CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gadget

Ramai Berasa Tahun Tahun 80an - 90an Sebagai......

  [Copy link]
Post time 15-4-2010 02:47 PM | Show all posts
55# sayapghaib  
Ooooo!!!! Hang pun wujud di zaman tengok tv pakai bateri kereta?
Tiba2 teringat balik pasal ni. Bateri habis, pi hantar rumah kawan utk recharge. Boleh dikatakan 1 kg pi hantaq si ...
HOTlips Post at 15-4-2010 10:49


Nak buat lagu mana.Kampung 18km ja dari Aloq Staq tapi karan masuk lambat.Ayaq lagilah, tahun 1991 baru dapat.Bateri tv tu pula kebanyakannya serupa saja.Selalu terjadi tertukar dengan orang lain punya samaada dapat yg baru atau yg dah lama.Last sekali kena tanda atau tempek nama.TV yg terkenal masa tu jenama Telefunken.Buatan German kalau tak silap.Kerana kat kg saya hanya ada 3 buah rumah yg ada peti televisyen,bila malam ramai sedara sekampung yg bertandang samapai tak muat rumah.Ada yg lepak kat tangga saja.TV pun blackwhite ja.Yang paling boring bila batery tetiba saja weak.Gambar kat skrin tetiba jadi sekerat sebelum blackout.Tengah time citer gambar melayu malam sabtu pulak.Tensyen betoi.Filem One Step to beyond aku tengok tak sempat abis pasal batery kong lah.Ada sesiapa ingat lagi tak filem berkenaan silat lincah tersebut.Tajuk melayunya selangkah ke alam batin.
               Tak lama kemudian ada sorang jiran beli TV kaler 14inci.Punyalah teruja semua bebudak dapat tengok gambar yg berkaler.Masa tu barulah tau Ultraman tu kaler apa.Baru tau Incredible Hulk tu kaler ijau.Tapi rumah yg beli tv kaler tu bukanlah rumah orang kaya.Sempit saja.Jadi tak bolehlah nak lepak reramai tengok Ultraman.Hayata Become Ultraman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 02:54 PM | Show all posts
Aku tak boleh lupa zaman 90's... aku kemaruk dengar radio...
Time tu zaman lagu rock-rock jiwang karat ni... Membuai-buai jiwa remaja, chewwah!!!
Siap dubbing pakai kaset lagi... Dah tu, ada skrap b ...
anak_minang Post at 15-4-2010 11:52


Sebut pasal majalah humour tu semua,kami kat kampung hanya mengharap anak jiran yg lebih tua dan berduit untuk membacanya.Kalau dia beli majalah tu dapatlah kitorang tumpang baca.Nak dapat giliran baca pula bukan mudah.Dengki tengok rakan yg dapat baca dulu dok gelak sorang-sorang.Rancangan Radio yg sangat terkenal pada era akhir 80an dan awal 90an pula ialah tidak lain tidak bukan "Pujaan Sepuluh Nescafe". Kalau dengar Radio,drama kat radio iaitu Sandiwara Radio pun boleh layan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 02:58 PM | Show all posts
yup, ai lagi suke thn 80s and 90s sbb aku membesar di zaman 2 dekad tu
bykkkkk sgt kenangan2 manisssss
dulu2 kan ada hankyu jaya,kelab colgate (utk kanak2),kelab kanak2 angkasapuri
cmf_premierleag Post at 15-4-2010 11:15


Nak yang lama lagi pun ada.Rancangan Cumi dan Ciki kelolaan Seniman Wazata Zain.Sikit punya purba rancangan tv tu.awal 80an.Kira sesame street melayu la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:06 PM | Show all posts
55# sayapghaib
..80an n awal 90an, TV jgn kata nak sambung bateri, tgk TV pun kat umah org aje, so aku tak de history minat kat apa-apa kartun or lagu time tu  ...tapi still bila aku tgk balik sejarah 80an 90an aku, rasa sekarang nie aku lagi happy, cuma aku risau generasi aku yg akan dtg ni tak pandai berdikari, dah semua idup senang tak pernah idup susah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:11 PM | Show all posts
biasa la bang..dia tgh nak up citer yg dia tak usik satu habuk pun duit org tua.
cmf_cz Post at 15-4-2010 10:26


Takpelah.Tu kira kejayaan beliau juga.Mengenang kenangan silam selalu dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada seseorang.Suatu masa nanti cerita kehidupan dan pengalaman akan dapat diceritakan kepada generasi selepas itu.Bagaimana generasi yg membesar di era 80an rata-ratanya pandai berenang kerana akan digelar pondan atau tak da teloq jika tak tahu berenang.Berbeza dengan anak-anak alaf baru yg ramai tak tahu berenang kerana aktiviti sedemikian sudah tidak popular mungkin kerana ketiadaan tempat yg sesuai ataupun anak-anak alaf baru sibuk dengan pelbagai aneka game yg kekadang kita yg semakin tua ini pun tumpang sekaki.Selalunya begitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:11 PM | Show all posts
54# AzusaFuyutsuki

tahniah la bro...mcm ni baru betul..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2010 03:22 PM | Show all posts
55# sayapghaib
..80an n awal 90an, TV jgn kata nak sambung bateri, tgk TV pun kat umah org aje, so aku tak de history minat kat apa-apa kartun or lagu time tu  ...tapi still bila aku tgk balik seja ...
AzusaFuyutsuki Post at 15-4-2010 15:06


