CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7302|Reply: 10

Major Anime & Manga

[Copy link]
Post time 9-4-2010 07:17 AM | Show all posts |Read mode

Major berkisar tentang perjalanan hidup Goro Honda sejak kecil yang meminati sukan baseball sehingga dia dewasa.Manga Major telah menjangkau sehingga vol 74 (setakat yg boleh dimuat turun dari Internet) dan anime Major telah disiarkan sehingga season 5. Season 6 telah mula ditayang pada 3 April.Anime boleh dimuat turun di animetake atau http://www.instantz.net/anime/Major_1st.html atau http://www.zomganime.com/anime/major/Pendapat aku, anime ni mmg best bila dia lawan, kemudian ditimpa kemalangan, byk sangat cabaran Goro ni kene tempuh sebelum dia nak capai cita2 dia nak masuk Major League Baseball.

Watak:
   
Goro Honda/Shigeno
Pemain baseball professional Shigeharu Honda. Bercita-cita ingin mengikut jejak langkah ayahnya. Cerita Major berkisar tentang kembara perjalanan Goro mencapai cita-citanya.


Shigeharu Honda
Pemain pitcher baseball professional, ayah kepada Goro. Selepas mengalami kecederaan siku, dia menjadi batter utk meneruskan karier demi anaknya. Mati dalam perlawanan dengan Joe Gibson.


Hoshino Momoko
Guru tadika Goro. Pernah menjadi tunang Shigeharu Honda. Kemudian berkahwin dengan Hideki Shigeno


Hideki Shigeno
Kawan Shigeharu Honda, juga seorang pemain baseball profesional. Banyak membantu pembesaran Goro.


Sato Toshiya
Kawan baik, juga saingan Goro dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.


Anime Season 1
Season 1 memaparkan Goro Honda, kanak2 yg bercita-cita mengikut jejak langkah ayahnya Shigeharu Honda, seorang pemain baseball profesional. Kecederaan siku Shigeharu menamatkan karier Shigeharu sbg pitcher Yokohama Blue Ocean. Atas nasihat Shigeno, Shigeharu beralih menjadi batter demi anaknya. Muncul cikgu Momoko yg sentiasa rajin menjaga Goro dan menimbulkan bibit cinta antara cikgu tadika dengan bapa Goro. Tragedi menimpa dalam hidup keluarga kecil ini apabila Joe Gibson, pemain Major League Baseball (MLB) dari Amerika datang sebagai pitcher kontrak berlawan dgn pasukan Yokohama Blue Ocean. Balingan dead ball pada kepala bapa Honda menyebabkan kematian mengejut. 3 tahun seterusnya, Goro yg bersekolah darjah 4, telah melayakkannya masuk ke Little League melalui pasukan Dolphins. Pelbagai cabaran yg perlu Goro hadapi dalam mengejar piala kemenangan pertandingan Little League ini.


Anime Season 2
Goro kembali ke sekolah Mifune disebabkan ayah tirinya berpindah semula ke pasukan Blue Oceans. Walaubagaimanapun, Goro dapati, pasukan baseball sekolah Mifune hampir2 ditutup disebabkan pelbagai masalah. Kepulangan Goro yg amat diharapkan sahabatnya Komori, tidak dapat membantu kerana Goro berura-ura menyertai pasukan bola sepak! Season 2 melibatkan pertandingan baseball pelajar sekolah junior high peringkat daerah (regional). Goro berhadapan dengan rakannya Sato dan berjanji utk sama2 main baseball dalam pasukan yg sama. Tetapi pasukan Mifune kalah kepada sekolah Kaidou yg jauh lebih baik prestasinya.
Selepas pertandingan regional, Goro, Sato dan Komori cuba masuk kelayakan pasukan Sekolah Tinggi Kaidou. Komori terkeluar. Goro dan Sato yang melepasi ujian telah dihantar ke "Dream Island" untuk menjalani latihan selama 6 bulan sebelum masuk ke pasukan Varsity. Goro dan Sato jadi rakan sepasukan selama setahun. Tahun kedua, Goro telah mencabar pasukan utama Kaidou High School dan menang sebelum berhenti dari sekolah Kaidou.


