CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22035|Reply: 44

Ajaran Buddha yang difahami oleh saya, jangan 100% percaya.

[Copy link]
Post time 24-3-2010 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tshadow at 21-6-2010 12:44

Ramai orang tidak dapat menerima ajaran Buddha yang menyokong konsep "Tanpa Pencipta"
Disamping itu, konsep " tanpa sendiri " juga susah diterima oleh orang ramai.
Orangramai susah faham mengapa " tanpa sendiri " dan "tanpa pencipta"

Ajaran Buddha tidak menyetujui 2 konsep dibawah:
1) konsep yang menyatakan terdapat "kewujudan saya sejak dulu hingga masa depan.
2) konsep yang menyatakan terdapat "kewujudan saya pada masa lalu dan sekarang tetapi tiada kewujudan saya selepas maut"

Konsep 1 tidak disetujui oleh Buddha, sebab konsep ini adalah konsep yang menyokong "keabadian", iaitu konsep yang sokong terdapat roh atau jiwa yang abadi wujud sejak dulu sampai masa depan. konsep ini percaya terdapat sesuatu roh yang sama boleh abadi wujud sejak dulu sampai masa depan.

konsep 2 tidak disetujui oleh Buddha, sebab konsep in adalah konsep yang menyokong "kepupusan/ ketidaksambungan", iaitu konsep yang sokong sesuatu benda yang wujud sekarang tetapi tiada berkaitan dengan benda yang wujud di masa depan. konsep ini percaya tiada roh boleh hidup selama-lamanya dan akan pupus selepas maut.

Buddha tidak menerima 2 konsep di atas, Buddha mengadakan 2 konsep diatas akan menyebabkan kita terus "munjul" di dunia yang bukan keabadian dan bukan ketidaksambungan".

Buddha menyokong konsep yang mengadakan bahawa: ketidakwujudan diri sendiri sejak dulu hingga sekarang dan sampai masa depan.

Buddha mengadakan bahawa apa yang wujud didepan anda adalah "kewujudan yang bergandungan" dan "kekosongan"


Benda yang wujud didepan kamu adalah bergandung kepada benda tertentu, contohnya pandangan kamu bergandung kepada penemuan di antara cahaya dan mata kamu, kalau kamu buta, kamu tidak wujud pandangan mata.
jika tiada cahaya, pandangan juga tidak wujud, oleh itu, kita katakan "kekosongan" sebab benda yang wujud adalah bergandungan dan tidak boleh wujud kesendirian dan tidak boleh wujud selama-lamanya.

Kewujudan adalah sesuatu yang maya, kosong dan bergandungan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2010 01:38 PM | Show all posts
kalau kamu percaya ada roh yang suci,
atau percaya roh kamu adalah ciptaan tuhan,
atau kamu percaya roh kamu adalah wujud dari alam semula jadi tanpa ciptaan,
maka anda adalah golongan konsep " keabadian",

konsep ini tidak disetujui oleh Buddha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 01:40 PM | Show all posts
kalau kamu percaya kamu akan pupus selepas maut,
maka kamu adalah golongan yang sokong konsep " ketidaksambungan"

konsep ini juga tidak disetujui oleh Buddha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 01:48 PM | Show all posts
Apa akan terjadi kepada pemegang 2 konsep yang tidak disetujui oleh Buddha itu?
Jawapan ialah pemegang 2 konsep itu akan terus munjul dengan bergandungan.

Apa yang akan terjadi kepada sesiapa yang tidak memegang 2 konsep diatas?
Jawapannya ialah mereka tidak lagi memegang kewujudan yang bergandungan, dan tidak lagi menikmati kewujudan yang ketidakabadian serta kewujudan yang tidak ketidaksambungan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 01:55 PM | Show all posts
Apa yang bergandung-gandung sehingga kita muncul?
cuba fikirkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 02:06 PM | Show all posts
kewujudan kita adalah bergandung kepada kebolehan kita melihat, mendengar, merasa, membau, menyentuh dan memikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2010 03:08 PM | Show all posts
Cuba fikirkan apa yang bergandung-gandung dan mengakibatkan kita mempunyai kebolehan mendengar, melihat, membau, merasa, menyentuh dan memikir?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 03:18 PM | Show all posts
kebolehan kita melihat diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis warna.
kebolehan kita mendengar diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis bunyi.
kebolehan kita membau diakibatkan dari pergerakan kita menganalisi hiduan.
kebolehan kita menrasa diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis bahan termakan
kebolehan kita menyentuh diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis sentuhan
kebolehan kita memikir diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis fikiran.

