Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Search
85414
View
7
Reply

[Tempatan] Peraturan Isu Semasa

 Close [Copy link]

Author: awangbok       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-3-2010 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by medangmru at 28-6-2016 01:22 PM

Selamat  datang  ke isu semasa. Dengan ini  diisytiharkan  peraturan-peraturan bod isu semasa  seperti yang tertera di bawah.  Kebanyakan peraturan-peraturan tersebut adalah digariskan oleh Admin dan Supermoderator  dan penambahan peraturan-peraturan khas untuk bod ini sepertimana  dipersetujui oleh semua mod  isu semasa. Peraturan ini juga telah  mengambilkira pandangan former-forumer senior di sini. Penghargaan diberikan  kepada semua yang terlibat.
   
A.DEFINASI
   
1.Isu  Semasa  bermaksud sesuatu isu yang berlaku pada masa sekarang  berdasarkan sumber rujukan yang dibenarkan. Isu yang dikategorikan sebagai  semasa adalah isu yang berlaku dalam tempoh masa satu minggu dari tarikh  semasa . Melakukan kesalahan ini akan menyebabkan peraturan amaran dan amalan  penolakan kredit dijalankan
Contoh:  Isu enjin jet TUDM dicuri pada 20 Disember 2009 adalah isu semasa. Oleh itu  ia dibenarkan untuk dibuka.
Isu Pilihanraya Umum 2008 pada 20 Disember 2009 adalah sudah lapuk dan bukan  isu semasa. Oleh itu ia tidak dibenarkan untuk dibuka.
Contoh tindakan:  Moderator berhak untuk memindahkan bebenang ini ke bod Arkib Isu Semasa, atau  mengunci bebenang ini.
   
2.Topik yang  dibuka hendaklah mengandungi isu. Sekiranya ianya hanyaperistiwa semasa  dan tiada isu, maka ianya tidak dibenarkan untuk dibuka.

Contoh: Majlis  ceramah yang akan dilakukan di sebuah kampung
oleh tokoh ulama  terkemuka. Semua orang dijemput hadir.Bebenang seperti  ini tidak dibenarkan untuk dibuka.
Contoh tindakan:  Moderator berhak untuk memindahkan  bebenang ini ke bod Muslimin dan
Muslimat atau mengunci bebenang ini.
  
  
  3. Bebenang Undian atau Poll
  Topik yang berbentuk undian hendaklah dibuka sekiranya terdapat keperluan  untuk mengumpul suara ahli forum dalam sesuatu isu. Sekiranya ia dibuka semata-mata untuk mengalihkan pandangan ahli forum dari  bebenang yang sudah sedia ada terbuka, dengan niat supaya bebenang tersebut tidak boleh digabungkan atau merged, maka bebenang  tersebut boleh dikunci oleh moderator serta-merta. Hanya mereka yang  mempunyai RA 3 dibenarkan untuk mengundi
  
  4.  Bebenang dengan Tajuk Topik yang Menyimpang atau MengelirukaTopik  yang hendak dibuka hendaklah tajuk yang jelas, menunjukkan kandungan isu semasa yang dibincangkan dalam bebenang tersebut. Tajuk
yang menyimpang dari isi atau mengelirukan adalah tidak dibenarkan. Tajuk  topik yang terlalu pendek, atau tidak jelas menggambarkan isu yang dibincangkan juga tidak dibenarkan. Moderator berhak untuk mengunci
bebenang sebegini, mengedit semula atau menggabungkannya dengan mana-mana  bebenang yang sedia ada.
  
  5. Bebenang dengan Tajuk Topik Berbaur Perkauman dan Blasfemi (Menghina  Agama)
Topik yang dibuka tidak boleh berbaur perkauman dan blasfemi. Namun begitu,  sekiranya isu yang dibincangkan sememangnya menyentuh isu perkauman seperti contoh Ling Liong Sik Persoal Ketuanan Melayu atau Sekolah  Vernakular Patut Dimansuhkan, dan ia merupakan isu semasa,
maka ianya dibenarkan. Topik yang jelas menghina agama dan kaum seperti Kaum  Pendatang Minta Layanan Lebih atau Paderi Meliwat Punca Institusi Gereja  Runtuh atau Ustaz Meliwat Tanda Agama Tak
Cukup Bagus adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pembuka bebenanakan  dipotong kredit oleh moderator.
  
