CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3724|Reply: 6

gempabumi di Chile; update korban lebey 700 worang!!

[Copy link]
Post time 2-3-2010 05:55 AM | Show all posts |Read mode
Korban gempa Chile kini 708 orang

KAWASAN tepi pantai ini asalnya sarat dengan rumah-rumah tetapi menjadi padang jarak berikutan kedudukannya paling hampir dengan pusat gempa bumi yang mengakibatkan ombak besar melanda dan seterusnya membanjiri banyak bandar di Pelluhue, Chile, kelmarin. – REUTERS

CONCEPCION 1 Mac – Angka kematian akibat gempa bumi di Chile meningkat kepada sekurang-kurangnya 708 orang semalam sementara pasukan penyelamat berkejar untuk mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan.

Skop bencana itu bertambah jelas di kawasan-kawasan pantai di mana penduduk yang sedang tidur mati lemas akibat ditenggelami ombak raksasa yang turut menghanyutkan rumah-rumah.

Kerajaan Chile mengenakan perintah berkurung di dua kawasan yang paling teruk terjejas, iaitu wilayah Maule di tengah negara ini serta bandar raya Concepcion dan wilayahnya.

Kebimbangan mengenai ancaman keselamatan meningkat di kedua-dua kawasan setelah polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan gerombolan pencuri.

Presiden Michelle Bachelet berkata, beliau menjangka angka kematian 708 orang itu meningkat lagi, manakala kerajaan beliau mengaku silap kerana gagal memberi amaran kepada rakyat Chile mengenai ancaman tsunami berikutan gempa bumi 8.8 pada skala Richter, awal pagi kelmarin.

Televisyen kerajaan melaporkan, lebih 300 mayat ditemui di kampung nelayan Constitucion yang dilanda ombak tsunami, meskipun laporan itu belum dapat disahkan.

Ombak raksasa menenggelami pekan dan kampung di tepi laut, menyebabkan penduduk mati lemas, menghanyutkan rumah dan meninggalkan mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut melihat rumpai laut melekat pada rumah mereka.
“Ombak itu tiba lalu menenggelami segala-galanya. Tingginya kira-kira enam meter,” kata Carlos Palma yang mencari apa yang tinggal daripada harta bendanya di pekan Penco.

Data rasmi daripada pakar Amerika Syarikat (AS) di Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menunjukkan, ombak tsunami terbesar setinggi 2.6 meter, tetapi walau apa pun saiznya, kemusnahan jelas kelihatan di kawasan pantai.

Ombak itu tiba tanpa amaran bagi ramai penduduk, menghanyutkan mereka ke laut dan menghancurkan segala struktur kecuali yang paling kukuh.

“Kesilapan telah dilakukan. Tentera laut melakukan kesilapan kerana tidak mengeluarkan amaran tsunami,” kata Menteri Pertahanan, Francisco Vidal.

Datuk Bandar Concepcion merayu bantuan sementara pasukan penyelamat yang dilengkapi alat pengesan haba mencari berpuluh-puluh orang yang dipercayai terperangkap di dalam sebuah blok pangsapuri 15 tingkat yang tumbang akibat gempa bumi itu. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2010 06:56 AM | Show all posts
apesal tak bg warning.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 08:49 AM | Show all posts
apesal tak bg warning.....
shahx Post at 2-3-2010 06:56


tak sempat kot... yg datang lepas gempa tu..cam kat aceh tu..... lepas gempa ja dah datang?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 09:33 AM | Show all posts
RIP, Innalillahiwainnailaihiraji'un (kot-kot ada yang Islam terkorban)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 05:45 AM | Show all posts
Korban gempa Chile meningkat kepada 763
03/03/2010

SANTIAGO 3 Mac – Angka korban akibat bencana gempa bumi kuat yang melanda Chile Sabtu lalu meningkat kepada 763 orang, menurut pegawai kecemasan negara ini semalam.

Sementara itu, bantuan dari negara jiran, Amerika Latin mula tiba selepas Presiden Michelle Bachelet meminta pertolongan dari masyarakat antarabangsa.

Lapangan terbang Santiago yang rosak menerima kemasukan bekalan pertama dari rantau tersebut sejak Bachelet secara rasminya meminta bantuan termasuk jambatan dan hospital bergerak, telefon satelit, generator elektrik serta sistem penapisan air.

Lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton semalam juga turut membawa 20 telefon satelit dan juruteknik, sementara pesawat tentera Argentina menurunkan hospital bergerak untuk membantu merawat mangsa gempa. – Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2010 07:12 AM | Show all posts
Gempa anjak bandar-bandar di Chile




SANTIAGO - Kesan gempa bumi dahsyat yang berpusat dekat Maule di Chile pada akhir bulan lalu telah menyebabkan keseluruhan bandar raya Concepcion yang paling teruk terjejas berganjak sekurang-kurangnya 304.8 sentimeter (sm) ke arah barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Gempa bumi yang berlaku pada 27 Februari lalu dengan kekuatan 8.8 pada skala Richter turut menganjakkan beberapa bahagian lain di benua Amerika Selatan termasuk kepulauan Falkland di Lautan Atlantik dan Fortaleza di Brazil.

Grafik yang dilakar saintis-saintis antarabangsa menerusi Projek Sistem Kedudukan Global (GPS) Banjaran Andes Selatan dan Tengah menunjukkan perbandingan secara tepat sebelum dan selepas 10 hari kejadian itu berlaku.

Kejadian itu menyebabkan ibu negara Chile, Santiago berganjak hampir 28 sentimeter ke barat daya manakala ibu negara Argentina, Buenos Aires terletak 1,287 kilometer dari bandar raya Concepcion berganjak 2.5 sentimeter.

Agensi kajian geologi Amerika Syarikat melaporkan lebih sedozen gegaran susulan dikesan selepas gempa tersebut dengan ukuran 6.0 pada skala Richter manakala sehingga kini jumlah rasmi mangsa korban lebih 800 orang dan dua juta hilang tempat kediaman.

Gempa itu dipercayai kelima paling kuat di dunia. - Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2010 03:06 PM | Show all posts
ohh. tahun 2010 ini de gempa bumi. tp nti akn hri kiamat pd bla trkh 21 december 2012.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074057 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list