CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ujang

Sapa penah bela Anjing

[Copy link]
Post time 14-9-2011 01:07 PM | Show all posts
agak2 kalau anjing tu mcm ni korang nak tak bela...






Shizu Poodle Pekinese Mixed Bree ...
ujang Post at 17-4-2010 20:29



    teringin jgk nk bela tapi haram kalau xde sebab membelanya.kalo suh jaga kebun krg nnt dia gigit tuan kebun sebelah,suh jaga umah nnt jiran x selesa plak,sbb tu melayu lebih suka bela hantu raya utk jaga kebun dengan jaga umah hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2011 08:27 AM | Show all posts
tengok bule la.. nak bela sorry la.. sbb susah nak kawal kenajisannya.. takut solat aku tak sempurna kerana ade najis mughalazoh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 05:33 PM | Show all posts
teringin sangattt nak bela anjing tapi rasa - rasanye tak boleh kot pesal kawasan kejiranan kat umah banyak melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 01:50 AM | Show all posts
teringin sangattt nak bela anjing tapi rasa - rasanye tak boleh kot pesal kawasan kejiranan kat umah ...
zooglera Post at 21-11-2011 17:33


nak bela poodle laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 12:07 PM | Show all posts
kalo ada kebun nak jugak bela anjing, lebih2 lagi mcm anjing dlm cite hachiko tu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 01:27 PM | Show all posts
i memang peminat anjing .. geram tgk anjing comel comel dan tinggi IQ ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2011 12:57 PM | Show all posts
so ikut le mazhab maliki yg tak mengharam kan anjing...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 02:54 PM | Show all posts
Anjing binatang cerdik dan setia pada tuan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 02:55 PM | Show all posts
so ikut le mazhab maliki yg tak mengharam kan anjing...
razhar Post at 28-12-2011 12:57


Bila Islam mengharamkan anjing ? Cuma najis dan jilat dia yang kena jaga
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2011 04:43 PM | Show all posts
Maliki tidak menyatakan najis dan jilat anjing sebagai najis berat yg memerlukan samak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2011 11:48 AM | Show all posts
ada seorang melayu yg me datang rumahnya ada bela anjing..........cute beli around rm800.....dia cerita selalu bawa gi salooonnn trim2 bulu ......sanggup berhabis untuk anjing....n tujuan bela untuk keselamatan rumah..........tettttttttttttttt....if betul untuk keselamatan rumah.....bukanlah anjing jenis rendah yg cute ok.....bisanya yg tinggi, besar n garang tu.....letak kat depan luar rumah.....dia nih letak kat belakang..duk dalam cage, yg masuk dalam area rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 11:31 PM | Show all posts
Maliki tidak menyatakan najis dan jilat anjing sebagai najis berat yg memerlukan samak...
razhar Post at 30-12-2011 16:43


haku bermazhab syafie . Apa2 pun kebersihan kena jaga .
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:50 PM | Show all posts
saye nak anjeng biscon friesbie.........tolong sgt nak bela nak ajak g jogging...urmmm sekadar mememuji ciptaan tuhan...still binatang haremmmsss xle wat pape
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:40 PM | Show all posts
my dog...no.1...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:46 PM | Show all posts
teringat pulak anjing kat flat aku ni ha...terbiar, tp muka comel ...pagi2 dia berharap je ade org bg mkan kat dia...aku mcm teringin je nk bg makan kat dia tp takut nti dia dtg gesel2 kat aku pulak...pastu jenuh nak samak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:52 PM | Show all posts
my dog,no.2




kalo yg bermazhab lain tu..boleh beli sabun utk samak yg banyak digunakan oleh doktor hewan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 09:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by leotazz818 at 25-4-2012 09:28

Koleksi Soal Jawab Agama
Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-bela-anjing/
Hukum Bela Anjing


ALhamdulillah, kita dah dengar banyak ilmu tentang kenajisan/ketidaknajisan anjing.

Minta tuan2 ilmuwan al ahkam terangkan hukum beserta dalilnya untuk membela anjing, bagi tujuan peliharaan (pet).

Jazakallahulkhair

jawapan:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 09:47 AM | Show all posts
http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=71793


Apabila persoalan bolehkah orang Islam memelihara anjing diajukan kepada Presiders Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadin, inilah jawapannya. Bagi orang yang mengikut mazhab Maliki, anjing tidak najis. Tapi di Malaysia yang mengikut mazhab Maliki tidak ramai dan kita boleh tengok perbezaan cara ibadat mereka dengan mazhab Syafie.