Anime Season 3
Setelah keluar dari Kaidou, Goro mencari sekolah baru. Tetapi byk sekolah tak terima disebabkan Goro berhenti dari sekolah Kaidou, penasihat sekolah telah mengugut sekolah2 lain utk tidak menerima Goro. Akhirnya goro masuk ke sekolah tinggi Seishu yg langsung tak ada pasukan baseball. Memburukkan lagi keadaan, sekolah tersebut baru sahaja membuka penyertaan pelajar lelaki jadi jumlah pelajar lelaki hanyalah 5 org dalam sekolah tersebut! Mendapat bantuan ayahnya dan rakan2, Goro berjaya membuka pasukan baseball yg baru dan berjaya membawa pasukan tersebut utk bertarung dengan pasukan2 yg lebih mantap sehinggalah perlawanan dengan Sekolah Tinggi Kaidou. Pasukan Seishuu berjaya menumpaskan Sekolah Tinggi Kaidou tetapi Goro tercedera dan menyebabkan pasukannya kalah utk peringkat seterusnya. Di akhir siri, Goro menyambung cita2nya dgn berhijrah ke Amerika.


Season 4
Goro berhijrah ke Amerika setelah menerima jemputan dari Joe Gibson. Dalam siri ini, Goro bermula dari Minor League dalam pasukan AAA Bats dan memantapkan skill balingan bolanya. Goro menemui saingan baru, Joe Gibson Jr, anak Joe Gibson. Jr berdendam dgn Goro kerana kematian bapa Goro menyebabkan keluarga Jr berpecah. Jr mencabar Goro, jika Jr berjaya membuat home run hasil balingan Goro, Goro mesti pulang ke Jepun utk selamanya. Jika Goro strike out (keluar dari kotak lontaran) Junior akan pergi ke kubur bapa Goro dan meminta maaf. Siapa yg akan menang dalam cabaran tersebut??


Season 5
Setelah memenangi Minor League Baseball, Goro pulang ke Jepun. Perlawanan Baseball Sedunia akan diadakan di Amerika dan pemain MLB boleh menyertai pasukan negara masing2. Goro berjaya masuk setelah memberikan persembahan terbaik semasa pertarungan pasukan simpanan dan pasukan utama. Berjayakah pasukan Jepun memenangi perlawanan tersebut sekaligus merebut takhta no 1 dari Amerika? Dalam siri ini, Goro belajar membuat balingan Gyrofork.


Major Season 6
Goro kembali ke MLB (Major League Baseball) dan mewakili pasukan Hornet. Disebabkan persembahan menarik semasa Baseball World Cup, Goro diletakkan sebagai pitcher dalam perlawanan exhibition dan berjaya membuat balingan no-hit-no-run dalam perlawanan tersebut. Dalam perlawanan pertama, Goro masih mengekalkan prestasi sehinggalah balingan inning ke8 apabila Goro hilang kawalan. Pada perlawanan ke2, Goro hilang kawalan pada balingan inning ke5. Goro cuba keluar dari gelanggang tapi dihalang oleh catcher pasukan, Keane yg mengesyaki Goro mengalami yips percaya Goro akan dapat mengatasinya dengan cubaan yg lebih baik. Balingan ke kepala batter menyebabkan Goro dikeluarkan dari perlawanan. Pada perlawanan ke3, Goro gagal mengeluarkan walau seorang batter menyebabkan dia dihantar semula ke AAA Bats sehingga keadaan pulih.
Dipercayai kekalahan kepada Joe Gibson Jr menyebabkan yips, Goro dirawat oleh Billy Oliver, seorang pakar psikologi sukan. Goro pulih dari yips dan bertemu pasukan Joe Gibson. Adakah Goro akan menang pada pasukan Joe Gibson?

Dalam anime, mungkin season 6 cuma sampai Goro berlawan dengan Joe Gibson. Tetapi dalam manga, setelah Goro membuat larian home-run utk balingan Joe Gibson, Goro bertemu pasukan Raiders yg diwakili Joe Gibson Jr. Juga ade pertarungan antara anak dan bapa. Pada masa tu la Joe Gibson bersara. Kemudian, Goro cedera lagi sekali. Vol 74, pasukan Hornet bertembung pasukan Raiders. Goro yg sedang pemulihan dan pasukan Hornet tak dapat bangkit utk mendapat mata dari Raiders. Berjaya tak pasukan Hornet melayakkan ke peringkat seterusnya? Kene tunggu vol 75 gamaknye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2010 07:30 AM | Show all posts
aku kadang2 join anak aku tengok citer ni...
best gak....

