CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri-jelmaan

ACHIK SPIN MENINGGAL AKIBAT KEMALANGAN JLN RAYA-AL FATIHAH

  [Copy link]
Post time 23-4-2010 09:11 PM | Show all posts
muka anak dia tu betul2 macam arwah achik. Alfatihah kat arwah dan semua yang pergi mendahului kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 09:24 PM | Show all posts
2-3 hari seblm arwah meninggal, as duk la ckp kat hubby..
ahad nnt nk tgk citer achik & nana..
tapiiii bila dpt tahu dia dh takde, x jd tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 11:02 PM | Show all posts
aku dpt tau highway lekas tu cam apa sikit eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2010 09:33 PM | Show all posts
sapa tgk galaksi???!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 11:03 PM | Show all posts
Reply 1004# puteri-jelmaan

tgk tadi..punya la dok kontrol air mata jgn kuar.
adoila..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 11:16 PM | Show all posts
Reply 1004# puteri-jelmaan

tgk tadik..x leh nk kontrol..sedih sgt..lg2 part tasha cium arwah wat kali terakhir n bagi anak dia cium sama..
al-fatihah utk arwah n mereka2 yg terdahulu meninggalkan kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2010 12:19 AM | Show all posts
AL FATIHAH

INSYALLAH sedekahkan al fatihah buat mereka...yng aku igt...

aku xleh lupe sbb haritue lalu highway lekas...nmapk kesan terbakar kt papan tanda
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 12:23 AM | Show all posts
sedih sangat kata2 tasha ni..tabah kan sheols..untung achik dpt wife mcm dia..dia pun untung gak dpt ...
toxicated Post at 23-4-2010 20:11


kaaaan???

kalau Tasha ni tinggal dekat2 sini.. nak je try approach..
   



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2010 12:52 AM | Show all posts
Reply  puteri-jelmaan

tgk tadik..x leh nk kontrol..sedih sgt..lg2 part tasha cium arwah wat kali ...
kuzaime Post at 24-4-2010 23:16



weh..ada online tk???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 11:15 PM | Show all posts
Isteri 'Achik' di dunia & akhirat



Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

DI TEPI pintu yang bercermin, kala hari semakin gelap, seorang kanak-kanak kecil setia menanti. Sesekali dia mengintai, matanya melilau luas, mencari-cari ke luar rumah. Dengan puting susu erat di mulut, dalam pelat bahasa kanak-kanaknya, berkali-kali dia bertanya, 'Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah tak sampai lagi ni?'

Penat menanti, akhirnya dia ketiduran tanpa mengetahui selama kehidupannya, dia akan terus menanti.

Ya, benar, semenjak malam itu, anak kecil berkenaan terus bertanya soalan yang sama. Mana ayah? Mana ayah? Kenapa ayah belum balik rumah?

Anak kecil yang bernama Sofia,3 tahun itu sebenarnya tidak akan sama sekali bertemu dengan jawapan kepada persoalan itu.

Ini kerana, lelaki yang ditunggu itu sudah menutup matanya, hayat hidupnya telah berakhir dan dia telah dipanggil semula oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam.

Ayahnya, lelaki bernama Adillah Murad Md. Shari yang kita kenali sebagai Achik, pelantun suara kumpulan Spin itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika perjalanan pulang ke rumah kelaminnya di Senawang, Negeri Sembilan pada 17 April lalu.

Kenderaan MPV yang dipandu arwah terbakar di tempat kejadian dan Achik disahkan meninggal sejurus selepas kemalangan di kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban, Negeri Sembilan.

Selain Sofia, Achik meninggalkan seorang lagi anak yang masih kecil, Safia, 10 bulan dan seorang balu, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof (Tasha).

Anak pertama pasangan ini, Puteri Rania meninggal dunia selepas beberapa bulan dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.

Kejadian ngeri yang membuatkan dalaman jasad penyanyi itu cedera serius, pembuluh darah pecah dan hatinya hancur berkeping-keping, selepas setengah jam berjanji di talian telefon untuk membawa keluarganya keluar makan selepas persembahan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

"Saya tidak pernah menyangka, anak-anak akan kehilangan ayahnya dengan cepat. Ketika Sofia dan Sumayyah (panggilan untuk di kecil) masih tidak kenal erti hidup, dia sudah pergi.

"Dulu ketika kami hilang Rania, arwah yang bagi saya kekuatan untuk teruskan kehidupan.

"Sekarang bila arwah yang jadi tulang belakang saya selama ini sudah pergi, saya tak ada sesiapa lagi. Hanya ada dua anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya sendiri tidak tahu macamana caranya saya hendak teruskan kehidupan selepas ini," luah Tasha dalam bicara tersekat-sekat, ketika saya dan teman-teman mengunjunginya, lima hari selepas perjalanan arwah ke alam barzakh.

