CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kamikazebelacan

PRK PARLIMEN SIBU

[Copy link]
 Author| Post time 26-4-2010 10:45 PM | Show all posts
BERITA HARIAN - 26/4/10

Supp pilih Robert Lau Junior calon BN di Sibu

2010/04/26

Robert Lau Hui Yew

KUCHING: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Supp) sebulat suara memilih peguam, Robert Lau Hui Yew sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu akan datang, kata Presidennya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti semalam, beliau berkata parti bersetuju memilih `Robert Lau Junior’ kerana beliau adalah pilihan terbaik.
Bagaimanapun, Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua, jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama calon kedua itu.

Chan berkata, nama kedua-dua calon diserahkan kepada Ketua Menteri, yang juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lalu untuk diputuskan.

Mengenai peluang Supp mengekalkan kerusi Sibu, katanya, parti itu yakin dapat mengekalkan kemenangan berikutan perpaduan erat dalam kalangan parti komponen BN negeri dan maklum balas positif rakyat pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui konsep 1Malaysia.

Hui Yew, 45, lebih mesra dikenali sebagai Robert Lau Junior, adalah dua pupu kepada penyandang kerusi Sibu selama lima penggal, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew. Beliau yang sudah menjadi anggota Supp selama 17 tahun adalah Penolong Bendahari Supp cawangan Sibu.
Beliau diuar-uarkan dipilih sebagai calon BN berikutan penyertaan aktif dalam parti dan perwatakannya yang mesra dan mudah didekati, khususnya menyelesaikan masalah penjaja di bandar Sibu.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei. – Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 11:50 AM | Show all posts
...............................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 06:40 AM | Show all posts
KREDIT TO BERITA HARIAN - 30/04/10

Pilihan raya Sibu medan uji kemampuan jentera BN
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/04/30
Parti komponen gandakan usaha pertahan kerusi Parlimen

SIBU: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan dijadikan medan bagi menguji keberkesanan keseluruhan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak yang bersedia sejak tahun lalu selepas ura-ura Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tahun ini.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata sebelum ini semua parti komponen sudah diarahkan kepemimpinan parti bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya negeri tahun ini.
Berikutan itu katanya, semua parti komponen menggerakkan operasi mereka bermula seawal tahun ini dengan pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan menjadi medan menilai kemampuan petugas BN.
“Walaupun sudah bersiap sedia sejak tahun lalu, BN perlu menggandakan usaha dan melaksanakan semua strategi yang sebelum ini dirancang akan dilaksanakan ketika Pilihan Raya Negeri.

“Saya yakin dengan kemampuan jentera BN termasuk petugas SUPP dan parti komponen lain yang berikrar akan memberikan terbaik bagi memastikan kerusi Parlimen Sibu kekal di tangan kita,” katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Beliau ditemui selepas menyerahkan surat pentauliahan calon kepada Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang dijadual berlangsung pada 16 Mei ini.

Dr Chan berkata, beliau gembira dengan pemilihan Hui Yew yang disifatkan sebagai pilihan 'satu suara' tanpa perlu melalui proses tapisan yang lama dalam memastikan calon benar-benar berkelayakan.
“SUPP sangat gembira kerana kita mempunyai satu suara dalam pemilihan Hui Yew sebagai calon dengan penyokong di Sibu jelas berpuas hati dengan pilihan meletakkan beliau.

“Kita menjangkakan semua ahli cawangan SUPP termasuk dari Kuching dan Miri akan bergerak sebagai satu jentera yang padu bagi menyokong Hui Yew yang menjadi calon satu suara kita semua,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, beliau berkata, tindakan berkenaan umpama 'perkahwinan paksa'
dan ia tidak akan bertahan lama.

all the best BN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 09:31 AM | Show all posts
apsal tak start kempen2 lagi ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2010 01:03 AM | Show all posts
kredit to BERITA HARIAN - 02/05/10

Najib tiba di Sibu untuk lawatan kerja


2010/05/01
SIBU: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Sibu, jam 9.50 malam ini untuk lawatan kerja sehari di sini.

