CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bintang

PATRICK

[Copy link]
Post time 21-4-2010 08:59 AM | Show all posts
bintang...
nk lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2010 04:20 PM | Show all posts
Pagi belum lagi beranjak siang, namun langit bernada kelabu tua. Mendung menyelimutinya. Hujan turun rintik-rintik. Air yang jatuh dari atas langit bagai jutaan jarum lembut. Membasahi genting, dedaunan, lalu mengalir sepanjang jalan menuju ke longkang. Aku dan Bapa berdua di beranda, menatap kelabunya langit, menatap rinai hujan yang kian deras. Melayan perasaan sendiri.  Sebulan lagi aku akan bernikah dengan Kasturi.  Akhir akhir ini aku sering berfikir, benarkah keputusanku ini? Mengahwini lelaki yang tak banyak ku kenali tentang dirinya. Perkenalan kami cumalah di ruang maya. Yang sebenarnya bukan lelaki yang aku cinta. Cuma seorang teman borak. Aku terlalu terburu buru. Terasakan terlalu perih untuk meninggalkan Bapa. Jangan tanyakan, apakah pernah tertinggal rasa bersalah dalam diriku ketika aku membuat keputusan untuk bernikah.. Aku menepis rasa bersalahku dengan perasaan bahagia yang sangat membuncah kerana dapat menemukan seorang lelaki untuk ku jadikan suami. Senyum Bapa adalah kegembiraanku.


Saat kian hampir aku bernikah, aku dirasuk pilu yang amat. Siapa yang akan menjadi teman bapa? Memasak untuknya? Mengemas rumah? Siapakah akan mengulangi rutin mingguan aku bersama Bapa; pada setiap petang jumaat mencabut bulu ketiak Bapa, mencabut uban yang membuat gatal kepala Bapa. Syampu rambut Bapa, mengurut dan memicit leher sampai ke kepalanya. Mencuci muka Bapa dari kotoran peluh. Memotong kuku Bapa. Selepas ini siapa yang akan melakukannya untuk Bapa? Pilu meruntun aku. Meninggalkan Bapa adalah sesuatu yang aku paling tidak sanggup! Ah, andai saja bernikah bukanlah melaksanakan setengah dari agama, mungkin aku memilih untuk membujang selamanya.


”Bi tak nak bernikah,’’  spontan terluncur kata kata itu dari mulutku.

”Apa?”  Bapa tersentak.

”Taknak bernikah.”

”Kenapa? Tak sampai sebulan lagi, Bi. Jangan nak rosakkannya.”

”Bi tak nak tinggalkan Bapa.”

”Siapa kata kau akan tinggalkan Bapa?”

”Bapa akan sendirian nanti. Siapa yang akan menemani Bapa? Sakit demam Bapa nanti...’’ aku mula dibayangi sebak.

”Ajun ada. Diakan selalu temankan Bapa. Lagi pun Bi akan pulang sekali sekala menjenguk Bapa, membebel Bapa.’’   Bapa menarik kepalaku. Aku melentok di bahunya. Kepalaku diusap. Aku terasa kecil. Aku anak Bapa satu satunya. Mana mungkin aku meninggalkan Bapa berkahwin dengan lelaki asing.

”Ajun takkan boleh sering bersama Bapa seperti Bi. Dia boleh menjengah kadang kadang saja’’

"Ada kalanya kita memang harus berpisah dengan orang yang kita sayang," ujar Bapa dengan suara lunak.

”Tak nak tinggalkan Bapa,’’  aku mencebik sebak. Bapa masih mengusap kepala aku.  Hujan juga masih menyisakan rintiknya. Langit kian kelam dengan senja yang kian menghimpit.

”Apa kata kalau Bapa pun bernikah?”  Usul ku tiba tiba.

’’Huhh?”  Bapa memandang aku.  Matanya membola.  Dia tersenyum saat aku menganggukkan kepala mengiyakan ketidakpastiannya.   ”Dengan siapa?”  Bapa bertanya padaku.  Makin manis senyumnya.

