CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 41549|Reply: 50

Pokok Delima - mohon bantuan

[Copy link]
Post time 3-3-2010 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by wasntme at 3-3-2010 18:33

Saya ada pokok delima yg sedang berbuah lebat dlm 30 biji.  Sebelum ni pernah berbuah tapi tak banyak mcm ni. Lepas letak baja mmg menjadi.
Masaalahnya, selama berbuah (masa beli pokok ni mmg tengah berbuah), tak pernah betul2 dpt rasa buahnya.  Tiap kali petik samada tak masak atau mengkal.  

Nak tanya otai2 sini, berapa lama buah delima ambik masa untuk betul2 boleh dipetik?

Lagi satu, mmg buah dia kecik2 ke? Sebab kalau banding yg jual kat pasar lagi besar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 07:46 AM | Show all posts
kalau x silap sayalah... kalau delima isinya putih/jernih...kena tunggu kulit buah tu warna kuning keperangan...besarnya lebih kurang genggaman tgn...mak saya tanam pokok delima yang isinya warna putih jernih...

saya pun ada tanam kat rumah...buah delima warna merah... masih kecik lagi... susah gak nak cari delima merah ni...Alhamdulillah dapat. satu pkk RM7 tingginya paras bahu saya ..beli kat tesco semenyih...makan buah delima ni x boleh kongsi...kena habiskan sensorng...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 07:52 AM | Show all posts
buahnya sebesar buah epal...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:31 AM | Show all posts
Ni info dr IKIM...

Rahsia Penciptaan Buah Delima  

Norkumala bt. Awang
Pegawai Penyelidik

17/06/2008 | Artikel Bahasa Malaysia  

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

http://www.ikim.gov.my/v5/index. ... 15&cmd=resetall
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) - 234432-H
2, Langgak Tunku, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62046200 Faks : 03-62014189
Email : info@ikim.gov.my

© 1992 - 2010  INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 08:46 AM | Show all posts
2# cintapdyg1

Ada beli delima jugak, rasanya merahlah beli kat UPM. Kecik jer lagi. Nampak byk pucuk baru yg naik lepas dibaja. Lama lagi kot nak buah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:18 AM | Show all posts
dulu masa kecik2... kalo nak tahu delima yang betul2 masak.. kena tunggu kulit dia merekah baru di petik... sebiji buah selalu di makan sorang2 tanpa di syer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2010 09:26 AM | Show all posts
fina... nak bezakan delima merah dgn putih melalui daunnya..kalau hujung daun tu warna merah.. tu delima merah.  kalau hujung daun tu warna hijau biasa tu delima yg isinya putih jernih... pkk saya pun entah bila nak bunga....baru je beli...nak beli yg putih lak..nak tanam kat belakang umah plak..

oja..tulah kan..buah delima ni mmg kena makan sensong..jadi org kedekut gitu..kelas tul buah delima ni...

pkk ni dulunya org melayu yg byk tanam..tapi skrg org cina la yg byk tanam....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:46 AM | Show all posts
7# cintapdyg1

ada gak sepokok kat blakang.. baru anak je kot.. tu pon jumpa kat belakang umah tumboh.. maybe tersemai sediri dari biji je kot.. dalam sejengkal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2010 10:45 AM | Show all posts
7# cintapdyg1

Ha, kalau mcm tu konpemlah yg merah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 12:11 PM | Show all posts
dulu masa kecik2... kalo nak tahu delima yang betul2 masak.. kena tunggu kulit dia merekah baru di petik... sebiji buah selalu di makan sorang2 tanpa di syer...
seroja1 Post at 4-3-2010 09:18

Jadi kena tunggu merekah lah ya?  Lama gaklah nak tunggu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 12:43 AM | Show all posts
antara merah ngan putih.... mana yg lebih bagus
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 10:28 AM | Show all posts
11# cincau

Yang selalu beli tu...buahnya besar2...isi dalamnya merah...memanglah macam rupa batu delima...berkilat2 pulak tu...tak salahlah ia dinamakan buah delima...manis jangan cakaplah...anak i suka sangat2 kan buah delima tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 10:33 AM | Show all posts
5-6 tahun lepas... kat area umah ada jual delima renek... pokok tinggi sekaki tapi penuh ngan buah... buahnyer kecik2 comel gitu... isinye manis gak seposen... mula2 tanya rege apek tuh nak jual RM30... tak jadi beli... tengok lama gak pokok tu ada kat dia... (sbb ada sepasu jer)..  satu hari tuh masa lepas beli barang dapur.. singgah kat dia... dia cakap.. amoi.. lu amik ini pokok.. lu bayar RM10 dah... ini harga special bagi kat lu... tapi masa tuh duit tak cukup... cakap kat apek tuh besok saya datang amik... besoknyer masa pegi.. haru jadinya... orang dah beli pokok tuh ngan rege RM25... hampeh.. takder rezeki.. apek tuh kata dia letak RM25 terus orang tu bayar.. "wa pun mau untung maaa..." aduhhhh.. terkilan sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:35 AM | Show all posts
13# seroja1

Memang selalu berlaku macam tu...harini dapat harga istimewa...atas apap2 sebab...janji nak datang balik...tapi bila datang balik...dah tak dapat harga istimewa tu atau barang dahpun dijualkan kat orang lain...sure frust sangat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2010 03:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by dmia9026 at 11-3-2010 15:21

pokok delima kat rumah tanam dalam pasu saje.... kali kedua berbuah... first dulu berbuah 3 bijik aje tp tak sempat nak merasa....dah mengkal sebijik tunggu nk amik...last2 kena mkn dek musang.... tinggal kulit je atas atap rumah..dan tak sempat tgk buah warna ape... doa2 kali ni dapat le merasa sebijik dua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 01:24 AM | Show all posts
DMIA tu

tanam lam pasu pun berbuah jugek.... hebat2.... mesti pasu tu besar cam tempayan ... kita ada tanam gak.... semai dari biji.... cinonet lg pkk nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 01:28 AM | Show all posts
ada dessert jual kat restoran thai serai sec 3, s.alam.... die kai sengkuang cina... mula2 tgk cam buah delima merah... menggiurkan n sedap dimakan... sengkuang cina tu potong dadu... belah luar dia balut ngan tepung pulut ke ape tah.... kuah santan, ada ais.... sedap tul
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 08:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by dmia9026 at 16-3-2010 08:33

cincau... pasunyer pasu biasa je tidaklah besar kategori kecik yang 4 biji Rm10 dulu2 tu... skrg tak tau harga berapa.... tapi takleh miss siram dia layu terus...kna 2x siram 1 hari baru pokok ok
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 08:31 AM | Show all posts
pokok saya tu pon dari biji juga..... main tabur je last2 tgk dah beso..... baru saya pindahkan ke pasu lain.... masa kecik2 dulu menumpang dalam pasu pokok cili....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:05 AM | Show all posts
kagumnya... dah 2x berbuah tanam lam pasu... pasu kecik lak tu.... kalo tanam atas tanah x heran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.059899 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list