Perdana Menteri diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menyambut ketibaan beliau bersama kira kira 2,000 penduduk Sibu ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan TImbalannya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, serta beberapa Menteri Kabinet negeri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2010 01:06 AM | Show all posts
kredit to BERITA HARIAN - 02/05/10

Pengundi wanita penting kepada BN bagi kekalkan kerusi Parlimen Sibu


2010/05/01
SIBU: Undi pemilih wanita amat penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil kawasan itu 16 Mei ini, kata Timbalan Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datin Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, jumlah pengundi wanita melebihi separuh daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan itu dan dengan itu BN akan berusaha memancing undi pemilih wanita.

"Pada zaman ini wanita membuat keputusan mereka sendiri. Mereka tidak lagi mengikut saja kata lelaki. Mereka akan menilai apa yang sedang berlaku dan apa yang baik untuk diri dan anak mereka.

"Sebab itu kenapa pengundi wanita mempunyai peranan amat penting dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu. Oleh kerana jumlah pengundi wanita lebih sedikit daripada lelaki di sini, kami mahu wanita membantu meyakinkan kaum lelaki untuk memberikan sokongan padu kepada BN bagi membolehkan BN mengekalkan kerusi ini," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Fatimah melancarkan Bengkel K-Bestari dan Pertandingan 1Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) di Institut Methodist Pilley.

Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri, berkata kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memberikan impak positif terhadap pilihan raya kecil itu.

Katanya, Najib sudah memperkenalkan banyak inisiatif seperti konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru (MEB), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menggalakkan perpaduan dan membawa pembangunan negara ke tahap lebih tinggi.

"Rakyat boleh melihat beberapa perubahan yang telah dibawa oleh perdana menteri dalam tempoh setahun menerajui negara yang telah membawa banyak manfaat kepada rakyat dalam banyak bidang yang dekat dengan hati mereka," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat kanser hati pada 9 April.

Penamaan calon ditetapkan 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Peguam Robert Lau Hui Yew, 45, adalah calon BN untuk mempertahankan kerusi itu dan akan ditentang Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng, 50. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2010 03:24 AM | Show all posts
Ngam2 pulak isu terlepasnya 2 blok kawasan minyak ke Brunei... bukti pengkhianatan Pemimpin Negara (Bekas) kepada RAKYAT Malaysia amnya... dan kepada Negara Malaysia khasnya...

Agak2... macamana nak jawab tu???
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 11:08 AM | Show all posts
aik, mana pi Muhyidin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2010 05:47 PM | Show all posts
kredite to BERITA HARIAN - 02/05/10

Najib minta penduduk Sibu undi BN demi masa depan lebih terjamin

2010/05/02
SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu, iaitu undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini.

"BN patut menjadi pilihan demi harapan dan masa depan lebih terjamin," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di bandar Sungai Merah di sini.

Turut mengiringi beliau ialah calon BN, Robert Lau Hoi Yew; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN.
Najib berkata, beliau, Taib dan semua menteri dan wakil rakyat BN akan memberikan sokongan padu kepada Lau, yang lebih mesra dengan gelaran Robert Lau Junior di kalangan penduduk, dalam menjalankan tanggungjawab jika dipilih.

Beliau juga berkata, Sibu mempunyai potensi untuk membangun lebih pesat lagi berdasarkan kemahiran keusahawanan yang dimiliki penduduknya.

"Penduduk Sibu, terutamanya kaum Foochow, memang terkenal dengan kemahiran berniaga, mahir dalam perdagangan, sedia untuk bekerja keras dan semangat kental mereka untuk berjaya, yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya.

