CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kenapa Kena Boo, eh? - Kambing Dalam Perahu; Betul ke Tak Tahu -

[Copy link]
Post time 16-4-2010 11:46 PM | Show all posts
klu nk boo... boo lah semua artis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2010 11:48 PM | Show all posts
org boosbb kikin kot..huhu..meluat tgk bini die tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 01:30 AM | Show all posts
Kesian kat Mawi ni..ada rumah bungalow besar...kereta2 mewah..macamana lah dia nak
bayar ansuran kat bank kalau dia dah tak laku ya..tak tau lah kalau semua tu dia beli dengan
cash..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 05:46 AM | Show all posts
life is an echo...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 07:09 AM | Show all posts
patah sayap bertongkat paruh....bsabaqlah mawi....
dugaan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 07:18 AM | Show all posts
apa salahnya diorang nak bersama aku rasa bukan itu isu dia kena boo...ramai ajer pasangan artis dah bersuami isteri mlm tu...pada aku every suami isteri harus camtu..lagipun dua dua takde komitmen macam nak jaga baby ker apa..so takde salahnya mereka bersama kemana mana terutama dalam majlis rasmi camtu....kalau kita tgk datok aziz satar ngan isterinya...sejuk ajer org pandang...begitu juga seperti siti nurhaliza dan datok k yang sporting..mereka ni sentiasa dapat sorakkan kalau kamera kearah mereka...

mungkin org ramai meluat ngan ekin gedik dan mawi yang ala ala sejuk tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 09:03 AM | Show all posts
Kesian ikin.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2010 03:27 PM | Show all posts
Elok la dia sedar diri sikit lepas kena boo.. len kali baru kuar statement down to earth x la mendabik dada... pengajaran kenkadang datang dengan cara yg very de sarcastic.. sabor je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2010 10:21 PM | Show all posts
Elok la dia sedar diri sikit lepas kena boo.. len kali baru kuar statement down to earth x la mendab ...
redsentra Post at 19-4-2010 15:27


..pernah ke Mawi cakap mendabik dada...? rasanya cuma cara dia bercakap macam poyo...tu yg selalu di salah anggap...
namun rasanya tak pernah dia meninggi diri atas popularitinya...entahlah.....:re:
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 09:27 AM | Show all posts
..pernah ke Mawi cakap mendabik dada...? rasanya cuma cara dia bercakap macam poyo...tu yg selal ...
wangi08 Post at 19-4-2010 22:21

lain org... lain penerimaanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 01:12 PM | Show all posts
Yang kena boo ikin kot....bukan mawi
(backing aje...)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 02:12 PM | Show all posts
Reply 70# dino


    yeap lain org lain penerimaannya... & ada statement mawi yg banyak dabik dada....buat peminat dia lari sebb rasa tidak dihargai huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 02:18 AM | Show all posts
what ever la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 08:33 AM | Show all posts
Reply  dino


    yeap lain org lain penerimaannya... & ada statement mawi yg banyak dabik dada. ...
redsentra Post at 20-4-2010 14:12

maybe psl aku tak mengharapkan apa2... lain la org yg pulun undi dolu2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 05:05 PM | Show all posts
Reply 74# dino


    khen... aku pun x harap apa2.. tapi harap sangat mawi nyanyi kasi sedap je miahahha... baru layan tinge
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 07:24 AM | Show all posts
Jawablah! Fobia selepas kena 'boo'?
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/04/28


Mawi ketika ditemubual.

Mawi berfikiran positif, anggap semua dugaan ini asam garam dalam dunia hiburan

KEJADIAN dicemuh penonton sewaktu menghadiri acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH_) awal bulan ini benar-benar mengejutkan penyanyi ini serta pelbagai pihak yang turut berada di lokasi kejadian. Siapa sangka bekas pemenang anugerah kategori Bintang Paling Popular selama tiga kali berturut-turut, Asmawi Ani atau lebih akrab disapa Mawi boleh dimalukan sebegitu rupa.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga membuatkan penonton tergamak untuk melakukan perkara mengaibkan itu kepada penyanyi popular ini. Adakah ia satu hukuman kepada penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aduh! Saliha ini ataupun ia menandakan empayar Mawi yang cukup kukuh sejak empat tahun lalu kini sedang menuju ke zaman kejatuhan.