Kami hadir untuk berkongsi rasa dari dalam diri Tasha sendiri, sementelah kami sendiri cukup mengenali Achik sebagai salah seorang penyanyi muda yang cukup baik, bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya.

Dia tidak pernah lokek keringat, malah selalu menerima pelawa Pancaindera untuk memeriahkan acara kami tanpa banyak tanya dan soal tentang ganjaran.

Malah, Achik yang kami kenali juga, bukan seorang artis yang bermasalah sehinggakan sukar sekali untuk mencari meski sekecil hama, sisi negatifnya selama ini.

Mula merinduinya

Melihat Tasha yang pada hari pengkebumian jenazah suaminya di Makam Tuan Haji Said, Seremban, wanita ini cukup tabah, malah jarang sekali menangis kala ditemubual media. Pun dalam pertemuan kali ini, dia berubah sama sekali.

Dalam pandangan matanya yang tidak 'segalak' dahulu, Tasha tidak mampu menahan air mata kata kami bertanya tentang perancangan untuk zuriat yang ditinggalkan arwah.

Barangkali kunjungan selepas lima hari kehilangan itu, telah membuatkan dia mula merindu. Jika sebelum ini dia hanya merasakan suaminya hilang kerana urusan kerja di luar daerah, hari kelima membuatkan dia sudah mencari-cari bau sang suami.

"Benar kak, saya sudah mula rindukan dia. Terbayang-bayang dia ada. Sofia pun lepaskan rindu dengan mencium baju arwah. Saya tak tahu, apa lagi yang perlu saya jawab, bila Sofia hari-hari bertanya mana Achik pergi," katanya lagi.

Menelaah nostalgia, mengenali Achik semenjak pertemuan pertama mereka pada Januari 2002, menurut Tasha dia tidak mungkin akan bertemu dengan lelaki sebaik Achik lagi.

Meskipun mencari untuk sepanjang hidup, dia tahu lelaki seperti Achik tidak akan ada duanya.

"Saya mahu menjadi isteri dia di dunia dan di akhirat. Saya tak akan fikirkan apa-apa lagi selepas ini kecuali anak-anak dan kenangan bersama arwah.

"Sepanjang hidup,masa bercinta, bertunang, lepas kahwin, dia tidak pernah sakitkan hati saya. Cakapnya tidak pernah tinggi . Pemergian Rania membuatkan dia selalu berpesan, kalau apa-apa terjadi kepada dirinya, dia mahu saya jangan menangis.

"Sebab itu, pada hari dia meninggal, di depan orang saya tidak menangis kerana saya ingat pesan dia walaupun dalam dada saya bagai mahu pecah menahan sedih. Tetapi sekarang entahlah, saya berasa sudah tidak kuat lagi," ceritanya lagi.

Setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan bahawa arwah sudah meninggalkan beberapa alamat atas pemergiannya itu.

Ini termasuklah perilaku ganjil yang tidak pernah dada sebelum ini dan hanya setelah Achik tiada, barulah Tasha perasan akan segala perubahan itu.

"Dua minggu sebelum meninggal, dia cepat sensitif, suka bersedih. Selalu juga dia buat benda macam dalam keadaan tergesa-gesa. Angkat kain tergesa-gesa, berjalan tergesa-gesa, makan pun hendak cepat, sedangkan masa tu bukan banyak kerja pun, " imbasnya.

Ketika rumah teres setingkat yang suram itu kami tinggalkan, hati sebenarnya sangat berat. Masih mahu bersama 'meratah' pilu seorang isteri yang ditinggalkan, pun saya akur, sekuat mana pun kami mencuba, masih tidak dapat menyelami duka laranya. Sempat juga saya ingatkan Tasha, bahawa dia tidak perlu bersedih.

"Sekarang, Achik sedang bersama Rania. Tasha dengan Sofia dan Sumayyah, itu adil bukan?," dan wanita itu erat mendakap saya sebelum kami berpisah.

Di petang yang rembang, hati kami turut terkesan. Pilu kerana satu kehilangan teman yang budiman. Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 11:19 PM | Show all posts
Ya Allah sayunya hati baca kat atas ni..hope wife Achik tabahlah dgn kehilangan suami tersayang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 11:21 PM | Show all posts
Alkisah... Kisah Achik dan wartawan
Oleh Raja Nurfatimah Mawar

2010/04/25



SEBENARNYA memang RAJA terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan mengenai berita Achik Spin meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Rasanya belum terlambat Raja dan rakan-rakan di Bintang Popular mengucapkan takziah pada isteri dan keluarga arwah.

Setiap minggu ada saja beri­ta kematian yang kita dengar sejak akhir-akhir ini. Daripada Yanie Mentor, Din Beramboi dan minggu lalu, Achik pula menyusul. Begitu juga dengan penyanyi era 60-an, Jaafar O serta bekas pelakon dan dramatis terkenal, Zainurdin Ismail yang juga bapa kepada personaliti TV, Dang Suria, ma­sing-masing meninggal dunia pada Khamis lalu.