Semua kualiti itu, kata Najib, ditambah pula dengan komitmen dan keupayaan BN untuk melaksanakannya, selaras dengan bandar itu untuk membangun dengan lebih pesat lagi.
Najib berkata, ahli Parlimen Sibu dan Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew adalah contoh terbaik semangat Foochow yang dipaparkan melalui khidmatnya kepada rakyat, bandar, negeri dan negara.

"Mendiang adalah seorang daripada pemimpin yang benar-benar komited untuk memperbaiki kehidupan penduduk Sibu dan pentadbiran BN.

"Saya hanya mendapat tahu baru-baru ini bahawa beliau sebenarnya sakit ketika beliau mengiringi saya melakukan tinjauan mesra di Sibu Central Market dalam lawatan saya kira-kira sebulan setengah lalu. Namun beliau tetap mengiringi saya," katanya.

Semangat mendiang akan terus hidup dalam diri penggantinya, Robert Lau Junior, yang akan menunjukkan komitmen sama untuk berkhidmat kepada rakyat, katanya.

Najib juga berkata, beliau menjadikan Sungai Merah sebagai perhentian pertamanya dalam melakukan tinjauan mesra itu kerana beliau mahu memberi pengiktirafan terhadap sumbangan kaum Cina yang juga penduduk awal di kawasan itu dalam membangunkan bandar itu khususnya, dan negeri dan negara amnya.

Bandar itu yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sini, adalah kawasan pendaratan pertama kaum Foochow di bawah pimpinan ketua mereka, Wong Nai Siong pada 1901, dan kaum Heng Hua apabila mereka tiba dari China pada awal abad lalu.

Dari sini, mereka kemudiannya berpindah ke kawasan lain di negeri ini.

Terdahulu, sejurus tiba di sini, Najib menghabiskan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan ratusan penduduk yang datang menyambut ketibaan beliau.

Beliau juga sempat menikmati kopi di dua kedai kopi.

Kemudiannya, pada majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Najib berkata, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama atau sama ada mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak akan mendapat manfaat daripada konsep 1Malaysia yang diilhamkannya.

"Ia umpama seperti berteduh di bawah satu bumbung, terlindung daripada bahang matahari dan hujan. 1Malaysia ialah ikatan perpaduan bagi kita semua," katanya.

Najib berkata, beliau mengilhamkan konsep itu kerana terdapat keperluan untuk semua untuk saling berkompromi jika mahu negara terus menikmati pembangunan pesat dan lebih makmur lagi.

"1Malaysia adalah satu ikatan yang tak boleh dirungkai, dimaki hasut atau dibawa ke hala tuju yang lain," katanya.

Najib turut menyentuh mengenai pertemuan beliau baru-baru ini dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan berkata, beliau adalah satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu. - Bernama

*i agree with najib's statement

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 05:56 PM | Show all posts
Najib minta penduduk Sibu undi BN demi masa depan lebih terjamin


Tak pernah lagi tukar Kerajaan Persekutuan... apa masa sekarang ni masih belum TERJAMIN??? Dah 52 tahun oooooooo... tukar je lahhh... BN dah gagal tu... lembab gila buat kerja untuk RAKYAT!!!

Beliau juga sempat menikmati kopi di dua kedai kopi.


Ada cop HALAL JAKIM tak???

Najib berkata, beliau mengilhamkan konsep itu kerana terdapat keperluan untuk semua untuk saling berkompromi jika mahu negara terus menikmati pembangunan pesat dan lebih makmur lagi.


Sekali lagi... BN gagal menyatu padukan RAKYAT Malaysia selama lebih 50 tahun... tu yang muncul 1Malaysia tu... dan Muhyiddin masih gagal menghayatinya...