  6. Bebenang dengan Tajuk Topik Berbaur Lucah dan Pornografi, serta Pedofilik  Topik yang berbaur lucah dan pornografi seperti contoh Posisi Seks Yang Digemari Korang ataupun Tak Puas Main Dengan Bini adalah tidakdibenarkan  sama sekali. Moderator berhak untuk memotong kredit. Namun begitu, topik yang berbaur seks seperti Remaja Projek Dengan 5 Lelaki, dengan  syarat mempunyai isu semasa dan berita yang dibincangkan, adalah dibenarkan. Bebenang sebegini hendaklah diletakkan tanda [18SX]
di depan untuk memastikan kanak-kanak berumur 18 tahun  ke bawah tidak membaca bebenang tersebut. Sekiranya terdapat gambar seksi  yang ditonjolkan dalam sesuatu isu, maka tanda [18SX] juga hendaklah diletakkan.  Bebenang berbentuk pedofilik, seperti membincangkan rupa fizikal kanak-kanak yang berbaur seksual adalah tidak dibenarkan sama sekali  dan pembuka bebenang akan dipotong kredit
  
  7. Bebenang Yang Memenuhi Semua Syarat Di Atas, Tetapi Lebih Sesuai di Bod  Lain Terdapat bebenang yang membincangkan isu semasa, tetapi ianya terlalu spesifik kepada golongan pembaca di bod lain. Isu ini mungkin masih boleh  dibincangkan di bod Isu Semasa, tetapi moderator juga berhak untuk memindahkan bebenang tersebut di bod lain. Contohnya, isu politik, gossip artis  dan isu agama.
  
  8. Bebenang Yang Berbaur Serangan Peribadi Terhadap Ahli Forum Sekiranya  terdapat bebenang yang dibuka adalah berbaur serangan peribadi terhadap ahli  forum, contohnya, bebenang tersebut
membincangkan isu semasa tentang janda tua. Kemudian ahli forum tersebut  membuka bebenang isu tersebut dengan niat untuk menyerang peribadi ahli forum  lain, maka moderator berhak memotong kredit bergantung pada tahap serangan.  Moderator berhak untuk mengunci terus bebenang, menghumbannya ke bod
Box 1, ataupun hanya  mengedit isi kandungannya.
  
  9.Topik yang  sudah menjangkau 15 hari, dan didapati lebih  berbentuk borak dan daripada tajuk sebanyak sekurang2nya 15 posts, maka ianya  akan dialih ke board arkib.
  
  10.Topik yang telah  jatuh rating ke mukasurat  tiga dan  tdak lagi mendapat reply selama 15 hari akan dikira sebagai bukan isu semasa  dan moderator berhak menutup topic tersebut kecuali ada sumber terbaru yang  menunjukkan topic tersebut menjadi isu semasa semula. Sebarang cubaan  menaikkan isu ini tanpa sumber rujukan yang menyatakan bahawa isu ini telah  kembali isu semasa akan ditolak kreditnya.  Melakukan kesalahan ini  akan menyebabkan peraturan amaran dan amalan penolakan kredit dijalankan
  
  11.Topik  berbentuk spekulasi,rumor dan tiada sumber berita yang  boleh dirujuk akan dibiarkan selama 2 jam untuk member peluan kepada pembuka  topic  mengemukakan sumber sebelum thread itu ditutup terus.
  
  12. Tajuk topik  yang
cuba disensasikan dan  tidak menggambarkan sumber rujukan yang diberikan adalah tidak dibenarkan  sama sekali. Melakukan kesalahan ini akan menyebabkan peraturan amaran dan  amalan penolakan kredit dijalankan.
  
