CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15952|Reply: 89

PATRICK

[Copy link]
Post time 6-4-2010 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Bapa petang itu bermalas malasan di kerusi. Tidak ditegurnya aku saat aku menutup lagu keroncong yang berkumandang perit ditelinga. Selalunya Bapa akan bergumam;    ’’jangan dikacau hobi bapa.’’    atau    ’’lagu itu sangat sejuk dipendengaran, jangan ditutupinya,’’  atau   ’’pergilah buatkan kopi untuk Bapa dan on kan semula radio tu.’’    Namun aku tak pernah mematuhi sebarang omelannya.


Petang ini terasa aneh.  Bapa diam.  Aku mengendap ke muka Bapa. Matanya berkedip kedip. Tidak dibalasnya tatapan aku. Lama aku begitu dan lama dia begitu tanpa menyedari aku. Seperti dilamun mimpi lagaknya.


Akhirnya Bapa tersedar jua dari lamunan,   ”Bi? Sudah lama balik,’’    bapa kelihatan terperanjat, melihat aku tercegat di sisinya.

”Bapa, kenapa?”

”Kenapa apa?”

”Hampir dua jam Bapa begini.”

”Dua jam? Begini apa?”   Bapa terbangun dan matanya melihat ke arah rak yang terletak radio tuanya.

”Dua minit... heheee.... Bapa melamun apa? Tak sedar Bi balik, tak sedar Bi tutup rancangan kesukaan Bapa... ada apa yang tak kena dengan bapa?.”


Bapa tidak berkata apa apa. Diam. Memandang aku tanpa senyum. Tanpa kata.

”Bapa dilamun cinta?”  Aku tergelak.

Bapa mengekeh ngekeh. Terhingut hingut bahunya. Ces, miang la pulak. Aku tidak menyukainya kalau usikanku itu menjadi kenyataan.

Aku baling saja tas tangan ke atas tilam, menukar baju dan meluru ke dapur.  Petang ini aku bercadang memasak mee goreng basah yang cuma diletak udang dan kailan. Kesukaan Bapa. Kesukaan aku.

”Bi nak masak apa?”   tanya Bapa dari arah belakangku yang sedang mengendap ngendap peti ais.

”Mee basah,”   aku senyum memandang Bapa. Terasa bangga dan seronok memasak makanan kesukaannya.

”Bi tak payah masaklah.”

”Kenapa?”

”Bapa dah suruh Ajun belikan roti canai.”


Aku tidak berkata apa apa, memandang Bapa yang mula menarik kerusi dan duduk di situ. Pada sorot wajahnya tidak dapat ku baca sesuatu apa pun, kecuali rasa kehairanan. Kenapa dengan bapa? Aku ingin memasak mee kegemarannya malah Bapa cuma bersahaja. Tidak melonjak kesukaan seperti biasa. Ada apa dengan Bapa?


Tidak salah memesan kepada Ajun roti canai. Bapa dan aku sendiri sudah selalu melakukannya. Ajun, anak jiran kami berbangsa Punjab itu sangat baik hati. Ringan tulang. Selalu membantu kami. Habis ijazah Ajun berkerja sementara di restoran Babanya. Selalu bawa balik beriani, capati atau roti canai yang bersisa dari kedai Babanya untuk kami. Bukan aku tak suka bapa memesan roti canai. Cuma pelik bila Bapa melarang aku memasak masakan kegemarannya. Padahal Bapa boleh saja membatalkan pesanan kepada Ajun menerusi telefon. Kenapa aku seperti merasakan ada sesuatu yang disembunyikan Bapa meski bukanlah satu kesalahan jika pun Bapa melarang aku memasak. Aku anak Bapa yang telah berdua dengan Bapa di rumah ini selama hampir lima belas tahun. Lima belas tahun bersama Bapa dengan akrab sekali tentunya banyak perkara sulit yang tidak difikirkan orang, dapat difikirkan aku, darah dagingnya.


”Sini!” Arah Bapa padaku sambil tangannya menarik kerusi di sisinya menyuruh aku duduk di situ.

Aku patuh. Duduk di kerusi sebelah Bapa. Memandang matanya. Menunggu apa saja bicaranya. Perut aku berbunyi. Lapar menggigit. Aku mencapai tabung keropok di meja. Mengunyah keropok yang sudah masuk angin itu. Tawar dan liut terasa di mulut tapi aku menelannya juga dan tentunya sambil menunggu apa yang akan diperkatakan Bapa.

