CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11429|Reply: 84

Ular Sawa 7 Meter Telan Pelajar 13 Tahun di Medan

[Copy link]
Post time 22-3-2010 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Ular Piton 7 Meter Telan Pelajar SMP
Senin, 22 Maret 2010 | 09:23 WIB
BANJARMASIN POST


MEDAN, KOMPAS.com — Ular piton sepanjang 7 meter yang memangsa pelajar SMP PGRI, M Zakaria (13), saat mandi di Sungai Tembung, Percut Sei Tuan, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, diperkirakan masih bersembunyi di dalam terowongan air pembuangan limbah.
   
Hingga Senin pagi (22/3/2010), lokasi tewasnya M Zakaria, penduduk Pasar VIII Desa Sei Rotan, Kecamatan Percut Sei Tuan, masih dipenuhi warga yang datang dari sejumlah daerah sehingga polisi harus mengamankan lokasi tersebut.
   
Darmin Nasution (60), salah seorang warga yang sudah hampir 50 tahun tinggal di Tembung, Kabupaten Deli Serdang, Sumut, mengatakan, baru kali ini dirinya mengetahui seekor ular piton sepanjang 7 meter memangsa pelajar SMP di daerah tersebut.
   
"Kejadian aneh ini merupakan peristiwa yang cukup langka dan jarang terjadi sepanjang hidup saya yang tinggal tidak berapa jauh dari Sungai Tembung tersebut," kata Darmin dalam perbincangannya di Tembung, Senin.   
   
Warga di sekitar Sungai Tembung, Kamis petang (18/3), geger setelah seekor ular piton ukuran besar dan panjang 7 meter lebih memangsa pelajar SMP yang sedang mandi-mandi dengan tiga temannya yang baru pulang sekolah.
   
Ular piton itu dengan ganasnya melilit korban yang sedang berusaha melarikan diri dari dalam sungai tersebut. Selain itu, menurut Nasution, ular yang dalam keadaan kelaparan itu juga membanting-banting korban di dalam sungai sehingga akhirnya korban lemas.
   
Sementara itu, tiga rekan korban yang berhasil keluar dari sungai berusaha minta bantuan warga yang tinggal tidak berapa jauh dari lokasi kejadian tersebut. Selanjutnya, masyarakat dengan menggunakan bambu runcing menombak bagian kepala dan badan ular itu agar mau melepaskan korbannya.
   
Usaha yang dilakukan warga itu tidak sia-sia karena saat itu juga ular tersebut melepaskan korban yang sudah dalam keadaan remuk dan tidak bernyawa lagi. Ular yang dalam keadaan mengganas itu, menurut Nasution, nyaris menelan pelajar SMP tersebut.
   
Kemudian, ular tersebut menghilang dan menyelam masuk ke terowongan tempat persembunyiannya dan sampai saat ini tidak pernah keluar.
   
Selanjutnya, ia menjelaskan, warga yang mengetahui ular memangsa pelajar SMP itu juga tidak mau tinggal diam. Mereka meminta bantuan beberapa pawang ular untuk bisa menangkap ular yang berada di Sungai Tembung.
   
Kemudian, Jumat, (19/3) sekitar pukul 19.30 WIB, pawang ular yang bekerja ekstra keras, yang dibantu masyarakat, akhirnya berhasil menjerat ular ukuran besar itu dari tempat persembunyiannya di dalam sungai.
   
Ular tersebut berhasil dijerat dengan tali yang sudah dipersiapkan setelah lebih dulu diberi umpan berupa seekor ayam. Selanjutnya, ular yang berhasil ditangkap itu dimasukkan ke dalam goni dan dibawa ke Polsek Percut Sei Tuan untuk diamankan.
   
Namun, menurut pawang ular yang menangkap ular tersebut, ular yang dijerat itu bukan ular yang memangsa pelajar SMP, tetapi ular lain yang hidup di Sungai Tembung. Menurut pawang itu, ada dua ekor lagi ular besar yang masih hidup di Sungai Tembung itu, salah satunya ular yang memangsa pelajar SMP.
   
