CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4858|Reply: 21

Misteri kehilangan kepala

[Copy link]
Post time 12-2-2010 11:52 PM | Show all posts |Read mode

TAHAN...Rashidi ditahan di jejantas LRT Masjid India.


CARI...anggota polis menggali lokasi tempat kepala ditanam.

SHAH ALAM:Misteri kehilangan kepala seorang daripada mangsa pembunuhankejam membabitkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan,Gemencheh,Tampin,Negeri Sembilan, kelmarin, terjawab apabila polis menemuianggota badan manusia itu yang ditanam di sebuah tanah perkuburan dekatsini, tengah malam tadi.

Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 disini,dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia(PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yangmenyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorangdaripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastikmengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepadapemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.


Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian ituselesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu,suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelummenunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya,ditanam diTanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari IbuPejabat Polis Daerah Dang Wangi,Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20malam,sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.

Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40malam,kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkansuspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan,jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam,ditahan ketika cubamenyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di JalanMasjid India,Kuala Lumpur,pada jam 4.05 petang semalam.
Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalumenyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggotakeselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambaryang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas,lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk danmenyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutanantara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjayaditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut danakhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untukmenunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggaldalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh,kira-kira 24 jam sebelumitu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud,90,yangjuga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80,menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76,dan cucu mereka,Siti KhadijahIsmail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumurandarah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan,Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang barupulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumahbekas imam berkenaan,manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruangtamu rumah bersebelahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 11:55 PM | Show all posts
ape yg misterinye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 12:44 AM | Show all posts
Bagaimana pula boleh kepala mangsa di bawa dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Rerasanya ada bantuan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:03 AM | Show all posts
rasanya bantuan dari siapa rdzaccess ? jan jin jun ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2010 10:31 AM | Show all posts
Misterinya.... ialah................:

Orang Melayu sendiri...

kenape?? nanti aku cakap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 03:17 PM | Show all posts
misteri die....
polis tanye kt mne die sorok pale bapak die...
last2 die ckp die tnm kt shah alammmmm...
tu yg misterinye,hehehheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2010 09:14 AM | Show all posts
misteri tul apa motif perlakuan kejamnya tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 12:47 PM | Show all posts
aku baca dulu dia naik bas bawak kepala bapak dari Seremban ke Shah Alam....

bag jenis apa agaknya dia letak kepala bapak dia?...beg plastik ke?..beg galas ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2010 12:48 PM | Show all posts
apa citer dia skrg ya?
nak dia wat lagu tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 01:04 PM | Show all posts
yg misterinya ...kenapa dia bunuh ahli keluarga dia........dia kata dia tak ingat....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 01:04 PM | Show all posts
banyak misteri kes ni. pelik tapi benar
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 08:49 PM | Show all posts
5# unekspekted

cepat la bagitau...ape yang misteriusnye???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 11:23 PM | Show all posts
mamat ni kene sampuk ke sampai bunuh ahli keluarga dia? takde ke org kampung dia kat cni..citer la..
senyap je dah citer ni skrg..takde follow up ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 08:13 PM | Show all posts
mamat ney kne buatan org...
cbe tnye pawangbuaye...
die thu hal2 mistik ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 08:24 PM | Show all posts
ada udang di sebalik batu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 12:45 PM | Show all posts
misteri gak ni. cam ne kepala tu leh dibwak naik bas. org lain tak sedar ke? terbau ke? darah tak de ke menitik2 dalam bas. haru jadinye kalau tau bas mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2010 09:05 PM | Show all posts
die simpan dlm beg kalis darah kowt...
ehhhehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 01:57 AM | Show all posts
dia dah cuci kepala tu kat paip luar rumah dia, pastu taruk dalam plastik. ada cerita ni kat CI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 09:52 PM | Show all posts
sanggup potong pale bapak...
yaaaaakkkkk!!!:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 08:02 PM | Show all posts
ni kes yg menuntut ilmu tk abis ni..lps tu meroyan ..tp masih misteri mcm kes bunuh abg ngn bapak dlm 3 bln lps
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057047 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list