CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17524|Reply: 69

Aktiviti Tahunan Bod M.K.S.T

[Copy link]
Post time 13-2-2010 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 25-3-2010 05:05

Salam semua…..seperti yang dimaklumkan, bod M.S.T akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sesuai.Baru-baru ini Kuiz Math Mingguan & Tutor baru dilancarkan, tapi kurang mendapat sambutan menggalakkan. Alangkah baiknya jika kesemua forumer dapat sama-sama menyertai aktiviti dianjurkan oleh bod ini. Jadi, saya sediakan aktiviti yang selaras dengan tahap intelek forumer CARI.



1) tutor@cari


2) kuiz math mingguan


3) Teka Teori Bergambar



4) uji pengetahuan anda tentang sainstis
dan sumbangannya
terhadap bidang sains & teknologi


5) “Pantun” berbalas math


6)DEBAT ISU SAINS & TEKNOLOGI


7)game@ mkst- challenge yourself


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2010 02:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 13-2-2010 15:31

TEKA TEORI BERGAMBAR



  • Adalah pertandingan yang berasaskan gambar di mana anda diminta untuk menekateori, aplikasi dan formula berdasarkan pengetahuan anda tentang ilmu kimia, physics & segala cabang kejuruteraan .
  • Gambar akan diberi bersamapenyataan masalah. Anda tidak diminta untuk menyelesaikan atau menyediakan formula.
  • Segala tekaan yang betul & tepat akan mendapat kredit.

TEMUJANJI     
Setiap 2 minggu Hari sabtu, 12.00 - 1.00 pm      


{:1_122:}uji pengetahuan anda tentang sainstis
dan sumbangannya terhadap bidang sains & teknologi
{:1_122:}

  

  • Konsep pertandingan adalah sama seperti Teka Teori Bergambar tetapi anda akan diberikan beberapa soalan berdasarkan gambar saintis yang diberi.
  • Segala tekaan yang betul & tepat akan mendapat kredit.


TEMUJANJI   
Setiap 15th haribulan , 12.00 - 1.00 pm               




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 02:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 13-2-2010 15:33

DEBAT ISU SAINS & TEKNOLOGI




  • Debat? Jika anda seorang yang berpengetahuan tinggi, yakin, pandai berdebat dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli panel debat.
  • Anda boleh menubuhkan pasukan anda tersendiri dan umumkan keahlian group anda kepada saya dengan segera. Maksimum ahli bagi setiap kumpulan adalah 3 orang sahaja, manakala minimum adalah seorang .
  • Tajuk isu debat akan diumumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh debat. Selepas sahaja tajuk debat diumumkan, yang mana 2 kumpulan awal sahaja yang respond (yakni dengan membuat posting: we join the debate!) akan diberi mandat untuk berdebat pada tarikh tersebut. Yang mana kumpulan yang lewat akan diletakkan sebagai waiting list jika mana-mana 2 kumpulan terawal tersebut tarik diri.
  • Pencadang & pembangkang isu debat akan ditentukan oleh penganjur.
  • Selesai sahaja kumpulan anda mendapat tajuk isu debat & sudah ditentukan haluan (pencadang/pembangkang),anda PERLU bersedia dengan pelbagai bahan rujukan sebelum debat berlangsung.
  • Pencadang:Ketua kumpulan diminta mengumumkan ahli anda yang akan memulakan debat dengan membuat posting : “Saya mencadangkan….. sebagai ahli panel penyokong pertama “. Orang ini akan berhujah sebagai ahli pertama.Ahli kedua & ketiga akan menyusul kemudian selesai sahaja ahli pertama berbahas. Pada masa ini, kumpulan pembangkang boleh membangkang hujah lawan (rebuttal). Ahli penyokong yang dituju berhak untuk memilih samaada untuk menjawab soalan “rebuttal” pembangkang .Perbincangan luar antara ahli adalah digalakkan. Jika anda ingin menjawab soalan “rebuttal”, anda diberi masa 10 minit sahaja untuk respons.
  • Setiap ahli berhujah dengan satu “posting” sahaja.Sesiapa membuat posting hujah lebih dari satu, akan ditolak markah.
  • Pembangkang: Selesai sahaja pencadang menyatakan hujah mereka, ahli pembangkang pertama akan menyatakan hujahnya. Sama juga, pada masa ini,kumpulan penyokong boleh membuat “rebuttal” terhadap hujah lawan.
  • Sila baca website berikut untuk makluman lanjut di bawah tajuk “General Rules for Debate”: KLIK SINI
  • Hakim adalah pemerhati debat. 20% adalah markah juri, manakala 80% lagi adalah undi dari forumer. Thread poll akan dibuka pada keesokan hari. Kumpulan yang bertanding tidak boleh mengundi.
  • Peraturan posting debat:

  • Hanya posting BERILMIAH sahaja dibenarkan.
  • Sila kreditkan kepada website (letak link )&bahan rujukan untuk menyokong
  • hujahanda. Kegagalan membuat demikian boleh menyebabkan anda hilang markah.
  • SPAMMING(not related to the the debate!) tidak dibenarkan sama sekalikerana boleh mengganggu debat. Potong -30 kredit jika ada yang berbuat demikian.
  • Penggunaan bahasa yang cantik & kemas adalah digalakkan.Elakkan bahasa rojak yang kurang difahami oleh forumer.Bahasa PONEN diharamkan sama sekali, potong -30 kredit jika ada yang berbuat demikian.


