CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tshadow

Ajaran Buddha yang difahami oleh saya, jangan 100% percaya.

[Copy link]
Post time 5-7-2010 09:46 AM | Show all posts
sekiranya dewa dewi juga akan maut, sudah pasti ada kuasa lain yang lebih hebat dari dewa  ...
hanglekir Post at 5-7-2010 01:06



Tiada siapa yang akan 'mematikan' dewa dan manusia.  Seseorang itu akan mati bila

1. Kamma sebagai seseorang manusia/dewa habis
2. Kamma kebinasaan (destructive kamma)
3. Hayat jasad seseorang
4. Kombinasi 1+2+3   

Untuk no.3 adalah paling senang untuk difahami. Hayat seseorang manusia adalah lebih kurang 80 tahun. Seseorang itu boleh mengambil Imedin, suntikan Botux, Vitamin C, pembedahan - TIDAK akan mengubah hayat jasad manusia.  Dia akan mati juga pada akhirnya.

Untuk no.2, seseorang itu mungkin mati dalam kecelakaan (jalan raya, kapal terbang meletup, bom, etc) sebelum hayat mereka habis.  Ini disebabkan oleh sesuatu Kamma yang akan membunuh seseorang tersebut (kamma pada masa lepas seperti membunuh orang lain, dsbnya).

Untuk no.1, seseorang itu mati bila kamma yang menjadikan seseorang itu sebagai manusia habis. Ini mungkin berlaku jika seseorang itu mengidap penyakit secara tiba-tiba, kanser pada usia muda, etc - sebab tiada kamma yang menyokong kehidupan mereka sebagai manusia.Oleh itu, mereka akan mati sebelum mencapai jangka hayat mereka.

Untuk no.4, ia adalah kombinasi.


Jadi, kematian seseorang manusia/dewa/tuhan adalah ditentukan oleh Kamma.

Kamma ini memang hebat. Tiada kuasa dalam Dunia ini yang boleh mengatasi nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2010 02:46 PM | Show all posts
Reply Hanglekir
sekiranya dewa dewi juga akan maut, sudah pasti ada kuasa lain yang lebih hebat dari dewa dewi sehingga mampu untuk mematikan dewa dewi. bleh tahu kamu nih sutta yang mana? boleh terjemah ke istilah sutta ni ke bahasa malaysia


Mula-mula, terimakasih Tickme menolong jawab,
kamma merupakan sesuatu "punca dan akibat",
menurut ajaran Buddha, semua hal yang berlaku mesti memenuhi punca dan kebetulan masa yang tertentu,
seseorang boleh menjadi dewa, puncanya adalah dia mempunyai keperibadian yang kurang tamat, kurang marah, kurang kemabukan/tidak tahu kebenaran,
mereka yang mempunyai keperibadian yang baik seperti kurang tamat, kurang marah, kurang kemabukan/tidak tahu kebenaran, akan mendapat dorongan untuk lahir di tempat yang aman-damai seperti dewa-dewi.
orang yang penuh tamat, kemarahan, kemabukan, kesukaan menjadi jahat dan lain-lain sifat keburukan akan mendorong dia lahir ditempat yang dipenuhi orang yang sama unsur dengan dia, iaitu tempat yang penuhi keperangan dan kederitaan.

Yang telah saya sebut diatas adalah "punca", iaitu sesuatu yang berlaku mesti mempunyai puncanya,
Yang saya belum sebut ialah "kebetulan masa", iaitu sesuatu yang berlaku sungguhpun mempunyai punca, tetapi akibat punca ini memerlukan "kebetulan masa" yang tertentu barulah boleh berlaku.

