CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12557|Reply: 18

mengapa wanita mengandung disyorkan baca surah maryam..

[Copy link]
Post time 27-2-2010 04:32 PM | Show all posts |Read mode
bila saya baca tafsir surah maryam yang dibaca oleh imam mishari-rashid di wwwdotquranexplorerdotcom...terdapat 11 nama nabi2
antara nya zakaria,yaakob,haron,ibrahim,ishak,musa,idris,nuh
adam,ismail dan yahya....
pertamanya kisah nabi zakaria yang telah lanjut usia tetapi masih belum mempunyai zuriat untuk menyambung dakwah baginda kpd umatnya lalu baginda mengadu kpd Allah sedangkan isteri baginda mandul...maka Allah memperkenankan
doanya....dengan tanda baginda tidak dapat berkata2 selama 3 malam sedangkan baginda sihat..
kemudian kisah maryam yang akan mengandung dan melahirkan nabi isa...
kemudian kisah nabi ibrahim yang menyeru bapanya agar meninggalkan penyembahan patung...
kemudian kisah nabi ibrahim yang dikurniakan anak dan cucu(ishak dan yaakub)
kemudian kisah nabi musa dan saudaranya nabi haron
kemudian kisah nabi ismail dan nabi idris


Ayat 58.Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.





www.rahsiaemas.com/index.php?=uncangemas


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2010 05:13 PM | Show all posts
tajuk tu..
ayat petanya ke..
ayat penyata..?

** timakasih atas info anda..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2010 05:54 PM | Show all posts
2# ana_una


ayat apa2 pun tak kisah laaa...saja berkongsi info..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 05:56 PM | Show all posts
kesimpulannya?

Anyway, thanks for sharing the info yeah... =)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2010 07:53 PM | Show all posts
kenapa tak nak baca the whole of the Quran?

i mean you know...apakah ada hadith / dalil naqli etc etc yg suruh a pregnant lady baca sekian sekian surah?  for certain purposes?

i mean if  the whole Kalammullah tu mmg dah bagus,  baca semua lah kan?

hmm?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 04:29 PM | Show all posts
kenapa tak nak baca the whole of the Quran?

i mean you know...apakah ada hadith / dalil naqli etc etc yg suruh a pregnant lady baca sekian sekian surah?  for certain purposes?

i mean if  the who ...
mbhcsf Post at 27-2-2010 19:53


memang ada fadhilat setiap surah, seperti surah al-Mulk (seperti maksud hadith), jika dibaca sebelum tidur malam, InsyaAllah akan diringankan azab kubur. Begitu juga surah al-Baqarah, sebagai pelindung rumah dari gangguan, seperti ayat2 Ruqyah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2010 03:30 PM | Show all posts
Surah Luqman [31]
34. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

berdasarkan ayat diatas, 5 pekara yg Allah sorokkan daripada pengetahuan kita, selepas berlaku baru kita tahu iaitu Kiamat, bila hujan nak turun (sampai skg pun orang cakap ramalan cuaca, bukan ketepatan cuaca), jantina bayi (boy/girl), apa berlaku hari esok dan dibumi mana kita mati.

so dari sini kita tahu tiada hadis/dalil yg menyatakan utk dptkan anak perempuan kena baca Surah Maryam dan utk lelaki baca surah Yusuf. yg ada doa/cara utk dapatkan zuriat

1. doa Nabi zakaria,Surah Al Anbiyaa' [21]
89. Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

2. Istigfar banyak2 -- Allah akan turunkan hujan, kurniakan harta dan anak. Nuh [22] ayat 10-12.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 10:15 PM | Show all posts
7# Avicenna
there is one word in your posting ... that had made me smile
bless you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 10:25 AM | Show all posts
untuk sesiapa yang mengandung, dan dikhuatiri kandungan-nya sakit atau apa2, jangan risau.

Amalkan Surah Maryam, samada seluruh surah atau sebahagian-nya. Mohonlah kepada ALLAH supaya kita di beri Rahmat, dan kita diberi barakah Surah Maryam agar terlindung kandungan, dan selamat semasa kelahiran. insyALLAH

Sila perhatikan pada Surah (19) Maryam ayat 25, di mana Maryam selepas bersalin di suruh oleh ALLAH untuk menggoyangkan pangkal pokok kurma. Tujuannya untuk mendapatkan kurma buat makan. subhanALLAH !