”Dengan orang perempuan,’’   aku memandang Bapa. Terasa hati seperti dihiris. Barangkali Bapa faham perasaanku, dipeluknya aku kembali.

Bapa tidak jadi meneruskan jenakanya dan perbualan kami tamat di situ kala azan maghrib mula berkumandang.


Selesai menunaikan fardhu maghrib berimamkan Bapa, aku ke beranda lagi. Hujan sudah reda. Angin bersepoi dingin. Aku kesejukan, sangat tidak selesa. Namun baru saja dua tiga langkah aku mara ke pintu sepatah suara garau memanggil namaku mengurung niat aku masuk ke dalam rumah. Aku berpaling ke arah asal suara yang sudah ku hafal di luar kepala. Suara Ajun. Dia sudah pun berada agak dekat denganku dan tanpa berkata sepatah pun dia menghulurkan sesuatu.

"Terima kasih, Jun. Janganlah ek, kamu habiskan duit hanya beli novel untuk aku,"   tolak aku halus. Hairan! Biasanya aku selalu kasar menolak segala kebaikannya. Kini aku boleh sedikit lebih halus.

Ajun nampak kecewa. Sekilas aku melirik dia sedang menggigit bibirnya. Entah mengapa aku bersikap memusuhi Ajun. Padahal lelaki ini selalu baik pada aku. Tidak pernah mengambil kesempatan. Tidak pernah menggoda aku seperti teman-teman lainnya di tempat kerja. Dia yang sering menghantar aku ke tempat kerja jika keretaku rosak.  Menemani bapa saban hari jika aku kena berkursus. Dia juga tidak pernah lupa pada setiap hari lahirku dengan setiap tahun hadiah yang sama. Sepasang baju kurung. Katanya kerana aku sering cantik jika berbaju kurung. Namun aku tetap dungu untuk mengerti perasaannya.

"Ok, aku balik dulu, Bi. Novel ini khas untuk kau aje. Mungkin suatu saat kau boleh baca."  Ajun menggugah lamunanku. Novel My Name Is Red itu ditaruhnya di atas meja kecil.

Aku tak kuasa menolak pemberian Ajun itu.  Ada secebit rasa hiba yang mengajuk hati aku kala mendapati gurat kecewa pada sepasang bola matanya. Kali ini aku kalah dan luruh. Dia pergi tanpa berkata apa-apa lagi.


Kejadian malam kemarin  masih membekas di hati aku. Aku merasa bersalah pada Ajun. Aku selalu kasar dengannya. Aku tahu Ajun kecewa dengan sikap aku. Lagi pula perkahwinan aku hanyalah tinggal tidak sampai sebulan lagi. Aku harus berbaik dengannya supaya aku boleh meminta dia sering temankan Bapa setelah aku bernikah dan mengikuti Kasturi nanti. Pulang dari kerja aku nekad bertemu dengannya nanti.

Aku kayuh basikal menuju ke kedai Baba. Jaraknya cumalah lima ratus meter dari rumah aku. Aku pasti Ajun ada di situ. Tapi setibanya aku di kedai, yang menyambut aku ialah Mummy, ibu Ajun. Mummy menarik tangan aku, bercerita padaku mereka sekeluarga tidak ada di hari pernikahanku kerana pulang ke Pakistan. Lagi seminggu mereka akan bertolak. Dengan itu Mummy menghulur bungkusan kotak besar, hadiah perkahwinanku. Akan disuruhnya Ajun menghantarnya nanti, katanya kerana melihat aku berbasikal cuma.


"Bi, sori ya, saya mengganggu sebentar,"   Ajun tiba di belakangku, berkata dengan lembut. Kali ini suaranya berkesan lain. Tidak dibuat-buat lagi. Berwibawa malah.

Aku berpaling memandang Ajun sejenak dan menundukkan kepala. Tak berani menatap matanya.  Ada perasaan yang teramat bersalah menghunjam dadaku. Selama ini aku selalu bersikap kasar padanya tanpa alasan.