Biar apapun telahan serta spekulasi yang ditebarkan, Mawi ketika diminta mengulas hal ini berfikiran positif serta tidak menganggap perkara itu sedemikian. Sebaliknya dia mendakwa masih mempunyai peminat yang setia menyokong kerjaya seninya. Buktinya, sewaktu bertemu peminat di kawasan luar bandar khususnya, popularitinya masih bertahan di kalangan mereka.

Pun begitu, menyedari dunia hiburan sebenarnya boleh diumpamakan sebagai roda yang berputar, Mawi mengakui yang dia memang sudah lama bersedia untuk berdepan dengan zaman suramnya. Bukan hendak mendabik dada atau cuba bersikap berpura-pura apabila berkata demikian, tetapi Mawi lebih bersikap realistik dan sedar akan pasang dan surutnya populariti seseorang artis itu.

Apa perasaan Mawi apabila diboo penonton sewaktu ABPBH tempoh hari?

Mawi: Sebenarnya saya sendiri tertanya-tanya bagaimana boleh jadi sebegitu? Iyalah, tentunya saya tertanya-tanya juga apakah salah saya sehingga menyebabkan penonton bertindak sebegitu. Tapi apabila menyedari yang di dalam dewan itu dipenuhi dengan penyokong penyanyi lain juga jadi saya anggap perkara itu adalah normal. Tak semua orang minat kita dan tak semua orang benci kita. Kalau dulu sewaktu orang melaung dan menjerit nama saya, saya sendiri tertanya-tanya, jadi bila ada yang boo, saya juga memberikan reaksi yang serupa. Ia jelas tindakan di luar kawalan dan saya tidak salahkan penganjur dalam hal ini.

Tapi Mawi rasa tak yang ia bagaikan satu petanda yang populariti Mawi seakan merosot?

Mawi: Saya tak rasakan sebegitu kerana bila saya terbabit dengan persembahan di luar bandar, sambutan yang saya terima tetap di luar dugaan. Buktinya baru-baru ini sewaktu saya berkunjung di kawasan Felda, mereka masih meminati saya. Bagaimanapun, saya sedar yang populariti seseorang artis itu takkan mampu bertahan lama. Tiba masa ada ramai pelapis yang sedia mengganti. Jadi disebabkan itu saya sudah lama menanam dalam hati supaya sentiasa bersedia menerima zaman kejatuhan saya.

Bagaimana dengan reaksi pihak yang menjadikan Mawi jurucakap produk mereka? Adakah perbuatan itu memberi impak kepada mereka?

Mawi: Terdapat dua produk yang menjadikan saya jurucakap mereka iaitu Marrybrown dan Silky Men. Setakat ini mereka tidak memberi sebarang komen mereka berhubung insiden itu.

Apakah selepas ini Mawi serik untuk menghadiri mana-mana acara anugerah bimbang insiden yang sama berulang kembali?

Mawi: Seperti yang saya katakan tadi, saya tak menyalahkan sesiapa apabila insiden seperti ini berlaku. Saya tak mempunyai kuasa untuk memaksa peminat menyukai saya. Saya juga tidak menyalahkan penganjur kerana perkara itu berlaku di luar kawalan mereka. Jika saya diundang, saya tetap akan datang. Cuma saya harap, mereka (penonton) akan lebih ras]sional dalam hal ini. Kita datang atas dasar memenuhi undangan tuan rumah serta memeriahkan acara. Jadi jangan keruhkan keadaan dengan perbuatan seperti itu (menyorak).

Baru-baru ini telemovie terbitan syarikat produksi Mawi berjudul Jiwa Kacau ditayangkan di kaca televisyen. Ada yang mendakwa drama itu dibuat secara tangkap muat. Komen sikit.

