|
Diana Jadi Snow White Demi Nano18-Mar-2010 | Oleh: Haswari Ali
Teks oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2010: Tanyalah mana-mana wanita sekalipun, pastinya ada yang teringin untuk memiliki wajah secantik watak mitos popular, Snow White.
Namunbagi pelakon dan penyanyi muda berbakat, Diana Danielle, 19, dia cukupberuntung kerana kecantikan yang dimilikinya telah disama ertikandengan karektor ikon berkenaan menerusi kempen produk penjagaan wajah,Nanowhite.
Lihatlah betapa jelitanya Diana. Kelembutan dankeaslian personalitinya sambil bermain-main bersama unggas hutan telahmencipta satu raksa yang sempurna untuk dirinya dipilih sebagaijurucakap bagi rangkaian produk kecantikkan yang lengkap itu.
“Sememangnyasaya menggemari Snow White. Jadi bila pihak Nanowhite mahu saya tampilsebagai karektor berkenaan dalam kempen iklan mereka, seronok takterhinggalah saya.
“Bukannya mudah untuk menggayakan liuklentuk tangan seiras Snow White. Untuk itu saya telah menonton filemdan animasi Snow White sehari sebelum penggambaran dibuat. Lebihseronok lagi bila ada arnab dan burung yang menemani saya ketikapenggambaran di dalam studio,” katanya berkongsi pengalaman.
PeminatDiana akan dapat melihat penampilannya sebagai karektor pujaan ramai,Snow White di beberapa media tempatan bermula April ini.
Dianaberkata, kontrak selama setahun yang diikat bersama Nanowhite merupakansatu peluang keemasan buatnya untuk berkongsi seberapa banyakpengalaman serta kelebihan menggunakan produk tempatan itu.
Malahdia akui, sejak menggunakan Nanowhite akhir tahun lalu, nyata telahbanyak mengubah struktur kulitnya untuk kelihatan lebih cerah danbersih dari segala noda, mahupun cela, apatah lagi menghilangkan kesankedutaan penuaan pada wajah.
“Dalam beberapa variasi produkNanowhite, saya sukakan Clarifying Cleansing Milk kerana strukturbahannya yang lebut dan harum. Manakala untuk penjagaan mata pula, sayagunakan Eye Brightener bagi mengurangkan garis penuaan.
“Keranakerjaya saya yang banyak terdedah pada pancaran matahari terutamaketika penggambaran dan juga ulang alik dari sekolah, jadi saya memilihOmega Day Shield SPF 50++. Ianya membantu menggelapkan kulit wajahsaya,” katanya mengulas lebih lanjut beberapa produk keluaran Nanowhite.
Mempunyailabel halal, Nanowhite adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yangmengandungi happy endorphne iaitu bahan yang boleh membuka sel kulituntuk penyerapan yang lebih baik selain member kesan pemutihan yangterhalus. Boleh didapati pada harga serendah RM15.90, kesemua produkNanowhite boleh didapati di seluruh negara. |
|