Kalau benarlah orang yang membela anjing itu mengikut mazhab Maliki tidak mengapa tapi kalau mereka membela anjing hanya kerana ikut-ikutan dengan budaya barat tidak boleh.

"Menurut mazhab Syafie anjing najis tapi ia masih boleh dipelihara oleh orang Islam atas tujuan tertentu. Hukumnya harus memelihara anjing untuk menjaga keselamatan kalau duduk di kawasan yang terdedah kepada binatang buas, untuk menjaga tanaman dan ternakan.

"Namun keharusan memelihara itu tidak bermaksud anjing boleh dibawa masuk ke dalam rumah. Anjing yang dipelihara untuk tujuan itu mesti diasingkan tempat tinggalnya dari tuan rumah. Jika dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah di kawasan bandar, mestilah di sekeliling rumah mempunyai pagar yang tinggi supaya salakan anjing tidak menakutkan orang yang lalu lalang.

"Di dalam Al-Quran juga ada menyebut binatang buruan hasil tangkapan anjing terlatih boleh dimakan. Anjing terlatih untuk menjadi pemburu menangkap, haiwan buruan dengan gigi dan kukunya boleh dimakan oleh orang Islam sebagai mana firman Allah di dalam surah Al-Maa'idah ayat 4 bermaksud;

Mereka bertanya kepada mu (wahai Muhammad):,apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu makanan yang lazat-lazat serta baik-baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburuan yang telab kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telab diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah ( dengan meme*lihara dari memakan yang diharamkan Allah) sesunggubnya Allah maka cepat bitungan bisabnya. "



Tentang air liur anjing pula menurut ulama Hanafi, Syafie, Imam Ahmad dan jumhur ulama, hukumnya adalah najis. Ia bersandarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud, apabila anjing menjilat bejana kamu maka cucilah ia tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. " (riwayat Bukhari).

Bila dipersoalkan tentang najis air liar anjing, ada pula yang mengatakan semua air liar kotor termasuk air liur manusia. Kenapa mesti air liar anjing saja yang dikatakan najis. Mengulas tentang bantahan yang dikemukakan oleh beberapa orang peminat anjing, Sheikh Abdul Halim menegaskan dengan nada yang sinis.

Katanya kalau fikir dengan logik akal, air liar anjing lagi bersih dari air liur manusia. Tambahnya lagi anjing mempunyai tabiat menjelirkan lidah sepanjang masa dengan tujuan untuk mengeluarkan air liurnya. Berbanding dengan manusia atau haiwan lain yang air liurnya sentiasa tersimpan di dalam mulut, lagi banyak kumannya.

"Itulah kalau berfikir secara logik akal air liur anjing lebih bersih kerana tidak tersimpan lama di dalam mulut. Tapi kita orang Islam yang menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai pegangan. Kita juga ada fatwa dari ulama yang berpegang kepada mazhab," jelasnya.

Tidak boleh bela sebagai binatang peliharaan - Ahmad Kutty Masih lagi berkisar mengenai persoalan, mengapa orang Islam tidak boleh bela anjing sebagai binatang peliharaan yang boleh dipeluk dan tidur sekatil. Berhubung dengan persoalan ini, ditinjau pula pendapat yang dikemukakan oleh Sheikh Ahmad Kutty, Pensyarah dan ulama di Islamic Institute Of Toronto, Ontario, Kanada.

Katanya orang Islam tidak dibenarkan membela anjing sebagai binatang peliharaan kerana ia bukanlah haiwan yang bersih. Sering kali kita lihat anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Bukankah itu menjijikkan, bila mana tuannya pula mencium mulut anjing itu. Bayangkan berapa banyak kuman yang tersembunyi di dalam mulut anjing sudah dipindahkan ke mulut tuan anjing. Malah Nabi s.a.w memerintahkan kita agar menghindari air liar anjing kerana tidak mahu kita terdedah kepada kekotoran itu.

