CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5168|Reply: 12

apa dah jadi dgn b.melayu?...... :L

[Copy link]
Post time 12-4-2010 07:04 AM | Show all posts |Read mode
korang perasan tak kebanyakan bahasa inggeris di translate directly ke b.melayu sejak 4-5 thn kebelakangan ni..
w'pun perkataan tu sbnrnya dah ada terjemahannya sejak berpuluh thn yg lampau..
why?!


aku bg contoh:

- budget = bajet
- bachelor = bacelor
- workshop = woksyop
- family = famili
- carrier = karier
- national = nasional
- track = trek
- client = klien
- admin = admin
- edit = edit
- idea = ide  <- WTF !!


perkataan2 ni bukannya baru... dah lama dah ada... knpa tak guna terjemahan yg lama?

contoh :

- budget = belanjawan
- bachelor = sarjana muda
- workshop = bengkel
- family = keluarga
- carrier = kerjaya
- national = kebangsaan
- track = litar
- client = pelanggan
- admin = pentadbiran
- edit = sunting
- idea = buah fikiran



paling best bila ada wujud perkataan baru dlm bahasa inggeris tetapi  pandai pulak dibuat terjemahan yg bukan direct translation dari english..

- software = perisian
- hardware = perkakasan
- mouse = tetikus
- motherboard = papan induk


knpa tak directkan je terus???

- software = barang lembut
- mouse = tikus
- motherboard = papan ibu


paling teruk bilamana sesuatu perkataan itu diterjemahkan ke b.melayu tp langsung tak berpadanan dgn maksud asalnya dlm b.inggeris..

contoh:

- associates professor = profesor madya
(sepatutnya profesor bersekutu)

- united states of america = amerika syarikat  <- sape punye bengap la yg terjemahkan sesebuah negara itu sama kategori dgn sebuah syarikat / pertubuhan perniagaan...
(sepatutnya ialah persekutuan amerika)...





dan yg paling penting...
skrg ni kita mengguna istilah bahasa melayu atau bahasa malaysia?
kejap flip sana.. pastu flop sini... apa dah jadiiii

bg aku, bahasa melayu patut dikekalkan keasliannya dan jgn tercemar dgn bahasa baru apatah lg yg di translate sebijik2 mcm si budus!

bahasa malaysia patut di guna secara universal dgn menggabungkan bahasa2 baru dari eropah, cina, india, sabahan, sarawakian... bahkan boleh di integrasikan dgn bahasa kelas tinggi dlm bidang ekonomi, kehakiman, perkomputeran, perubatan dsbnya........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2010 01:56 PM | Show all posts
bukan tu aje..bro...
configuration-konfigurasi
injection - injuksi
secara am nya english yg ending dgn  'tion' = si dalam BM
miskin nooo bahasa malaysia ni
tak tahu DBP approve atau tidak..(tak salah dalam parlimen satu MP tu kata DBP bacul / menyundalkan bahasa malaysia). lagi teruk short form BM(sms) la ni yg sama aku pun tak paham
sini = cni
situ= c2
dsbgnya....mungkin kurang 5 tahun..norma2 tulisan/puitis dalam surat akan lenyap
cth..assalamualakum,
kehadapan adinda semoga sehat2 hendaknya..sayugianya kanda juga sihat2 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 02:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by slug at 12-4-2010 14:48

1# system_failure
why?! (kenapa)

paling best (bagus) bila ada wujud perkataan baru dlm bahasa inggeris tetapi  pandai pulak dibuat terjemahan yg bukan direct translation (terjemahan terus/ langsung) dari english..

knpa tak directkan (???) je terus??? <<<apa ko cuba sampaikan ni?

- associates professor = profesor madya
(sepatutnya profesor bersekutu)
Makna associate professor = A college or university professor who ranks above an assistant professor and below professor"
Makna madya = ditengah-tengah (dalam kata lain diantara taraf penolong profesor dan profesor)
Maka associates professor = profesor madya

- united states of america = amerika syarikat  <- sape punye bengap la yg terjemahkan sesebuah negara itu sama kategori dgn sebuah syarikat / pertubuhan perniagaan...
(sepatutnya ialah persekutuan amerika)...
Syarikat juga membawa maksud "persekutuan, perkumpulan, ga&#173;bungan"

bg aku, bahasa melayu patut dikekalkan keasliannya dan jgn tercemar dgn bahasa baru apatah lg yg di translate (diterjemah) sebijik2 mcm si budus!

