CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53888|Reply: 151

Univ Studio Singapore

[Copy link]
Post time 12-4-2010 09:43 AM | Show all posts |Read mode
nak tanya org yg dah pi sana tu,  ada surau tak kat situ....masa aku gi universal studio gold coast surau nyer ada kat s'pore ni aku seriau cket...walau org islam nyer ramai...nak cari makanan halal pun was2...tapi org sana balun ajer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2010 03:29 PM | Show all posts
mana org2 singaporah ni tadak sorang pun f/back....korang pun lum pi ker...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:27 PM | Show all posts
agaknyer dorg x reply sbb mrh ko ckp dorg smua balun aja...hehe
agak2 lah wey,dh ar ko post kat thread singapore...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2010 05:20 AM | Show all posts
kat sini..bukan kata surau...masjid pun ada

kitorang bukan taknak reply, malas jer nak promote

sebab kitorang sendiri pun melancong...ke seberang tambak


kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 01:11 PM | Show all posts
nak tanya org yg dah pi sana tu,  ada surau tak kat situ....masa aku gi universal studio gold coast  ...
morina Post at 12-4-2010 09:43



    ambboiiii suka suki jer cakap org sini main balun tanpa kira halal haram....
beb, bahasa menunjukkan bangsa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2010 02:38 PM | Show all posts
aku cakap based on kenalan2 aku...kedai nyonya cina pun dia bedal...kau tak makan yg kau nak bising apa hal....saper makan cili dia rasa pedas beb....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2010 02:38 PM | Show all posts
agaknyer dorg x reply sbb mrh ko ckp dorg smua balun aja...hehe
agak2 lah wey,dh ar ko post kat thr ...
aQuA_dIaMoNd Post at 20-4-2010 14:27


ala tak heran pun duaorg tak reply..pi nanti tau ler..leh aku update kat sini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2010 02:40 PM | Show all posts
kat sini..bukan kata surau...masjid pun ada

kitorang bukan taknak reply, malas jer nak promote

...
virgomal Post at 21-4-2010 05:20



    aku bukan suruh kau promote...aku tanya ada surau kat universal studio bukan kat singapore...aku pun tau sana ada masjid....adusssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 12:52 PM | Show all posts
Kalau kita meng google pasti kita jumpa soklan ni.....
source USS

F & B
Are there Halal-certified restaurants within the Park?
Yes. There are in fact, several. These restaurants are Mel抯 Drive-In, Friar抯, Goldilocks, Celebrity Caf
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 10:30 PM | Show all posts
aku bukan suruh kau promote...aku tanya ada surau kat universal studio bukan kat singapore ...
morina Post at 22-4-2010 14:40
situ takde surau
dorang lupa nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 09:35 AM | Show all posts
Salam V and Morina,

Sorry I miss this part.  Actually, YES, there is a musollah in Sentosa.
The Muslim staff in Sentosa have finally able to set up a Surau right here in Sentosa Island ! In your next trip to Sentosa and when the time comes to do your obligation, please find your way to the Rangers' Station which is just along the road towards the Beach Station. I hope that I could make it easier for those of you who are not familiar with the island. But ask the Sentosa staff on the ground if you aren't sure. Don't ask for "Surau" specifically as they would not know. Ask for Rangers' Station and the Rangers who are on duty at the Rangers' Station will direct you the way.

Currently, there is no wuduk area. Only wash basins. So, you need to go to the toilets which are nearby to take wuduk. I hope that helps!


situ takde surau
dorang lupa nak buat
virgomal Post at 10-5-2010 10:30 PM
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:45 PM | Show all posts
yuhuuu ~ wah jumper gaks ngan bod spore erk? ingatkn branik bunyik kt bod CI jerk

tk yah seriau ar or was2 nk mkn kt spore neh, kalo kt sinik ader certificate HALAL tuh dr MUIS, mmg ler dh HALAL

and for your info, kt spore mmg bersepah makanan HALAL CINA, tk mcm kt saner tuh, kt kopitiam yg bersepah tuh ntah nyer halal ker idak, tp tetap balun aper?? kehkehkeh

hope you find the surau, jgn mai negara owang nk act CHAMPION carik surau bagai, kot2 ler kt negeri sendirik tk penah jejak pung erk?

errkkk kt lowyat tuh kt maner erk tmpt solat dia???

tqvm and welkam to spore, kalo sesat ringan kn jerk mulut tuh ty owang taww
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:12 AM | Show all posts
Dutchy .... I agree with you .....;);)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 11:11 AM | Show all posts
Kalau kita meng google pasti kita jumpa soklan ni.....
source

