CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: tshadow

Ajaran Buddha yang difahami oleh saya, jangan 100% percaya.

[Copy link]
Post time 5-7-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply 38# tuakang

hanya dia pesanagar mencari sendiri DIRI SENDIRI
dimana disitu SEGALANYA ADA dan UJUD
tanpa BATASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 12:59 PM | Show all posts
apa pandangan ajaran Budha tentang penganut nya yg menjadi or mengamalkan homosexual ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 03:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by Sephiroth at 22-9-2011 15:09
apa pandangan ajaran Budha tentang penganut nya yg menjadi or mengamalkan homosexual ni?
razhar Post at 16-8-2011 12:59


Semua jenis perhubungan seks yg tidak wujud dr perkahwinan - Premarital sex, homosexuality serta post-marital sex adalah sesuatu yg tidak diiktiraf dlm agama Buddha. Dlm ertikata lain, ianya ditegah dan dianggap dosa.

Utk pengetahuan yg lebih baik, silakan menbaca website di bawah :

Source : http://www.accesstoinsight.org/lib/authors/walshe/wheel225.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 01:56 PM | Show all posts
SEJARAH PEMBINAAN PATUNG BUDDHA






Ramai yang tidak mengetahui bahawa pada zaman awal Siddhrata Gautama Buddha (563 SM-483 SM) tidak terdapat patung-patung atau sebarang berhala yang disembah. Ini kerana pada waktu itu merupakan zaman Vedik-Upanishadik (1500 SM- 300 SM) yang tidak terdapat sebarang ritual penghormatan terhadap patung. Ini kerana pada zaman ini pengaruh ajaran Veda sangat menebal dan mereka melarang mengukir patung.

Malah, jika dilihat kepada kitab utama Buddha iaitu Sutta Pitaka yang banyak menghimpun teks khutbah Buddha dan kisah hidupnya, didapati tidak terdapat satu pun anjuran Siddhrata Gautama Buddha mengenai membuat patung dan menyuruh menyembahnya.

Situasi agama Buddha zaman dahulu dan sekarang berbeza. Ini kerana pada hari ini mereka terkenal dengan seni bina patung-patung yang gah, malah di China terdapat banyak pahatan patung Buddha di bukit-bukit sebagai contoh di Leshan. Begitu juga dapat di lihat di mana-mana biara Buddha samada mazhab Theravada, Mahayana, dan Vajrayana pasti tidak terlepas dengan binaan patung-patung Buddha.

Persoalan yang timbul adalah, sekiranya pada zaman Siddhrata Gautama Buddha, patung-patung dan berhala belum diciptakan lagi, harus bagaimana agama Buddha pada hari ini dipenuhi dengan patung-patung?

Jika dilihat kepada sejarah awal, selepas daripada kematian Buddha pada tahun 480 SM didapati pengikutnya masih belum membuat sebarang bentuk memorial untuk mengingati Buddha. Akan tetapi pada tahun-tahun berikutnya, wujud peringatan kepada Buddha yang dimulai selepas persidangan pertama (Persidangan Rajagaha). Penganut Buddha pada zaman awal ini mereka mula melukis Cri Buddha untuk memperingati Buddha yang mana mereka membuat simbol bentuk payung, tapak kaki (Buddhapada), kuda Kanthaka, takhta istana kosong, dan cakra atau subang yang selalu sinonim dengan Buddha ketika hayatnya. Ia dikenali ukiran bentuk ‘aniconic’. Mereka belum mula melukis dan mengukir patung Buddha bagi mengingati Buddha kerana perbuatan itu bercanggah dengan situasi ajaran Vedik di India.

Menurut Majumdar di dalam bukunya An Advanced History of India menyatakan seni memahat patung di dalam tamadun India ini bermula selepas pada zaman Vedik dan ia berlaku selepas masukknya pengaruh Hellenisme Yunani ke India yang dibawa oleh tentera Alexander The Great pada tahun 329 SM. Hasil daripada pengaruh Hellenisme inilah memberi pengaruh secara langsung kepada dunia kesenian patung di India dan secara tidak langsung memberi kesan kepada agama Hindu dan Buddha.

Menurut Majumdar lagi, setelah abad ke 1 SM, barulah patung-patung Buddha diukir dengan bentuk manusia dan tidak lagi bersimbol Cri Buddha seperti tapak kaki, subang (cakra), dan kuda.