Najib turut menyentuh mengenai pertemuan beliau baru-baru ini dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan berkata, beliau adalah satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu. - Bernama


Kalau DSAI yang pergi jumpa... korang kata jadi TALIBARUT U.S....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2010 06:10 PM | Show all posts
DSAI tu memang talibarut maa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 07:44 PM | Show all posts
DSAI tu memang talibarut maa...
kamikazebelacan Post at 2-5-2010 18:10


Memang aku dah lama faham... sebab kalau UMNO/Bn yang buat.... TAK APA... HATTA melepaskan hakmilik kita kepada negara asing sekalipun....

P/S: DS Najib talibarut China jugak laaa yeeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 06:48 AM | Show all posts
Kredit to BERITA HARIAN - 03/05/10

'BN ada hala tuju, ikhlas membela nasib rakyat'

2010/05/03
SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang serius, bukan hanya bermain politik retorik atau membuat janji palsu.

Pengerusi BN itu berkata, BN tidak akan menjanjikan apa yang ia tidak mampu laksanakan, sebaliknya hanya membuat janji yang dapat ditunaikan untuk kebaikan rakyat.

“BN adalah kerajaan yang ada hala tuju dan ikhlas dalam membela nasib rakyat. Sebagai Perdana Menteri, saya nak katakan, kami kerajaan BN boleh menerajui negara ini ke arah kemajuan lebih pesat,” katanya pada perhimpunan Malam 1Malaysia di Dataran Bandar Sibu, di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan bakal calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu akan diadakan pada 16 Mei ini, dengan penamaan calon ditetapkan pada 8 Mei.

Najib mengingatkan pengundi di Sibu bahawa akan berlaku kepincangan dan wujud jurang besar, jika mereka memilih pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

Katanya, jika pembangkang menjadi pilihan mereka, ia akan menjejas rancangan kerajaan untuk mentransformasikan bandar Sibu khususnya dan Sarawak pada amnya.

Beliau yang juga berjanji akan mengaturkan peruntukan untuk sekolah bantuan Cina di sini, turut menceritakan mengenai tiga beradik yang menyampaikan surat mengimpikan universiti dibuka di Sibu sambil membawa poster 'kami mengimpikan untuk mempunyai universiti di Sibu' ketika beliau melawat Sungai Merah pada sebelah pagi semalam.

"Kerajaan BN sentiasa menyedari kepentingan pendidikan dan memberi jaminan akan berusaha memastikan setiap lapisan rakyat mendapat pendidikan sebaik mungkin," katanya.

Mengenai pemilihan Hui Yew atau lebih dikenali sebagai Robert Lau Junior sebagai calon, Najib berkata, beliau dan Taib sudah memeriksa calon berkenaan dan mengesahkan beliau adalah pilihan terbaik serta memiliki ciri dedikasi yang turut dimiliki mendiang Datuk Robert Lau, bekas Ahli Parlimen Sibu.

Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas selepas melalui acara lawatan yang begitu padat di bandar ini sepanjang hari semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:23 PM | Show all posts
Kredit to BERITA HARIAN - 03/05/10

'BN ada hala tuju, ikhlas membela nasib rakyat'

2010/05/03
...
kamikazebelacan Post at 3-5-2010 06:48



Memang aku dah lama faham... sebab kalau UMNO/Bn yang buat.... TAK APA... HATTA melepaskan hakmilik kita kepada negara asing sekalipun....

P/S: DS Najib talibarut China jugak laaa yeeee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 09:58 PM | Show all posts
kredit to Utusan Malaysia - 03/05/10

Najib jangka Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu sengit
Kanang Langkau menunjukkan pingat jasa Malaysia di Kem Rascom, Sibu, semalam.

SIBU 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini merupakan satu cabaran yang perlu diambil serius.

Beliau berkata, persaingan pada pilihan raya tersebut mungkin sengit dan ia amat bergantung kepada usaha yang bersungguh-sungguh dalam memenangi hati pengundi yang mahukan pembangunan.

Bagaimanapun, beliau percaya, atas semangat setiakawan antara BN Pusat dan negeri, jentera pilihan raya BN akan bergerak dengan lancar untuk mencapai kejayaan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Sibu.

