CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7176|Reply: 11

volcano MELETUS kat glacier iceland!!

[Copy link]
Post time 22-3-2010 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Gunung berapi meletus dekat glasier di Iceland


GAMBAR menunjukkan lahar yang keluar dari Gunung Eyjafjallajokull di Iceland semalam.

REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam.

Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.

"Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global," kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.

Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair.

Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.
Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan.

Semua penerbangan domestik telah dibatalkan.

Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 07:50 AM | Show all posts
Gunung berapi meledak


2010/03/22
REYKJAVIK: Pihak berkuasa memindahkan beratus-ratus orang selepas sebuah gunung berapi meletus di bawah satu glasier di selatan Iceland, kata agensi perlindungan awam Iceland, semalam.

Letusan itu berlaku sekitar jam 11.30 malam kelmarin waktu tempatan di bawah glasier Eyjafjallajokull, glasier kelima terbesar di Iceland. Gunung berapi itu diselaputi lapisan ais.

Bimbang banjir selepas glasier cair, pihak berkuasa memindahkan kira-kira 450 orang di kawasan terletak 160 kilometer tenggara ibu kota ini. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan, kata Vidir Reynisson, pengurus di Jabatan Perlindungan Awam Iceland.

Satu perintah darurat diisytiharkan di kawasan itu berhampiran glasier seluas 160 kilometer. – AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 07:51 AM | Show all posts
Gunung berapi meletup di glasier

REYKJAVIK, Iceland 21 Mac - Pihak berkuasa memindahkan beratus-ratus penduduk selepas berlaku letupan gunung berapi di bawah glasier di selatan Iceland.

Agensi perlindungan awam Iceland, hari ini melaporkan, letupan itu berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam semalam di bawah glasier kelima terbesar di Iceland, glasier Eyjafjallajokull.

Gunung berapi itu ditutupi litupan ais.

Bimbang glasier itu cair dan menyebabkan banjir, pihak berkuasa telah bertindak memindahkan kira-kira 400 penduduk di kawasan Reykjavik sebagai langkah berjaga-jaga, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan, kata Pengurus Jabatan Perlindungan Awam Icelandic, Vidir Reynisson.

Amaran kecemasan dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal dalam kawasan 160 kilometer dari glasier.

"Kami setakat ini belum mengetahui tahap sebenar letusan itu tetapi pasukan kami sudah dihantar ke situ bagi menilai situasinya," kata Reynisson.

Kepulauan gunung berapi Eropah di Atlantik Utara, Iceland adalah gurun Artik yang mempunyai gunung-ganang, glasier, gunung berapi dan kawasan pertanian di tanah rendah yang terletak berhampiran pinggir laut.

Kali terakhir gunung berapi itu meletup adalah pada 1820-an. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:26 AM | Show all posts
Tengok kat berita semalam.Tapi rasanya boleh menyeimbangkan suhu kat Iceland.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:36 PM | Show all posts

Volcanic ash disrupts air traffic across northern Europe

2010/04/15


REYKJAVIK: A powerful volcano eruption on Iceland, spewing clouds of ash that caused air traffic disruption across northern Europe Thursday, could last “a long time,” an Icelandic geophysicist said.

“It is very variable how long these eruptions last. Anywhere from a few days to over a year,” Magnus Tumi Gudmundsson, a professor of geophysics and civil protection advisor, told AFP.

“Judging from the intensity of this one, it could last a long time,” he added.

Iceland’s second volcano eruption in less than a month began under the Eyjafjallajokull glacier in the south of the country at around 1:00 am (GMT) Wednesday.

Between 700 and 800 people were evacuated from their homes in the remote, lightly-populated area 125 kilometres east of Reykjavik, as melted glacier water caused massive flooding.

Last month, the first volcano eruption at the Eyjafjallajokull glacier since 1823 — and Iceland’s first since 2004 — briefly forced 600 people from their homes in the same area.

That eruption, which gushed lava for just over three weeks, ended Tuesday.

“The last volcano did not pose any hazard... But this one erupted in the main (Eyjafjallajokull) crater and it is much more powerful,” Gudmundsson said.

“It has been going on for more than 24 hours and is an explosive eruption,” he added.

All flights in Norway and northern Sweden, as well as all London flights, were cancelled Thursday because of the risks posed by volcanic ash, which can also damage aircraft engines.

Some flights in Denmark and northern Finland also appeared to be disrupted. - AFP

************************************************



...dengar kat news tadi pasal ash dari volcano kat iceland -- bahaya untuk engine aeroplanes-
thats why flight kat norway semua tu kena delayed -

* nak pronounce nama glacier tu - berbelit pula lidah --- ishhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2010 07:43 PM | Show all posts
TODAY - April 17, 2010

Ice cap thaw may awaken Icelandic volcanoes


Reuters – A view of the farm Thorgeirsstadir,
as smoke billows from a volcano in Eyjafjallajokull, April 16, 2010. …
By Alister Doyle, Environment Correspondent Alister Doyle, Environment Correspondent



– Fri Apr 16,





OSLO (Reuters) – A thaw of Iceland's ice caps in coming decades caused by climate change may trigger more volcanic eruptions by removing a vast weight and freeing magma from deep below ground, scientists said on Friday.

