 PM | Show all posts
aq mang dok area tu... tapi x penah lak dengo ceriter macam nie... tapi kalau betol mang menyeramkan sangat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 01:01 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:06 PM | Show all posts
http://i609.photobucket.com/albums/tt179/juliettheorange/insidepix3.jpg



http://i609.photobucket.com/albums/tt179/juliettheor ...
JulietTheOrange Post at 12-2-2010 13:01

huhu,,, yup... betol nie kemayan ct... tapi kenapa kerajaan johor x mo robohkan tempat nie ek?..... lagi satu plaza skudai tu... tapi plaza skudai tu nampak macam ok ag... stil terpelihara.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:06 PM | Show all posts
Kat Kawasan tempat letak kereta Aras 3 Kemayan City tu rupanya penah ada kes bunuh..klik sini
http://www.agc.gov.my/agc/index. ... mid=89&idc=7907
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:08 PM | Show all posts
wat pengetahuan sume, kemayan city ni port mat2 pet lepaskan gian
n port2 curik barang
tgk jer segala cermin, besi sume dh kene kopek dek org tak bertanggungjawab
my mom n dad pon pnah experience gak misteri kat cni
tak sure itu org betul or orang yg 'orang'

kisahnye gini
1 ari tu taim magrib
my mom n dad lalu kat jln kemayan ni yg mane jln kat trapik lite tu mmg sgt dekat dgn soping complex ni
so tengah dok berenti kat tepik lite ni, tetibe dorg trase nk pandang ke kanan yg mane shoping complex tu terletak
pandang punye pandang, terpandang kelibat manusia kulit itam jln terhoyong hayang
ingatkan org mabuk ke ape
bile tgk betul2, org tu mcm kene bakar, itam rentung n kulitnye berjuntai2
mak cuit ayah, ayah pandang mak
last2 dedua pandang dpn lik sbb ngeri
bile toleh balik ke kanan, dh takde dh 'org' tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:17 PM | Show all posts
aku pun ddk dkt2 area kemayan city u gk, mmg jalan blkg kemayan city tu aku slalu lalu la, tp x prnh lak dgr org cite pasal tmpt ni. ni first time dgr ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:21 PM | Show all posts
Kat Kawasan tempat letak kereta Aras 3 Kemayan City tu rupanya penah ada kes bunuh..klik sini
http://www.agc.gov.my/agc/index.php?option=com_content&view=article&id=477〈=bm&Itemid=89&idc=7907
elmyolen78 Post at 12-2-2010 13:06


LAPORAN KEPUTUSAN KES
DALAM MAHKAMAH SESYEN (2) JOHOR BAHRU
PERBICARAAN JENAYAH NO.: 62 - 66 - 2003
PENDAKWA RAYA v ROSLAN BIN ATIL

            
            
            KORUM
            
            1.
Hakim : Tn. Hj. Aliman bin Musri
            
            2.
Timbalan Pendakwa Raya : TPR Juanita Binti Mohd Said
            
            3.
Peguambela Tertuduh : En. Hazza Khalid
            

            
            
            
            
PERTUDUHAN PERTAMA
            
            “Bahawakamu pada 2 Julai 2002, lebih kurang jam 12.45 tengahari, bertempat dikawasan letak kereta Aras 3, Kompleks Kemayan City, Tampoi, di dalamdaerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Ta’zim telah melakukanhomisid salah tk terjumlah membunuh, menyebabkan kematian seorangbernama Mohd Rahim bin Mohamad KP: A2801297, umur 27 tahun, oleh itukamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen304(a) Kanun Keseksaan.”
            
            
PERTUDUHAN KEDUA
            
            “Bahawakamu pada 2 Julai 2002, lebih kurang jam 12.45 tengahari, bertempat dikawasan letak kereta Aras 3, Kompleks Kemayan City, Tampoi, di dalamdaerah Johor Bahru, di dalam negeri Johor Darul Ta’zim telahmenggunakan sepucuk senjatapi iaitu ‘pumpgun’ jenama Mossberg, buatanUSA nombor siri senjata P586480, tanpa lesen senjatapi ‘Carry &Use” yang dikeluarkan di bawah s.4 Akta Senjata 1960 untuk kegunaankamu, oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960.”
            
            
            
            
            
KEPUTUSAN
            
            Tertuduh telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pembelaan.
            
            
            
FAKTA KES
            
            1.
Pada2.7.2002, pihak polis telah menerima maklumat bahawa seorang lelakiMelayu telah ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan di Tingkat3, Kompleks Kemayan City Johor Bahru. Identiti si mati telahdikenalpasti sebagai Mohd Rahim bin Mohamad.
            
            2.
MenurutSP1, beliau dan Tertuduh telah merupakan anggota keselamatan SyarikatArmour Securities Sdn Bhd dan ditugaskan menjalankan rondaan di sebuahbangunan terbengkalai iaitu Kompleks Kemayan City. Dalam rondaantersebut, Tertuduh telah dibekalkan dengan senjata pumpgun jenisMossberg P586480 oleh syarikat.
            
            3.
Semasameronda di aras 3, kawasan letak kereta kompleks tersebut, SP1 danTertuduh telah bertembung dengan sekumpulan lelaki dan apabila disergaholeh SP1, kesemua mereka telah berpusing ke arah SP1 dan Tertuduh danmula berlari ke arah mereka. Salah seorang daripada kumpulan lelakitersebut memegang parang (si mati).
            
            4.
Olehkerana bimbangkan keselamatan dirinya dan SP1, tertuduh telahmelepaskan tembakan amaran dan ianya telah mengenai si mati. Si matitelah mati di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:24 PM | Show all posts
huhu..tgok kompleks tu pn dh seram..
skunk ade guard jage lagi x kt situ???
robohkn jela..dh la besau tmptnye tu..
mmbzir jek trbngkali cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:26 PM | Show all posts
huhu..tgok kompleks tu pn dh seram..
skunk ade guard jage lagi x kt situ???
robohkn jela..dh la besau tmptnye tu..
mmbzir jek trbngkali cmtu..
daikajuji Post at 12-2-2010 13:24


ade lg pak gat yg jage ctu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 01:31 PM | Show all posts
seramsssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:32 PM | Show all posts
aku penah nampak guard pompuan yg jaga waktu siang siap bawa anak dia sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 02:08 PM | Show all posts
ya ya pernah dgr pasal nie.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 02:10 PM | Show all posts
TADI BARU BACA SOTKABAR. DUK STUDY SKUDAI TP TAK PENAH LEPAS KE KEMAYAN NIH. ADA LG KER CITE NGERI SAL TEMPAT NI KONGSI2 LAH.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.083106 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list