especially part ayah goro tu mati, rase sedih sangat...
ayah dia mati dalam tidur sebab ade pendarahan dalam otak lepas kepalanya kena bola waktu perlawanan sebelum tu...sedih sangat tengok goro-chan waktu tu...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 07:36 AM | Show all posts
yup.. part tu mmg sedey sgt.. aku pon nagis la gak tgk masa tuh.. starting jer dah sedey.. tapi lepas2 tu dah byk adventure..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2010 07:40 AM | Show all posts
Sumer season aku suke.. except season 3. Bila lawan ngan pasukan Kaidou dan pasukan lain.. Goro selalu kene buli.. itu yg aku tak suke tu
yg paling best season 5 sebab byk plot yg boleh aku ikut.. tapi pertarungan paling best masa Goro pitching 100mph pada Joe Gibson Jr masa Minor League. Dalam keadaan jari dia luka, dia masih boleh baling 100mph
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 09:21 AM | Show all posts
Season 6 Ep 2 dah kuar
http://www.zomganime.com/major-season-6-episode-2/
download kat animetake.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 01:48 AM | Show all posts
baru je lepas tgk ep 2,
Goro dah mula tak leh control bola bila bola foul. Sebab teringat masa lawan ngan Joe Gibson Jr, dia dah tak leh concentrate. Ending ep ni dia terus keluar padang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
J
Post time 13-4-2010 10:21 AM | Show all posts
vol 74???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 06:15 PM | Show all posts
vol 74???
J Post at 13-4-2010 10:21

manga dah sampai vol 74 chinese version
english version baru vol 66
nape J? layan anime ke manga??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2010 09:19 PM | Show all posts
ep 3 dah kuar kat animetake..
Goro tak sedar dia kene yips..
at the last ep.. dia bola yg dilontar terkene kepala pemain batter lawan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 06:46 AM | Show all posts
Lama tak update rumah nih...
Setelah sekian lama, akhirnya anime nih tamat pada ep 25.
Manga cerita ni tamat pada vol 77.
ok.. post lepas ni review citer nih..

saper yg nk tgk online bolhe masuk kat sini http://onepieceofbleach.com/
donlod carik kat animetake.

manga plak lambat sket dia scanlated but you can read it at www.mangafox.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 07:00 AM | Show all posts
pada permulaan season 6 nih, Goro mengalami masalah yips akibat tekanan emosi yg dialami sejak dari kecil lagi. Musuh ketat Goro juga mengalami kejatuhan prestasi dalam major league. Joe Gibson yg menyedari masalah Goro dan anaknya cuba membantu kedua-dua pemain muda itu. Bagaimana ye? saksikan bagaimana Goro dan Joe Gibson Jr bangkit dari kelemahan mereka.

Kemudian, biasalah, dah setel masalah diri.. ade masalah pula dgn ahli pasukan. Jadi beberapa ep seterusnya menunjukkan bagaimana Goro hadapi kerenah rakan2 dan cuba menaikkan prestasi pasukan utk masuk dalam Major League World Cup

Menghampiri kejuaraan peringkat daerah, Goro terasa perubahan diri dia. Dia cuba merahsiakan masalah dari ahli pasukan dan lebih penting lagi pengurus pasukan mereka. Akibatnya?? Sila tgk sendiri Tak best la kalau tulis spoiler gitue

Di akhir musim 6 nih, Goro cuba balik ke Jepun, yg mengikut bersamanya adalah penolong pengurus pasukan (perempuan ye) yg bertugas menjaga Goro setelah pulih dari kecederaan. Shimizu terserempak Goro dan pengurus dalam keadaan yg kureng sopan. Pengurus tersebut sentiasa mengekori Goro sehingga tak senang duduk dibuatnya. Akhirnya pengurus tersebut setuju utk balik ke US setelah dirayu oleh Goro tetapi dia cuba mengingatkan Shimizu tentang rancangan masa depan mereka berdua.. samada berkahwin atau tinggalkan Goro. Apakah keputusan SHimizu?? Beberapa minit terakhir kita akan lihat kehidupan Goro dan rakan2 8 tahun akan dtg.

Kiranya tamatnya musim 6 ini bermakna tiada lagi anime Major.

Oh.. movie Major juga boleh ditonton yang mana waktu cerita berlangsung , Goro sudah menjadi ahli Major League dalam pasukan yg ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.194535 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list