CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51337|Reply: 103

Pengalaman-pengalaman sesat di hutan atau mendaki gunung

  [Copy link]
Post time 7-3-2010 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Santeira at 10-3-2010 09:40

salam..semua kengkawan di bod MPS...saya org baru and selama ni just a silent reader...ade lah menyampuk sket2..tp takde org layan...tp takpe...kat sini sy just nak kongsi pengalaman dlm tahun 1998-mase tu form 4...muda belia dan masih lg kanak2 ribena..masa tu sekolah ade anjurkan pendakian gunung stong..ape lagi sbb sebelum tu dah ade pengalaman daki gunung tebu...so sy n gang2 daftarkan diri...sbb pengalaman kat puncak gunung tebu sggh mengasyikkan(mase kat tebu ni pon saya sesat gak,tp xkronik)..so teringin la nak daki puncak gunung lg sekali..nak lihat jkeindahan alam ciptaan tuhan..lgpun gng stong lbh tggi...


so..selepas latihan fizikal 1 mggu..kami pon bertolak..selepas warming up and bacaan doa..kami pun mulakan pendakian...mmg pemandangan sgt cantik dan air terjun nye pun sgt fresh..tak silap air terjun ni ade 7 tingkat..sepanjang perjalanan ke jelawang...tmpt kami nak berkhemah..mmg takde pape...dipendekkan..tibala kami ke jelawang..rasenya sampai dlm kol 2 ptg mcm tu...lps dah pasang khemah..kami teruskan perjalan ke puncak...mase tu sy bertiga(semua perempuan) blh dikatakan antara group pertama yg bertolak ke puncak...beg2 kami dah serahkan dkt bdk laki bawak sbb dah penat..


dipendekkan lg...dah sampai ke puncak(pemandangan yg sgt indah...penuh pokok bongsai dan sejukkkk bangat)...sy bertiga td nak turun ke jelawang(tmpt khemah td)...since kami antara yg terawal sampai puncak..so kami ant org plg awal turun...


dgn rase berani nya..kami bertiga amik keputusan utk turun dulu tanpa ditemani bdk laki sbb rase mcm dekat and rase mcm ingat jek jalan...lgpon mase tu dah pukul 5 lbh(kalau xsilapla...sbb dah lame kan).,so kami pun berjalan...sampai satu jalan yang ade 2 simpang...mmg sebelum tu mase naik  ke puncak ade lalu...tp time ni konpius lak...kanan ke kiri...tetibe dari simpang belah kanan..ade bdk laki pakai tshirt putih basah kuyup muncul...so kami ty dia...jln ke jelawang belah mana..so dia jawap belah kanan..so sbb tgk dia pon basah kuyup mcm baru lps main air (khemah dkt dgn air)...so kami pon percaya...bila ikut simpang kanan...dr jauh sayup2 terdgr2 suara kwn2 mandi manda kat sg..so lg la kami yakin dah dekat...


tapi..makin lame makin tebal lak hutan ni...and belukar dia mcm tak penah org lalu..senang citer mcm takde trek la...kami terpaksa panjat akar pokok utk naik dr tebing ke tebing(errr...susah nak explain)..dan plg heran...takde nmpak byg air pon,,,padahal bdk td...basah kuyup!!bayangkan kami bertiga...semua perempuan...and saat tu kami dah tau kami sesat..tp memasing senyap and jalan berpegangan tgn...n tawakal jek...tibe2..mase kami berjalan slow2...dr atas tebing yg lain...of course ade pokok yg tebal2...dr atas tebing tu mcm ade benda ikut setiap langkah kami sambil2 baling buah yg keras kaler itam ke arah kami..mase tu sy xberani tgk sbb btl2 terbayang cik harimau...dlm hati mase tu terbayang mak ayah kat umah...tak tau ape nasib...dr jauh gak terdengar guruh and suasana makin gelap...agak2 dah nak dkt magrib...jalan masih tak nampak!lepas jalan makin jauh..akhirnya dgn izin Allah kami bertemu punca air di mana kt c2 ade 7 org laki tgh mandi manda...dorang terkejut tgk kitorag..dah la perempuan...sesat lak tu..and nasib baik kami jumpe org yg baik..kalo jahat?perempuan lak tu...dlm hutan lg...wallahuallam..