Selanjutnya, Nasution mengatakan, peristiwa ular yang memangsa seorang pelajar SMP itu benar-benar termasuk peristiwa aneh di daerah tersebut karena setiap hari Sungai Tembung dijadikan warga sebagai tempat mandi dan mencuci pakaian.
   
Namun, tidak pernah ada warga yang melihat ular atau diganggu binatang lainnya yang ada di sungai itu. "Saya benar-benar terkejut mengetahui ada ular yang memangsa pelajar SMP hingga tewas. Hal ini adalah kejadian yang luar biasa sepanjang hidup saya yang sudah puluhan tahun lamanya tinggal di Tembung," katanya.
   
Apalagi, menurut dia, lokasi Sungai Tembung itu hanya berjarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya. "Kadang-kadang saya juga sering mandi di Sungai Tembung ini, tetapi belum pernah  melihat seekor ular pun. Kejadian ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya, ke depan jangan ada lagi korban yang dimangsa ular," kata Nasution.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2010 08:01 PM | Show all posts
Gambar Ular Sawa, dari Suaranews

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:08 PM | Show all posts
Ni cerita yg pernah berlaku di Malaysia tak lama dulu, org dewasa yg ditelannya..


Korban ular sawa

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
Berita Harian, 9 Mac 2008

E Heng Chuan dipatuk dan dibelit sebelum ditelan sawa seberat 140 kilogram

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.





Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.
   
ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.


PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.

Info:
Ular sawa telan manusia

  Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.

  Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

  Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular.


--------------------------------------------------------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:09 PM | Show all posts


Ni gambar kes yg berlaku di Segamat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:16 PM | Show all posts
ular piton
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:19 PM | Show all posts
ngeri....................................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2010 08:20 PM | Show all posts
http://www.jphpk.gov.my/Malay/berita/ular0308.jpg

Ni gambar kes yg berlaku di Segamat tu..
RedDevils Post at 22-3-2010 20:09


Ni lagi gambar gambar dia

                                               
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:27 PM | Show all posts
mengeliang-liut badan tengok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 08:40 PM | Show all posts
seriau aq .....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:41 PM | Show all posts
astagfirullah halazimmmmmmmmmmm takut betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 08:48 PM | Show all posts
ya Allah ular la antara binatang aku paling takut

rumah aku dulu entah berapa kali kena masuk ular. paling ingat waktu pagi, masa siap2 nak gi sekolah. adik aku nampak benda pelik atas tv, dia heran, usik benda tuh. sekali bergerak. terus berlari panggil ayah aku, rupanya ular. punyalah takut masa tuh.

kalau mak ayah takde, masa tuh aku panggil jiran aku yang cina tangkap ular. phython tuh, bisa. nasib baik kecik lagi. dia amek ular tuh, dibagi makan kat hanjeng dia,
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:04 PM | Show all posts
aku takut ular tapi kalau mimpi dipatuk ular aku xtkt la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:07 PM | Show all posts
ngerinya... ..

kalau ular sawa nak membelit kena buka belitannya melalui ekornya..dapat capai ekornya gigit kuat kuat ekornya..masa tengok demo orang main ular sawa tu yg ajor..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2010 09:10 PM | Show all posts
ngerinya... ..

kalau ular sawa nak membelit kena buka belitannya melalui ekornya..dapat capai ekornya gigit kuat kuat ekornya..masa tengok demo orang main ular sawa tu yg aj ...
ajie2000 Post at 22-3-2010 21:07


tengok dekat mana?
taman ular ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:11 PM | Show all posts
7# urusniaga2020

perogol2, bapak2 haruan makan anak,mamat2 lombok, awang itam..
kaki2 pendera kanak2..

mmg sesuai dijadikan makanan utk ularsawa ni jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:13 PM | Show all posts
dasat giler....{:3_83:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2010 09:19 PM | Show all posts
13# ajie2000

ha'ah.. dulu pun masa tengok pertunjukan ular, pemain ular kata kat bahagian ujung ekor tu pelemah depa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:22 PM | Show all posts
11# cik.panda


python tak bisa yang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:35 PM | Show all posts
uiks... mual tengok...
ngeriiii...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 09:41 PM | Show all posts
seram aku tgk pic2 tue lah..
ular lah binatang paling aku takot dlm dunia nie..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.394660 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list