TEMUJANJI   
Tarikh ditentukan oleh penganjur              
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 13-2-2010 15:34

“Pantun” berbalas math: adakah anda kalkulator?




  • “Pantun” berbalas math bukan seperti pantun melayu tetapi lebih cenderung penanya-penjawab memberikan respons dalam masa yang singkat. Konsep pertandingan lebih kepada masa menjawab di mana sesiapa menjawab soalan dengan cepat sahaja diberikan peruntukan kredit.
  • Pemain (penanya-penjawab) adalah forumer sendiri. Penaja (mod) hanyalah pemerhati sahaja.
  • Aktiviti DIBENARKAN pada waktu yang ditetapkan sahaja.

Sila patuhi peraturan tersebut:


{:1_130:}Forumer yang berminat sebagai penanya soalan MESTI mendaftar sebagai ahli sebelum aktiviti berlangsung.

{:1_130:}Senarai pemain akan disusun mengikut giliran, dimana nama teratas akan terpilih sebagai penanya soalan diikuti oleh pemain no.2 dan seterusnya sehingga semua selesai memberikan soalan.

{:1_130:}Penjawab pula MESTI memberikan respons kepada penanya dalam MASA SINGKAT.

{:1_130:}MASA SINGKAT adalah 1 minit sahaja. Jarak masa posting anda dengan penanya soalan adalah < 1minit sahaja.

{:1_130:}Konsep soalan:

-Disebabkan sudah ada kuiz mingguan math untuk soalan math yang tahap tinggi, jadi aktiviti ini lebih kepada congak , math moden, asas algebra, persamaanlinear dan lain-lain.
-Contoh:


1. Penanya:
Punca kuasa dua (x) – 2 * punca kuasa dua(y) =0 . Find y in term of x.


Or
2. Penanya: Jika tan[x] = y , maka sin y =

Or
3. Penanya: 0.54 x 1.200 =………..tukarkan jawapan dlm bentuk 10^(n)

{:1_130:}Penjawab bukan spesifik kepada seorang maknanya semua forumer bebas memberikan responds. Jawapan betul dalam masa yang singkat sahaja akan diberikan kredit.


TEMUJANJI   
Setiap hari, dikendalikan oleh forumer               
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2010 03:36 PM | Show all posts
thread ini saya biarkan dulu untuk tatapan forumer..
jika ada soalan jangan malu untuk bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 07:26 AM | Show all posts
baru nak tanya tadi.. ko jd mod kt bod mana...



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2010 10:55 AM | Show all posts
baru nak tanya tadi.. ko jd mod kt bod mana...




freekey Post at 14-2-2010 07:26


snila abg prikiy oiii..haha
tmbh satu lagik bod ct
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 06:11 PM | Show all posts
daus....

pantun maths tu...

soalan yg di tanya dlm bentuk pantun ka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2010 06:26 PM | Show all posts
daus....

pantun maths tu...

soalan yg di tanya dlm bentuk pantun ka...
airwickss Post at 14-2-2010 18:11


tak lah
"pantun" tu melambangkan aktiviti balas-membalas cam tu la lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2010 10:45 PM | Show all posts
bila nk start
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 11:43 AM | Show all posts
baru ak bukak bku BM lelame nk stady pantun..:pompom:rupenye berbalas2 je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 12:07 PM | Show all posts
bila nk start
put3reen Post at 14-2-2010 22:45


esok aku buka
nanti korang reg sbg ahli yg akan bermain
buat camni

"saya online"...maksudnye korang ada time tu tuk bermain
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 02:51 PM | Show all posts
baru ak bukak bku BM lelame nk stady pantun..:pompom:rupenye berbalas2 je..
kara_911 Post at 15-2-2010 11:43


tu la kan..
salah sgka pulak ai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 10:10 PM | Show all posts
bahek! roger that..

tapi mud 2,3 bulan ni akan busy...
kalo mud sempat..mud join hokkay..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 10:50 PM | Show all posts
perghh...lagi byk aktiviti kat bod nie...
nk join gk...tp kna tgk kelapangan waktu gk..ehehheeh..

:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2010 11:01 PM | Show all posts
perghh...lagi byk aktiviti kat bod nie...
nk join gk...tp kna tgk kelapangan waktu gk..ehehheeh..

:pompom::pompom:
jie_kumiko Post at 16-2-2010 22:50


so korang rncgla waktu sesuai rmi2 leh on9 time tuh
tuk aktiviti "berbalas" math tuh

once dh ader org...leh la aku bukak thread baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2010 02:05 PM | Show all posts
best lah..xsabar nak main teka2 ni wlaupun ilmu x seberapa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 02:52 PM | Show all posts
x ajak pon aku...mntg2 la aku x pndai math.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:23 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 10:22 AM | Show all posts
chewan ke fefeling jadi momod ittew
hantu_poyos Post at 9-3-2010 23:23


sabar yea poyos........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.080996 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list