CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5127|Reply: 22

MARAH-MARAH SAYANG?

[Copy link]
Post time 9-3-2010 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by cik_kala at 28-1-2015 12:45 PM

(close)(close)(close)(close)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 02:29 PM | Show all posts
aku suke jenis pakwe ko tu..die bukan tak sayang...
slagi ko tak sah jadi bini die buat ape die nak brubah untuk sesuatu yang tak pasti...
buat ape die nak berkorban untuk sesuatu yang tak pasti...
jadi die buat selamber macam takde ape yang penting....
die mesti berubah lepas kahwin... percayalah..insyaAllah...
aku tak paham ko cakap die tak kisah kalau bini ke tunang ke adik bradik..
die dah berbini ke sbelum ni?
kalu camtu memang aku tak reti nak tolong r... sori..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:32 PM | Show all posts
1# cik_kala

Sikap dia macam tu kekadang wat aku terasa macam dia tak care… tp dia care la, kalau dah gado tu, nanti dia call la, ajak kuar ke, tapi tak nak panjangkan cite, sedangkan aku, kalau gado, selagi tak settle betul2, selagi tu la aku  tarik muke…aku tak bole just put that aside…..


lain org lain caranya cara dia care kat kita
bukan bermakna tak selalu  ckp syg tu dia tak syg
tu kalau time gado, dia call ajak kuar.. itu dah salah satu cara dia memujuk
dan cara org memujuk ni x sama
dalam perhubungan kene la bertolak ansur
hal kecik2 tu tak perlu la dipanjang2kan
esok2 dah kawen nti lagi la perlu ada sikap tolak ansur
jgn selalu sgt merajuk.. nanti dia cpt bosan

my ex dulu cam tu la.. dia awal2 dah ckp.. dia tak reti nk memujuk2 ni
kalau terasa hati ke apa.. slalu eden akan pujuk diri sendiri.. biasanya kejap je
cara dia pun lbh kurang sama dgn ur bf ni
walau kdg dia tak ckp dia syg.. tp dari cara dia amik berat psl kita, tau yg dia sbnrnya syg kita
so byk2 kan bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:39 PM | Show all posts
klu dia ta syg taklah dia jak kahwin
mayb dia ta tau na tunjuk cra dia syg kot
insyallah pas kahwin ti ok kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:53 PM | Show all posts
bukankah org selalu cakap, kita perlu berubah sebelum berkahwin dan bukannya selepas berkahwin..
kalau lepas kahwin nak berubah, tapi kalau tak berubah jugak alamatnya rumahtangga berantakkan..
time bercinta ni lah kita kena kenal pasangan kita betul2..
jgn lepas kahwin nanti keluar semua perangai tak elok..
menyesal kemudian dah tak berguna..

masa sekarang TT dah rasa mcm makan hati dengan perangai bf..
nak2 lagi nanti lepas kahwin, ada plak jd makin teruk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:57 PM | Show all posts
kejap ye, nak tau, TT ni berapa umurnya? pesen cam budak2, sori la.

aku suka stail bf kau. itu cool la namanya. dah tak suka sms, memang tak suka even dgn gf. lelaki mmg camtuh. kau ni belum pun kahwin, tapi expect nak layanan yang bagus ya amat. takleh la kak.

anyway aku setuju, jangan sampai dia bosan dengan kau. mungkin dia ni cepat bosan punya spesies. kalau aku pun, mungkin aku akan bosan jugak.

kau tak leh ubah bf kau. baru setahun hokkay. what do u expect? dalam masa setahun kau nak suruh dia gemar sms? kau nak suruh dia paham perasaan kau? tak boleh kak. lain orang lain pemikiran. bf kau ni mesti jenis keras kepala, degil. anak kedua ke ha?

