CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sauffie

Peranan polis semasa peperangan

[Copy link]
Post time 19-7-2012 12:59 PM | Show all posts
Reply 95# kamaru


En. Kamaru...Pada darurat pertama Tanah Melayu 1948 - 1960 diisytiharkan mana ada perlembagaan malaysia lagi. Kuasa pemerintahan masih berada pada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan Pesuruhjaya Tinggi British telah megisytiharkan Darurat diseluruh Tanah Melayu pada 1948. Pihak British telah mengerahkan segala kekuatan yang ada ini termasuklah pasukan tentera dan polis pada ketika itu.Kekuatan pasukan tentera cuma ada 40,000, polis 70,000. Apabila darurat bertambah teruk dengan serangan hendap pihak PKM British telah kerah tentera negara2 komenwel seperti autralia,fiji dll bantu.Home Guard telah ditubuh sehingga berjumlah 200,000 anggota. Zaman darurat adalah berlainan dari sekarang...cuba ingat balik peristiwa 13 Mei 1969 bagaimana kuasa tentera diambil alih dari polis bila dh isytihar darurat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 12:21 AM | Show all posts
polis menjaga tenteraman orang awam, membantu keperluan orang awam macam peranan bomba.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:44 AM | Show all posts
apa yg duk bising tak tentu hala. Dalam Pelembagaan Pasukan Polis sudah dinyatakan jika berlaku peperangan, PDRM kena membantu ATM dalam melawan musuh. Tak payah nak sebut zaman British dulu masa Jepun menyerang. Ramai mana sangat askar melayu masa tu. Sejarah masa dharurat pun dari tahun 1948 hingga 1960 askar anak melayu berapa kerat saja yg ada. Sedangkan mereka yg berada dibawah panji2  PDRM utk menentang komunis sudah mencapai melebihi 100,000 orang anggota. Masa negara aman ni bukan ancaman luar tak ada, tapi PDRM kena hadapi dulu. Ketika aku di Johor dulu polis la yg  terjun turun dari  Bukit Aman pasal askar singapura kerap kali cuba ajah mendapat dipantai. sekarang aku pula nak ketaka. ha ha aha...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2012 08:02 PM | Show all posts
Polis di dalam keadaan peperangan lebih menjaga keselamatan dan ketenteraman awam... biase dalam keadaan perang hura-hara... kecurian... pembunuhan... tugas polis teap macam biasa... Kalo UTK nie.. keje diorang lebih spesifik... eskot VVIP dan sebagainya... sebab tu... dalam perang di Iraq... Afghanistan.... polis selalunya tidak dibunuh oleh tentera US...

Kalo perang berlaku... Askar Wataniah akan diatur-gerak dengan askar regular... sebab Askar Wataniah ni mendapat latihan asas dengan tentera... RELA pulak macam biase la... rela berkorban... membantu polis mengawal keselamatan kampung... mungkin juga boleh diserap untuk sertai tentera jika perlu...

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 08:57 PM | Show all posts
Glock19 posted on 19-7-2012 12:59 PM
Reply 95# kamaru

Saudara Glock19... baca semula artikel dimana saya tak ada sebut pun pasal Perlembagaan. Sudah saya katakan ia adalah dari arahan British yg diberikan kepada pasukan polis dalam memberas gerakan komunis pada era dharurat dulu. Kita tidak nafikan dalam keadaan tertentu pihak PDRM mungkin meminta bantuan dari ATM untuk membantu seperti mana yg berlaku pada 13 Mei.  Jika keanggotaan tidak mencukupi untuk mengawal sesuatu kejadian, maka PDRM sudah semestinya meminta bantuan dari ATM yg mempunyai jumlah anggota yg ramai dan bukannya untuk mendapatkan kepakaran dari ATM. ATM tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengawal "Ketenteraman awam"  seperti PDRM yg menjadi tugas utama mereka iaitu bertanggungjawam dalam menjaga keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Walau pun tidak dinafikan untuk mencapai matlamat dan tujuan ini (ketenteraman awam), pihak ATM juga dapat melaksanakan. Tetapi dengan cara dan peraturan yg berbeza ia itu"musnahkan" yg mungkin mengikut undang-undang atau peraturan ATM. Lain cara pula yg dilaksanakan oleh PDRM mengikut undang-undang. Kadangkala terdapat urutan kajadian 13 Mei sebenar tidak diketahui oleh kebanyakan orang awam termasuk anggota ATM sendiri. Kecuali anggota PDRM saja. Kuasa yang diberikan kepada ATM semasa 13 Mei ini tidak dapat dibiarkan lebih lama kerana ia lebih lagi memburukan keadaan dan bertambah kelam kabut. Kita tidak salahkan ATM kerana mereka diajar dan dilatih untuk "memusnahkan". Semua ini berpunca dari orang-orang  yg telah ditembak oleh anggota ATM (tak perlu sebut unit mana) ketika keluar rumah untuk membuang air besar kerana tandas ketika itu masih terdapat berada diluar rumah. Kerana kejadian ini dianggap telah melanggar perintah berkurung. Malah banyak lagi kejadian yg tidak sepatutnya berlaku  tetapi tetap berlaku. Jadi tidak boleh dibanggakan akan peranan ATM semasa 13 Mei, tetapi sanjungan mereka patut dihargai juga dalam membantu PDRM. sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 08:25 PM | Show all posts
Adeila posted on 8-3-2010 04:02 PM
secara x langsung mentality ko pun sama je cam polis yg perasan dirinya bagus...heheheh