Contohnya, seseorang ada niat jahat dan buat hal jahat, juga ada niat baik buat baik dalam sepanjang hidupnya, dia menanam banyak punca, tetapi buah-buah keakibatan ini akan berlaku di masa depan,
Sekiranya dia meninggal dunia, jika buah niat baik telah masak, dia dilahir di dunia dewa-dewi untuk bergembira,
walaubagaimanapun, hayat kegembiraannya akan tamat satu masa nanti,
maka, niat jahat yang dia lama buat itu akan tiba giliran untuk jadi masak, maka dia akan dilahirkan di tempat yang kederitaan masa depan.

Contoh diatas hanyalah contoh yang melibatkan niat jahat dan niat baik,
selain ini, masih mempunyai banyak hal yang tidak melibatkan niat-niat ini, seperti kecuaian makan makanan kotor akan mengakibatkan sakit perut,
kecuaian memandu kereta akan mengakibatkan kemalangan jalanraya dan sebagainya.
Oleh itu, bukan semua kederitaan adalah disebabkan niat jahat dulu, tetapi juga disebabkan kecuaian manusia sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply Hanglekir
bleh tahu kamu nih sutta yang mana? boleh terjemah ke istilah sutta ni ke bahasa malaysia


Aku lebih mengutamakan Sutta dari Nikaya,
Biasa Sutta Nikaya ada salinan bahasa Inglish di internet.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply  Sephiroth

Keinginan dan ketamatan terhadap lima deria dan fikiran adalah sesuatu yang sus ...
tshadow Post at 21-6-2010 13:08


Dr cuba memuaskan keinginan dan sifat tamak terhadap lima deria dan fikiran, baik belajar apa itu "kepuasan".

Cakap "Cukuplah" dan bergembira dgn apa yg anda ada. Keinginan dan sifat tamak akan hilang dgn sendirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 12:28 AM | Show all posts
apakah kamma itu sendiri juga akan mengalami mati
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 09:23 AM | Show all posts
apakah kamma itu sendiri juga akan mengalami mati
hanglekir Post at 20-7-2010 00:28



    Boleh. Bila mencapai Nibbana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2010 07:18 PM | Show all posts
saya berterima kasih banyak2 kepada mereka yg buka tread ini.

banyak yg sy pelajari.

walaupun sy muslim, tetapi sy suka mengambil berat view org lain.

dan pembuka thread telah berusaha banyak menjelaskan kepada org ramai dlm bahasa melayu.

kerana mengambil berat penerangan anda , sy nak tanya sikit.

apabila buddha berusaha memusnahkan keinginan, bukankah itu satu keinginan juga?
dan jika buddha tidak mahu menderita, bukankah itu keinginan juga?

jikalau berfikir itu boleh menjana kehidupan seterusnya, kenapa buddha "berfikir" utk menghapuskan keinginan. itu kan berfikir jugak? jadi buddha pun berfikir. berfikir dengan banyaknya.......

sy  sungguh berminat dalam hal ini. semoga sy dapat ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by tickme at 7-11-2010 13:02
saya berterima kasih banyak2 kepada mereka yg buka tread ini.
apabila buddha berusaha memusnahkan keinginan, bukankah itu satu keinginan juga?
dan jika buddha tidak mahu menderita, bukankah itu keinginan juga?

jikalau berfikir itu boleh menjana kehidupan seterusnya, kenapa buddha"berfikir" utk menghapuskan keinginan. itu kan berfikir jugak? jadibuddha pun berfikir. berfikir dengan banyaknya.......

sy  sungguh berminat dalam hal ini. semoga sy dapat ilmu.
ussopp Post at 6-11-2010 19:18


Dalam minda mereka yang belum mencapai Nibbana, keinginan mereka adalah berasaskan kepada kejahilan tentang sifat2 kewujudan mereka. Keinginan untuk hidup sebagai manusia lagi, untuk menjadi penghuni di syurga, di alam roh brahma, etc. Betul , keinginan untuk mencapai nibbana itew adalah satu jenis 'desire' , tapi dalam kes tersebut, ia adalah berasaskan niat yang betul iaitu untuk mencapai "end of suffering" , iaitu untuk kesejahteraan dan kebaikan mereka sendiri - sesuatu yang benar2 baik untuk mereka.