Itulah.Kejayaan dari pengorbanan.Anda adalah contoh mereka yg hidup susah pada masa itu dan kemudiannya menempa kejayaan.Ramai generasi 80an yg hidup susah ketika itu dan masih hidup susah sehingga alaf ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 09:29 PM | Show all posts
Takpelah.Tu kira kejayaan beliau juga.Mengenang kenangan silam selalu dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada seseorang.Suatu masa nanti cerita kehidupan dan pengalaman akan dapat diceritakan  ...
sayapghaib Post at 15-4-2010 03:11 PM


Camtu saya pun nanti nak citer gak penah makan nasik dgn garam..hehe.
kalo dah rezeki manusia dah begitu..maka terimalah seadanya..usahlah kita komplen dan membandingkan2 antara manusia yg lain. Itu hak Allah dlm menentukan rezeki utk hamba2Nya. Yg lahir dr keluarga kaya pun apa leh buat, dah begitu seADAnya. Tidak salah utk menceritakan bg tatapan generasi baru, tapi usahlah dibuat perbandingan, kerana itu menunjukkan ketidakpuasan hati kita pd Pencipta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 11:07 PM | Show all posts
Perghhhh... topic nie very mengusik kenangan lama... zaman 80an especially memang zaman yang paling best sekali. Teringat suasana hometown pada masa tue... teringat lak kat member-member lama (ada yang berjaya, ada yang dah arwah ... al fatihah, ada yang still dok kat kampung etc)... zaman dimana lagu-lagu evergreen dicipta... saper tak kenal francesca peter, sudriman, uji rashid, Kenny remy & martin etc. Sesapa yang pernah merasa zaman 80an nie... silalah dengar lagu lagu nie (search kat youtube):
1. kali terakhir ku lihat wajah mu - uji rashid
2. pelangi petang - sudirman
3. terima kasehhhhhhh   (lagu lagu kumpulan alleycat... surely banyak lagu lagu yang korang minat)....

Biler dengar lagu lagu nie, surely korang will feel one kind of feeling ... trust me
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:13 PM | Show all posts
Tahun 89 baru msk darjah satu.... xberapa ingat sgt kisah2 sebelum tu... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:28 AM | Show all posts
tahun 80an  ada kata fesyen pelik dan mekap mcam celaka? biasala, masa tu kan dah fesyen dia mcm tu
-mcm sekarang laa, budak2 fesyen pelik2, pakai seluar besr, rambut kaler2, seluar ketat, pompuan jeans ketat (zamn aku kecil dulu pompuan pakai seluar jeans dan tak pakai tudung memang dicop bohsia atau pompuan murahan lah)
-tp sekarang dah biasa kan? pasal semua pompuan pakai mcm tu
-kalau dlm 20-30 tahun akan dtg, benerasi baru pula tgok kita berfesyen dan mekap mcm celaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 03:06 AM | Show all posts
80an, mahathir baru jadik PM...tu yg bestnyer...Dasar pandang ke timur, seragamkan waktu timur-barat msia, buy british last dll..negara plak masa tu tgah naik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 08:33 AM | Show all posts
Awal 90-an...darjah 6. Bebudak nak UPSR, bila time perhimpunan, Cikgu suruh nyanyi "Jika Kau Fikirkan Boleh". Almaklumlah, waktu tu TV selalu pasang lagu tu utk Piala Thomas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:06 PM | Show all posts
best zaman itu, sbb kalau tonton tv ada nyanyi2 ramlah ram, sudirman buat magic, awie, amy search semua cam superstar. zmn sekarang x heran lah tv ke video ka internet bersepah2 hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:07 PM | Show all posts
zaman dulu berani jalan mlm2 sekampung, sekarang bahaya kena rompak ka kidnap ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 02:11 PM | Show all posts
waktu raya memang best ternanti2 film dan nyanyi2, skrg film2 yg ditayang tv masa raya semua dah basi dah tgk setahun dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 02:16 PM | Show all posts
zaman  80/90 ini zaman nostalgia hidup susah/senang yg tiada di zaman skrg, senang cerita pengalaman yg x dpt dirasai zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 03:49 PM | Show all posts
aku suka zaman 80/90an pasal pendatang tanpa izin tak banyak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 03:57 PM | Show all posts
zaman 60's..70's ekonomi malaysia susah lagi...
kemiskinan merata-rata...nak hapening sgt pun tidak..tapi time raya tetap meriah..
lagu artis pa;ing best tahun ni...simple & relaks jer melodinya..

zaman 80's...pun ekonomi msia mengalami tempias kejatuhan ekonomi dunia..
kerja pun susah gak masa ni...tapi masih lagi best..
Raya pun hapening gakkk...
lagu2 artis pun best2 gak dgn alleycats & M.nasir dari kumpulan kembara...
Makanan pun sedap2 dan masih murah jugak...
masih berbaloi beli mee goreng RM1...mcm2 ada kat dlm tu..

pi skolah beli nasik lemak/laksa/bihun sup/mee sup 20 sen jer...
makan cecepat lepas tu mainnnnnn....

Tahun 90's ekonomi msia mengalami pertumbuhan secara drastik...
benda2 dah stat mahal...tapi masih lagi bole laa...
budaya bohsia bohjan & lepak mula wujud...
lagu2 artis rock kapak tangkap leleh best2 time ni..

pi tusyen ptg2 pun byk menghabihkan $$$ mak bapak jer..
koz main2 yg lebih..pas tusyen..merayap sat...
hmmm..semuanya kini dalam kenangannnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 04:05 PM | Show all posts
Reply 55# sayapghaib


setuju ngan sayapghaib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.729788 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list