CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3446|Reply: 18

Kawan Jenis Apa ni?

[Copy link]
Post time 29-3-2010 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Salam pada semua forumer.
   Saya mula berkrisis besar pada 25.3.2010 yang lepas.Saya berkawan agak rapat di pej ngan si Yani.Umurnya muda setahun dari saya n asal Baling Kedah.Parentsnya cikgu dan ustazah.Di Pej sudah ramai yang dah bercakap pasal si Yani.Contohnya pasal dia suka melawan bos,tak mu memilih buat kerja buat tak kisah klu berhutang ngan kawan2 dan sebagainya.tapi saya masih berkawan ngan dia sbb pada saya walaupun ada yang saya tak berapa berkenan tapi saya masih memandang pada kebaikan yang ada dalam dirinya.Tapi saya tak tau sama ada kebaikan yg dia buat pada saya seperti memberi buah tangan pd saya klu dia balik kpg itu hanya untuk mengambil hati saya supaya terus berkawan ngan dia.
   Ceritanya begini.Pada bln 10, thn lepas saya telah memberinya pinjaman kad kredit sebanyak RM1K utk dia membeli laptop secara ansuran selama setahun.Setiap bulan mengikut perjanjian dia akan membayar saya RM100.Asalnya hanya RM83.33 tapi untuk mudahkan cerita saya minta RM100/bulan.Oleh kerana dalam belanjawan negara 2010 PM telah mengenakan fee RM50 ke atas setiap kad kredit utama, saya yg mempunyai 4 kad kredit telah mengambil keputusan untuk menutup 2 daripadanya.Hasrat saya itu telah saya ajukan pada Yani dan dia memberi tahu pada saya yg dia tidak mempunyai duit buat masa itu untuk melangsaikan hutangnya yg berjumlah RM900.Maka dia yang mengatakan pd saya yg dia akan menbayar fee tersebut.Ini kerana hutangnyalah yang menyebabkan saya tidak dapat menutup akaun kad kredit tersebut.Saya memang tidak ada hutang.
   Kad kredit saya telah dikenakan fee pada bln Jan 2010.Fee tersebut saya yang bayar kerana Yani hanya bagi saya RM100 saja.Masuk bulan Feb saya ada menanyakan tentang fee dan dia menyatakan pada saya yang dia tidak dapat membayar kerana tidak cukup duit kerana adiknya akan melangsungkan perkahwinan.Selapas bercakap demikian,dia mengajak saya ke Maybank untuk menyimpan duit ke dalam ASB sebanyak RM100.Maka saya memintanya membayar pd bln Mac.
   Maka pada 24.3.2010 masa saya n dia sedang bersarapan saya ada mengingatkan dia yang esok hari adalah pay day dan memintanya menjelaskan RM150 esok sebelum waktu rehat tengahari.Tapi Yani telah mempersoalkan kenapa dia kena membayar RM50 sedangkan saya pun menggunakan kad kredit tersebut.Memang saya ada menggunaka kad tersebut tetapi kad tersebut ada kerana hutangnya.Saya nak minta pendapat kalau forumer sekalian berada dlm keadaan saya apa pandangan forumer sekalian tentang fee tersebut.
   Dan pada 25.3.2010 pada jam 11.30 am saya mengingatkan Yani supaya memberi saya RM150 sebelum dia pulang ke rumah pada jam 12 tgh.Malangnya dia telah meninggikan suara pada saya sehingga kawan sepejabat yg tidak tau dia berhutang dgn saya telah mendengarnya.Saya katakan pdnya yg saya pd bln ni berada dlm keadaan terdesak kerana berlaku kematian dan terpaksa pulang ke kampung dan seminggu sebelum pulang ke kampung kereta saya telah di overhoal.Saya memerlukan duit tersebut untuk membeli pakaian pengakap anak saya dan pd hari itu adalah hari terakhir baju itu dijual di bookshop sek(tutup jam 1.30 pm) dan saya pula tidak mempunyai kad bank utk mengeluarkan duit gaji kerana sebelum saya pergi ke pej suami ada meminta duit pada saya.oleh kerana hari itu saya akan mendapat duit dari yani saya telah memberi kad bank saya pd suami untuk dia mengeluarkan duit dan untuk makan tgh saya akan dapat dari yani kerana saya telah memintanya sehari awal sebelum gaji.