Buddha Sakyamuni dalam agama buddha ni, sebenarnya boleh mencapai tahap Nibbana berzaman-zaman dahulu. Tetapi, disebabkan dia mempunyai suatu sifat khas yang dipanggil "mahakaruna" atau "maha simpati kepada makhluk lain", beliau tidak masuk ke tahap arahant pada masa itew, tetapi mempunyai niat untuk menjadi seorang buddha  , dan kalau mengikut tradisi, dia berada dalam Samsara untuk 4 asenkheyya kappas (4 immeasurable Aeons) untuk mencapai tahap seorang Sammasambuddho (buddha yang boleh maha mengetahui).

Selepas mencapai Nibbana, termakbul la keinginan beliau, dan dari hari itew, tidak ada lagi keinginan seterusnya. Dan sebab itew, beliau tidak dilahirkan semula di dalam alam ini.

Semua orang yang telah mencapai Nibbana akan mengucap frasa ini " "Birth is exhausted, the holy life has been lived, what had to be done has been done, there is no more of this to come"  atau dalam translasi

" kelahiran semula telah ditamatkan, hidup alim telah dijalani, semua yang perlu dilakukan telah dilakukan, tiada lagi yang akan datang".

Ini mengambarkan suatu aspirasi restrospectik -iaitu sesuatu kerja yang mempunyai suatu permulaan (di mana sesuata makhluk itu bertemu dengan ajaran buddha pada suatu ketika di zaman lepas dan beringinan untuk mencapai nibbana ) dan pengakhiran (di mana mahluk tersebut berjaya mencapai nibbana dalam masa yang tertentu )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2010 04:21 PM | Show all posts
Reply 28# tickme

wah,interesting juga hal2 itew....

ya, sy jugak memikirkan bagaimana desire kerana kejahilan adalah berbeza dgn desire utk kebaikan.
sy pernah ternampak di tulisan di sebuah beg plastik, ia tertulis; love and truth are the most powerful thing in universe.
sampai sekarang sy teringat tulisan tu. tp off course sbg muslim sy perlu meletakkan Tuhan yg paling power, cuma love dan truth itew, walaupun ia kuat tapi ia di bawah kuasa Tuhan la.

baik,
kedua2 ini boleh menjana alam semesta kepada apa2 sahaja.
jadi sy boleh bezakan antara keduanya bahawa love itu desire yg ada pasti unsur2 kejahilan, dan truth itu desire utk kebaikan mcm yg kamu cakap.

baik, sy mmg selalu terpikir bahawa kitab2 hindu atau buddha mempunya penjelasan tentang alam semesta yg sungguh menarik dan make sense. kerana mencari kebenaran, sy pasti tidak boleh mengabaikannya.

sy mmg berminat mempertimbang semua ajaran agama di dunia.

sy dapati, dlm mencari kebenaran, ada dua sumber, pertama dgn kehilangan deria2 manusia mcm yg buddha ajarkan,maka akan open deria2 lain tentang kebenaran(sy explain mungkin lain sikit, tp apa yg sy maksudkan sama mcm kamu itew)....

cara kedua ialah dgn menerima ajaran prophets.
seperti yg kita ketahui, kedua2nya tiada jaminan truth yg sebenar.

maka, apa yg boleh kita buat ialah dgn menilai fundemental setiap ajaran.

sy dapati sekarang ajaran agama ada dua kategori besar.

pertama agama abrahamic(yahudi, islam, kristian)
kedua agama hasil pencarian jiwa di alam ghaib. hindu, buddha, dan lain2.

jika kita berfikir tanpa bias, bagaimana kita boleh menentukan yg mana yg benar. seperti yg kita tahu, dlm kedua2nya fundementalnya make sense.

