CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mamaque

Friends Club (DCHL) MLM penipu melayu!

  [Copy link]
Post time 30-7-2010 03:59 AM | Show all posts
rasa kasihan tuh ada... mana x kasihan tgk sorang lg anak melayu muda yg menanggung hutang sbb mlm yg x betul, suka saya ingatkn jun_bunga kakitangan kerajaan yg mengalami masalah keberhutangan yg melampau boleh dikenakan tindakan tatatertib.

tp disebabkan arrogant people macam kamu jun_bunga buat hati aku membaraaaaaaaa.

ye CONFIRM ini june bunga. (bg yg masih lg pikir betul ke nie jun_bunga)

kalau ada yg nk bg derma khairat atau sumbangan ikhlas bolehla hubungi secara terus jun_bunga melalui blog/ facebook dia. btul saya ikhlas nk bantu kamu nie jun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 07:51 AM | Show all posts
pasal click kat website dia.. dia divert ke website lainhmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:50 AM | Show all posts
ni aku highlite ha..

siap dh kuar berita ha..

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:52 AM | Show all posts
Reply 799# june_bunga


  ko melalak kat sapa ni jah...melalak kat aku atau kat reporter yg taip artikel ni...utk june bunga taik ayam aku x pernah join benda lahanat ko ni...aku tlg tepek je cite panas telinga ko ni...apa paham?....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:13 AM | Show all posts
akhirrrnyaaa...

tumpasss jua...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:48 AM | Show all posts
uiks!!! ko yakin ker tu june_bunga......jgn silap org....naya jer....x baik wooo main aci redah jer.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 09:52 AM | Show all posts
blog dia dah set private tapi fotopages ada lagi.....berlambak gamba ada situ.....nama betul dia pon ada

tak heran pon ngan ketaksuban dia tu.......dulu aku bercampo ngan geng2 ponzi/mlm camni la jugak....terlalu taksub sampai nasihat mak bapak, ustaz2 semua meka tolak tepi......ape yg kuar dlm mulut leader2 dorang meka caya bulat2.......bagi la ayat Al Quran ke hadis ke langsung meka tak terima
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:08 AM | Show all posts
smlm gua sms member gua yang joint DCHL ni, leh die kata tak tau apa2..siap cakap die tak penah dengar pasal FC, sibuk sangat keje.sampai tahap ni pon nak temberang lagi..padahal masa nak ajak gua masuk siap cakap nak berhenti keje, nak tukar kete laa..gua malas nak pangkah lebih2, apa2 pon kawan dari kecik gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 10:37 AM | Show all posts
nk tanya..kalau yang dah masuk tuh boleh ke nk terminate akaun n dapat duit balik..haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:50 AM | Show all posts
FC ni jual ape benarnyerr?
True-X Post at 30-7-2010 00:06



pernah tanya soklan ni gak kat sini page belakang2 tapi tak dijawab dgn tepat.  mmg pelik...sebab selalu kalau org nak betul2 berniaga...separuh mati dia akan kenalkan barang2 nak diniagakan. apa benda...berapa harga...ini gambar nya...apa kelebihannya..bla..bla..

tapi bila soklan ni ditanya....jawapannya...

1. kena jumpa dulu baru boleh citer...
2. produk byk sangat sampai tak leh nak tepek kat sini....
3. boleh visit website...tapi url website tak kasi pun.... kalau pegi google pun tak kuar kisah produk tapi kuar kisah negatif je ber page2

mmmmm produk apa la yang RAHSIA sangat tu.  sebab tu bila tgk youtube tu...bila pegawai tu tanya "Kamu jual apa sekarang? Ada Produk?" jawab ramai2 dengan slow volume "Ada".  Bila pegawai tu tanya balik "Apa produknya...mana produknya?" semua diam MENIKUS
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:53 AM | Show all posts
Reply 837# guablur7


kwn ko tu wat pekak telinga je gua...mungkin dia dah termalu...2 yg bg jwp poyos tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:56 AM | Show all posts
nk tanya..kalau yang dah masuk tuh boleh ke nk terminate akaun n dapat duit balik..haha
baju_oren Post at 30-7-2010 10:37



    Hehe..jgn haraplah nak dpt balik duit pelaburan tu. Mesti upline2 yg kat atas tu akan pujuk kaw2 supaya kita x berhenti. Lepas tu diog akan bagi macam2 alasanlah. Sbbnya duit tu diorg dah sapu mcm mana nak bg balik. rugilah depa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:00 AM | Show all posts
Reply 840# offwhite

yelaaa tapi at least ngaku laa, ni nak gak temberang lagi..bukan apa, member gua ni dak pompuan, pakai tudung baju pon tak ketat2 tapi kencing tak hingat nya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:05 AM | Show all posts
ni kuar dalam harian metro.gambo tak pandai lak nak amik

Amalina seksi diburu

KUALA LUMPUR: Seorang gadis dikenali sebagai Amalina boleh dianggap wanita ‘paling panas’ pada masa ini kerana menjadi buruan polis berikutan disyaki mendalangi satu skim cepat kaya yang dilumpuhkan polis serentak dengan rampasan 17 kereta mewah, kelmarin

Gadis yang gemar berpakaian seksi itu dianggap ikon di kalangan ahli skim terbabit kerana sering hadir sebagai pakar motivasi dan berkongsi pengalaman mengenai kemewahan serta kekayaan dimilikinya menerusi pelaburan tidak wujud itu.

Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu.

“Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

“Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya.

Sementara itu, bekas ahli skim terbabit dikenali sebagai Maria mendakwa turut ditipu dan meninggalkan pelaburan terbabit empat bulan lalu.

“Menyedari sesuatu yang tidak kena, saya meninggalkan pelaburan itu. Saya tidak mendapat produk yang dijanjikan walaupun hampir tujuh bulan menyertai skim terbabit. Apabila ditanya, ‘upline’ saya hanya mendiamkan diri.

“Kegiatan mereka ini sudah bergerak meluas di Sabah dan Sarawak. Mereka tidak menjual sebarang produk, sebaliknya hanya menganjurkan majlis perjumpaan semata-mata,” katanya dalam kiriman e-mel kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun menyedari ditipu, dia gagal membuat laporan polis berikutan skim terbabit tidak mempunyai alamat tetap.

“Saya percaya ramai yang terpedaya, tapi hanya mendiamkan diri. Saya berharap pihak berkuasa melumpuhkan skim ini sehingga mereka tidak lagi menipu dan beroperasi,” katanya.

Dalam serbuan di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, malam kelmarin, pihak berkuasa menyoal siasat kira-kira 100 ahli yang mengadakan perjumpaan di empat restoran di lokasi terbabit sebelum 59 daripada mereka ditahan.

Polis merampas 17 kereta mewah antaranya BMW 5 Series, Nissan Fair Lady, BMW Z4 Spider, Mitsubishi Evo Lancer serta Nissan GTR Skyline.

Sindiket terbabit mendakwa menjalankan perniagaan jualan langsung, namun tidak mempunyai pendaftaran syarikat dan bergerak bebas mencari mangsa yang juga kakitangan kerajaan muda serta berpendapatan rendah untuk memancing membuat pelaburan kira-kira RM41,000.


so sapa2 ada info pasal minah ni leh la pg rakan COPS..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:07 AM | Show all posts
oh..tak dapat balik ker..hahahahhahahahaah.......siannye member ku yang talam dua muka tuh..hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:12 AM | Show all posts
June_bunga tinggal kat presint 14, kita dekat rupanya I kat presint 16
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 11:21 AM | Show all posts
nak kaya cepat mcm niela jdnya. bila difikir2kan balik, usaha bagi diorg ialah modal air liur dan juga downline. dpt downline yg tahap bangau mcm diorg juga dptlah diorg komisen. kawan tempat kerja aku dulu masa mula2 masuk selalu belanja makan, (ingat kita org akan joinlah bila dia selalu belanja tu. rezeki jgn ditolak makan tetap makan tapi nak join soriler) skrang nie dah x belanja makan dah. x tahulah sama ada dia dah berenti jadikan kita org nie target ataupun dah xde komisen sbb belum dpt lagi downline.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:25 AM | Show all posts
KEPADA ANTI MLM

SY SANGAT KECEWA DGN TINDAKAN AWAK MENDEDAHKAN SUME PRICASI SY TERMASUK BLOG ANAK SAYA. KENAPE PERLU HERET SY DAN KELUARGA SY SEKALI DLM HAL INI?... SY TIPU ORG KE?.. SY BUKAN MQ JUNE SPRT YG DIGEMBAR GEMBURKAN DLM THREAD NI..DAN SY SNDIRI TAKDE MSLH DGN PARTNER2 SY??? SO APE TUJUAN ANTI MLM DEDALHKAN SUMENYE????....  SY TAK TERAGAK2 UTK REPORT POLIS SEKIRANYA NYAWA SY TERANCAM DISEBABKAN TINDAKAN AWAK MENDEDAHKAN IDENTITI SY..PADAHAL SY TAU TAU APE MSLH AWAK DGN SY...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:28 AM | Show all posts
aik....pulak. dah macam org buruan pulak. kalo x salah kenapa nak takut. x ke pelik namanya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:35 AM | Show all posts
Reply 847# june_bunga

kalo betul apa yang ko canangkan dan ko mmg berbuat baik pada downline ko, ko nak takut apa kan?

takkan la orang2 dalam forum ni giler tiba2 nak buat apa2 kat ko..gua rasa kalo ada orang yang nak cari ko pon msti la downline ko yg mmg dah ada FB or blog ko kan?? gua rasa itu yg logik..

ko mcm trauma je ni? nape??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.074898 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list