dorang ty nak gi mana...nk gi jelawang...diorang sgt terkejut sbb kami sebenarnye tersimpang sgt jauh...sbb tgk kami dah lembek(xmakan dr tghari)..dorang siap masakkan megi..n lepas tu beramai2 hantar kami ke jelawang....sampai sana..cikgu and kwn2 semua dah siap ngan ungun api nak gi cari kitorang...huhuhu...nampak je diorang terus nangis...huhu..sedih beb...tp dlm mase yg same sgt bersyukur sbb selamat...alhamdulillah...itulah kali terakhir sy join expdc panjat gunung...
sorry sbb panjang...tp just nak share citer ni dgn kwn2 semua...harap senang faham ekkk..citer ni takde la seram sbb citer ni just kisah sesat dlm utan jek...tp ape yg baling2 buah tu..hanya Allah saje la yg tau..sekian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2005 01:01 AM | Show all posts

Kami ikut jalan amat cantik ~ jeng jeng jeng

Kami nampak jalan yang amat cantik dan dipenuhi dengan pelbagai bunyi-bunyian.

``Ia berlaku di satu simpang, lalu kami ikut jalan yang cantik itu dan tiba-tiba ...


Bila baca cerita ni zupppppppppppp ... saya dah tau, ini tentu orang bunian punya kawasan tapi kenapa dia orang bagi dkt orang cina? selama ini saya ingat orang bunian cuma suka dkt orang melayu sahaja ...(hello ini bukan isu perkauman ya! pls take note) .. tak banyak yang kita dengar orang cina atau india yang mengalami peristiwa mcm ini apatah lagi orang asli ... emm wartawan tak kan tak interview orang asli dkt situ? kalau saya dah lama saya cungkil cerita cerita mcm ni .. best maa.

Kalaulah budak cina ni boleh lukiskan pemandangan yang dia lihat diatas kertas ...

berita penuh - DARI UTUSAN ONLINE
[size=-1]
RAUB 9 Jun - ``Kami nampak jalan yang amat cantik dan dipenuhi dengan pelbagai bunyi-bunyian.

``Ia berlaku di satu simpang, lalu kami ikut jalan yang cantik itu dan tiba-tiba kami terasa seperti berada dalam alam lain,'' kata Chew Tsyr Yee, 16, yang hilang di Bukit Fraser ketika ditemui di Hospital Raub di sini.

Dia temui oleh sekumpulan Orang Asli yang menjejaki mereka setelah hilang bersama-sama dua adiknya, Chew Tsyr Han, 14, Chew Tsyr Ming, 10, serta sepupu, Jeremy Teo, 9, sejak Isnin lalu.

Mereka dijumpai berhampiran sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Sempang oleh empat Orang Asli yang diketuai Tok Batin Chambah Mohammad, 48, dari Serendah, Kuala Kubu Baru.

Chambah berkata, jalan yang dikatakan indah itu sebenarnya berbecak-becak.

``Mereka kena rasuk... mereka sebenarnya tidak hilang, kena sembunyi saja,'' kata Chambah kepada para wartawan. Beliau enggan mengulas lanjut.

Mereka dijumpai dalam kedudukan tujuh kilometer di utara Muar Cottage dekat jalan masuk ke denai Bishop pada pukul 11.40 pagi ini.

Sementara itu, di Cameron Highlands juga mencatatkan berita gembira apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui bekas anggota tentera dan anak saudaranya yang hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung di Hutan Simpan Gunung Brinchang di sini sejak Selasa lalu.

Rahman Osman, 57, dan Mohd. Azid Tahrin, 14, ditemui selamat ketika dijumpai 6 petang ini.