Mawi: Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan drama ini dibuat secara tangkap muat. Saya pantau pembikinan drama ini dari mula sampai habis. Malah sewaktu sesi penyuntingan, saya tetap turun padang.

Begitu juga dengan soal skrip, kami mempunyai lima orang panel yang terbabit untuk memilih skrip mana yang terbaik. Bukan hendak membanggakan diri, tetapi telemovie terbabit turut mendapat pujian Astro. Produksi saya memang tidak pernah berkompromi dengan soal kualiti.

Dan disebabkan itulah kami masih diberi peluang untuk bekerjasama dengan Astro pada masa akan datang. Buat masa ini produksi saya masih sibuk dengan pembikinan drama bersiri berjudul Hikmah Seruan Nami yang 80 peratus penggambarannya dijalankan di Pulau Nami, Korea. Dalam drama ini pembabitan saya hanyalah menyanyikan lagu temanya saja yang berjudul Menanti Hikmah, hasil ciptaan komposer Cina, Hudson dan lirik oleh Mata.

Ramai yang melihat Mawi semakin aktif mengacara dan berlakon, bagaimana pula dengan karier nyanyian? Bila album Idola akan dipasarkan?

Mawi: Saya masih lagi menyanyi tetapi tidaklah seaktif dulu. Tak dinafikan, sejak kebelakangan ini, tawaran untuk membuat persembahan, walaupun ada tapi tidaklah sekencang dulu. Jika dulu saya boleh dapat dalam 10 tawaran sebulan, kini adalah dalam dia, tiga tawaran sebulan.

Namun, undangan itu masih ada walaupun tak banyak.Mengenai album Idola, ia memang sudah lama siap dan menunggu masa untuk dipasarkan. Tapi mengikut syarikat rakaman iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), pengedaran album itu terpaksa ditangguhkan dulu memandangkan pasaran album yang tidak memberangsangkan ketika ini.Saya tak kecewa dan saya memahami situasi ini.Jadi saya akan terus menunggu.Tapi jika kontrak saya tamat pertengahan tahun depan, barulah saya bercadang untuk memasarkannya sendiri.

Ada yang bertanya sampai bila Mawi mahu terus dikenali dengan imej botak? Tak bimbang peminat jemu dengan penampilan yang sama?

Saya lebih selesa dengan imej botak seperti ini. Saya memang tak boleh simpan rambut panjang. Kalau rambut tumbuh panjang saja, saya akan pening kepala. Jadi biarlah saya kekal dengan imej sebegini, sampai bila-bila.



**********************************************************


.. tak tengok la pulak cerita jiwa kacau tu... tapi memang jarang la sangat tengok tv melainkan bila liverpool main aje...  anyway... regarding kes boo sana sini tu... saya rasa tak perlu lagi nak besar2kan benda petty macam ni... mawi still dalam dunia hiburan...  dan mungkin kalau ada lagu baru yang bagus dan best... harus dia popular lagi... apa-apa pun... banyak lagi benda2 yang berfaedah lain yang dia boleh buat... tak semestinya kena menyanyi aje..   pasal rambut tu..ishhh reporter ni pulak, tu pun nak tanya... elok aje la mawi botak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 09:32 AM | Show all posts
Jawablah! Fobia selepas kena 'boo'?
Oleh Farihad Shalla Mahmud

2010/04/28


Mawi ketika ditem ...
dexa Post at 28-4-2010 07:24

psl jiwa kacau tu kan... bohong la klau kata tangkap muat..... hanya yg mmg anti mawi jer ckp mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:10 PM | Show all posts
psl jiwa kacau tu kan... bohong la klau kata tangkap muat..... hanya yg mmg anti mawi jer ckp mcm  ...
dino Post at 28-4-2010 09:32


hehehe...betul tu....s
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 11:15 AM | Show all posts
wartawan banyak tul yang anti mawi... yg sokong mawi ada la sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2010 09:43 PM | Show all posts
bukan sebab sikap poyo nyer ker yang menyebabkan populariti dia jatuh merundum?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.111550 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list