Originally posted by Surah_19_ayat25



23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar Yang masak.

Agaknya zaman sekarang ni, lelaki yang kuat sekali pun kalau disuruh goyang pokok kelapa sawit (serupa pokok tamar) kat Malaysia, adakah mampu untuk menjatuhkan buahnya ?!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:26 AM | Show all posts
ni dari terbitan pejabat mufti brunei

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

      Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

      Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.

      Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah:

      a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
      b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang saleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
      c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
      d) Surah Maryam.
      e) Surah at-Taubah.
      f) Surah al-Ikhlas.

      Sementara wirid-wiridnya pula ialah:

      1.

      2.

      AMALAN SEMASA HAMPIR BERSALIN:

      Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:

         1. Surah al-Fatihah.
         2. Surah al-Nahl ayat 78.
         3. Surah al-Hasyr, Ayat 21.
         4. Selawat Syifa:

         5. Do'a:

            Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."

         6. Wirid:

            Ertinya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

         7. Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):

            Tafsirnya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

         8. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan:

            Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin:

            Dibaca pada air kemudian diminum dan disapukan pada mukanya insya Allah mudah bersalin dengan izin Allah.

            Ayat yang dimaksudkan ialah:

            Dan disambung dengan surah al-Hasyr ayat 21-24 (sebagaimana yang disebutkan di atas) dan ditambah dengan:

            Dan satu cara lagi sebagaimana kata Ibni Abbas Radhiallahu' Anhuma, jika seorang perempuan susah hendak bersalin maka hendaklah dituliskan pada satu kertas dan direndamkan kemudian diberi minum dan disapu pada mukanya insya Allah mudah bersalin, iaitu:

            Ditambah dengan:

            Sementara bagi orang yang berada disamping perempuan yang hampir melahirkan itu disunatkan membaca ayat-ayat berikut untuk membantu memudahkannya bersalin. Di antara ayat-ayat tersebut ialah:

            i. Ayat al-Kursiy dalam surah al-Baqarah ayat 255.
            ii. Surah al-A'raf ayat 54-55.
            iii. Surah al-Falaq dan an-Nas:

            Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu Anha:

            Maksudnya: "Apabila dia (Fatimah) telah hampir melahirkan, Rasullullah telah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab bte Jahash agar datang melihat Fatimah, maka Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam membaca ayat al-Kursiy dan surah al-A'raf di sisi Fatimah dan memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca surah al-Mu'awidzatain." .
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 10:29 AM | Show all posts
ni dari sudut psikologi, bila mengandung kalau boleh jangan sekali2 mengharapkan jantina utk anak dlm kandungan...dalam kajian yang dilakukan anak2 yang lahir as androgyny...mrk yg berkecelaruan jantina ni adalah hasil dari dlm kandungan lagi..
let say u nak sgt anak girl...bila yg keluar tu boy..nanti besar kemungkinan dia akan membesar dgn mengandungi ciri2 wanita dlm dirinya..ni dah dibuat kajian tau...so sebaiknya doalah minta anak yang soleh or soleha dan sihat fizikal dan mental yang menyenangkan hati , yang macam2 lagi boleh tambah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:49 AM | Show all posts
7# Avicenna
Dah 5 anak akak. Tak pernah dengar plak baca surah Yusuf utk dpt anak lelaki dan surah Maryam utk dpt anak perempuan. Yg akak tahu sebagai petua, diulang PETUA:
1.Surah Yusuf konon dptlah anak cantik/hensem/comel mcm Nabi Yusuf as
2.Surah Maryam utk memudahkan proses bersalin

Dr mana sumber hadis i dun know. Sebab tu me anggap sebagai petua sahaja.