``Mereka ditemui di Sungai Ruil, kira-kira lima kilometer dari kaki Gunung Brinchang,'' kata Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Mohd. Shakarudin Che Mood.

Rahman dan Mohd. Azid bagaimanapun hanya dapat dibawa keluar dari kawasan hutan tebal di pergunungan itu lewat malam ini.

Sementara itu, Tsyr Yee, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buyong Adil berkata:

``Ketika kami sedang asyik menikmati keindahan pemandangan itu, kami tersedar dan dapati berada di tempat yang sama, tetapi tidak nampak jalan untuk berpatah balik walaupun dengan menggunakan arah jalan masuk dari Muar Cottage.

``Kami terus panik apabila denai yang kami lalui tiba-tiba hilang daripada pandangan. Kami terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi sehingga tersesat.''

Bagi mendapatkan tenaga ketika mengharungi detik-detik cemas selama empat hari itu, mereka hanya bergantung kepada air sungai sebagai alas perut.

Tsyr Yee, Tsyr Han, Tsyr Ming serta Teo yang dalam percutian bersama ibu bapa Teo dilaporkan hilang dan sesat di Bukit Fraser sejak Isnin lalu selepas memasuki laluan trekking kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Tsyr Yee, sepupu mereka, Teo, sambil meminum air terpaksa memakan buah yang dikhuatiri beracun kerana terlalu lapar sehingga dia diserang muntah-muntah dan lemah.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, pengalaman yang dilalui mereka berempat ketika sesat di Bukit Fraser sungguh menakutkan dan dia kerap membayangkan bahawa mereka tiada lagi harapan untuk selamat dan pulang ke pangkuan keluarga.

``Masa itu (sesat) saya fikir kami semua dah tak ada harapan lagi untuk hidup, apatah lagi pulang semula ke pangkuan keluarga, tapi sehinggalah kira-kira pukul 11 pagi ini, apabila kami berjaya diselamatkan,'' katanya.

Mereka dibawa keluar menggunakan helikopter dan tiba di Hospital Raub pukul 2 petang ini.

Mereka yang dalam keadaan lemah dengan badan dipenuhi kesan gigitan nyamuk selain kesan tusukan ranting dan dahan pokok kini masih dirawat di hospital berkenaan dan dijangka dibenarkan pulang esok.

Tsyr Yee menceritakan, mereka berempat tidur berpelukan di tepi sungai dan amat takut, apatah lagi ketika suasana gelap gelita.

``Mujur tak jumpa binatang buas. Sehinggalah pagi ini, apabila terdengar bunyi panggilan Orang Asli, saya rasa umpama mati hidup semula dan kami terus mencari dari mana arah bunyi suara itu. Akhirnya kami ditemui selamat sebelum menanti helikopter untuk dibawa keluar dan dikejarkan ke hospital,'' ujarnya.

Adiknya pula, Tsyr Han, ketika ditemui berkata, dia tidak akan mengikut hasrat abangnya (Tsyr Yee) untuk membuat trekking pada masa-masa akan datang memandangkan pengalaman ngeri yang dilaluinya itu.

``Saya sudah serik dan tak akan ikut lagi aktiviti macam ni, saya sangat takut dan lapar, nasib baik ada air sungai,'' katanya yang masih lemah sewaktu ditemui di wad kecemasan Hospital Raub.

Seorang lagi adik mereka, Tsyr Ming, pelajar tahun empat SK 1 Tapah, berkata, selama tiga hari itu, dia tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu takut selain mengenangkan apa kesudahan nasib mereka berempat.

``Saya sangat takut bila terdengar bunyi salakan anjing dan semasa sesat saya tak makan apa-apa, hanya minum air sungai saja,'' katanya yang juga sudah serik untuk meneruskan aktiviti seperti itu.

Bapa mangsa Chew Ghee Sin, 52, ketika ditemui berkata beliau bangga kerana anaknya bersikap tabah dan tidak panik sepanjang tempoh hilang di hutan itu.