Dan diajarkan juga kepada kita bagaimana untuk membasuh jika tersentuh air liur anjing. Bahagian yang terkena hendaklah disamak dengan tujuh bilasan air, yang pertama mestilah dengan tanah. Sheikh Ahmad Kutty juga mengingatkan umat Islam supaya jangan bercita-cita dan berangan-angan untuk membela anjing sebagai binatang peliharaan di dalam rumah.

Kecualilah jika ada keperluan tertentu yang dibolehkan, maka dia boleh berbuat demikian. Namun peraturannya sungguh ketat agar tidak menyentuh air liar anjing dan menyediakan tempat tinggal berasingan. Anjing boleh dibela oleh orang Islam untuk tujuan-tujuan tertentu saja menurut Sheikh Ahmad Kutty.

1. Anjing yang dilatih untuk kerja memburu. Namun harus diingat, Islam hanya membenarkan memburu untuk tujuan makanan saja kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atas sebab sukasuka.

2. Juru pandu, anjing yang digunakan oleh orang buta untuk menjadi juru pandu yang terlatih melakukan khidmat itu.

3. Melaksanakan tugas-tugas polis.

4. Penjaga keselamatan rumah dan harta benda.

5. Sebagai penggembala dan penjaga ternakan seperti kambing dan lembu.

[img]
[/img]

Bela anjing hukumnya harus-Al*Qaradawi.

Manakala menurut Dr. Yusuf Al*Qaradawi di dalam. bukunya Halal dan Haram Dalam Islam pula menjelaskannya begini;

Memelihara anjing di dalam rumahtanpa ada suatu keperluan, termasuk perkara yang dilarang oleh Nabi s.a.w. Alasannya, dengan membenarkan anjing berkeliaran di dalam rumah dibimbangkan akan tertinggalnya najis pads bekas minuman kesan dari jilatan anjing tersebut. Sebahagian ulama berpendapat, hikmah dilarang memelihara anjing di rumah adalah;

kalau anjing itu menyalak akan menakutkan tetamu yang datang, menyebabkan orang lari dan mengganggu orang yang sedang lalu lalang. Pun begitu, Al-Qaradawi menjelaskan, anjing yang dipelihara kerana ada kepentingan seperti untuk berburu, menjaga tanaman dan ternakan dikecualikan. Larangan memelihara anjing hukumnya makruh bukannya haram. Kalau sesuatu yang hukumnya haram maka ia sama sekali tidak boleh dilakukan langsung sama ada pahalanya berkurangan atau tidak.

Walaupun kita dilarang memelihara anjing di rumah itu bukan bermakna boleh membunuhnya sewenang-wenang atau melayannya dengan buruk.

Sebab Rasulullah s.a.w. bersabda. Andai kata anjing-anjing itu bukan umat seperti umat umat yang lain nescaya aku perintahkan untuk dibunuh." (riwayat Abu Daud dan Tarmizi).Al-Qaradawi menyelitkan beberapa kajian moden yang dilakukan beberapa doktor yang membuktikan bahaya memelihara anjing di rumah. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Pakar dari Jerman, Dr. Graard Pentsmar ter*hadap bahaya yang disebabkan cacing pica anjing.

Cacing tersebut juga - terdapat pada babi tetapi kadar pertumbuhannya lambat tidak seperti ketika berada di dalam usus anjing. Kalau kepada manusia pula, cacing itu berbentuk seperti jerawat atau bisul. Struktur fizikal cacing ini amat berbeza dengan cacing pita lain, ia terlalu kecil hingga tidak dapat dilihat.Kata Dr. Graard, pertumbuhan cacing pita anjing sangat aneh kerana sebiji telur boleh mengeluarkan banyak kepala cacing yang boleh menyebabkan bisul.

Setiap telur akan mengeluarkan jerawat yang berbeza sifatnya antara satu sama lain. Kemudian kepala kepala cacing yang tumbuh daripada bisul itu akan berubah menjadi cacing pita yang sempurna di dalam usus anjing. Cacing tersebut tidak boleh membiak di dalam badan manusia atau pun haiwan lain tetapi boleh menyebabkan bisul.

Bisul-bisul itu biasanya menyerang hati, limpa, buah pinggang, paru-paru dan otak. Sehingga hari ini belum ada penemuan sains yang boleh menghapuskan cacing itu kecuali badan akan bertindak balas menghapuskannya secara semula jadi.



