CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 9

Malangnya kanak-kanak tidak berdosa ini

[Copy link]
Post time 28-2-2010 12:41 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 26 Feb.- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden Norel Azmi Affandi Yahya berkata, mangsa yang dikenali sebagai Sapiah sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, lelaki berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.

"Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.

"Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norel Azmi berkata, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka. - Bernama


- Ya ALLAH betapa baculnya jantan ini sehingga sanggup menyakiti anak kecil ini !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
- kalau ikutkan dari cerita di berita tv kejadian dera mendera ni dh lama. sepatutnya ibu dia boleh elakkan benda ni dari terjadi. tapi tak tau la kalau ibu dia pun tumpang sekaki dan terlalu sayangkan jantan tu lebih dari anak sendiri....
ibu dia sepatutnya dihukum jugak...

- yang paling terkilan sekali kenapa la ramai lelaki di padang bola tu tapi satu pun tak dapat halang jantan binatang tu dari terus pukul anak kecil tu.. kenapa takut?takkan la jantan tu kuat sangat??? sekiranya seramai ramai manusia yang ada di padang tu boleh halang mungkin anak itu boleh terus hidup..

- dengan kematian anak ini maka lenyaplah bersama seksaan dunia yang dia terima. maka bergembiralah di sana wahai anakanda safiya di syurga. - moga roh anakanda dicucuri rahmat-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2010 01:01 PM | Show all posts
ehhh dah kuar dah berita pasal ni..motif ketinggalan zaman baru nak bukak thread? bincang je la kat thread yang dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:10 PM | Show all posts
terkedu.tak tau nak cmment apa tentang  family budak ni,tntg suspek,ibunya mahupun org sekeliling yg ada di situ.something wrong somewhere.kesian pd knk2 ni.alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:11 PM | Show all posts
THREAD dh bnyk ni dek,.!~
npe tk search dlu
kan elok letk kt thread asal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2010 01:17 PM | Show all posts
geram sgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2010 01:43 PM | Show all posts
salah BOARD ni..............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2010 08:27 AM | Show all posts
kat board gosip la thread mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 10:15 AM | Show all posts
Just say nicely..TT is just a beginner..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 10:15 AM | Show all posts
Me too..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 01:17 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Memang malang...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.137593 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list