Pergerakan diatas akan mengakibatkan kebolehan berkaitan.

Jadi, apa yang mengakibatkan pergerakan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2010 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by tshadow at 24-3-2010 15:55

Pergerakan yang mengakibatkan kebolehan itu adalah diakibatkan daripada :
(keinginan/kesukaan yang tidak tahu perkembangan pergerakan tersebut.)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 03:40 PM | Show all posts
Mengapakah terdapat keinginan/kesukaan ini?
Siapa yang mencipta keinginan ini?
Adakah bilangan individu yang pegang keinginan ini boleh muncul spontan atau tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 03:51 PM | Show all posts
Mengapakah terdapat keinginan/kesukaan ini?
Siapa yang mencipta keinginan ini?
Adakah bilangan individu yang pegang keinginan ini boleh muncul spontan atau tidak?
tshadow Post at 24-3-2010 15:40


Soalan-soalan yang berkaitan di atas adalah soalan yang mencari dunia ini adakah terhad atau tidak terhad,
soalan tersebut akan menuju arah yang nak tahu bolehkah dunia ini akan hapus semua keinginan atau tidak,
soalan tersebut juga menuju arah yang nak cari dunia dimulakan dari mana.

Bila orang menanya soalan begini kepada Buddha, Buddha tidak akan menjawab.

Mengapa Buddha tidak mahu jawab?

Adakah Buddha tidak tahu jawab?  Bukan, bukan Buddha tidak tahu jawab, Sebaliknya, Buddha memberitahu kita soalan ini sudah bermasalah, soalan ini tidak dapat memenuhi tujuan ajaran Buddha.

Jadi, mengapakah soalan ini tidak memenuhi tujuan ajaran Buddha?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 04:31 PM | Show all posts
Pada kemulaannya, Buddha sudah memberitahu kita bahawa semua kewujudan adalah bergandungan dan maya serta kekosongan.

Jikalau kita terus mencari punca-punca semua kewujudan yang menjanakan diri,
kita akan jumpa "keinginan pergerakan penanalisian yang boleh menjana kebolehan organ"
Tujuan ajaran Buddha adalah untuk mengenal perkembangan keinginan ini akan membawa kederitaan yang berlanjutan.
Oleh itu, Buddha memberitahu sesiapa yang sudah tahu punca kewujudan serta kederitaan yang akan ditimpa, maka, mereka harus meninggalkan semua keinginan yang boleh menjanakan pergerakan.
Dengan ini, apabila keinginan ini hilang, pergerakan pun hilang, kebolehan analisis luaran pun hilang, maka sesiapa yang sudah dapat kehilangan keinginan pergerakan ini akan tahu sendiri bahawa:" Nyawa ini adalah kali yang terakhir untuk saya, dan saya tahu apa yang akan menjanakan kelahiran akan datang, kelahiran adalah disebabkan keinginan pergerakan yang boleh menjana organ menganalisis. Jika organ penganalisisan kini maut, saya tidak akan mengalami penjanaan nyawa yang baru lagi. Inilah nyawa yang terakhir,
Inilah kederitaan yang terakhir, tanpa kelahiran, tanpa penderitaan."

Oleh itu, tujuan ajaran Buddha adalah meninggalkan penderitaan yang disebabkan oleh kelahiran dan kematian yang berulang-ulang tanpa keperibadian.

Soalan-soalan yang tidak memenuhi tujuan meninggalkan penderitaan diatas adalah tidak bermakna bagi Buddha,
Lagipun, soalan-soalan tadi itu juga akan menjanakan keinginan untuk berfikir, keinginan ini juga adalah punca menjanakan organ pemikiran dimasa depan.