”Bapa nak nikahkan kau.”

Bicara Bapa tanpa mukaddimah itu membuat aku terbelahak. Keropok yang sebahagiannya telah ku telan tersekat di kerongkong. Seperti nyawaku disekat di hujung nafasku yang terakhir, aku terbelalak mencari ruang udara yang harus ku sedut. Bapa menepuk kuat belakangku. Tersembur sisa kunyahan keropok dari mulut dan hidung, bertabur di atas meja. Sakit belakangku, sakit hidungku, sakit tengkokku, sakit dadaku, sakit hatiku!

Aku ke sinki berkumur, batuk, meluahkan apa yang tersekat dan meneguk air beberapa teguk. Lega. Tapi hidung dan dadaku sakit. Lebih perih kesakitan di dada yang paling menggigit adalah hatiku.  Aku salah dengarkah?

Aku memandang Bapa. Dengan separuh nafas yang tersekat, separuh menjerit aku menggomel,   ”Apakah Bapa ingat ini tahun 60an? Suka hati Bapa aturkan jodoh Bi?”  Dadaku berombak, menahan getar.


Bapa diam seketika. Dia menghela nafas,    ”Kawan Bapa bertanyakan Bi, dia cukup suka nak bermenantukan Bi. Tak ada yang tak elok dengan anak dia tu, Bi. Percayalah ....”  

Aku memprotes dalam hati. Tak terkeluar suaraku lagi. Dengan menghenyak kaki aku  meluru laju masuk ke bilik dan menghentam pintu sekuatnya. Apakah Bapa ingat aku ini sudah terlalu gatal mahu berlaki? Atau Bapa menyangka aku ini sudah terlalu tua sehingga harus mempunyai suami? Atau Bapa tidak perlukan aku lagi di sisinya?

Aku menangis, memeluk Patrick yang sangat memahami. Senyumnya yang jujur, sorot mata yang tidak pernah menipu. Aku mengusap perut buncitnya, sesekali menumbuknya perlahan melepas geram aku kepada Bapa.

Aku membuka laptop. Membuka tetingkap Yahoo Massenger. Mencari temanku yang baik hati. Hah, dia di talian dengan statusnya;    ’’Ajak aku melihat kunang kunang’’.     Aku tersenyum kelat.  Di hutan batu ini mana mungkin kunang kunang dapat dicari. Bikin gila. Untuk menarik perhatiannya aku meletak status YM aku;     ”Di mana dapat ku cari kunang kunang’’.

Terus dia muncul di tetingkap YM aku. Hah, umpanku mengena...

Zorro :  Salam Bee.  Ke kampung aku yup, menangkap kunang kunang.

Bee : Salam Zorro. Bukan ke sepatutnya aku yang mengajak kau menangkap kunang kunang?

Zorro :  Kerana aku tahu kau tidak punya kampung. Mana mungkin kau akan mengajak aku.

Bee : Aku dengki.

Zorro : Kenapa?

Bee : Kampungmu ada kunang kunang.

Zorro : Mau ikut aku ke kampung?

Bee : Nanti Bapa sembelih aku.

Zorro : Hahahahaaa

Bee : Aku sedih niii...

Zorro : Kenapa?

Bee : Bapa mahu aku bernikah.

Zorro: Dengan siapa?

Bee : Anak kawan dia.

Zorro: Kamu sudah menerimanya?

Bee : Tidak. Aku memprotes.

Zorro : Kenapa?

Bee : Bukan pilihan aku pun.

Zorro : Kau sudah ada pilihan?

Bee : Tidak.

Zorro: Kau perlu ada pilihan.

Bee : Tapi aku tidak ada.

Zorro : kalau aku meminang kau? Kau turut memprotesnya?

Bee : Aku sedang gelak sama Patrick.

Zorro : Kirim salam aku pada Patrick. Tapi kenapa kamu gelak?

Bee :  Kau selalu lucu.

Zorro : Aku serius.

Bee : Aahhh...

Zorro : Sungguh.

Bee : Bila kau nak meminang aku?

Zorro: Sekarang.