  13.Sebarang pendapat tentang agama islam hendaklah jangan sampai menghina  perkara perkara yang telah disepakati oleh umum .gelaran yang bermaksud  menghina seperti memberi gelaran memekak pada mereka yang melaungkan azan  adalah dianggap menghina  Sebarang provokasi terhadap mana-mana  agama adalah merupakan satu kesalahan contoh, memanggil paderi sebagai badut
  
  14 Rreply yang dicopy dan kemudian dipaste hendaklah tidak membawa  bersama iklan dari sumber rujukan. sekiranya anda tidak memahami bagaimana  untuk cut and paste anda digalakkan untuk menaip sahaja sumber rujukan  tersebut. kesalahan ini akan menyebabkan kredit anda dipotong
  
  15. sebarang gambar yang berulang lebih dari dua kali dalam satu thread  sama ada diquote atau ditaip akanmenyebabkan kredit anda dipotong
  
  16. Bebenang baru berupa jawapan atau respons kepada mana2 bebenang  sedia ada adalah tidak dibenar sama sekali. Ianya hendaklah dibincangkan di  dalam bebenang yang sudah sedia ada. Pembuka bebenang boleh dikenakan  tindakan potong kredit ataupun diberi amaran.
17.FORUMNER ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENYIARKAN GAMBAR SENSITIF BERUNSUR PENGHINAAN AGAMA.TINDAKAN POSTBANHAMMER DAN BANHAMMER AKN DILAKUKAN SERTA MERTA JIKA TERDAPAT ADUAN DARI FORUMNER
   
18. Jika mahu benang lama di up kembali selepas 30 hari kene mintak kebenaran
daripada MOD CI dengan pm mereka dulu .Masalah  thread kene tutup atau di down semula
oleh MOD takkan  timbul melainkan ada notifikasi dr MOD.Pemotongan kredit akan
dilakukan jika forumner tidak mengikut arahan tersebut. benang akan ditutup dan dihantar
ke arkib isu semasa atau topik akan di down kan .

updated:23.06.2016-medangmru
  
Segala keputusan akhir adalah MUKTAMAD dan
terletak ditangan MOD CI,Supermod dan admin

   

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-3-2010 06:43 AM | Show all posts
B.        Amalan dan Amaran Penolakan kredit

1.        Forumer yang telah diberi amaran samada secara private message atau di thread adalah bertanggungjawab terhadap perbuatannya.

2.        Secara umumnya peraturan ini dengan sendirinya bermaksud amaran yang dipamerkan dan sebarang kesalahan selepas dari ini bermaksud kesalahan yang berulang .penalti penolakkan kredit sebanyak 20 adalah terpakai.

3.        Kesalahan yang berulang dalam  apa-apa bentuk dalam tempoh jarak kurang seminggu  akan berlanjutan dengan penolakan kredit sebanyak 20 kredit Kesalahan kali kedua akan  ditolak 50 kredit . Kesalahan yang berulang lagi akan membolehkan moderator memberi amaran. System akan menganilasa 3 kali amaran sebagai Banhammer.

C.        Sumber berita

Sumber berita yang dibenarkan hanyalah dari sumber-sumber berikut. Rujukan dari sumber yang tidak dibenarkan akan menyebab topic  anda dikunci.


1) Semua Akhbar Dalam Bahasa Inggeris
--> Borneo Post, The Edge, Malay Mail, NST,The Star, The Sun,

2) Semua Akhbar Dalam Bahasa Melayu
--> Berita Harian, Harakah, Hmetro, Kosmo, Siasah, Sinar Harian, Utusan,

3) Semua Akhbar Dalam Bahasa Cina / Tamil (dengan syarat disertakan sarikatanya)... ini kerana ada forumer yang quote akhbar Cina seperti Herrhugie...
--> Seperti Nanyang, Sin Chew, Tamil Nesan

4) Semua Akhbar Dalam Bentuk Online
--> Bernama, Malaysia Kini, Merdeka Review, Agenda Daily, The Nut Graph, The Malaysian Insider , Malaysian Mirror

5) Bagi Berita Dari luar Negara, boleh petik dari source source terkemuka
--> Reuters, CNN, AP, Heraldsun, TheAge, AlJazeera