   Masa dia menengking saya dia kata macam mana saya nak pergi ke bank,dah tengahari.Sedangkan jarak bank dari pej cuma 2km dan dia ada kereta untuk ke bank.Atau pun dia boleh berusaha cara lain untuk menyelesaikan masalah saya itu.Saya rasa sungguh kecewa kerana dia langsung tak mau ambil peduli kesusahan saya.Ibaratnya saya yang meminjam dari dia pula dia lakukan saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 10:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by hr_ikhlas at 29-3-2010 22:46

pd saya... rm50 tu jgn gaduh2... baik diam kn dulu... nnti kalu gaduh2... hutang yg rm 1k tu kang lgsg dia x bayar....
aaaa... lagi naya...

kena bayar bln2 rm83.33... yg awk amik rm 100 tu kira mcm mana... balance dia dlm rm 16 lbh mcm mana lak kira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 10:44 PM | Show all posts
2# hr_ikhlas   

Untuk pengetahuan dia telah membayar hutang saya pada hari itu dengan duit sorang kakak yang dengar dia tengking saya.Baki hutang dia pada saya sekarang ni hanya tinggal RM500 jer.Yang saya muskilkan dia dah 2 minggu dapat duit loan rumah dalam 15K tapi tak reti2 pula nak langsaikan hutang saya.Microwave Oven dah beli dan katanya sekarang ni tengah buat renovation rumah.Saya pun tak der la nak suruh dia langsaikan hutang dia tu tapi masa dia tengking saya tu dia ada kata nak gi bank dan nak langsaikan semua hutang saya.bila dah sorang kakak tu dulukan duit dia,si yani ni terus tak der kata nak langsaikan hutang saya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:48 PM | Show all posts
heheh... sabor je la... jgn sbb rm 50 tu porak peranda satu opis...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 11:01 PM | Show all posts
lain kali jgn baek sngat.. hal2 duit nih.. siryes.. tak payah kene kat diri sendiri pun, baca or dengar citer2 org lain pun dh buley amek sikap berjaga2..

ni takper lagi kes kena kat kawan, kalo kena kat sedara mara, or adik beradik, lagi segan nk mintak bayar hutang.. last2 siapa yg rugi? kite dan keluarga kita jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2010 11:09 PM | Show all posts
5# syasyafina
  Saya ni menolong dia sebab dia nak sambung belajar di OUM.Nak guna laptop.Tak sangka nak jadi macam ni.Tapi saya pun dah ambil keputusan tak nak baik dgn dia macam sebelum ni.Sebelum ni saya akan makan sama2 tapi bayar asing2 atau saya yang bayar.Jangan harap dia nak bayar.Mulai hari dia tengking saya saya tak akan biarkan pisang berbuah dua kali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2010 11:32 PM | Show all posts
halalkan saja RM1k tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 11:44 PM | Show all posts
kira balance rm 500 lagi la kan... nasib baik dh settle 1/2 hutang..kira oklah tu..dr x dpt langsung... org cam gini kalo kita berkeras, lagi dia kasar ngan kita.. baki tu kalo dia byr oklah, kalo x halalkan je lah.. cuma jadikan apa yg berlaku sbg iktibar..jgn mudh percaya kwn..niat mmg baik nk tlg kwn, tp pasal duit, saudara pun leh gaduh,inikan pula kwn rapat..ms kita tersepit,x de lak nak tlg,wat2 x fhm mslh kita lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2010 12:02 AM | Show all posts
peliklah kawan TT tu,dia yang pinjam TT lak kena tengking.
nak tak nak kena sabar aje lah.lagipun yang RM50 tu dia sendiri bersetuju untuk bayar dulu tu,tapi sendiri lak nak persoalkan kenapa perlu bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 12:03 AM | Show all posts
pada ku ko silap kerana menggunakan kemudahan dengan kad tu dan cuba mengenakan RM50 tu pada dia ... tak patotttt ... kalau k dah guna kad tu tak yah le kenakan caj tu pada dier ... kan dah rugi banyak sebab dek nak yang sikit tu ... ko mintak je bebaik baki tak termasuk rm50 tu ... kalau dia enggan ko ampunkan je sebab kalau ko tak amponkan bila nak masuk sorga nanti(kalo tersenarai ler) ko juga yang tersangkut sebab ada hambaallah yang mencari ko untuk mintak halalkan utang dia berjumlah 1/2 ribu jer ... tak ke rugi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 12:33 AM | Show all posts
10# joe_sniper
Bukan saya yang kenakan caj RM50 tu pada dia.Tapi bila saya nak dia settlekan hutang utk tutup akaun kad kredit dia tak der duit.Dia yang nak bayar caj tu secara suka rela.Kad tu ada  sampai sekarang sebab hutang dia.Saya guna pun untuk kecemasan macam tu hari balik kampung isi minyak kereta guna tak sampai RM150.Guna kad kredit tu pun sebab kad kredit yang lagi satu tu dalam purse yang satu lagi tertinggal pulak dalam bonet kereta yang penuh ngan beg.So dah kad tu yang ada leret jer la.