F & B
Are there Halal-certified ...
sutera_abadi Post at 10-5-2010 12:52

kalau nak tersinggung tak yah masuk forum la....kat sini org mcm ragam...saper mkn cili rasa pedas la....kalau aku tadak duit aku posa jerk tapi solat tetap kena la walau aku tak berduit kan...aku dah agak tadak cuma nak kepastian ajer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 11:12 AM | Show all posts
Reply 11# sutera_abadi


    tq for the info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 11:14 AM | Show all posts
yuhuuu ~ wah jumper gaks ngan bod spore erk? ingatkn branik bunyik kt bod CI jerk

tk yah seria ...
dutchy Post at 11-5-2010 23:45



    baru aku tau kalau nak cari surau tu dikategorikan act CHAMPION ek...gitu akai org singaporah nih yg balun org lain ek aku tak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 12:51 PM | Show all posts
Its my pleasure.
Semoga keperibadian zahiriah Morina selaras dengan batiniahnya yek.. morina....


Reply  sutera_abadi


    tq for the info...
morina Post at 13-5-2010 11:12 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 03:39 PM | Show all posts
Its my pleasure.
Semoga keperibadian zahiriah Morina selaras dengan batiniahnya yek.. morina....  ...
sutera_abadi Post at 13-5-2010 12:51


amin...aku pun doa utk kau jugak ek... dengan org tak kenal mmg aku kasar tapi in reality aku bukan mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 01:03 PM | Show all posts
baru aku tau kalau nak cari surau tu dikategorikan act CHAMPION ek...gitu akai org singapo ...
morina Post at 13-5-2010 11:14



    elehhh bkn dut tk biasa ngan pertanyaan camneg, kalo nk mai spore mcm2 ler nk ty, ader masjid tk, ader makanan halal tk, betol ker HALAL tuh yada yada yada

as if ler kt seberang tambak tuh sooooo islamikk

btw dh book ker tiket nk gi US?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 01:16 PM | Show all posts
Terdapat tujuh zon dalam taman bertema ini dan setiap zon mempunyai sekurang- kurangnya sebuah restoran, sama ada yang halal atau sebaliknya. Di sini saya senaraikan restoran-restoran yang mempunyai sijil halal di Universal Studios Singapura.

Friar's

RESTORAN ini menyediakan hidangan ringan gabungan Asia dan Barat.
'Bungkusan' atau Wraps yang disediakan merupakan tortilla (roti Mexico) dengan pilihan enam jenis inti seperti ayam kacang Thai, makanan laut, ayam tandoori dan daging itik. Inti kegemaran ramai ialah ayam teriyaki dan ayam tandoori.
Dua jenis tempat duduk disediakan - di 'kaki lima' atau di dalam restoran berhawa dingan dengan dekor umpama sebuah gereja kecil dengan perabot berwarna coklat gelap.

Wraps ini dibungkus dengan dua lapisan kertas yang membuat makanan ini hangat untuk beberapa waktu.
Tetapi anda dinasihatkan supaya memakannya dalam jangka waktu beberapa minit untuk mengelakkan roti tortilla yang digunakan menjadi kembang dan basah disebabkan inti yang disumbatkan.


Goldilocks

ISTANA tersergam yang anda lihat dari jauh (lihat gambar besar di atas) terletak dalam zon ini. Sementara menunggu watak animasi seperti Shrek ataupun Puteri Fiona muncul, anda boleh menjamu selera di restoran Goldilocks yang menyediakan makanan Barat seperti ayam goreng, fish and chips dan kentang lenyek. Seperti di restoran Mel's Drive-In, hidangan di restoran Goldilocks ini juga lumayan.

Walaupun sijil halal telah diberikan kepada dapur restoran ini, pelekat logo halal tidak ditampalkan di pintu masuknya, kerana restoran ini berkongsi tempat dengan gerai aiskrim Ben & Jerry yang tidak mempunyai sijil halal. Makanan kegemaran saya di sini ialah ayam berperisa bawang putih. Kulit ayam garing, sementara isinya masih lembut dan tidak kering. Harga antara $3.50 untuk sekeping daging ayam dengan $19.80 untuk lapan keping.


Mel's Drive-In
RESTORAN ini sama namanya dengan sebuah restoran dalam filem American Graffiti. Dekor klasik era 1950-an di dalamnya akan membuat anda berasa seolah-olah berada di tengah-tengah dunia hiburan Hollywood, lengkap dengan juke-box untuk pelanggan memutarkan lagu kesukaan mereka. Makanan yang disediakan ialah makanan Barat iaitu burger, pilihan ala-carte ataupun hidangan set.