They said there was no sign that the current eruption from below the Eyjafjallajokull glacier that has paralysed flights over northern Europe was linked to global warming. The glacier is too small and light to affect local geology.

"Our work suggests that eventually there will be either somewhat larger eruptions or more frequent eruptions in Iceland in coming decades," said Freysteinn Sigmundsson, a vulcanologist at the University of Iceland.

"Global warming melts ice and this can influence magmatic systems," he told Reuters. The end of the Ice Age 10,000 years ago coincided with a surge in volcanic activity in Iceland, apparently because huge ice caps thinned and the land rose.

"We believe the reduction of ice has not been important in triggering this latest eruption," he said of Eyjafjallajokull. "The eruption is happening under a relatively small ice cap."

Carolina Pagli, a geophysicist at the University of Leeds in England, said there were risks that climate change could also trigger volcanic eruptions or earthquakes in places such as Mount Erebus in Antarctica, the Aleutian islands of Alaska or Patagonia in South America.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2010 08:16 AM | Show all posts

Europe's air travel chaos deepened on
Saturday as a huge cloud of volcanic ash
spread southeast across the continent,
halting more than three in four flights and
stranding thousands of passengers worldwide.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2010 07:39 AM | Show all posts
Eyjafjoell semakin banyak keluarkan debu
07/05/2010

REYKJAVIK 7 Mei - Gunung berapi Eyjafjoell semakin banyak mengeluarkan debu sehingga memaksa pihak berkuasa membuat pertimbangan untuk menukar laluan udara serta memberi amaran tentang gangguan yang bakal berlaku.

“Pengeluaran debu semakin meningkat sejak beberapa hari ini,” kata pegawai Jabatan PErlindungan Civil Iceland, Agust Gunnar Gylfason.

Laluan udara Eropah telah dibuka semula semalam, namun Agensi Kawalan Udara, Eurocontrol memberitahu, dengan kadar debu yang semakin tebal mungkin memaksa ia ditutup semula. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2010 11:55 AM | Show all posts
Gunung berapi Iceland keluar semula debu


2010/05/10

BRUSSELS: Lebih banyak gangguan jadual penerbangan dijangka dalam beberapa hari selepas gunung berapi Iceland mengeluarkan semula debu yang sudah pun ditiup angin sehingga meliputi ruang udara selatan Perancis, Switzerland dan utara Itali.

Agensi pengurusan udara Eropah berkata ramalan cuacanya mengunjurkan debu itu akan merebak ke bahagian selatan Jerman, Republik Czech dan Austria menjelang malam semalam.

Debu itu dikesan dari paras darat sehingga 6,000 meter di udara, sudah memaksa beberapa lapangan terbang di utara Itali ditutup.

Sebahagian daripada debu awan besar yang dibentuk gunung berapi itu sudah sampai ke pertengahan lautan Atlantik pada paras ketinggian sehingga 10,500 meter. Awan sama meliputi sebahagian Portugal dan Sepanyol, memaksa lapangan terbang di Porto, La Coruna, Vigo, dan Santiago di tutup pagi semalam. – AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 07:15 AM | Show all posts
Debu gunung berapi Iceland menuju Turki


2010/05/12

RABAT: Debu akibat letusan gunung berapi di Iceland kini menghala ke Afrika Utara menuju ke Turki semalam, memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang Casablanca di Maghribi di samping lapangan terbang Sepanyol dan ruang udara Turki.

“Lima lapangan terbang di Maghribi - Casablanca, Rabat-Sale, Tangiers, Tetouan dan Essaouria, ditutup petang semalam, bagi menjamin tahap keselamatan maksimum untuk penumpang,” kata pihak berkuasa penerbangan awam di Maghribi.

Lapangan terbang Maghribi tidak terjejas bulan lalu apabila letusan gunung berapi Eyjafjallajokul 14 April lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya penggantungan trafik udara lima hari di Eropah.

Debu itu juga menyebabkan kekecohan Selasa lalu di kawasan berhampiran Sepanyol, memaksa lapangan terbang Tenerife, La Palma dan La Gomera di Kepulauan Canary ditutup dan menjejaskan berpuluh-puluh penerbangan. – AP
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2010 08:54 PM | Show all posts

Asap dari Gunung Berapi Eyjafjallajokull
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2010 09:06 PM | Show all posts


Gerakan tanah Gunung Berapi Eyjafjallajokull yg membentuk lurah kalimah Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.313482 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list