  Saya bukan minta dengar cara kasar.Saya punya suara pun tak dengar orang kiri kanan masa minta duit tu.Tujuannya utk jaga air muka dia.Setengah tu dah bayar sbb saya yang minta setiap bulan.Pernah masa dia nak gi Umrah bulan 12 lepas,saya bagi akaun bank pd dia, minta dia masukkan duit tu.Sbbnya dia dah balik kampung awal2 sebelum bayar hutang.Tapi entah la..emak ustazah, dulu sek.agama dah gi umrah lagi tapi bab berhutang n bab makan ni dia tak jaga.Sampaikan kalau saya sarapan ngan dia ,dia main ambil jer gula,susu pekat manis dll untuk buat air dia.Teh uncang tu dia akan simpan untuk guna buat air esok.Punya la jimat.tapi halal ke klu makan benda yang minta hari ni orang bagi kemudian gunakan keizinan tu untuk selama2nya?
   Pada yang bagi pandangan tu saya ucapkan terima kasih.Saya luahkan di sini untuk lepaskan tekanan yang saya hadapi dek kerana sikapnya yang suka mengambil kesempatan atas segala perkara.Klu print nota OUM selamber jer guna printer pejabat.sehelai dua tak per la ni sampaikan kertas satu bakul besar dah tinggal 2 peratus jer.Sedangkan kertas tu dah 2 tahun tak terusik.Bila dia masuk unit saya sejak bulan 2 dah tinggal sikit kertas tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 02:23 AM | Show all posts
betapa kedekutnya sifat dia tu.
lagi 1 pasal guna kemudahan pejabat tu,dia guna untuk hal peribadi atau hal keja ofis?
kalau untuk hal peribadi memang tak boleh.awak patut report kalau awak pasti tu dia yang buat.
TT,saya penah berada dalam situasi awak.waktu tu saya baru 16 tahun,mak saya belikan saya henfon baru sebab saya cemerlang dalam pmr waktu tu.
saya rapat dengan seorang kawan saya ni saya namakan M aje.saya sangat rapat ngan dia macam BFF pun ade.saya susah dia tolong.dia susah saya pun tolong.nak dijadikan cerita dia ikut rombongan sekolah untuk camping seingat saya dan dia nak pinjam henfon saya.
waktu tu saya tak pikir ape.saya percayakan dia,hari2 jumpa dan sama2 menolong so saya bagi dia pinjam untuk beberapa hari.masa tu saya tak tanye ape lah kan kenapa dia nak pinjam.selepas dia balik dari rombongan tu saya tanye mane henfon saya?dia cakap awak jangan marah ek.dia cakap gitu saya dah tak sedap hati.dia sambung lagi henfon awak hilang waktu kat tandas masa bla bla bla...saya dah tak ingat dah sebab lepas aje dia cakap perkataan hilang tu saya dah rasa tak betul.yelah baru 3 bulan ade henfon baru,hadiah dari mak pulak tu.
jadi saya cakap kat dia awak kena ganti balik henfon saya,saya baru 3 bulan pakai saya nak awak ganti rm250.saya nak cash tak mau henfon baru atau henfon lama awak.saya rasa harga asal henfon tu dalam rm300.dia cakap ok bulan depan dia ganti.
tiba waktunya saya tanye mane duit saya.dia cakap bulan depan.jadi waktu tu bermulalah episod bulan depan,minggu depan berlarutan dekat 6 bulan.saya dah hilang sabar saya cakap baik awak bayar kalau tak mak saya kena masuk campur (sebenarnya mak saya tak tahu pun pasal ni). pastu dia cakap ok minggu depan.saya cakap baik awak bayar minggu depan sebab saya dah hilang sabar.