Bee : Ces. Kau ingat kau iblis boleh terbang secepat mataku berkelip?

Zorro : Perasaan aku boleh terbang lebih cepat dari matamu berkelip.

Bee : Poyo.

Zorro : Sungguh.

Bee : Kau sanggup menerima Patrick juga?

Zorro : Demimu aku sanggup semuanya. Bahkan kalau kau menyuruh aku menemanimu sepanjang malam ini, aku sanggup.

Bee : Lelaki bermulut manis.

Zorro : Sungguh. Aku tak reti menganyam ayat. Aku pun tak tau berpuisi. Aku akan ambil cuti. Ajak Ayahanda bertemu Bapa.

Bee : Poyo..

Zorro : Sungguh.

Aku terdiam. Mamat ini sedang demam panaskah? Atau dipaksa bernikah seperti aku oleh Ayahandanya? Ah, lelaki bermulut manis!

Buzz..!

Aku diam.

Buzz..!

Bee : Kenapa?

Zorro : Kirimkan alamatmu. Jangan lupa namamu juga.

Bee : Heh.. aku lupa kita saling tidak mengenali nama masing masing. Namamu dulu.

Zorro : Kas...

Bee : Kas..? Itu saja namamu? Ayahandamu namanya apa?

Zorro : Kasturi bin Tuah.

Aku menarik Patrick, gelak guling guling atas tilam. Betapa lucu nama pemuda ini.

Buzz!

Sungguh aku merasa lucu dengan nama itu.

Buzz!

Oh, giliran namaku pula.

Zorro : Kenapa kau diam? Namamu apa?

Bee : Maafkan aku. Aku sedang gelak dengan Patrick.

Zorro : Aku sudah biasa. Namamu?

Aku mengeluh, memandang Patrick. Aku lupa giliran namaku pula.

Bee : Bintang binti Bulan.

Kenapa aku rasakan dia turut tertawa mendengarkan namaku? Ah, seperti katanya kerana aku sudah terbiasa begitu. Terbiasa ditertawakan kerana nama yang tidak termasuk di dalam kelompok nama nama kebiasaan manusia.. hmmm..

Zorro : Cantik. Aku akan sering memandang langit setiap kali aku kerinduan di malam hari.

Bee : Huh, lelaki bermulut manis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2010 10:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 6-4-2010 23:13

Yes ....bintang  aka mr dingin dah ada cite baru......
kunang2 = kelip2  (betul ke)
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:38 PM | Show all posts
bintang, aku x mo bca lg cte ko nih. tp tajuk dia tuh wat aku spoil sbb kt opis aku dlu ada sorang mamat nama patrick, typical indian. then skrg ni aku nk nyahtoksinkan dia dr memori aku sbb aku xmo bygkan dia jd hero cte nih
lps figura dia dh ilang, br aku leh start baca cte ko nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 11:38 PM | Show all posts
Bintang ada cite baru.... best la pulak... patrick tu ke kawan spongebob... kalo hat tu akak pun minat sesangat...ekekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 05:23 AM | Show all posts
oooo.. patrick spongebob.. ingat patrick dempsey.. baru jer nak jdohkan ngan si bunick nih hah..
tak pe la bunick.. hang amek si kasturi bin tuah tuh.. bayangkan panglima berlima citer p ramlee tuh.. hensem melayu tulen bang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 08:51 AM | Show all posts
oooo.. patrick spongebob.. ingat patrick dempsey.. baru jer nak jdohkan ngan si bunick nih hah..
tak pe la bunick.. hang amek si kasturi bin tuah tuh.. bayangkan panglima berlima citer p ramlee ...
Kia_picanto Post at 7-4-2010 05:23


kia, aku x prnh tgk cte tuah versi p ramlee. aku prnh tgk tuah versi jamal abdillah jek
agak2 tuah tu ada x ala2 syed hussin tuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 01:55 PM | Show all posts
6# bunick

syed hussin mana plak ni?

sambung lagi bintang
bintang bt bulan tu diri awak kew?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 01:57 PM | Show all posts
bintang Post at 6-4-2010 21:16 [/quote]

bintang, otak mmg sarat je dgn idea2 tuk digarapkan...

ingat tadi patrick kwn spongebob square pants....