Usaha untuk menghapuskan cacing pica melalui ubat-ubatan kimia memang tidak berkesan melainkan dengan menjalani pembedahan. Kalau kita tabu bahaya yang ditimbulkan oleh anjing pastinya tidak ada orang menentang spa yang telah nabi s.a.w. larang. Menjauhkan diri darinya adalah salah satu keharusan, demi menjaga, dan melindungi manusia serta tersebarnya wabak itu.

Jalan yang paling baik, untuk membendung wabak ini dari merebak adalah dengan mengurung cacing pita itu di dalam anjing, jangan sampai ia merebak hingga tidak dapat dikawal. Jangan biarkan anak-anak bergaul dengan anjing dan menjilat tangan serta pinggan mangkuk yang sering digunakan di rumah.

Untuk lebih selamat jangan benarkan anjing keluar masuk kedai-kedai makan, pasar, warung dan sebagainya. Sesungguhnya larangan yang ditetapkan oleh Rasulullah itu sebagai peringatan kepada umatnya tentang bahaya yang dibawa oleh anjing.

Nabi melarang orang Islam memelihara anjing kecuali atas keperluan tertentu ia amat bersesuaian dengan pengetahuan moden dan ilmu kedoktoran yang mutakhir.
Disebut di dalam surah an-Najm, ayat 3-4;

"Dan Muhammad tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubungan dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."

Hukum Memelihara AnjingImam Nawawi berkata: Mazhab Syafie berpendapat, Haram memelihara anjing tanpa ada keperluan dan harus memelihara untuk tujuan perburuan, menjaga tanaman dan menjaga binatang ternakan. (Syarh sahih muslim)Ulama Maliki berpendapat,

"Makruh memeliharanya dengan tujuan selain dari menjaga tanaman, menjaga binatang ternakan dan berburu."Sebahagian ulama Maliki mengatakan harus. "Pelihara untuk jaga rumah dan tujuan lain (selain 3 tujuan yang disebut dalam hadis)Imam Abdul Bar berkata,

"Termasuk dalam berburu dan sebagainya yang mengharuskan membela anjing adalah membelanya untuk mendapat manfaat dan menghindari kemudaratan. Ini diambil dari qias. Makruh membelanya hanya kerana membela tanpa keperluan." (Fathul Bari)Ibnu Quddamah (Hambali) berkata, Haram membela anjing untuk men*jaga rumah kerana hadis yang lepas."

Kesimpulan:

Ini termasuk dalam perkara khilaf. Mazhab Syafie membe*narkannya untuk tujuan keperluan seperti berburu, menjaga rumah dan sebagainya dan haram membelanya tanpa tujuan tertentu.


Rujukan: Fathul Bari oleh Ibnu. Hajar Asqalani, syarh sahih muslim oleh 1 Imam Nawawi dan Mausuah Feqhiah kuwaitiah.AL ISLAM Oktober 2009

kredit
Penulis: Norimanah Seman
Terbitan asal: AL ISLAM Oktober 2009
http://grenbara.bravejournal.com/entry/67060/


Ps: So kalau kita jumpa Anjing tgh dlm kesusahan (cth: tersepit ke, excident ke, Lapar ke) jgn takut, jgn la lari atau buat tak tau, tolong la mrk.. dpt pahala.. kalau kena samak, bukannya susah, cuma disamak 7 kali dgn air, salah satu dicampur dgn tanah..
tak pun skg dah ada sabun taharah, lagi senang boleh samak pakai sabun tu. Atas dasar membantu haiwan ini dalam kesusahan & terdesak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2012 05:51 PM | Show all posts
uolzz... nak tanya la apa jenis anjing yang tak bising.. sebab ada amoi tu bela baik je duk dendiam atas kerusi tak gi mana2... suara pun tak kuar... tapi kalu org x kenal dia bising la... bulu panjang chumil...

ai nak letak luar umah buat jd guard... bole advise? shihtzu dlm 500 untuk adoption.. ok ke dan menepati ciri2 yg ai nak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 08:28 AM | Show all posts
uolzz... nak tanya la apa jenis anjing yang tak bising.. sebab ada amoi tu bela baik je duk dendiam  ...
milo_888 Post at 7/5/2012 17:51


anjing guard tak bising? abis tu, camna dia nak nyalak bagi warning? anjing shih tzu tu kecik jer. perompak tengok pun tak takut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.122268 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list