kenapa nak rasa tak dihargai kalau bf kau tegas? adoii. pelik2 la hang ni TT. camni la, kau pun baru setahun kan, amek masa nak kenal dulu. kau tak boleh paksa dia ikut cara kau. dia pun takde paksa kau ikut cara dia. kena faham tuh. aku risau jek, dengan perangai kau ni, clash jugak kau dengan bf kau nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2010 03:04 PM | Show all posts
at least die tunjuk die bertanggungjawab dgn ajak kawen...sedangkan lelaki sekarang ni bnyk yg nak "kawen" je...nikah tak nak.....bile die dah ajak nikah tu kire die btol2 syg n ready to be a husband ....... ko pon kena la paham die...asik nak merengek itu ini...mmg la laki tak suke....jgn kate laki...aku pon tak suke....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 03:13 PM | Show all posts
9# cik.panda
habis aku nak wat cemana?
cik_kala Post at 9-3-2010 15:10

rileks2 dah la. kau ni memang jenis hati tisu, aku paham. sebab aku pun camtuh. tapi kalau kau boleh bawak diri, itu lagi bagus. amek masa. setahun tuh baru lagi. kau cuba faham, macam mana perangai bf kau. pernah ke dia buat benda yang teruk2, yang sampai kau takleh maafkan dia? kalau takde, hold dulu. jangan amek siyes sangat, nanti kau jugak yang bosan. kalau aku, aku treat bf aku cam kawan2 gak, tapi mesti la ada special-nya cket. cara aku maybe lain la. kau cuba wujudkan keserasian dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by adieqchomelz at 9-3-2010 15:32

11# cik_kala

aku rasa aku faham apa yg ko rasa...
biasala perempuan,suka di beri perhatian,dimanja,dibelai...
sebab siang dah bz,so malam ko nak la bermanja2 kn...
bila "kurang kasih sayang" mula la hati perempuan ni jadi mudah tersentuh kn..

tapi lelaki ni idop dia ringkas jeks,tak serumit perempuan...
jadi untuk memudahkan agar ko bole masuk dalam idop dia,dia pun leh masuk dalam idop,belajar la menerima dia seadanya...
ko kena paham dia tu wataknya mcm mana..
kalau ko rasa tak bole nak serasi / sesuai ngn dia,carik jeks orang lain...
ada jeks lelaki yg bole layan gf dia 24 jam,yg bole memberi sepenuh perhatian terhadap gf dia...
time tu jangan pulak ko rasa rimas dengan keadaan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 03:31 PM | Show all posts
dia cakap. kalau suke orang tu, telan, tak suke bole cari lain....

kecik hati...
ape yang aku paham, kalau aku suke dia, terima je la perangai dia...
kalau tak suke, blah la...
cik_kala Post at 9-3-2010 15:28


dah btol la tu pemahaman ko....

kena la ada give and take...

kalau ko asyik push jeks dia mesti dia rasa bosan...

lagipun mungkin dia jenis yg ego kot...
bagi dia tak mungkin dia akan berubah hanya semata2 nak jaga hati seorang perempuan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 03:34 PM | Show all posts
16# cik_kala


alahai...

jangan la sampai macam tu...
kalau ko trus lemah mcm ni,senang ko dibuli nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:11 PM | Show all posts
19# cik_kala


ala biasala,gaduh2 manja..
dah jangan merajuk lagi,kang malam dia pujuk la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:42 PM | Show all posts
wowowowowowo~~relax TT........ cool~~chilll~~

tarik nafas pjg2...

kne igt, Lelaki & Perempuan & Pondan itu berbeda

Slagi belum sah akad nikah, jgn harapkan belaian, kasih syg, chentaa, perhatian & watsoevertheycalled dr pasangan anda

Aku pn suke jek cara BF ko tu .... kasar2 ... n lawannye plak dgn ko yg lemah lmbut, ok la tu ... smoge berkekalan hendaknye~~
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:50 PM | Show all posts
kalau aku...aku blah je...tu tande2 amaran tu...trigger lebeh kurang...larikkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 04:51 PM | Show all posts
rasanya TT ni manja lebih, nak kene pampering slalu, sms slalu, bergayut slalu ..haku yg pompuan pun boring sehhhh.......kalu dia tak suka sms, gayut memalam tu jgn buat...anta satu dua sms dah ler make sure dia okey........