Ini kerana pengaruh Hellenisme (sudut budaya patung) dari Yunani (terutama Dinasti Seleucus dan Greco Bactrian yang merupakan pengikut Alexander bertapak di India) telah menerapkan seni patung bentuk ‘anthropomorphic’ ke dalam agama Buddha di sekitar kawasan pemerintahan Seleucid dan Greco Bactrian. Sebab itu jika dilihat patung-patung Buddha dari zaman awal ini ia diiukir dengan bentuk seni ukir Yunani. Terutama sekali dapat dilihat kepada peninggalan patung Buddha Gandhara dan Greco Bactrian. Seni ukiran itu sama seperti ukiran-ukiran patung di Yunani. (lihat gambar)

Setelah pengaruh Hellenistik ini berkembang dan membentuk idea pengukiran Buddha dalam bentuk ‘anthropomorphic’ maka ia dikembangkan oleh seorang raja terkenal yang menganut agama Buddha semasa empayar Kushan iaitu Raja Kanishka yang memerintah kerajaan Kushan (India Utara) sekitar tahun 127-140 M. Beliau merupakan institusi diraja yang mempergiatkan seni mengukir patung Buddha dan juga menyebarkannya.

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh raja-raja beragama Buddha sebelumnya termasuk Raja Asoka yang berpengaruh. Pada zaman pemerintahan Asoka (272- 232 SM) patung Buddha belum lagi diukir malah terdapat peninggalan Ashoka Pillar yang terdapat Cri Roda Dharma dan tidak ada wajah Buddha di sana.
Akan tetapi pada zaman pemerintahan Raja Kanishka, ukiran patung ini mula disebarkan. Oleh kerana kerajaannya berada di laluan terpenting di dunia iaitu laluan sutera maka dengan mudahnya seni pembinaan patung Buddha ini disebarkan ke China dan Asia Tenggara. Disamping itu juga seni ukiran Buddha di Mathura (Kawasan Agra India Kini) juga turut berkembang.

Pada hari ini masih lagi tersisa kesan inovasi pemerintah Kushan dalam memahat patung Buddha di gunung-gunung yang berada di Afghanistan dan juga Pakistan pada hari ini. Antara yang terkenal adalah patung Bamiyan di Afghanistan (gambar) dan juga peninggalan Buddha di Peshawar, Pakistan (lokasi Gandhara Kuno). Seni ukiran itu adalah seni ukiran yang berpengaruh dari Yunani.

Setelah ukiran patung ini berkembang maka ia bentuk ukiran dan wajah Buddha juga memiliki versi-versi yang berlainan. Di China wajah Buddha seperti orang Cina, dan di India wajahnya seperti orang India dan begitu juga wajah ukiran Buddha di negara-negara lain akan berlainan, sedangkan Siddharata Gautama Buddha adalah orang asal dari Lumbini, India (Nepal kini).

Buddha Bukan tuhan

Walaupun berlaku konsep penyembahan sebahagian penganut Buddha terdapat patung Buddha ia tetap akan kembali kepada konsep penghormatan mereka kepada Buddha. Walaupun begitu mereka tidak menganggap Buddha itu tuhan terutama bagi penganut mazhab Theravada khususnya mereka hanya mengatakan Buddha itu adalah seorang manusia yang mencapai pencerahan sahaja dan dia tidak dapat menyelamatkan atau memberi syafaat kepada manusia kecuali hanya diri manusia itu perlu berusaha.

Hakikatnya walaupun Buddha itu disembah tetapi ia hanya simbol penghormatan kepada Buddha dan mereka tidak menganggap Buddha itu tuhan. Terdapat sebuah kisah dari Bhante Dr, K Sri Dhammananda di dalam bukunya Are Buddhists Idol Worshippers? Membincangkan mengenai penyembahan kepada imej Buddha ini.

Dikatakan beberapa ratus tahun selepas Buddha meninggal, terdapat seorang bikhu (sami) yang setia di India bernama Upagupta. Beliau merupakan penyebar agama yang paling popular pada masa itu. Setiap kali beliau menyampaikan ceramah Dhamma, beribu-ribu orang datang mendengar ceramah Dhamma yang disampaikannya.

Pada suatu hari, Mara (iblis) berasa iri hati dengan kemasyhuran Upagupta. Mara mengetahui bahawa kemasyhuran dia itu disebabkan usaha penyebaran agama Buddha. Justeru itu, Mara menggunakan tipu muslihat untuk mempengaruhi orang ramai. Mara merancang untuk menghalang orang ramai daripada mendengar ceramah Dhamma oleh Upagupta. Pada suatu hari, semasa Upagupta menyampaikan ucapannya, Mara mengadakan satu pertunjukkan bersebelahan dengan tempat ceramah Upagupta. Satu pentas yang cantik muncul dengan tiba-tiba. Terdapat penari-penari wanita yang cantik serta ahli muzik yang menyeronokkan. Orang ramai yang mendengar syarahan Upagupta mula beralih tempat untuk menikmati persembahan Mara.

Demikian itu orang ramai mula beralih kepada pentas tarian itu. Selepas persembahan itu tamat, Upagupta mahu memberi pengajaran kepada Mara, lalu Upagupta menghadiahkan satu kalung bunga kepada Mara sambil memuji Mara. Mara merasa gembira dengan pujian itu. Dengan sukacitanya, Mara menerima kalung bunga itu dari Upagupta. Tiba-tiba kalung itu kalung itu bertukar menjadi seekor ular dan perlahan-lahan lingkaran itu menjadi semakin ketat dan mencerut leher Mara. Belitan itu tidak dapat dibuka walaupun diusaha macam mana sekalipun.