Memandangkan soalan yang ingin tahu permulaan dunia dari mana itu amat bermasalah, ditambah pula kewujudan dunia juga adalah sesuatu yang maya dan kekosongan,
malahan, soalan mencari kewujudan dunia dari mana adalah soalan yang tiada jawapan,
dunia sendiri pun tidak boleh dikatakan wujud kesendirian, semua kewujudan adalah pergandungan,
maka, Buddha kata, soalan ini yang ingin mencari permulaan serta keakhiran dunia adalah bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 11:21 AM | Show all posts
kebolehan kita melihat diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis warna.
kebolehan kita mendengar diakibatkan dari pergerakan kita menganalisis bunyi.
kebolehan kita membau diakibatkan dari perge ...
tshadow Post at 24-3-2010 15:18


Hmm ... Dan sekiranya kamu tidak menpunyai sebarang kebolehan di atas ... adakah itu yg dikatakan Maut? Ataupun hanyalah satu lagi ilusi?

Apakah perbezaan antara Tidur dan Mati?
Mimpi semasa tidur kelihatan nyata bagi mereka yg tak sedar mereka sedang tidur.
Sama spt Hidup dan Mati juga.
Kewujudan tidak ada kena mengena samada kamu hidup ataupun mati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 10:43 AM | Show all posts
Reply 13# Sephiroth


   

Hmm ... Dan sekiranya kamu tidak menpunyai sebarang kebolehan di atas ... adakah itu yg dikatakan Maut? Ataupun hanyalah satu lagi ilusi?

Soalan anda memerlukan “mind power” yang luar biasa untuk mengetahui keadaan selepas maut.

Saya masih seorang pemula, oleh itu, saya belum ada “mind power” untuk menyaksi keadaan selepas maut, oleh itu, saya tidak dapat menjawab soalan anda dengan tepat.

Jikalau seorang dapat berlatih menumpu perhatian minda dia sepenuhnya, sehingga dia tidak lagi dikacau oleh organ deria sendiri, maka, dia akan mendapat “mind power” yang membolehkan dia mengetahui keadaan yang diluar kawasan organ deria orang biasa.

Pencapaian ini bukan senang. Tetapi perlu menjauhi keinginan yang dipunca oleh lima organ deria kita.

Oleh itu, ajaran Buddha tidak senang dipelajari oleh orang ramai yang penuh keinginan dalam lima organ deria.


Apakah perbezaan antara Tidur dan Mati?
Mimpi semasa tidur kelihatan nyata bagi mereka yg tak sedar mereka sedang tidur.
Sama spt Hidup dan Mati juga.
Kewujudan tidak ada kena mengena samada kamu hidup ataupun mati.

Kita boleh mimpi ataupun sedar, sebab kita memegang fikiran,

Tetapi fikiran tidak dapat dipegang lama, kita tidak dapat meminta fikiran berhenti ditepi kita selama-lamanya,

Oleh itu, mimpi dan sedar pun tidak dapat diminta berhenti di tepi kita.

Tidur dan mati juga bergandung kepada kebolehan kita berjalan dan berfikir,

Kebolehan ini juga saling bergantung kepada pembinaan organ badan kita,

Tetapi, organ badan kita juga saling bergantung kepada atom-atom lain.

Apabila atom/molikul itu berpecah, maka semua yang diakibat oleh dia akan berpecah juga.

Ini yang selalu dikatakan sebagai mati oleh orang ramai.

Walaubagaimanapun, Keinginan untuk mencari keselesaan dalam organ deria tidak akan dibinasa selepas mati,

Oleh itu, Keinginan ini akan terus bertindak-balas dengan atom-atom yang berpeluang membentuk organ deria yang boleh memenuhi keinginan itu.

Komputer sungguhpun mempunyai banyak fungsi, tetapi dia tiada keinginan.

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply  Sephiroth


    Soalan anda memerlukan “mind power” yang luar biasa untuk mengetahui ke ...
tshadow Post at 27-4-2010 10:43



    Tidak senang tapi untuk mereka yang mempunyai vipassana yang kukuh atau orang yang mempunyai Abihna saja. Hu hu.... Apa jua pun, kita hanya selamat bila mencapai tahap Sotapatti Magga, atau sekurang-kurangnya mempunyai Vipassana yang dalam.

Ven Ananda ada bertanya kepada Buddha tentang nasib mereka-mereka yang telah meninggal dunia (di mana mereka menjelma semula selepas kematian) . Buddha menjawab pertanyaan Ven Ananda tetapi pada akhir perbualan tersebut, Buddha memberitahu bahawa tidak aga banyak guna untuk kita mengetahui nasib2 mereka, tetapi lebih penting adalah nasib kita sendiri selepas mati.