Saya telah mencuba burger ayam dan juga burger daging lembu. Rasa burger daging lembu seakan-akan daging rendang dan burger ayam pula adalah sekeping daging ayam tanpa kulit yang disaluti serbuk roti dan digoreng berendam. Jangan terperanjat apabila anda membuka bungkusan burger ini. Roti dengan lapisan daging dan juga sayur-sayuran adalah yang terbesar pernah saya lihat. Setiap hidangan boleh dikongsi dua orang. Roti yang digunakan berbeza dari yang digunakan oleh restoran-restoran makanan segera. Ia lembut, kulit roti berwarna keemasan dan kilat. Roti ini dibuat khusus untuk restoran Mel's Drive-in.

Walau bagaimanapun, jika anda inginkan ketenangan sewaktu menjamu selera, restoran ini bukanlah tempatnya. Suasana dalam restoran agak riuh dengan lagu-lagu yang berkumandang dan perbualan lantang para pelanggan lain yang menjamu selera di situ.


Oasis Spice Cafe

PENGUNJUNG akan berasa takjub dan seolah-olah berada dalam zaman Firaun ketika melangkah masuk ke zon ini. Bagaimanapun, suasana di dalam restoran Oasis Spice Cafe ini pula menyerupai sebuah restoran di Timur Tengah. Pelayannya memakai baju seragam dan tarbus, dan lagu-lagu Timur Tengah pula sentiasa berkumandang.

Selain makanan Timur Tengah, pelanggan juga boleh memilih makanan India Utara dan beberapa jenis makanan setempat. Dari pilihan The Sphinx adalah hidangan-hidangan seperti kebab Arab, tabouli, falafel dan couscous. Dari pilihan Ramesses pula ialah makanan India Utara seperti ayam mentega, pekat dan berkrim dengan rasa yang enak, samosa dan sup dhal seakan-akan bubur asyurah.

Nasi beriani yang disediakan adalah mengikut masakan Bombay. Warna nasinya cukup menarik kerana penggunaan koma-koma dan aromanya pula memang menyelerakan. Nasi beriani ini dilapis dengan lauk dagingnya. Pelanggan tidak perlu mencampurkan nasi ini dengan kuah, kerana rasa nasinya sahaja sudah cukup enak. Untuk pencuci mulut saya syorkan pelanggan mencuba kheer badam, emmm... lazat! Walaupun susu pekat digunakan sebagai salah satu bahan, rasanya tidak berapa manis. Badam yang dikisar kasar-kasar terasa apabila anda memakan manisan ini.


Marty's Casa Del Wild

MEMASUKI restoran ini seperti anda memasuki dunia animasi filem Madagascar! Lagu petikan dari filem tersebut yang diperdengarkan membuat anda rasa mahu ikut sama menari. Pintu masuk restoran ini pula melambangkan sebuah tudung saji yang beropolkan daun pisang.

Pengunjung yang 'mati-mati' mahukan makanan Melayu, inilah tempatnya. Cef Jo Suratman, tukang masak yang bertanggung jawab menyediakan makanan di restoran ini, menyediakan empat set hidangan nasi iaitu kombo sate, kombo daging ayam Thai dipanggang, kombo daging rendang dan kombo daging ayam kari hijau Thai yang berharga antara $12 dengan $13.90 termasuk pencuci mulut. Semua jenis kombo disertakan dengan sama ada nasi putih atau nasi goreng, termasuk satu jenis sayur. Setiap hari ada promosi satu jenis hidangan lain, umpamanya nasi ayam ($9.90).


Celebrity Cafe & Bakery

INILAH 'syurga' untuk orang-orang yang gemar memakan manis-manisan atau pencuci mulut.
Ia terletak dekat dengan pintu keluar dan masuk taman Universal Studios Singapura. Pengunjung boleh menjamu selera di sini sebelum memasuki lebih jauh ke dalam taman, ataupun sebelum pengunjung keluar meninggalkan taman ini.

Saya kagum dengan hiasan kek-kek yang disediakan, terutama untuk anak-anak, seperti kek cawan.
Hiasan gula dan krim dibuat mirip watak-watak kartun dari filem-filem keluaran Walt Disney, tetapi cuma cantik dipandang. Rasa keknya biasa-biasa sahaja. Rasa satu yang lainnya sama.
Terdapat juga sandwic, pastri, brownies, muffin, pai dan aiskrim gelato di restoran ini.

[dut amek dr bod travel

http://mforum.cari.com.my/viewth ... age%3D1&page=16/color]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.275256 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list