"Saya bangga dengan Tsyr Yee kerana beliau adalah anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan tidak pernah masuk ke hutan. Malah, beliau tidak panik kerana sedar ianya akan memberi kesan terhadap adik-adiknya," katanya yang bersyukur berikutan penemuan keempat-empat remaja itu.

Pasukan penyelamat, yang terdiri daripada anggota polis, tentera, unit pengesan Senoi Praag dengan bantuan unit udara dan unit anjing pengesan serta penduduk di kawasan sekitar, menjalankan gerakan mencari di kawasan hutan seluas lapan kilometer persegi di sekitar Bukit Fraser.



Haaaa siapa siapa yang rasa teringin nak menguji kekebalan ilmu tu cepat cepatlah pergi tempat ni .. manalah tau kot kot .. Indah Nian Istana Bunian. P. Ramlee
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 05:44 AM | Show all posts
Tak berani nak cakap besar Dar. Kes macam  ni, pelik tapi di percayai.
Pernah dengar cerita dari Mak saya, ada budak hilang kat kampung dia.( Keluar rumah waktu malam) rupa rupanya bila di jumpai budak tu cerita, dia nampak orang yg ulang alik cari dia, masa tu dia atas pokok tapi. dia tak boleh bersuara langsung untuk memanggil orang orang tu. Gerun dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 06:24 AM | Show all posts
Originally posted by Tillingtan at 10-6-05 01:44 PM:
Tak berani nak cakap besar Dar. Kes macam  ni, pelik tapi di percayai.
Pernah dengar cerita dari Mak saya, ada budak hilang kat kampung dia.( Keluar rumah waktu malam) rupa rupanya bila di jumpai ...


Kampung emak Tilling Tan dkt mana? Setakat ini ada beberapa kawasan yang dikenali sebagai tempat orang halus.
1. Bkt Kerinci
2. PEKAN
Scaryyyyy ----- Menakjubkan, penuh misteri
3. Kampung emak Tillingtan


part suara kita orang tak dengar tu, selalu macam itulah ~ kita dengar suara orang panggil nama kita tapi orang ramai yang mencari tu tak akan dengar suara kita.

Saya rasa kan, kalau saya sesat dalam hutan orang bunian tak hingin nak bawa saya jalan jalan .. :ah:
Reply

Use magic Report

gengis This user has been deleted
Post time 11-6-2005 07:39 AM | Show all posts
hm.. igtkan jin dgn setan ni nak nyesatkan akidah jer tp nak nyesatkan jalan gak eh.. ni dah over ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 01:23 PM | Show all posts
ilmu perubatan moden sure cakap budak nih ada masalah berkaitan mental.............................................................................

tp aku percaya depa ni disorokkkkkkkkkkkkannnnnnnnnnnnn

cam kat kg aku dulu..dak hlg main kat pantai..jumpe 5km dr tmpt kejadian..tanyer..ada org tua ajak dia  naik kudaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2005 01:26 PM | Show all posts
Budak2 yang hilang tu cerita sesat "sebab nampak jalan yang cantik".
Lepas tu statement derang lebih kepada cara camner derang suvive.

Yang aku tengok dok citer lebih-lebih pasal bunian dll ialah orang2 yg selamatkan derang.

Ni pun bukan isu perkauman, oke... Cuma aku rasa bila sesat, orang kaitkan ngan bunian, pas tuh kata pasal jin2 lah, kena rasuk lah etc. Kat tempat aku ni pun, ada bebudak Melayu citer pasal benda2 ghaib peh tuh buat teori2 'bunian' yang jadikan budak2 cina tu sesat.

Bebudak cina yang sesat tu takdelah pulak lebih2.

Bukan aku tak percaya ada makhluk lain selain manusia,
cuma aku nyampah tengok orang2kita, terutama yang melayu citer punyalah dasat giler bila masuk bab2 makhluk2 halus nih. Lagi teruk ada yang dah ikut benda2 syirik dan buat citer cam makhluk halus ni pulak lagi hebat...