''Persaingan yang kita (BN) hadapi mungkin sengit dan akan tertumpu pada kesungguhan dalam usaha yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan juga penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya, dekat sini hari ini.

Antara penerima PJM pada majlis itu ialah Temenggong Kanang Langkau, 67, dari Sri Aman, yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta calon BN, Robert Lau Hui Yew.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, kerajaan akan meluluskan peruntukan untuk membaik pulih surau dan sekolah agama di Kem Rascom dalam usaha menjaga kebajikan anggota tentera.

Dalam pada itu, beliau meminta anggota tentera memenuhi hajat beliau supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu nanti.

"Saya hendak satu sahaja.., tetapi belum dapat lagi, harap dapatlah tunaikan hajat saya dalam beberapa hari lagi," kata beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2010 10:15 PM | Show all posts
kredit to BERITA HARIAN - 07/05/10

Seorang lagi calon Bebas mungkin bertanding di Sibu


2010/05/07
SIBU: Seorang lagi calon Bebas dijangka bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Lelaki bernama Hamka Kassim, 40, dikatakan telah mendapatkan borang pencalonan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, berkata tujuh set borang telah diambil setakat 4 petang tadi.

Wong berkata, calon DAP, Wong Ho Leng, telah mendapatkan tiga set borang sementara calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Yew mengambil dua set.

Seorang lagi yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas, Narawai Harun, 60, telah mengambil satu set borang Isnin lalu.

Sekiranya dua calon Bebas berkenaan turut mengemukakan borang pencalonan esok, pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. - Bernama

ade harapan ke calon bebas nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 10:17 PM | Show all posts
kredit to BERITA HARIAN - 07/05/10

Muhyiddin ketuai penyokong BN pada penamaan calon esok

2010/05/07
SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual mengetuai anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Robert Lau Hui Yew, apabila beliau menyerahkan borang pencalonannya di sini esok bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Hui Yew yang lebih dikenali dengan panggilan Robert Lau Junior, akan menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Suarah Sibu.

Pemimpin BN lain yang turut serta termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; dan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Tempoh penamaan calon ialah selama sejam mulai 9 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam sebelum nama calon yang layak bertanding diumumkan. Pengundian ditetapkan pada 16 Mei.

Hui Yew, 45, akan cuba mempertahankan kerusi kawasan majoriti kaum Cina itu yang dipegang mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew selama lima penggal sebelum meninggal dunia pada 9 April lalu.

Pengerusi DAP Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng, 50, akan menentang Hui Yew.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca cerah, terutama pada waktu pagi yang menandakan proses penamaan calon akan berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh, berkata 2,000 anggota polis ditugaskan bagi pilihan raya kecil itu untuk memantau keselamatan dan menjamin ketenteraman.

Pada pilihan raya umum 2008, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,549 undi menewaskan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos membabitkan 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini setakat 9 April lalu, pengundi Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Bumiputera Sarawak (22 peratus).

Sebanyak 45 pusat mengundi dengan 110 saluran akan dibuka di 39 skeolah, dua tadika dan satu pusat latihan, satu rumah panjang, satu perpustakaan awam dan satu pusat rekreasi awam bagi pengundian. - Bernam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2010 10:26 AM | Show all posts
kredit to BERITA HARIAN - 08/05/10

Pilihan raya Sibu bakal saksi saingan tiga penjuru


2010/05/08
SIBU: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas hanya calon DAP, Wong Ho Leng; calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; dan calon Bebas, Narawi Haron mengemukakan borang pencalonan masing-masing apabila tempoh pencalonan berakhir jam 10 pagi tadi.