Mummy berpesan kepadanya supaya menghantar hadiah ke rumah aku kelak.  Ajun mengangguk kepada Mummy dan meminta izin untuk bercakap dengan aku sejenak. Mummy meninggalkan kami berdua, pergi melayan pelanggannya yang kian ramai memasuki ruang kedai.

"Saya mau bercakap denganmu sejenak. Boleh?" pinta Ajun tanpa bersikap memaksa.

Saya hanya mengangguk mengiyakan.   "Boleh. Cakap aja, Jun," desisnya saya pelan. Nyaris tidak terdengar di telinga saya sendiri.

Lama suasana menjadi hening. Ajun sesekali berdehem dan batuk kecil. Belum bicara sepatah kata pun. Aku jadi resah.

"Bi...." Suara Ajun terdengar berat. Memecah kebisuan kami. Aku mengangkat muka menatap matanya.

Lagi-lagi Ajun berdehem. Lalu memperbaiki letak kacamatanya yang agak melorot ke bawah. Aku sedikit merasa kesal.  "Maaf ya, Bi. Sebenarnya aku ingin tahu, kenapa akhir-akhir ini kau selalu menjauhi aku?"    Suara Ajun bergetar getar.   "Aku ada salah mungkin? Aku tau kau akan berkahwin nanti, adakah kerana itu?"

Sesaat aku tersentak mendengar pertanyaan Ajun. Sebetulnya Ajun tidak salah menanyakan hal itu pada aku. Wajar kalau dia ingin tahu alasan aku yang angkuh padanya. Ah, aku sedikit merasa menyesal atas kelakuan aku terhadapnya selama ini.

"Kau tak pernah berbuat salah sama aku, Jun,"   balas aku cepat.

"Tapi sikap kau?" sanggahnya cepat.

Aku diam. Sepertinya aku tidak mampu berkata apa-apa mengingat kesalahan dan kepongahan aku terhadap Ajun.

"Aku bukan masuk dalam kategori lelaki idaman kau kan, Bi?"    tanyanya serak.

Aku tersentak!
Hati aku seperti dihiris oleh sebuah benda tajam.  Mata aku perih tiba-tiba. Ya, mungkin benar apa yang dikatakan oleh Ajun. Dia memang bukan lelaki impian ku. Dia bukan tidak  tampan. Bukan tidak memiliki keistimewaan bentuk fizikal yang ideal.  Malah ramai gadis dan teman sepejabatku cuba memikatnya, berkirim salam dan memuji muji ketampanan Ajun di saat Ajun menghantar dan mengambil ku di tempat kerja. Itu, setelah aku memberitahu aku dan Ajun sepertilah abang dan adik cuma. Tidak pernah ada cinta. Tapi Ajun tidak pernah ingin melayan. Selalu dia berdengus kawan kawanku gedik. Tapi patutkah bila aku menyiksanya dengan sikap dan perilaku aku yang kasar padanya? Bukankah lebih baik kalau aku berterus terang saja? Mengatakan bahawa aku memang tidak mencintainya? Ya, mungkin itu lebih baik ku timbang perlakuan aku selama ini terhadapnya!


"Bi, aku ingin kau jujur dengan nuranimu. Kau tidak menyukai aku, kan?"   tanya Ajun dengan suara memelas. Suaranya lirih dibaur tangis. "Jawablah. Aku tak marah. Aku pasrah! Aku cuma ingin penjelasan kau. Biar di hati kita tidak tersimpan kebencian lagi. Aku tahu kau sudah ingin bernikah. Aku cuma ingin penjelasan terakhir bagi menenangkan fikiranku ini,"   desak Ajun lembut.

"Maaf, Ajun. Aku memang tidak mencintaimu,"   Akhirnya aku berterus terang juga pada Ajun. Tapi kita tetap bersahabat, kan?"   Aku memaksakan bibir ku tersenyum.

Ajun menundukkan kepalanya pelan. Sejurus itu aku tangkap dua kilau di matanya yang redup. Ajun menangis!