Tapi, memang pelik sebab ni first time aku dengar bunian suka orang cina.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 02:33 PM | Show all posts
ada sapa baca paper ari ni?
org asli tu kata bunian tu ske kat salah seorg dak cina tuh
sebb comel ke ape ntah ......
hmmm ...... :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2005 02:44 PM | Show all posts
:hmm: bebudak cina tu memang nampak cute, lagi dorang cam bijak lar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 04:33 PM | Show all posts
kena sorok tuh mmg bisaklah tuh.. 'banda' tuh mmg suker ngan manusia kalo dorg suker.. ntah la...

aku pun 1st time dengar budak cina plak yg 'benda' tuh minat.. mayB benda2 tuh pun satu kaum kot...

sbb jin yg kat rumah sewa aku dlu pun ader mcm2..ader yg speaking indon.. ader yg speaking muder remaja... ada yg speaking basa china ngan tamil.. ntahla..kita x tau..
Reply

Use magic Report

gengis This user has been deleted
Post time 11-6-2005 05:52 PM | Show all posts
jin nak ngorat budak tu kut.. hehe

tp mmg kes camni byk berlaku kat mane2pun cuma yg ni publisiti dia lebih skit jadik kecohla satu negara..

kire yg berlaku ni ok skit psl  jin2 tu tak jelma diri dorang...tak kasi mkn mee goreng darik cacing dgn tah ape2 lg.. pastu pulak bdk2 tu plak tak buat hal kat jin2 tu so senangla jin tu lepaskan..

benda2 ghaib ni kita kena pecaya sbb byk lg makhluk Allah yg hidup atas bumi ni yg kite taktau kewujudan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 03:29 AM | Show all posts
dar dia tak kisah apa bangsa, mesti kena gak.. even org putih sesat kat Kuala Tahan dulu sampai sekarang tak kuar2 dr jungle... :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 07:14 AM | Show all posts
Originally posted by DARSITA at 11-6-2005 06:24 AM:


Kampung emak Tilling Tan dkt mana? Setakat ini ada beberapa kawasan yang dikenali sebagai tempat orang halus.
1. Bkt Kerinci
2. PEKAN
[url=http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=135637 ...



Bukit Kerinci tu kat mana? kat kg kerinci KL ke?
Kg mak I kat Kelantan, Kg Kubang Panjang. Rasanya kat kg saya pun ada, kat Pahang near Mentakab.  
Saya taktau lah apa  yg saya nampak itu, a family of white fury creatures, size macam manusia tengah mengamati panonarama kilang papan.

[ Last edited by Tillingtan on 12-6-2005 at 07:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by eva at 12-6-2005 03:29 AM:
dar dia tak kisah apa bangsa, mesti kena gak.. even org putih sesat kat Kuala Tahan dulu sampai sekarang tak kuar2 dr jungle... :kant:



Saya rasa, benda macam ni kan kat mana mana pun ada, tak kisah kat benua mana.
Dulu pernah lah travel kat Cumbria, so stoplah kat one of the lakes, wah cantik sekali. .snap and snap lah gambar dgn kekawan. lepas tu bila masuk kereta kawan kat depan siap tanya, wei kenapa 3 org kat belakang tu? padahal tempat hanya utk 2 orang and the seats were occupied.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by Tillingtan at 11-6-05 03:33 PM:
Saya rasa, benda macam ni kan kat mana mana pun ada, tak kisah kat benua mana.
Dulu pernah lah travel kat Cumbria, so stoplah kat one of the lakes, wah cantik sekali. .snap and snap lah gam ...


Cumbria tu dkt mana Tilling? tetamu dlm gambar tu muka maknusia ke muka jeng jeng jeng?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by Tillingtan at 11-6-05 03:14 PM:
Bukit Kerinci tu kat mana? kat kg kerinci KL ke?
Kg mak I kat Kelantan, Kg Kubang Panjang. Rasanya kat kg saya pun ada, kat Pahang near Mentakab.  
Saya taktau lah apa  yg saya nampak itu,  ...