Hamka Kassim, 40, yang sebelum ini dilaporkan akan bertanding sebagai calon Bebas, tidak hadir bagi mengemukakan borang pencalonan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, mengumumkan tempoh pencalonan tamat pada jam 10 pagi dan tempoh bantahan selama sejam bermula.

good luck to all the 3..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 11:22 PM | Show all posts
Mintak 330 billion la...nak cover telaga minyak yang hilang bagi kat orang.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 09:07 AM | Show all posts

BN bakal lemas di Sibu!!!Haha!!!

BN bakal lemas di Sibu
Othman Inayatullah   
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26479:bn-bakal-lemas-di-sibu&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Ini adalah hasil kajian rambang dengan merujuk kepada hasil PRK Hulu Selangor:

Pecahan pengundi Sibu

Cina: 36,646

Melanau: 6,016

Bumiputra: 12,033

Jumlah keseluruhan: 59,695

Pecahan pengundi yang diperlukan oleh PR

Cina: 27,484 (75%)

Melanau: 902 (15%)

Bumiputra: 1,804 (15%)

Jumlah keseluruhan: 30,190

Lebihan: 685.

PR perlu berusaha untuk mendapatkan undi bangsa Malaysia Cina sekurang-kurangnya 80% dan bangsa Malaysia Melanau dan Bumiputera 10% untuk memenangi PRK ini.

Ini melemaskan BN sekira bentuk pendirian Bangsa Malaysia Cina di Hulu Selangor terus kekal di Sibu.

PR perlu menerangkan penyerahan wilayah maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei satu pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara ini.

Ingatkan mereka bahawa Ambalat dan Limbang kemungkinan besar akan diserahkan kepada negara asing sekiranya BN terus menguasai parlimen.

Warga Sibu juga harus diterangkan tentang kes rasuah pembelian aset pertahanan sehingga dakwaan rasuah di buat di luar negara. Tentang Yahudi dalam pentadbiran negara.

Salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak yang mengkayakan keturunan beliau sahaja. PR perlu melakukan kaji silidik sepanjang hari tentang penerimaan calon PR.

Kaji selidik hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 70% hingga 80% pengundi Sibu. Dari kaji selidik, PR boleh mengatur gerak tempur kawasan yang penerimaan yang lemah agar mereka berubah hati di saat akhir.

PR juga bersedia menyerang habis-habisan bukan lagi bertahan seperti di Hulu Selangor. Jadikan kedudukan menyerang 80% dan bertahan 20%. Gunakan segala khidmat internet sebaran bacaan kepada para pengundi.

Jangan lakukan sesi penerangan bersebelahan BN kerana ianya menyukarkan rakyat melakukan penilaian.

Jadual penerangan atau ceramah hendaklah boleh ubah kerana pertindihan ceramah antara BN dan PR bakal menyebelahi BN.

Ceramah dalam kelompok kecil iaitu di sebelah petang juga memainkan peranan. Ceramah boleh dilakukan di kedai-kedai kopi terutama sekali di kawasan bangsa Malaysia Cina.

Ceramah sepusat tidak perlu diutamakan kerana ianya melibatkan kos yang besar kecuali di bandar Sibu.

Peringatan juga haru diberikan kepada anggota tentera tentang janji manis PRK Bagan Pinang yang masih belum kunjung tiba.

Akhir sekali calon PR hendaklah menjelajah seluruh kawasan PRK Sibu. Lawatan berterusan dan berulang akan merapatkan calon dengan pengundi. Sampaikan wawasan calon secara konstant dan juga dapatkan maklum balas keperluan rakyat.

Ini menunjukkan bahawa calon mula bekerja walaupun belum dipilih. Maklum balas rakyat hendaklah segera disalurkan kepada agensi kerajaan untuk melihat tindak balas mereka.

Ini boleh dilakukan oleh wakil kepada calon dan segala tindak balas hendaklah direkodkan dan dihebahkan kepada pengundi.

Saya amat berharap ianya dapat membantu PR dan saya doakan agar PR menang di PRK Sibu. Hapuskan penderhaka dan pengkhianat negara ini dengan undi anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088736 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list