CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AsSaMbOi

Mona Fendi Suatu Ketika Dahulu

    [Copy link]
Post time 8-3-2010 03:10 PM | Show all posts
akhirnye ade gak org nak iskus bnda nih... lame dah kes nih.. 1994 aku baru umo 9 thn tp mmg dasat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2010 04:45 PM | Show all posts
aku waktu tu takot kuar rumah...gua kecik lagi beb..mak bapak dah sogokkan citer mona fandey nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 06:07 PM | Show all posts
seramnyerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 10:53 PM | Show all posts
75# selimutpurple  

tk silap aku.. dulu2 laa time kes ni tgh meletop.. bapak aku ade bawak balik satu buku pasal mona fendi.. dia tk bg aku bc sbb katenye bukan bacaan budak2.. tp ade satu hari ba ...
peret Post at 2-3-2010 17:46


..hendak nya ada yg tau tajuk buku ni...nak cari lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 12:46 AM | Show all posts
59# syam87 mana nak dapat SBDJ tamar jalis ni.. dulu aku ada koleksi tp entah hilang dimakan jin kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:34 AM | Show all posts
ish tetiba meremang bulu tengkuk aku,.. mungkin sebab aircond kot? heh.. tapi meremang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2010 01:43 PM | Show all posts
ilmu itam ni sure byk prerequisite yg bekaitan bnd2 jijik nih...seks dgn binatang ka, seks dgn sedara sundri ka...mmg ado...setan nk bg kuasa bohkan mudah2...dia nk org tu jd sesat barat...aku tak tau la depa ni dh buat apa...tang potong ***** tu pong mmg salah satu la kekdahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 03:43 PM | Show all posts
ngeri citer nihh...more info pls...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2010 12:04 PM | Show all posts
bukak halamn depan,byk info ko le dapat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 01:38 PM | Show all posts
Mayat Mona Fandey tiada pelik

KUALA LUMPUR: “Pelbagai cerita tidak masuk akal dan mengerikan timbul mengenai jenazah Mona Fandey selepas dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati, malah hingga hari ini cerita menakutkan itu masih kedengaran.

“Ada yang mengatakan mayat bomoh itu dalam keadaan menakutkan ketika menghembuskan nafas terakhir dengan tubuh kehitaman, lidah terjelir keluar dan mata terbuka,” kata Arbakyah mengulas kematian Maznah Ismail yang dihukum mati kira-kira tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, Arbakyah yang bertanggungjawab menguruskan jenazah Mona selepas hukuman gantung itu disempurnakan menafikan cerita dan khabar angin yang tersebar.

Malah dia menjelaskan, mayat Mona dalam keadaan sempurna dan tidak berbeza dengan mayat normal lain.

“Cerita itu tidak benar... ketika mayat (Mona) sampai ke Hospital Kajang jam 9.30 pagi untuk dimandikan, keadaan mayat biasa saja. Tiada yang menakutkan.

“Mayatnya bersih, wajahnya juga kelihatan biasa. Tiada apa yang pelik,” katanya yang masih mengingati pengalaman itu dengan jelas.

Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Mona bersama suami, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantunya, Juraimi Husin didapati bersalah kerana membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 8 Julai 1993.

Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 memutuskan ketiga-tiganya bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati sebelum mereka menjalani hukuman itu di Penjara Kajang pada 2 November 2001.

Mengimbas kembali kenangan menguruskan mayat berkenaan, Arbakyah berkata, jenazah Mona dan Mohd Affandi dibawa keluar dari Penjara Kajang pada jam 8.55 pagi menggunakan sebuah lori dengan diiringi anak, keluarga dan saudara mara ke Hospital Kajang.

“Saya yang menyambut mayat berkenaan, kemudian membawanya untuk dimandi dan dikafan. Ketika memeriksa keadaan mayat sebelum itu, saya dapati tiada apa-apa yang ganjil pada mayat arwah, melainkan sedikit kesan pada leher,” katanya.