Kalau nak tau polis kena lanyak kat askar atau pun tidak.... berilah kelengkapan pada polis bagaimana yg dimiliki oleh askar. Nanti  baru boleh tau siapa yg kena lanyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2013 08:33 PM | Show all posts
Adeila posted on 8-3-2010 05:19 PM
itu jawapan org yg kurang cerdik.....cam askar dunia ketiga je bunyinya...huhuhu...
sy rasa askar m ...

Memang la askar Malaysia ni cerdik tak pernah bertumbuk dan bergaduh. Tapi hang tau ke mereka boleh datang dengan beberapa buah truck untuk  menyerang orang awam kerana terlibat kes bergaduh. Tak tau hang duk diam jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 09:02 AM | Show all posts
kamaru posted on 11-1-2013 08:57 PM
Saudara Glock19... baca semula artikel dimana saya tak ada sebut pun pasal Perlembagaan. Sudah say ...

Dari mana saudara dapat info tersebut?Tugas polis memang la memelihara ketenteraman awam dari dalam negara manakala ATM pula menjaga kedaulatan negara dari ancaman luar.tetapi walaubagaimanapun pihak ATM boleh digerakan bagi membantu pasukan PDRM semasa darurat@jika keadaaan tidak dapat dikawal oleh pihak PDRM.tentang org awam ditembak oleh pihak ATM semasa keluar buang air dan sebagainya hanya la dakwaan semata-mata shj.tidak ada bukti bukan sama juga jika penjenayah tidak bersalah wlpn dibawa kemahkamah sehingga terbukti kesalahanya.Saudara Kamaru jangan terikut hati sangat fikir secara rasional tentang apa yang berlaku.Dari apa yang saya lihat saudara seolah-olah ada perasaan dendam pada ATM.adakah saudara atau saudara mara saudara ada sejarah hitam dengan pasukan ini? Arwah ayah saya seorang anggota polis pada zaman darurat pertama menyertai flying squad@jungle Squad pada 1948.Semua yang terjadi ada puncanya,takkan tidak ada punca kita nak gaduh@cari pasal bukan.Ini bukan soal senjata atau sebagainya jika nak tunjuk kekuatan.Ada satu kisah benar yang berlaku dikawasan borne dimana ada 2 org anggota polis telah memukul seorang anggota tentera kerana mabuk kerana menyangka anggota tentera tersebut muslim dan membawanya ke balai.Apabila diketahui anggota lain pasukan tentera terbabit telah pergi ke balai tetapi anggota polis terlibat tidak berada di situ.Kisah benar kedua berlaku di Utara Semenanjung dimana balai polis di kawasan tersebut dikepung oleh pasukan tentera gara-gara kesilapan anggota polis itu sendiri.maka panglima ATM dan OCP terpaksa campur tangan utk selesaikan hal tersebut.Saya tidak menyebelahi mana2 cuma bila lakukan kesilapan kita kena mengaku bukan baling batu sorok tangan bukan.Abang saya pun ada yang berkhidmat dengan PDRM dan ATM seperti arwah ayah saya..tidak timbul perasaan dengki tetapi perlu ada perasaan tolak ansur dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.kedua2nya adalah pasukan keselamatan yang amat penting bagi kedaulatan malaysia.Masing-masing saling memerlukan dan alhamdulilah sekarang pihak PDRM telah menyahut Blue Ocean Strategi (BOS) dimana menggunakan pusat latihan tentera di Port Dickson dan Tg. Pengelih bagi melatih Konst PDRM.Keegoaan masing2 telah dipecahkan dengan perkongsian pusat latihan bagi mengurangkan kos.Saya ada berkesempatan melihat tamat perbarisan rekrut ATM dan Kost PDRM dimana saya berjumpa dengan JL saya dari PULAPOL KL.Oleh itu saudara kamaru bukalah hati,bukalah minda tenangkan jiwa dengan apa yang saya katakan ini semoga dapat memberi manafaat kepada kita semua.Sekian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.395586 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list