kadang2 st terfikir, adakah sy perlu mencari connection antara keduanya kerana mmg ada connection2 tertentu bg kedua2 kategori agama ini.
antara yg kita dpt lihat ialah dlm islam ada sektor sufism yg menemukan kebenaran seperti yg ditemui oleh kategori agama seperti hindu dan buddha. ia menemukan kebenaran yg hampir sama, cuma perkataan/istilah yg digunakan lain, tp maksudnya sama.

ataupun, sy perlu membezakan antara kedua2 kategori agama ini(iaitu kategori abrahamic religion dan hinduism/buddism) yakni dgn membuktikan salah satunya adalah salah.

apa pendapat saudara dlm hal ini.

kemudian, sy nak tanya, dlm keadaan nirvana, apa yg terjadi, apa yg dirasa? apa sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 08:40 AM | Show all posts
Reply  tickme


sy pernah ternampak di tulisan di sebuah beg plastik, ia tertulis; love and truth are the most powerful thing in universe.
sampai sekarang sy teringat tulisan tu. tp off course sbg muslim sy perlu meletakkan Tuhan yg paling power, cuma love dan truth itew, walaupun ia kuat tapi ia di bawah kuasa Tuhan la.

antara yg kita dpt lihat ialah dlm islam ada sektor sufism yg menemukan kebenaran seperti yg ditemui oleh kategori agama seperti hindu dan buddha. ia menemukan kebenaran yg hampir sama, cuma perkataan/istilah yg digunakan lain, tp maksudnya sama.


apa pendapat saudara dlm hal ini.

kemudian, sy nak tanya, dlm keadaan nirvana, apa yg terjadi, apa yg dirasa? apa sebenarnya.ussopp Post at 7-11-2010 16:21


Love is the most powerful thing in the universe - ada kebenarannya. Dalam agama buddha, ada sesuatu yang dipanggil sebagai Metta (loving-kindness) iaitu kesayangan tanpa syarat. Yang paling dekat untuk menerangkan tentang konsep metta adalah kesayangan antara seorang ibu dengan anaknya (bayangkan dalam kes ini, dia hanya mempunyai seorang anak). Seseorang ibu akan menyayangi anaknya tanpa syarat, biarpun anaknya berbuat salah , menjadi jahat, seseorang ibu akan tetap sayang anaknya.

dalam agama kami terdapat sejenis tafakur "metta meditation", ini adalah sejenis 'ubat' untuk mereka yang mempunyai banyak kebencian kepada makhluk lain. Ini juga sejenis tafakur yang disarankan oleh Buddha untuk manusia biasa , sebab kebanyakan manusia tidak mempunyai cukup kasih sayang antara mereka sendiri. Sebab kebencian, manusia saling berbunuh, bertengkar, berperang, etc.  Kalau nak didalami konsep metta ini, bayangkan seseorang itu dapat 'meluaskan' kasih sayang tanpa had ini dari seorang anak , kepada orang lain di dunia ini, sehingga tiada lagi sekatan (break down of barrier) di antara dia sendiri dengan makhuk lain, maka dia telah mencapai tahap Metta yang tinggi. Banyak juga yang boleh dibincangkan dalam topik Metta ini, tapi saya rasa ini cukup untuk memberi idea kepada saudara konsep Metta dalam agama buddha.

Dalam hal sufism ini, aku tidak beberapa arif, jadi tidak banyak komen yang boleh aku beri. Tapi, daripada sedikit yang diberitahu oleh seseorang sufi dalam forum lain, mereka ada memberitahu kepada aku tentang konsep kasih sayang juga, di mana pada tahap tertentu mereka akan 'lihat' benda tertentu.