Fatin punya kawan tido....

kalu bulan ada punggok yg merinduinya...
kalu bintang ada pelayar malam yg merinduinya....

bintang sentiasa berkelip dimalam hari....
kasturi la jadi perindu setia....
ibarat pelayar merindui bintangnya....
mencari titik/cahaya bintang didada langit malam menjadi nakhoda
hala tuju bahtera impian ke pelabuhan cintanya....
cam ne aku jadi begini nih?????

bintang, next..next..next..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 02:09 PM | Show all posts
6# bunick

syed hussin mana plak ni?

sambung lagi bintang
bintang bt bulan tu diri awak kew?
sang_arjuna Post at 7-4-2010 13:55


ala smiley nih, sein ruffedge tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:12 PM | Show all posts
ala smiley nih, sein ruffedge tuh
bunick Post at 7-4-2010 14:09

Oh wife dia nana sehati berdansa juare tu ek...mamat tu memang handsome..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:13 PM | Show all posts
8# Jaza2008

Weh jaza ko ni ada bakat terpendam le pandai betul dok tulis ayat jiwang karat ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:18 PM | Show all posts
ala smiley nih, sein ruffedge tuh
bunick Post at 7-4-2010 14:09


ooo somi nana tu, menantu ex MB S'gor Tan Sri Mohammad b. Mohamad Taib..
skrng ni berlakon dgn Lisa Surihani dlm Adamaya.... Adam & Maya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:20 PM | Show all posts
8# Jaza2008

Weh jaza ko ni ada bakat terpendam le pandai betul dok tulis ayat jiwang karat ni
qimi08 Post at 7-4-2010 14:13



hahaha... gi berguru dgn org jiwang tahun lepas...
saje nak jadi jiwang skjap... sbb bintang punya bahasa leh wat
kita berfikir dlm mencari makna.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:29 PM | Show all posts
Oh wife dia nana sehati berdansa juare tu ek...mamat tu memang handsome..
qimi08 Post at 7-4-2010 14:12


yup, bunick suke tgk mamat tuh. nt sape2 nk wat novel, tlg create watak ala2 sein ruffedge ni ye
in fact bunick ada sorg kawan muka seiras ngan sein nih, tp perangai x semenggah. x leh nk berangan ngan dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 02:56 PM | Show all posts
yup, bunick suke tgk mamat tuh. nt sape2 nk wat novel, tlg create watak ala2 sein ruffedge ni ye
in fact bunick ada sorg kawan muka seiras ngan sein nih, tp perangai x semenggah. x leh nk ber ...
bunick Post at 7-4-2010 14:29


amboi anak dara sorang ni...
sein tu dah jadi suami org dik....
tak ke buang karan je berangan ttg suami org???
tak de yg single mingle nak diangaukan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 03:04 PM | Show all posts
amboi anak dara sorang ni...
sein tu dah jadi suami org dik....
tak ke buang karan je berangan ttg suami org???
tak de yg single mingle nak diangaukan?
Jaza2008 Post at 7-4-2010 14:56


berangan jek....bukan ape2 pn. ala2 fanfic gitu
xde la lebih2 jaza, sbb nya klu jpe ngan kwn aku tuh, msti aku igt kt sein
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 07:27 PM | Show all posts
bunick.. aku lupa nama dia.. tapi mmg hensem bangat ala2 sultan hensem la..
ni hah


kat minit 0:44, kasturi tu pakai baju melayu teluk belanga hijau pucuk pisang..
ok la tuh ko berangan yg nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 09:28 PM | Show all posts
17# Kia_picanto

kia, sultan ensem ni tradisonal sgt ler...aku kn suka noti boy cam adham tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 01:51 AM | Show all posts
18# bunick
ic.. mau yg modern itu kah??
aku nak bagi patrick dempsey hang tak mau..
oit.. adham tu aku punye :@
jgn mau gatal macam YEM hoccay
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 07:27 AM | Show all posts
18# bunick
ic.. mau yg modern itu kah??
aku nak bagi patrick dempsey hang tak mau..
oit.. adham tu aku punye :@
jgn mau gatal macam YEM hoccay
Kia_picanto Post at 8-4-2010 01:51


kia, aku nk yg kontemporari. xmo yg ortodoks mcm zmn2 kesultanan melayu melaka tuh
aku x gatal mcm yem, tp aku gatal sbb terkena yem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.088140 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list