tibalah minggu depan tu,saya tunggu takde gak.datang seorang kawan saya ni bernama Q.Q tanye saya ade tak M ganti duit awak tu?saya tanye takde.1 sen pun saya tak terima sampai skarang.muka Q dah pucat.saya tanye kenapa.dia cakap M ade pinjam duit Q dengan alasan nak bayar rm250 saya tu.saya tanye berapa dia pinjam.Q kata rm150.saya bagitau Q sumpah saya tak terima 1 sen pun.saya dan Q betul2 marah tindakan dia terus cari dia 1 sekolah.bila dah jumpa saya tanye betul ke awak pinjam duit Q untuk bayar duit saya?kalau betul nape 1 sen pun saya tak terima?dia terdiam tak tahu nak jawab ape.
disebabkan saya betul2 marah rasa dipermainkan,saya mintak no henfon mak dia.dia tanye nape saya cakap jangan banyak tanye bagi aje.lepas habis waktu sekolah saya call mak dia cakap saya nak rm250 saya semua saya ceritakan.jangan tanye saya dari mana datang kekuatan nak call mak dia.saya yang dah 21 ni pun masih fikir itu tindakan gila.dah abis bincang semua tu saya cakap ok by monday saya nak duit saya.
isnin tu M datang jumpa saya bayar duit saya.sejak hari tu kami dah tak rapat lagi.pendek kata dah tak bertegur lagi.saya pun dah tawar hati ngan perangai dia.
moral of the story,jangan percaya sape2 pun dalam dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 02:27 AM | Show all posts
awak pun kena stay firm.mesti TEGAS dalam setiap kata2 awak.jangan bagi peluang walau sedikit pun.kalau dia cakap dia bayar minggu depan,minggu depan gak awak mesti jumpa dia.buat macam tu sampai la dia abis bayar.jangan senyum walaupun dia baru bayar sikit.senyum kalau dia dah abis bayar aje.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2010 09:56 PM | Show all posts
12# tabasco
  Dia gunakan printer tu untuk kerja OUM dia la.Dia mana ada internet dan printer di rumah.So dia gunakan kemudahan di pejabat la.Nak faxkan dokumen untuk gi umarah tu hari pun gunakan fax di pejabat untuk fax ke tabung haji KL.
   Sebenarnya saya ada adukan hal ni pada ketua saya.Saya adukan pun kerana ada staf yang dah bising pada saya.Macam saya pulak yang guna printer tu.Dia orang ingat saya bersekongkol dgn dia tu.
  Hari ni pulak di pej saya ada meeting unit.Ketua saya tu ada lah menyentuh pasal penggunaan fasiliti dlm ofis termasuk penggunaan printer.Bos kata ink tu nak dapat susah dr unit IT.Maklum la sekarang ni semuanya cut down budget dr gov.Printer tu hanya untuk kerja oficially dan klu nak guna utk peribadi pun jangan terlalu banyak.tapi tak tau la dia tu faham ker tidak.Dia ngan saya sejak hari ni tak mau tegur saya.Saya ada tegur ngan dia,tegur pun untuk urusan kerja la.Dia tak nak menjawab pun.Tapi klu dia ada akal,dia klu tak nak tegur saya sekali pun langsaikan hutang tu dulu la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:30 PM | Show all posts
ko mintak jer ari2 kat dia....bia dia rasa rimas n byr cpt supaya ko tak push dia da.
pernah cuba n sgt berkesan.. tp kita kene tebalkan muka kita skit la..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 07:22 PM | Show all posts
yup..lain kali jgn ah mudah pcaya kt org tau..amik ni sbg pgajaran utk u...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2010 11:54 AM | Show all posts
duit lah elemen yg tak diperlukan dalam persahabatan.
duit merosakkan. betul.
kalau ikhlas, tak jadi macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 06:51 PM | Show all posts
yup..lain kali jgn ah mudah pcaya kt org tau..amik ni sbg pgajaran utk u...
kementot Post at 31-3-2010 19:22
aku setuju ngan si mentot nih...bab2 duit ni kadang2 adik beradik yg seperut pun leh putus sedara...tapi TT ni niat memang ler baik sesangat...yg sipeminjam tu dh la meminjam tapi cam liat sangat nak bayar balik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 11:58 PM | Show all posts
memang pon  , sebab duit la boleh putus kawan gak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.063044 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list