6) Sebarang Berita dari sesetengah negara juga boleh dipetik dari akhbar rasmi negara tersebut
--> Kompas(Indonesia), Heraldsun(Australia)

7) Berita tidak semestinya dalam bentuk tulisan saja, Youtube juga patut dibenarkan. Ada berita dalam bentuk video yang diupload oleh youtube.
--> TVPAS.com, Malaysiakini Video, Berita Harian

8) Kenyataan Rasmi dari badan badan terkemuka / pemimpin terkemuka untuk melambangkan dasar dasar tertentu
--> Anwaribrahimblog, Laman Rasmi UMNO, Laman Rasmi PAS, Limguaneng blog, website universiti

9) Untuk blog persendirian pula, boleh digunakan untuk tambahan kepada thread thread yang telah dibuka berdasarkan berita berita dari mainstream news... tapi tak boleh digunakan untuk membuka thread

10) Hasil kajian rasmi / fakta fakta terkini.. Kadang kadang hasil survey juga boleh digunakan untuk membuka thread
--> Contohnya Merdeka Centre selalu buat kajian mengenai trend pengundi di Malaysia, boleh digunakan untuk buka thread supaya dapat beritahu forumer lain mengenai trend trend pengundi di Malaysia  

Anda boleh bertanya pada mod sekiranya sumber rujukan tidak terdapat dalam senarai. Wajib diingat bahawa kesalahan ini akan membawa andaterhadap  berlakunya amalan dan amaran pemotongan kredit.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-3-2010 06:46 AM | Show all posts
D.        Kesalahan Kesalahan lain.
Melakukan kesalahan ini akan menyebabkan peraturan amalan dan amaran penolakan kredit dijalankan

1. Sebarang post yang mempunyai unsur-unsur serangan peribadi, provokasi, sindiran menjurus kepada pertengkaran, name calling, bahasa kasar, mencarut, tidak menghormati dan kurang ajar, perkauman atau perkataan yang tidak mempunyai makna tetapi hanya bertujuan untuk meluahkan kemarahan dan serangan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2. Sebarang serangan terhadap mana-mana agama dan kaum, serta serangan terhadap Imam, Mufti, Ulama, Pope, Sami atau pun mana-mana ketua agama tidak akan di tolak ansur.

3. Mana-mana post yang mempunyai hanya emoticons/smiley seperti    atau    serta ekspresi perasaan seperti "hahahaha" atau "hehehehe" atau "wahahaha"akan dianggap sebagai spamming dan akan diedit beserta amaran. Dan jika diabaikan, amalan dan amaran penolakan kredit akan dijalankan.

4. Artikel-artikel yang ditepek di sini, perlu diberitahu sumbernya, dan perlu diberi komen oleh pembuka thread, jangan hanya menepek artikel-artikel tanpa memberi apa2 komen.

5. Name calling untuk sesiapa sahaja, termasuk pemimpin-pemimpin, baik dari BA/BN, serta forummer-forummer lain, adalah dilarang sama sekali. Name calling disini bermaksud tidak menulis sebagaimana nama yang didaftarkan atau dalam kata lain mengubahsuai nama untuk mengejek

6. Jika moderator bertugas terlepas pandang mengenai salah laku seseorang forummer tu, diharap boleh tekan butang report, hantar kepada moderator bertugas.

7. Tidak digalakkan membuat keseluruhan posting menggunakan Caps Lock (capital letter/huruf besar). Sebab ianya akan menyusahkan forummer lain untuk memahami isi kandungan post tersebut. Jika posting tersebut layak mendapat credit rating, mungkin akan diberi rating yang lebih sedikit atau tidak akan diberi rating langsung.

8. Post yang mengandungi tulisan / font yang terlalu besar ataupun menyebabkan kesukaran untuk dibaca akan diedit serta-merta. Jika perbuatan tersebut tetap dilakukan, pemotongan kredit akan dilakukan. Dan jika posting tersebut layak mendapat credit rating, mungkin akan diberirating yang lebih sedikit atau tidak akan diberi rating langsung.