kalu nak citer pepanjang , mengadu hal, citer budak kat opis sakitkan ati, citer makan ari ni tak sedap , citer dak opis tu ada affair.....jumpa jer.....tgk dia leh tadah tinger ke dak.....ekekekek

dia tak suka simpan-simpan ok la tu.....rasanya TT byk memendam perasaan, tak berterus terang tu yang bf tak tau.....adeh laaaa...cecepat la kawen wehhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 07:03 PM | Show all posts
errr... aku rasa situasi aku lebey kurang sama ngan ko la... cuma beza aku dh kawen... tp laki aku mmg perangai serupa la ngan pakwe ko... huhu... tambah lak kitorang ni duk jauh... aku tau dia syg aku...

biasa la kene marah ngan dia... psl perangai aku yg ngada2... masa tu mmg sdih la, nangis2... xnk cal or sms... tp bila dia sms aku balas la, dia cal aku jawab... mana leh x jwb, dh laki aku tu... slalu bila dia marah2  , ungkit2 la perangai aku yg sms tak kira masa, time dia keje, nk tdo, ngan kwn2.... dia akan lyn gak slagi ada masa, tp jgn melebih2 sgt.... bg aku btol gak apa dia kata... tp kita ni pompuan.... biasa la nk tau manjang laki watpe, sihat tak, mkn x lg.... so masa kene marah tu sedih la, tp bila pikir2 blk, ada betulnya... mmg lah kitorang ni laki bini... tp takde la perlu 24 jam nk bersama smpai takde masa ngan org lain....

aku ngaku la mmg sdih kdg2, tp pk2 balik... kene la tolak ansur... lgpun smpai bila nk manja2, dh nk jadi mak budak dh ni... walaupun hubby aku bkn jenis nk bergayut tpon 24 jam ngan aku, tp tanggungjawab dia tak lupa, and byk lagi la bende2 lain yg menunjukkan dia syg kat aku... tah la... tak reti gak nk cerita.... tp kene give and take la... and aku bersyukur dpt laki mcm husband aku ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2010 10:16 PM | Show all posts
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

    Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat
    oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara
    berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

    Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

    Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

    Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

    Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

    Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,
    adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

    Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai
    hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

    Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

    Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego

    Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik

    Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. Lelaki Suka Menyelerak

    Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun
    pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 01:08 AM | Show all posts
urmm..
ako lak skng mkn hati..
tol ke yer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 10:21 AM | Show all posts
beb..  
dulu aku mcm ko..
suka sgt sms.. pagi sms..tghari masa rehat sms..ptg sms..malam sms..
pastu nak gayut lagi.. konon2 nak perhatian la...
kalo dia tak balas gaduh.. merajuk..
sampai tak larat nak pujuk..
masa tu my ex study lagi.. n i dah keje..
i ada byk masa..and dia la bz..
ari2 merajuk..
last2 dia fed up and bosan..and hubungan 2thn setengah abis mcm tu je
2thn setengah dia tahan..

after that..tu kira mcm satu tamparan n kesedaran bagi aku..
dia pun ada life dia sendiri..
bukan semuanya masa dia utk kita..
dia ada kawan, dia ada family, dia ada keje..
bagi dia ruang..
InsyaAllah..dia akan spent time dia dgn kita..
dia akan peruntukkan certain time special utk kita je..

My bf skg, sgt la sibuk.. masa keje kalo sms biasanya tak balas..
then i start kurangkan sms..
masa keje biar dia keje..
then dia lak yg sms i bila yg dia free..
bila malam i layan tv, main game, study(i buat pjj)..
then dia akan call i..
dia yg akan terasa dia abaikan i..
try faham dia..
anda akan lebih dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 10:36 AM | Show all posts
sesekali,,,,,, try tgk dari sisi positif...

- dia tak suka ym, call / sms - means lagi jarang kemungkinan dia nak curang....bayangkan kalau dia jenis melayannnnnnnnnnnnnn

- Bile aku marah, hamburkan la ape jenis cakap pun, dia takkan sakit hati malah dia bole balas dengan sakitkan hati aku sejuta kali…- cuba kalau sekali cik ni marah, sekali dia cari pompuan lain?! suke? sy suke!

-dia tak kisah pun if aku nak chatting ke, borak ke ngan kawan2 lain, spend time dengan member2 ke.....  - cuba kalau dia konkong gile gile, sekali cik ni ckp ngan kawan lain, sekali kena lempang!

sayangi seadanya....dia melengkapi hidup anda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075521 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list