Itulah yang dinamakan hidup dan mati ini, semuanya ketentuan Tuhan. Sampai masa kita juga akan menyusul. Raja nak ceritakan sedikit kisah arwah Achik pada pembaca. Kisah ini diceritakan seorang teman di Berita Harian. Dia memang terkejut dan meni­tiskan air mata apabila mendapat tahu Achik sudah tiada.

Kisahnya berlaku lima tahun dulu. Ketika itu, arwah ke Balai Berita untuk menjayakan satu sesi fotografi bersama seorang teman wartawan. Ketika itu, arwah datang dengan fesyen rambut berwarna perang. Sebagai orang Islam, teman Raja ini rasa menjadi tanggungjawabnya menegur arwah. Lagi pula ketika itu sedang heboh kisah pembunuhan seorang gadis yang mati dalam keadaan aib dengan rambut berwarna dan kuku bercat.

Khabarnya ketika itu, orang kampung heboh mengatakan roh si gadis merayau-rayau meminta warna rambut dan kukunya dibuang. Raja tidak pasti kebenaran cerita itu. Betul atau tidak, waullahualam...

Itu versi cerita orang kampung, kita tak tahu sejauh mana kebenarannya. Bagi Raja, baik atau buruk cerita orang yang sudah mati ini, tidak elok untuk diperbesar-besarkan.
Jadi, teman Raja ini berkhutbah panjang dengan arwah, tak elok rambut diwarnakan, apatah lagi warnanya perang macam bulu jagung, dia pula lelaki. Ambil air sembahyang pun mungkin tak sah dan kita pun tak tahu bila ajal nak menjemput. Arwah mendengar saja, tak langsung membantah.

Tidak lama selepas itu, arwah datang lagi ke Berita Harian, kali ini rambutnya dihitamkan se­mula. Terkejut juga teman Raja, tak sangka arwah ni mende­ngar kata. Kalau artis lain mungkin apa yang dikatakan teman Raja itu, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sejak itu, arwah tak pernah lagi mewarnakan rambutnya. Dan kini, arwah sudah tiada, itulah kata teman Raja, kita tahu tarikh kita dilahir­kan, tetapi kita tak tahu bila tarikh kita mati kan... Al-Fatihah buat arwah Achik, semoga rohnya dicucuri rahmat.

RAJA: Teringat serangkap lirik lagu nyanyian Herman Tino yang dalam maksudnya iaitu, tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri, derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 11:22 PM | Show all posts
mmg sedih bila tgk anak die menangis2 nk ayah die...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2010 11:39 PM | Show all posts
tasha pun muda..dan mempunyai anak2 yg masih kecil..mcm mana lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 11:58 PM | Show all posts
baru ari ni sempat nak msk sini..dah seminggu aku sedih dan terkesan dgn pemergian arwah ni..

anyway, satu pemergian yg mengejutkan, tmbah sedih mengenangkan tasha dan anak2 yg still kecil lagi. aku minat dgn arwah ni sejak dr zaman mengusung rindu, restu, gurauan berkasih smpailah ke benang emas dgn nana. kalo karaoke suka nyanyi lagu2 ni. termsk gak janji kita dan hadirlah mustika. cuma blom smpat dgr lagu terakhir dia tu..

anyway, sedih baca luahan hati tasha...aku doakan dan harapkan tasha terus tabah dan kuat demi membesarkan anak2. betapa tgginya kasih syg dia pada arwah dan betapa dapat kita lihat arwah seorg yg bertggjwb dan sygkan keluarganya...semoga roh arwah dicucuri rahmat.

buat nana, aku pun arapkan dia sabar kehilangan rakan karib dan teman duetnya sejak dr remaja lagi...janji Allah, satu saat pun takkan terlewat
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:19 AM | Show all posts
sayu nya baca luahan tasha..harap tasha tabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2010 12:22 AM | Show all posts
baru ari ni sempat nak msk sini..dah seminggu aku sedih dan terkesan dgn pemergian arwah ni..

any ...
fahima80 Post at 25-4-2010 23:58


aku suka lagu mengusng rindu...sedar x sedar..ptg tue.. dlm pukul 5 lebih ker..aku ade mmg terbukak lagu nie...
mlm aku x sangka dpt tahu achik meninggal......

skrg nk bukak aku sgt takut..kesian kt arwah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:32 AM | Show all posts
menitis air mata aku bila baca luahan hati tasha..petanda2 sblm pemergian arwah..semoga tabah menghadapi liku2 hidup tnpa arwah disisi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2010 12:46 AM | Show all posts
aku dh tgk galaksi kat online..sedih..melodi je tk sempat td..ni jgn tidur lagi..uhuhuh..aku rasa ramai yg tunggu nk tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 12:58 AM | Show all posts
kt melodi td pun ada tnjk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.076947 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list