"Tentu, tentu. Kita akan tetap bersahabat, Bi!"  Ajun berkata dengan tegar. Tegar sekali! Seakan kepedihan yang baru saja melandanya telah dikuburnya dalam-dalam. Ajun memang tabah!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 04:23 PM | Show all posts
bila baca crite tulisan Bintang yang lepas2 ,macam tak percaya Patrick nih hasil kerja Bintang juga, ...
seripagi Post at 17-4-2010 20:08



Bintang pun rasa macam sambil lewa jek wat citer neh... sebenarnya ini percubaan nak wat citer berbentuk humour.. catatan yang ringan.. adeh, tak berapa menjadi la pulak...

Thanks seri atas teguran yang membina... harap bintang leh wat citer ni dengan baik ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 04:26 PM | Show all posts
teruja giler tgk patrick dempsey tu...
midar Post at 18-4-2010 00:16



Hehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 04:26 PM | Show all posts
sejak bintang tiada
CEO-Return Post at 21-4-2010 02:27


Ek eleh.. mengada
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 05:56 PM | Show all posts
ajun ada hati ngan bi ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2010 05:57 PM | Show all posts
ajun ada hati ngan bi ker?
midar Post at 23-4-2010 17:56


Yup..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 07:43 PM | Show all posts
Reply 67# bintang

cian nyer ajun...
naper x direct bgtau ajer..
kn dh melepas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2010 10:30 PM | Show all posts
Reply 68# midar


Tu ler... cian mamat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 11:17 AM | Show all posts
Teruskan bintang...cuma tajuk cerpen kali ni mcm kurang menyerlah mcm cerpen-cerpen bintang yang lain...mungkin sebab nama patrick tu kot...:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2010 04:43 PM | Show all posts
Teruskan bintang...cuma tajuk cerpen kali ni mcm kurang menyerlah mcm cerpen-cerpen bintang yang lai ...
penyapu Post at 24-4-2010 11:17



Agak la kot.. patrick kan cun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 10:09 AM | Show all posts
Agak la kot.. patrick kan cun..
bintang Post at 24-4-2010 16:43


patrick star tu cun?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 10:49 AM | Show all posts
Patrick Star(born February 26, 1986)  is an overweight pink sea star who lives under a rock and is SpongeBob’s best friend. Like his best friend, he tends to be extremely gullible and clueless (even to SpongeBob’s intentions), but remains a very loyal friend.

Patrick is pink and chubby, with black eyes and purple eyelids. Being a starfish, he has a tall pointed head and pointed limbs lacking any discernible fingers or toes, although in "The Battle of Biki Bottom", he is jokingly shown to have fingers, his supposed hands actually being fingerless gloves.

Patrick's only regular clothing is a green pair of swim trunks with purple flowers in the same design as those seen in the underwater sky.



nanti Bintang jangan lupe anto kad raya kat Patrick...alamat Patrick 120 Conch Street,Bikini Bottom,Pacific Ocean....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 06:06 PM | Show all posts
patrick star tu cun?
penyapu Post at 25-4-2010 10:09


Takde perasaan langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 06:15 PM | Show all posts
Patrick's only regular clothing is a green pair of swim trunks with purple flowers in the same design as those seen in the underwater sky.
penyapu Post at 25-4-2010 10:49


Cukup cun
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 10:49 PM | Show all posts
Ek eleh.. mengada
bintang Post at 23-4-2010 16:26

bintang patah hati kot....sebab tu menyendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2010 10:50 PM | Show all posts
Agak la kot.. patrick kan cun..
bintang Post at 24-4-2010 16:43

sandy cheeks lagi cung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 11:06 PM | Show all posts
bintang patah hati kot....sebab tu menyendiri...
CEO-Return Post at 25-4-2010 22:49


Ye la.. patah ati kat CEO la... tau tau da hilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 11:07 PM | Show all posts
sandy cheeks lagi cung...
CEO-Return Post at 25-4-2010 22:50



    Ewaaahh... berpeluk dengan wardina lak dah...

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 11:12 PM | Show all posts
Ye la.. patah ati kat CEO la... tau tau da hilang
bintang Post at 25-4-2010 23:06

sapa yg hilang ni...

jenuh CEO carik kat ujung kampong...x jumpe2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.491725 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list