Ha'ah dkt Kg Kerinci KL.

Tilling kalau ada cerita cerita seram and mistri tu ceritalah dkt kita semua ni .. sekadar bahan bacaan ringan .. bolehlah kan kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2005 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 11-6-05 12:33 AM:
kena sorok tuh mmg bisaklah tuh.. 'banda' tuh mmg suker ngan manusia kalo dorg suker.. ntah la...

aku pun 1st time dengar budak cina plak yg 'benda' tuh minat.. mayB benda2 tuh pun satu kaum kot ...


Yang speking indon, tamil, jawa etc etc tu selalunya kes kena sampuk atau kes kena buatan orang. Bila tok dukun dah mula speaking ''sawadikap, cungkaplai'' etc, kita pun taulah yang sipolan ni kena buatan bomoh siam .. kalau bomoh speaking Indon pulak kita taulah ini buatan orang Indon ... tapi terror ek, sekelip mata bomoh fluent dlm bahase asing .. magic magic ..

Orang tua tua cakap ada bunian baik ada bunian jahat - ada jin baik ada jin jahat - so kira atas nasiblah kan. Kot kalau terkena bunian jahat berjawaplah dgn mee goreng cacing mcm genjis cakap tu .. eee
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 12:43 AM | Show all posts
Cumbria, Lake District
http://www.visitcumbria.com/

Muka tak nampak... atau kawan malas nak cerita lebih so tak taulah... jeng jeng.


Kg Kerinci KL... patutlah bila lalu kat situ rasa one kind je.

Orang orang halus ni, entah entah... antu tak.... a family of antu?


Masa muda muda ago, kami adik beradik selau ulang alik malam balik dari tengok TV kat kilang papan tu. Bila balik tu kami kene melalui hutan ...emm rubber plantaion. Malam tu semacam je, I think it was about half past satu am. Tiba tiba saya nampaklah dua biji....benda berwarna merah on the rubber tree about 3 meters tall, tengah... memandang kearah kami adik beradik. Terus saya cuit tangan hero I( my sister) dia pun nampak...macam nak terkencing nak buatnya. kejap lepas itu je hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 09:32 AM | Show all posts
atuk sedara adnil pun pernah kena dulu.  masa tu ayah, dan 2 tuk sedara adnil gie menjala ikan kat kuala selangor (salah satu sungai kat situ lah), so masa pergi tu tuk sedara sorang ni memang cakap lepas sket.  masa tengah leka menjala tengah hari tu, tetiba ayah adnil sedar yang tuk sorang ni dah hilang.  jenuh ayah & tuk lagi sorang tu cari sampai ke maghrib baru jumpa.  tuk yang hilang ni, lumpur dari hujung rambut sampai hujung kaki.  dia jalan macam dalam khayalan je.  so bila dah bagi air baca ayat sikit sikit, dia cam tersedar.  first sekali dia tanya, ikan aku banyak banyak tadi mana?  ayah adnil kata, mana ada pak ngah, sekor pun tak de, jala pak ngah tersimpul ni hah.  rupanya dia nampak ikan punyalah banyak, dia dok menjala menjala tak sedar.  so jaga lah mulut kemana je kita pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2005 02:19 PM | Show all posts
Ntahlah..

Even budak ni Chinese..tapi mungkin  dia baik..

Atau takde sifat sifat buruk (dengki, tamak, busuk hati) pada dia..tu yg org halus ni berkenan..

Atau mungkin juga budak2 ni dibesarkan dgn cara pemakanan vegan/vegetarian..so takde sisa sia baby pink dlm badan dia..

Ntahlah..ni aku punya pendapat sepintas lalu bace thread nih..

Apepun..aku agree ngan yg sebenarnya org yg menyelamat lagi kepoh dari yg diselamatkan.

P/S : Leh masuk Survivor budak berempat nih...muahahahahahahaha....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.293767 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list