Bukan itu saja, kata Arbakyah, tidak timbul juga kejadian aneh dan menakutkan sepanjang menguruskan jenazah itu sehingga dikebumikan pada hari berkenaan.

“Yang saya ingat ketika itu, perjalanan pengurusan jenazah arwah tidak berbeza dengan jenazah lain yang pernah saya kendalikan, terutama mayat membabitkan pesalah jenayah atau banduan. Pihak yang selalunya mengaibkan jenazah sebenarnya waris dan keluarga mereka.

“Bagi pengurusan jenazah ini, semua berjalan baik. Memang kesalahan yang dilakukan arwah besar, tapi hanya Allah berhak menghukum seterusnya,” katanya.

Arbakyah berkata, jenazah Mona dan Mohd Affandi dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada jam 11.05 dan 11.30 pagi, manakala jenazah Juraimi dimandi dan dikebumikan di kampungnya iaitu di Teluk Gong, Klang, pada 11.15 pagi hari sama.

“Terharu juga melihat anak arwah pada saat jenazah dikebumikan. Mereka menghadapinya dengan tabah dan sehingga hari ini masih mengunjung pusara orang tua mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 01:41 PM | Show all posts
Jumpa ayah di penjara

SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi, tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorang Islam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?

Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat, tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya, mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan, tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan. Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalah daya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukan ingin mencari publisiti. Malah, saya bersedia menghadapi serangan keluarga kerana yakin saudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah, saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak, kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapa engkau pembunuh. Kata-kata itu menyebabkan saya menjadi panas hati dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun. Bukan seperti kanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon, ayah memanggil nama saya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001. Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan. Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yang menghairankan ialah, mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir, tetapi saya tidak berhenti berdoa.

Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanya berharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 01:55 PM | Show all posts
fuhh..sedih haku baca kisah anak arwah tu...tq syd....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:26 PM | Show all posts
anak2nye x b'slh.. nape nak hukum diorg?? aku kdng2 x phm la dgn masyarakat kite nih....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 02:30 PM | Show all posts
cian diakan...dia xsalah pape pn...ni ar mentaliti masyarakat melayu kita...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 05:18 PM | Show all posts
sian kat dia..tak pasal2 jadi umpat keji org...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 10:44 PM | Show all posts
Subhanallah.. mmg benar membunuh itu dosa besar tp siapa kta utk mengadili kedudukan hambanya di sisi Allah.. Hanya Allah mengetahui segalanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2010 09:13 AM | Show all posts
191# Syd
kesian nya kat anak dia neh. tak pasal2 kna terima dugaan yg hebat masa dia nk membesar. mcm dia ckp, dia bergaduh sbb org mengata dia. yelah, kalau sorg dua ckp tak apa juga, boleh la buat derk..tapi kalau semua orang dok kait dia dgn ayah yg dia sundri tak 'kenal' mau tak baran kan. harap2 dia kuat dan jumpa dgn org yg baik2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 09:49 AM | Show all posts
3 orang anak nih mak lain2 kan? yg no. 2 nih mcm budak kelate. yg dak pompuan tuh lagi terok kena kot.pasai dia anak mona fendiy.kalu jadi anak tiri pom kena, jadi anak kandong  lagi la. lagipom yg tinggai dgn mona n affandi tuh budak pmpuan tuh. mcm mana kisah dia? tak gila ka?

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerima takdirnya.


waktu dia ni betaubat , lagu mana hubungan dia ngn mona tuh?dengaq kata mona tu pom betaubat. si juraimi ngn depa samapi ke mati ka depa begaduh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 10:14 AM | Show all posts
Ingat lagi masa kecik, aku dengar macam2 cite pasal Mona nie...
Ngeri pon ade, especially bila tengok muka die,
Nightmare sangat!!

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2010 10:25 AM | Show all posts
mazlan tu ditetak idup2 ke?bapak ngeriiii dowhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.061177 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list