nirvana ini bukan satu tempat , tapi suatu jenis "keadaan minda" - state of mind. orang yang telah berjaya mencapai nibbana ini, jika mereka mati, tiada lagi untuk mereka. Konsep 'suffering' atau penderitaan dalam agama buddha - dilahirkan adalah derita, menjadi tua, sakit dan mati adalah penderitaan. jadi, jika seseorang itu tidak ingin menderita, dia mesti membatalkan kejadian kelahiran yang berlaku berzaman-zaman lamanya. Jika dia berjaya, maka proses ini ditamatkan. Jadi selepas nibbana, tiada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 10:46 AM | Show all posts
Reply 30# tickme

ok, tq,

jika ada soalan sy akan tanya lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply 31# ussopp


    welcome
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 08:01 PM | Show all posts
buddha x ajar bergaduh di sini ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 02:15 AM | Show all posts
nak tanya nie..dulu penah tengok journey to the west..dewa dewi takut kat raja monyet ..semua kalah akhir nya buddha muncul dn raja monyet pon kalah.dan saya tahu cerita ini hanya lagenda dan bukannye ajaran dari buddha.persoalan nye-siapa yang paling atas/tinggi pangkat nye,adakah buddha yg pertama atau dewa yang pertama.soalan 2- adakah ada sesuatu lebih tinggi darjat dari dewa atau buddha..   (seronok dapat berbincang secara aman,lebih mesra dari berbincang dengan orang indonesia hehe) 1 malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2011 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by tickme at 8-3-2011 14:06
nak tanya nie..dulu penah tengok journey to the west..dewa dewi takut kat raja monyet ..semua kalah  ...
areenarena Post at 5-3-2011 02:15

cerita monyet journey to the west itu adalah lagenda ...

Untuk soalan kedua: dalam agama buddha, buddha adalah makhluk yang tertinggi sebab beliau adalah maha mengetahui, tetapi kewujudan buddha dalam alam semesta ini adalah sangat jarang sekali.

Pada ketika Buddha wujud, akan wujud orang-0rang yang mencapai nibbana di sisinya. Zaman atau ketika buddha (atau ajarannya) wujud dipanggil sebagai "sasana Buddha". pada Sasana Buddha, orang yang tinggi dalam pencapaian minda mereka adalah berikut (descending order)

1. arahant
2. anagami
3. sakadagami
4. sotapanna (stream enterer  - mereka yang telah masuk ke arus )

Derma makanan, tempat tinggal atau mana mana khidmat kepada orang tertera di atas akan mempunyai pahala yang sangat tinggi (digandakan beribu kali).  Pencapaian arahant ke sotapanna boleh dijumpai pada makhluk manusia, dewa atau brahma (roh).

pada zaman di mana tiada sammasambuddho wujud, orang yang tertinggi dalam pengetahuan/kuasa psikik adalah pacekka buddha saja (silent buddha). Tidak ada arahant, anagami etc.

terdapat juga jawatan iaitu Mahabrahma, Mara (ketua syaitan) , sakka (ketua dewa)  dan universal monarch (raja alam manusia)
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 11:30 PM | Show all posts
cuba u pegi depan mana2 Ta Pe Kong cakap gitu....tengok mulut u bengkok kah tidak!!!!  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 08:57 PM | Show all posts
salam

thanks tshadow
baik sekali penulisan saudara
memang hebat BUDDHA tu sebagai manusia
manusia yg pasti akan menemui ajalnya
sama seperti yg lainnya

tetapi adakah kamu KENAL ERAT dengannya???
kenalnya seperti MENGENAL BAPA KAMU sendiri????
atau KENALNYA seperti MENGENAL DIRI KAMU sendiri???
tentu kamu juga akan sehebatnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 10:33 AM | Show all posts
buddha x pernah pesan kat u .. suruh u percaya 100% kat dia la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 11:08 AM | Show all posts
Kamma itu adalah tuhan bagi pengganut agama buddha la kiranya kan? Yer la, kamma lebih kuat dari dewa dewi.. lebih baik sembah kamma jer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 05:07 PM | Show all posts
Reply 39# Alkakeru


    syaitan lagi power.. jom kita sembah syaitan beramai ramai ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.071812 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list