bahasa malaysia patut di guna secara universal (sejagat) dgn menggabungkan bahasa2 baru dari eropah, cina, india, sabahan, sarawakian... bahkan boleh di integrasikan (disatukan) dgn bahasa kelas tinggi dlm bidang ekonomi, kehakiman, perkomputeran, perubatan dsbnya........
system_failure Post at 12-4-2010 07:04


Bukan ke ko ni dah merosakkan bahasa ke? Bahasa melayu tunggang-langgang macam orang mabuk todi. {:2_70:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 06:22 PM | Show all posts
3# slug


haha.. aku mmg sengaja tulis campur aduk BM and BI..
ni kan forum... mane ade peraturan kena tulis bahasa formal...

apa yg aku cuba nak sampaikan... bukan ke sesetengah perkataan tu dah ada terjemahannya sejak lama dulu...
tp knapa di buat terjemahan baru?? pastu di kormersialkan pulak tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2010 06:30 PM | Show all posts
2# stamppad


ade lg aku nak tambah...

- train = tren
- reformation = reformasi
- medical = medikal
- promotion = promosi
- conclusion = konklusi  

sepatutnya:
- train = keretapi
- reformation = pembaharuan
- medical = perubatan
- promotion = tawaran
- conclusion = kesimpulan


takkan kita nak ikut terjemahan ala ke-indonan pulak......
tatabahasa generasi lama lg indah dan penuh puisi....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:31 PM | Show all posts
apa peranan DBP dalam hal sebegini? bukankah mereka pihak berkuasa untuk menegur kesalahan media dalam hal-hal Bahasa Melayu?

oh, sekarang ni guna Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2010 02:18 AM | Show all posts
hmm entah2 org2 besar dbp pn guna "i/U" kat rumah
pastu ckp2 campur2..org besar la ktakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 02:19 AM | Show all posts
hmm entah2 org2 besar dbp pn guna "i/U" kat rumah
pastu ckp2 campur2 mcm artis..org besar la ktakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2010 05:39 PM | Show all posts
satu lagi kenapa budak-budak zaman sekarang suka menaip perkataan merapu?

contoh AKU = AQ,AK

apa mereka ni BEBAL atau BODOH nak taip satu lagi huruf iaitu U, susah sangat ka?

APE = APEW

ni satu lagi yang aku perasan, kenapa perlunya tambah W?
tidakkah dengan menambah W itu tak jadi 'shortform' dan ia memerlukan lagi tugas nak menaip W.

dalam forum ni pun banyak yang menaip macam tu. guna keyboard penuh pun nak taip jugak 'shortform'.

aku pun nak guna shortform jugak kalau macam tu.

Assalamualaikum = Akum,semekom - WTF is this sh*t?

p/s : FYP
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2010 03:17 PM | Show all posts
betul tu..aku lihat skrng ni pun bahasa dah macam rojak..tercemar habis...kesian dengan bahsa kita....cuba kita pikirkan cara2 nak atasi dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 08:47 PM | Show all posts
Dewan Bahasa Dan Pustaka sepatutnya diletakkan terus dibawah Majlis Raja2 Melayu supaya kepentingan Melayu dan bahasanya terjaga dan dikawal dengan Daulat yang ada. Jadi mana2 pihak yg cuba memudahkan tafsiran akan didenda, inilah sikap 'tidak apa kita' biarkan dah teruk baru nak bertindak

betul tu..aku lihat skrng ni pun bahasa dah macam rojak..tercemar habis...kesian dengan bahsa kita.. ...
Yuree Post at 6-5-2010 15:17
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 04:54 PM | Show all posts
Dewan Bahasa Dan Pustaka sepatutnya diletakkan terus dibawah Majlis Raja2 Melayu supaya kepentingan  ...
H猷L鰃頧 Post at 6-6-2010 20:47



    errmmm....entahlah...tak faham..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2010 02:15 AM | Show all posts
Orang Malaysia gemar berbahasa Inggeris dengan saya walaupun saya berkeras untuk berbahasa Malaysia. Saya rasa seperti tiada berguna saya mempelajari bahasa Malaysia dengan penuh keazaman kerana apabila saya berada di Malaysia sejak lima tahun yang lepas keadaan masih sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 1.653576 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list