Sebaik2nya baca keseluruhan Al Quran. Tentu saja tiada siapa yg menafikannya. 2 surah yg disebut tu sebagai tambahan. Ada satu lg petua... surah Luqman. Utk dpt anak yg cerdik katanya. Apa2 pun Allah lebih mengetahui kita sekadar berikhtiar

Dulu pernah dok citer2 pasal hospital mana bagus utk bersalin dr segi kepakaran dan kemudahan. Ada sorg ni cakap , kenapa kita yakin dgn hospital sedangkan Allah yg lebih hebat dan penjaga kita. Katanya, cuba lihat maryam. Sorg2 beranak. Tak de sapa uruskan tp maryam yakin Allah akan bantu dia. Wah! Terkedu akak! Kena smashed berdesing! Masa tu anak dia tengah memboyot. Tau2 anak dia bersalin kat spital jugak! Hampehh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 01:58 PM | Show all posts
tapikan .....ish noo...would u imagine...camner kecantikan Nabi Yusuf AS tu kan? tak terbayang oleh akal, if a face could numb a freshly cut fingers...i mean..ya rabb sememangnya macam seorang saksi tu kata ni bukan manusia ni ni seorg malaikat yg mulia ni...i could imagine why well Si Zulaikha you know would commit such a genuine " crime" / little mischief...hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:00 PM | Show all posts
dan begitu juga Nabi yusuf kan seorg yg budiman yg mampu say ..god a jail is good for me...berbezanya sekarang....di mana ..well..u know..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:44 PM | Show all posts
23. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya(pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkataAlangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatuYang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!..
sunsuria3 Post at 2-3-2010 10:25


yang hampir hendak bersalin, elok juga mengamalkan makan TAMAR MASAK/Ruthab (kurma) agar dia akan sentiasa tenang sebagaimana yang berlaku kepada Mariam.

25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,
26. maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.....Surah Maryam [19] (ayat 25-26)
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 02:57 PM | Show all posts
5. Do'a:

            Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hakhamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya(nama pesakit dan ibunya penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahaiTuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya."
sunsuria3 Post at 2-3-2010 10:26


dalam bab berdoa agar mudah bersalin dibenarkan dengan apa2 bacaan asalakan tidak melanggar hukum syarak, spt melakukan tawassul kepada Fatimah, 'Aisyah, Maryam dsb,HANYA memohon kepada Allah swt semata-mata dengan sifat Asma'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 03:11 PM | Show all posts
7# Avicenna
Dah 5 anak akak. Tak pernah dengar plak baca surah Yusuf utk dpt anaklelaki dan surah Maryam utk dpt anak perempuan. Yg akak tahu sebagaipetua, diulang PETUA:
1.Surah Yusuf konon dptlah anak cantik/hensem/comel mcm Nabi Yusuf as
2.Surah Maryam utk memudahkan proses bersalin
HOTlips Post at 2-3-2010 11:49


akak, petua = 'pesanan orang tua-tua' yg mana utk kebaikan generasi selepasnya berdasarkan pengalaman/pemerhatian. Tetapi bila petua yg melibatkan agama, mesti berpandukan pada AlQuran & Hadis sahih, kalau tak sudah menyalahi hukum.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 11:43 PM | Show all posts
Dulu pernah dok citer2 pasal hospital mana bagus utk bersalin dr segi kepakaran dan kemudahan. Ada sorg ni cakap , kenapa kita yakin dgn hospital sedangkan Allah yg lebih hebat dan penjaga kita. Katanya, cuba lihat maryam. Sorg2 beranak. Tak de sapa uruskan tp maryam yakin Allah akan bantu dia. Wah! Terkedu akak! Kena smashed berdesing! Masa tu anak dia tengah memboyot. Tau2 anak dia bersalin kat spital jugak! Hampehh!  

HOTlips Post at 2-3-2010 11:49 AM


takkan dia nak pi beranak bawah pokok tamar kak...
kat mana dia nak carik......
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 08:56 AM | Show all posts
kenapa kita yakin dgn hospital sedangkan Allah yg lebih hebat dan penjaga kita. Katanya, cuba lihat maryam. Sorg2 beranak.

well..tahu bagaimaan Ar Razzi nak tentukan tempat nak buat HOSPITAL? Beliau gantung daging kat  tempat tu ...you know why?
kalau tempat tu daging busuk that means it is unhygienic lerrr...so zaman Abassiyaah dah ada hospital and whop is she to argue that way...apalaaaa..well still kena respect juga she is entitled to her own albeit not so smart opinion ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.080567 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list