CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisang69

Kemayan City, Skudai berhantu?

[Copy link]
Post time 13-2-2010 01:58 PM | Show all posts
kes yg berlaku kt org singapore ni sama cam kes kt Lebuh AMJ yg menghubungkan melaka dgn johor..
kat area merlimau, org luar la selalu kena..
dorg lalu situ then nmpk satu kedai mkn..
meriah sgt.. ramai org dtg..
then dorg pun singgah mkn..
besok bila lalu takde pun kedai kt situ..
tah ape la yg dorg mkn gaknye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2010 07:41 PM | Show all posts
ada tak gambar kemayan city ni dari jauh yg menampakkan bangunan ni secara keseluruhan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 11:30 PM | Show all posts
ada tak gambar kemayan city ni dari jauh yg menampakkan bangunan ni secara keseluruhan?
cmf_fatt Post at 13-2-2010 19:41

nampaknye kene gigih amek gambo nih
laluan keje aku ari2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 10:00 AM | Show all posts
may be org spore yg kena kat kemayan ct ni lalu ikut belakang bangunan ni...
sebb entrace to parking ade kt blkang bagunan tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 12:04 PM | Show all posts
erkkk ye ke,.
bru aku tau ni
ader gmbr tk nk tngokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 12:23 PM | Show all posts
bangunan ni kalo siang hari x menakutkan pun...
dulul ada usaha dr MBJB utk menceriakan semula kawasan ni dengan menanam pokok2 hiasan... ingat lepas tu dorang nak sambung semula projek ni... tapi hampeh gitu...

aku selalu gak lalu... takde la rasa horror ke apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2010 12:23 PM | Show all posts
kenapa still ada guard jaga kalo bangunan tu terbengkalai? macam membazir xde hasil jek wpon dijaga
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 12:45 PM | Show all posts
mesti lah kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2010 01:12 PM | Show all posts
kenapa still ada guard jaga kalo bangunan tu terbengkalai? macam membazir xde hasil jek wpon dijaga
iza_yuss Post at 15-2-2010 12:23

kan ader manyak ag wire2 kat dalam tu... 
so depa letak la gurd kat situ.....
tapi tetap ader mat pit kay situ kan.. peliknya aq.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 03:02 PM | Show all posts
kan ader manyak ag wire2 kat dalam tu...
so depa letak la gurd kat situ.....
tapi tetap ader mat pit kay situ kan.. peliknya aq.......
selimutpurple Post at 15-2-2010 13:12


kata namanya ada guard.....itu la kan.....
mat pit ni pelik la kan......derang memang x takut antooo gamaknya....huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 03:04 PM | Show all posts
kat situ laa kes mat gian hangus curik kable letrik dulu.. bukan skali.. tapi 3 kali
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 03:36 PM | Show all posts
owh... patutlaa ada forumer yang kata emak dan bapa nya nampak lelaki kulit hitam terhoyong hayang hangus terbakar.... itu mungkin jelmaan laa... huishh.. tapi mmg kisah singaporean tuhh biasa dgr....

orang Malaysia pon ada yang kena contoh dari PERAK kalau tak silapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 03:40 PM | Show all posts
mak bapak aku la tu yg nmpk org hangus jln hoyong hayang ngan kulit terjuntai2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 04:50 PM | Show all posts
kat situ laa kes mat gian hangus curik kable letrik dulu.. bukan skali.. tapi 3 kali
unekspekted Post at 15-2-2010 15:04


wei,,,aq baru jerk terbaca kat blog kes owang terbako curik kebel teelpon nie...
x sanggup nka tepek pic tu kat sini... kowang tengok la sendrik ...

http://hanspunyablog.blogspot.com/
menakutkannnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 04:50 PM | Show all posts
mak bapak aku la tu yg nmpk org hangus jln hoyong hayang ngan kulit terjuntai2
JulietTheOrange Post at 15-2-2010 15:40

adesh... aq x sanggop nak bayang kan .......
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 05:30 PM | Show all posts
gila arrr... kabel hidup yang dicuriknya... BONGOK! MATI SESIA JEK...

kawan aku ada gak mati terbakar tapi dia mati ketika dalam tugas, kesian ko...dr putih melepak jadi HITAM... tapi lepas tu mak bapak dia kaya raya

look at the positive side bak kata seorang professor... hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2010 05:35 PM | Show all posts
gila arrr... kabel hidup yang dicuriknya... BONGOK! MATI SESIA JEK...

kawan aku ada gak mati terbakar tapi dia mati ketika dalam tugas, kesian ko...dr putih melepak jadi HITAM... tapi lepas tu mak  ...
nazurah Post at 16-2-2010 17:30

dia meninggal ea... 
kat kg selimut dia dah jadik putih separuh badan... hahahha
tapi tanggung malunyer anak bini n mak ayah dia.... 
merempat di tempat sindrik... kesiannyer,,, seb
bek owg kampong x pandang jijik kuaga dia coz bukan salah kuaga dai kan...salah dai sendirik... ehhehe

sowi...dah op topik nie.. ehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 05:38 PM | Show all posts
membe bapak aku lak keje tnb
1 ari tu die pi pencawang
entah cemane time die pegang ape bende tah, tetibe bende tu kuar karen
tercampak die ke belakang
dada dh itam dah
pastu spanjang pjlnan pi sepital, membe bapak tu sebut "panassss...panassss...panassss"
heshhh ngeri dengo
smpi sepital jer tros meninggal
heheh op topic jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 05:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by JulietTheOrange at 16-2-2010 17:39

post 2x lak
JulietTheOrange Post at 16-2-2010 17:38

wow,,, bahaya tok kan keje tnb nie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 08:46 AM | Show all posts

Misteri : Kemayan city

Orang JB terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai etc tentunyamengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yangterbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramaikerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yangmenjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalantersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutamasemasa waktu petang.
Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayaimenjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan Cityberhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan olehUstaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.



JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulahgelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City diTampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebakmembeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka denganmembawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal dikompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandarraya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalailebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di KemayanCity dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwamengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja danmakan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasiselepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialamisekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Juntahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungipusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-AirHitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadirimajlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghalapusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik kearah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan denganlampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgahdan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belahyang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluargaberkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masihawal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaanberedar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelumbalik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabitbercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketikasinggah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat beritadaripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasisebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendirimangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor,Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliahagama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepaskejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu haridia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City keranaada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilangsebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosikepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik danmenyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernahdiajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orangramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutamaberkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak dibangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalanuntuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenissyaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalaidan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernahtersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya,dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumahatau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lamaakan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allahitu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yangtidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang bolehdijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dansyaitan iaitu ayat Kursi” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.070126 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list