Buddha mengajar bahawa, cara terbaik untuk mengetahui destinasi kita sendiri adalah mencapai tahap Sotapanna - di mana kita boleh tahu dengan yakin 100% kita tidak akan menjelma di dunia jahat, dan akan mencapai tahap Nibbana dalam kehidupan depan.

Syadu x3
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 11:14 AM | Show all posts
by tshadow

Jikalau seorang dapat berlatih menumpu perhatian minda dia sepenuhnya, sehingga dia tidak lagi dikacau oleh organ deria sendiri, maka, dia akan mendapat “mind power” yang membolehkan dia mengetahui keadaan yang diluar kawasan organ deria orang biasa.  


Tetapi adakah seseorang yg mengetahui akan "destinasi" dia di masa hadepan, akan merasa selesa dgn pengetahuan tersebut. Manusia adalah spesis yg tamak - tidak tahu bila nak rasa puashati.

Sekiranya seseorang itu mengetahui yg dia akan dilahirkan sbg seorang jutawan, dia akan tanya - "kenapa aku tidak dilahirkan sbg seorang billionaire?". Sekiranya dia dilahirkan kacak, dia akan cari orang lain yg lebih kacak dan tanya kenapa tidak dilahirkan sbg lelaki itu.

Lagi teruk kalau dia ditakdirkan dilahirkan di neraka sbg salah satu dr roh merana di situ. Pengetahuan sedemikian akan merosakan teruk tahap spiritual yg dia telah capai setakat ini. Dlm erti kata lain - mengetahui masa lampau dan masa hadepan adalah sesuatu yg buang masa je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2010 01:58 AM | Show all posts
hai.. saya newbis...
saya masih konfius sama ada ajaran buddha ni percaya wujudnya Tuhan atau tidak. saya pernah juga dengar buddha terbahagi kpd 2 kump iaitu mahayana dan hinayana.. apa beza kedua2nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 01:08 PM | Show all posts
Reply 16# Sephiroth

Keinginan dan ketamatan terhadap lima deria dan fikiran adalah sesuatu yang susah diperangsang dan susah dihapus.

Untuk menghapus keinginan ini, kita perlu menjana keinginan lain yang boleh mengurangkan keinginan sebelumnya.
Selepas mencapai kejayaan pertama, kita perlu menjana keinginan seterusnya untuk mengurangkan keinginan yang tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2010 01:33 PM | Show all posts
hai.. saya newbis...
saya masih konfius sama ada ajaran buddha ni percaya wujudnya Tuhan atau tidak. saya pernah juga dengar buddha terbahagi kpd 2 kump iaitu mahayana dan hinayana.. apa beza kedua2nya



hanglekir Post at 12-6-2010 01:58


Ajaran Buddha tidak sokong kewujudan pencipta alam, tetapi menyokong kewujudan dewa-dewi yang mempunyai kebolehan magic. Dewa-dewi ini juga akan maut dalam suatu masa dan akan mengalami kelahiran di tempat lain.

Ajaran Buddha terbahagi kpd banyak kumpulan seperti mahayana dan hinayana dan lain-lain lagi, kebezaan mereka adalah punca dari rujukan ajaran mereka yang berbeza.

Semua ajaran Buddha adalah berpunca dari rujukan masing-masing. Rujukan ini, kita panggil Sutta.
Tetapi, sutta ini mempunyai berbagai-bagai salinan dalam masa yang tak sama.

Jikalau kamu mendengar ajaran Buddha, kamu perlu mengkaji rujukan ajaran ini adalah berpunca dari sutta mana.
Bukan semua Sutta adalah dipersetujui oleh semua kumpulan Buddha.
kita perlu mengkaji dan membuat keputusan sendiri untuk menyetujui mana rujukan perlu kita pelajari.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 01:06 AM | Show all posts
Ajaran Buddha tidak sokong kewujudan pencipta alam, tetapi menyokong kewujudan dewa-dewi yang me ...
tshadow Post at 21-6-2010 13:33



    sekiranya dewa dewi juga akan maut, sudah pasti ada kuasa lain yang lebih hebat dari dewa dewi sehingga mampu untuk mematikan dewa dewi. bleh tahu kamu nih sutta yang mana? boleh terjemah ke istilah sutta ni ke bahasa malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.108223 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list