9. Jika terdapat thread yang dibuka semata-mata untuk membuat seranganperibadi / provokasi kepada Super Moderator / Moderator / forummerlain, tidak akan ditolak ansur.

10. Avatar dan Signature yang berunsur lucah / serangan peribadi /menyebabkan ketidak-senangan forummer lain, akan diminta untuk ditukar oleh moderator bertugas, dan jika diingkari, amalan dan amaran pemotongan kredit akan pada setiap post dibuat sehingga Avatar atau Signature tersebut diubah.

11. Thread borak telah pun disediakan. Jika terdapat thread borak selain daripada thread yang disediakan tersebut, thread itu akan ditutup beserta amaran. Jika amaran tidak dipatuhi dan perbuatan yang sama dilakukan, kredit akan ditolak.


12. Perkataan yang menjadi larangan di CI yang boleh membawa maksud menghina adalah seperti.
a.        jubur/jubo
b.        keeling
c.        pookeyymark atau perkataan lain yang bermaksud cacian dan maki yang diubah gaya penulisan
d.        memantart
e.        menyondol
f.        menyundal
perkataan yang tidak terdapat di dalam senarai diatas boleh ditambah dari masa kesemasa melalui undian yang akan dijalankan di Bod CI.

13. Sebarang posting yang tidak berkaitan dengan topic yang dibincangkan atau menempel gambar yang tidak berkaitan akan diberi amaran secara PM atau di thread itu sendiri. Jika diulangi dalam tempoh jarak seminggu  anda akan ditolak kredit dan seterusnya membawa kepada amaran jika kesalahan berulang

14. sebarang posting baru yang berulang (topic yang sama maksud) akan dikunci dan tertakluk dibawah amaran dan amalan penolakan kredit sekiranya topic yang sama telah dibuka dan  masih di mukasurat pertama
15.  Tidak ada had penolakan kredit untuk perkara beriikut;

a.        Posting berunsur lucah
b.        Pengiklanan
c.        Posting skim cepat kaya dan skim-skim penipuan lain

Diharap semua forummers dan moderator CI dapat mengikut guideline-guideline ini bagi memastikan perjalanan bod isu semasa ini lebih sihat dan berilmiah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-3-2010 06:46 AM | Show all posts
Harus diingat bahawa supermod dan admin dibenarkan untuk tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapka
Peraturan ini boleh ditambah dari masa kesemasa melalui cadangan dan selepas undian dijalankan.

Kami bagi pihak CARI mempercayai kebebasan untuk menyuarakan pendapat, tetapi kebebasan yang diberi, tidak sepatutnya disalahgunakan.

1.  Siapakah yang boleh memotong kredit saya di board CI?

Hanya moderator-moderator Board CI, Supermoderator dan Admin sahaja. Lain-lain moderator hanyalah dibenarkan memberitahu kesalahan-kesalahan yang dilakukan berserta bukti-bukti untuk dinilai oleh pihak yang diberikan kuasa sahaja..


2.  Adakah moderator akan membuat pemotongan kredit tanpa amaran?

Tidak. Amaran akan diberi terlebih dahulu kecuali kepada kes-kes individu terbabit yang sebelum ini  telahpun diberi amaran berkali-kali, provokasi,insult dan posting2/thread yang berunsur iklan

3..  Bagaimana pula dengan pemberian kredit?

Kredit hanya akan diberikan berdasarkan items dibawah:

1. Valuable, original and informative post
2. Copy and Paste from others resources is allowed but with source mentioned-and if the news is good informative news
3. Any subsequent post, which is informative and valuable:
4. Any informative pictures post, which can further explain the topic of the thread
5. Any games/trivia in the board

4.  Adakah pemotongan dan penambahan kredit oleh seseorang moderator akan dimaklumkan kepada saya?

Ya...anda akan dimaklumkan kecuali anda telah mendapat title "beggar".

5.  Sekiranya ada forum member membuat aduan tentang salah laku forum member yang lain, adakah tindakan pemotongan kredit akan dilakukan?