Mara pergi berjumpa dengan Sakka, iaitu raja bagi segala dewa. Beliau meminta Sakka membuka lingkaran itu, Saka juga tidak dapat membukanya. Setelah itu Mara pergi berjumpa dengan Maha Brahma dan meminta pertolongannya. Maha Brahma juga tidak mampu untuk menolongnya. Kata Maha Brahma “orang yang dapat membuka lingkaran ini ialah yang meletakkanya di atas kamu”

Lalu Mara pun berjumpa dengan Upagupta dan merayu untuk dibuka lingkaran itu. Lalu Upagupta bersetuju dengan beberapa syarat. Pertama mestilah berjanji tidak akan menganggu penganutnya pada masa hadapan. Kedua, ialah Upagupta meminta Mara untuk menjelma ke dalam bentuk Buddha yang sebenar kerana dia percaya bahawa Mara pernah melihat Buddha sedangkan Upagupta tidak pernah melihatnya.

Mara berasa sungguh gembira dan dia setuju dengan syarat Upagupta dan meminta satu perkara iaitu setelah dirinya menjelma ke dalam bentuk Buddha agar Upagupta tidak menyembahnya.
“Saya tidak akan menyembah kamu” janji Upagupta.

Tiba-tiba Mara berubah rupanya seakan-akan rupa Buddha. Apabila Upagupta melihat imej itu, perasaanya dipenuhi dengan inspirasi dan kebahagiaan. Lalu dia pun menyembah imej Buddha itu.

“Kamu telah memungkiri janji kamu”, jerit Mara. “Kamu berjanji tidak akan menyembah saya. Sekarang kenapa kamu menyembah saya?”

“Saya tidak menyembah kamu. Kamu mesti faham yang saya sedang menyembah kepada Buddha” Kata Upagupta.

Bhante Dr, K Sri Dhammananda menegaskan bahawa penyembahan itu dilakukan bagi menghormati imej itu sahaja.


Kesimpulan


Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, tradisi patung dan penyembahan kepada Buddha ini tidak pernah dianjurkan oleh Siddharata Gautama Buddha. Situasi yang berlaku kepada agama Buddha ini mengingatkan kita kepada kisah kaum Nuh yang menyembah patung-patung orang soleh pada zaman awal mereka walhal orang-orang soleh itu tidak pernah menyuruh menyembahnya. Malah pengukiran patung-patung mereka itu berlaku selepas daripada kematian mereka.


Firman Allah yang bermaksud, apabila kaum Nuh berkata kepada Nuh :

“Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.” (Nuh: 23)

Begitu juga dengan sebahagian lain penyembahan dewa-dewi di dalam agama Cina juga menyembah roh-roh orang baik-baik, dan juga berlaku kepada golongan Quburiyyun yang melampau dalam menyayangi orang soleh sehingga menyembah kubur mereka dan meminta dengan orang yang telah meninggal. Ia bermula dengan perasaan cinta yang melampau sehingga ke arah memuja mereka lalu generasi seterusnya mengikut jejak mereka lalu menganggap patung-patung itu adalah tuhan dan dewa-dewi yang boleh menyelamatkan mereka.


Sumber : -


# An Advanced History of India, Macmilan, London.  (Majumdar R.C, (1967)
# The Sculpture of India 3000BC-1300AD, National Gallery of Art,Washington, D.C (Pramod Chandra, (1985).
# The Giant Buddhas Of Bamiyan : Sefeguarding The Remains, ICOMOS, Berlin (Catharina Blansdorf (2009).
# Adakah Penganut Agama Buddha Penyembah Berhala ? Sasana Abhiwurdhi Warhana Society, Kuala Lumpur (Bhante Dr. K Sri Dhammananda, (2006).
# Sejarah Buddhisme Di India, Kadam Choeling, Indonesia (Taranatha, (2013).
# Jurnal : The Origin of The Buddha Image (Ananda K. Coomaraswamy)




Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 02:46 PM | Show all posts
by Hangserabut

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pada zaman awal Siddhrata Gautama Buddha (563 SM-483 SM) tidak terdapat patung-patung atau sebarang berhala yang disembah. Ini kerana pada waktu itu merupakan zaman Vedik-Upanishadik (1500 SM- 300 SM) yang tidak terdapat sebarang ritual penghormatan terhadap patung. Ini kerana pada zaman ini pengaruh ajaran Veda sangat menebal dan mereka melarang mengukir patung.


Yakah? Cuba kau tunjjukan di mana dalam Kitab Veda mereka (penganut agama Hindu) melarang sesiapa menbuat ukiran patung/batu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.083508 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list