Bergantung pada aduan dan kesalahan forum member yang terbabit. Bagaimana pun kepada orang yang membuat aduan hendaklah kemukan evidence yang boleh mengesahkan individu terbabit telah melakukan kesalahan tersebut. Moderator berhak untuk memotong kredit pesalah terbabit atau sekadar memberi amaran atau edit/delete atau apa-apa yang bersesuaian dengan tahap kesalahan yang dilakukan.

6.  Bagaimana pula sekiranya orang yang membuat aduan memberikan bukti-bukti palsu semata-mata untuk tujuan serangan peribadi atau tujuan yang tidak sihat?

Orang yang membuat aduan akan diambil tindakan iaitu dikenakan pemotongan kredit atau tindakan "beggar"dan "warning".  

RUJUKAN
Cluesan, Dtecconan (2088). Peraturan Bod  Politik Tempatan (updated 18 disember 2008).
        http://mforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1 dilayari pada  27 februari 2010
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:08 PM | Show all posts

UNDANG-UNDANG BARU - BERKUATKUASA 22 JULAI 2011

Salam Sejahtera..




Kepada semua forumer tegar di board isu semasa, memandangkan sejak kebelakangan ini terlalu banyak lambakan thread politik dan bermacam masalah di board isu semasa...jadi dengan ini..ADMIN menggariskan undang-undang baru untuk kebaikan bersama. Dan harap semua dapat bekerjasama dalam membuka thread yang berinformasi supaya kita semua dapat memanfaatkan board ini untuk menambah pengetahuan selain mengikuti  perkembangan isu-isu semasa. Kita juga ingin menarik lebih ramai pengunjung luar yang belum mengenali Forum CARI. Jika masalah ini berterusan, apakah sumber berinformasi yang kita dan pengunjung baru boleh dapat disini melainkan thread bermasalah dan juga thread isu politik sedangkan board politik tempatan sudah lama tersedia bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui berkenaan isu politik.




1. Berkuatkuasa dari 22 JULAI 2011, sebarang thread berkenaan POLITIK DILARANG sama sekali dibuka DI BOARD ISU SEMASA. Semua thread berkenaan POLITIK sila buka di BOARD POLITIK TEMPATAN. ADMINISTRATOR, SUPER MODERATOR & MODERATOR Isu Semasa berhak memotong kredit anda dan jika anda masih ulangi membuka thread politik disini, anda boleh dikenakan hukuman POST BANHAMMER.

2. Hanya berita yang berinformasi akan dibenarkan. Contoh-contoh berita seperti isu terbaru kemalangan jalan raya, isu rogol, bunuh, rompak, dadah, tsunami, banjir dan apa juga isu TERKINI melainkan POLITIK. Sila sertakan - sumber berita pada bahagian bawah thread. Sebaiknya sertakan gambar sekali.

3. Tajuk thread sila tulis dalam bahasa baku supaya mudah di fahami. Jika mahu menggunakan bahasa pasar, sila letak pada P/S dibahagian bawah thread atau semasa perbincangan sahaja.

4. Elakkan dari melakukan kesalahan seperti :

>Advertisement/ Scam/ Spam
>Disrespect/ Insult/ Rude
>Hostile/ Vulgar Languages
>Multiple Posting/ Same Thread
>Name Calling/ Personal Attack
>Problematic Avatar/ Signature
>Provocation/ Sarcasm/ Racist

Sesiapa masih berdegil melanggar peraturan sediaada. SUPER MODERATOR & MODERATOR Isu Semasa akan mengambil tindakan sewajarnya.






BERFORUMLAH DENGAN BERHEMAH




SEKIAN. HARAP MAKLUM...








P/s : Mana-mana thread yang berinformasi, pembuka thread tersebut layak menerima kredit mengikut pertimbangan MOD CI, SMOD & ADMIN. Forumer yang  memberi reply post yang rasa disenangi dan mungkin satu info/tips
yang baik juga layak terima kredit, juga mengikut pertimbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:11 PM | Show all posts
Harap forumer CI dapat beri kerjasama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 02:03 PM | Show all posts
ai ai Sir
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 03:00 PM | Show all posts
Baiklah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.526937s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list