CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kamikazebelacan

PRK PARLIMEN SIBU

[Copy link]
Post time 10-5-2010 09:18 AM | Show all posts
takutnyaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 07:16 PM | Show all posts
UNDI DAP:
80% Cina
10%Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 07:28 PM | Show all posts
Sumber: Harakah

Sarawak bersama Malaysia kini berada di persimpangan. Kita sepatutnya dan perlu mempunyai kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang lebih baik. Sibu mempunyai peluang yang unik dan bersejarah untuk menjadi tapak permulaan bagi masa depan yang lebih baik dan obor harapan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Sarawak, dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam seperti minyak dan gas, kini tercorot di bawah bersama-sama negeri lain di Malaysia yang berada dalam tahap kemiskinan.

Pada tahun 2009, anggaran hasil negeri adalah RMRM3.726 bilion. Kita ada balak, minyak kelapa sawit, emas dan banyak lagi sumber alam. Tetapi, lebih dari 70% rumah panjang tidak ada bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat.

Sehingga hari ini, tidak ada jalan tar menuju masuk ke kampung-kampung Sarawak. Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah, tidak banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu.

Hanya satu kesimpulan boleh dibuat. “Politik pembangunan” BN selama 47 tahun telah gagal teruk, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik.

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri.

Sarawak bersama Malaysia amat memerlukan perubahan. Dengan itu pilihan raya kecil Sibu bukan soal siapa menang tetapi ia adalah soal masa depan anak-anak kita di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.


Demi Anak-Anak Kita, Sarawak, Malaysia

Alangkah baik jika anak-anak kita dapat tinggal di Sibu dan di Sarawak di mana mereka boleh menetap bersama keluarga, bermain dengan anak-anak jiran dan bekerja apabila sampai peringkat umur mencari nafkah.

Hari ini ramai anak-anak muda kita meninggalkan kampung halaman dan negeri untuk mencari nafkah di luar. Sesetengah dari mereka hanya mampu balik kampung sekali dalam beberapa tahun. Ramai pula yang tidak pulang-pulang setelah meninggalkan kampung halaman.

Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.

Kerajaan yang baik menyediakan peluang peluang di negeri sendiri dan memupuk keluarga bahagia. Rakyat Sarawak mesti mempertahankan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan dalam soal kebebasan beragama dan perlu menolak gejala ektremisme agama.

Hak rakyat Sarawak untuk mengamalkan agama masing-masing dalam bahasa masing-masing kini telah dicabar oleh kerajaan pusat BN yang mengharamkan kalimah “Allah” dalam kitab Injil Bahasa Malaysia.

Ramai rakyat Sarawak telah menjadi setinggan di tanah sendiri. Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab.

Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah. Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.

Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka. Di bawah “politik pembangunan” BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi aset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat-syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain.

Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan “projek pembangunan” ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 08:19 PM | Show all posts
Kredit to Utusan Malaysia - 10/05/10

Saya lebih memahami rakyat Sibu - Hui Yew

UTUSAN: Semasa berkempen, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen mendakwa anda tidak mengetahui kehendak rakyat di Sibu, apa komen saudara?

ROBERT LAU HUI YEW: Sebenarnya, kita tidak memerlukan orang luar dari Sibu untuk memberitahu apa yang perlu kita lakukan untuk membantu rakyat di sini. Ini kerana hanya penduduk tempatan sahaja yang tahu apa yang mereka mahukan sini.

Saya sebagai seorang calon tempatan yang membesar di sini, belajar, bekerja dan kini sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Sibu mengetahui apa kemahuan rakyat di kawasan ini.

Jadi, orang luar tidak diperlukan di sini sebaliknya nilai diri sendiri dan cuba selesaikan masalah yang berlaku di kawasan anda.

Bagaimana saudara melihat kempen yang dijalankan oleh parti-parti yang bertanding?

ROBERT LAU HUI YEW: Sebenarnya, masyarakat di Sibu tidak suka kepada perkara-perkara yang agresif memandangkan masyarakatnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza pandangan politik.

Saya sendiri misalnya mempunyai hubungan baik dengan calon DAP, Wong Ho Leng memandangkan kami berdua adalah peguam dan selalu bertemu di mahkamah.

Mungkin budaya di sini berbeza dengan Semenanjung yang begitu agresif apabila membawa bendera atau sepanduk untuk mendekati penduduk dalam berkempen, tetapi di sini masyarakatnya (Cina) tidak begitu menyukai tindakan agresif seumpama itu.

Pelbagai rungutan oleh penduduk di Sibu mengenai masalah banjir. Bagaimana saudara hendak mengatasinya?

ROBERT LAU HUI YEW: Sebenarnya, kerajaan telah mempunyai pelan induk untuk mengatasi masalah berkenaan di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Di bawah pakej berkenaan, kerja-kerja pembinaan tebatan banjir serta saliran air bagi fasa pertama sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

Pada tahun 2011, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), saya berharap projek tebatan bajir bagi fasa kedua akan diteruskan bagi kemudahan rakyat.

Pengundi di kalangan generasi muda menyumbang sebanyak 44 peratus. Apa pendekatan atau strategi yang digunakan untuk mendekati mereka?

ROBERT LAU HUI YEW: Saya berusaha mendekati generasi muda di Sibu kerana mereka ramai di bandar ini dengan menggunakan aplikasi internet terutamanya laman sosial, facebook.

Hari ini, generasi muda semakin kurang membaca akhbar malah tidak menonton televisyen kerana mereka lebih gemar untuk berinteraksi secara terus dan saya fikir facebook salah satu caranya.

Menerusi laman sosial itu, saya berinteraksi dengan generasi muda dan saya cuba untuk mendengar apa kemahuan mereka dan begitu juga mereka perlu sedia mendengar apa yang saya ingin sampaikan, maka ini adalah proses yang interaktif.

Pengundi Cina dilihat masih menyokong pembangkang. Bagaimana saudara ingin memenangi pengundi-pengundi Cina di bandar ini?

ROBERT LAU HUI YEW: Saya percaya masyarakat di sini terutamanya kaum Cina lebih rela untuk maju ke depan menerusi perubahan yang progresif berbanding satu revolusi agresif yang mahu mengubah semua perkara.

Saya berharap masyarakat Cina di bandar Sibu akan menyokong saya kali ini sekali gus menyokong gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 12:44 PM | Show all posts
mcm tak hebat jer pilihanraya Sibu, ker BN dah tahu diaorg akan kalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 04:20 PM | Show all posts
kredit to Berita Harian - 11/05/10

Pengundi Cina Sibu beri maklum balas positif: Tee Keat


2010/05/11
SIBU: Masyarakat Cina di sini memberi maklum balas kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, kata bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Meskipun hanya menyertai kempen semalam, Ong berkata beliau dapat merasai sokongan itu semasa melakukan tinjauan mesra di kawasan Cina di sini.

Daripada maklum balas yang kami terima, ia memberi kami beberapa petunjuk siapa yang bersama-sama kami (BN) dan siapa yang tidak. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan pengusaha lori, bas dan pemandu teksi di sini hari ini.

Beliau berkata, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan BN semasa tempoh berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina, yang adalah 66.7 peratus pengundi di Sibu.

"Walaupun kami mungkin tahu kawasan 'putih' dan 'kelabu', kami masih memerlukan beberapa hari lagi untuk meyakinkan pemilih untuk mengundi calon BN dan menyangkal dakwaan parti pembangkang," katanya.

Mengenai sesi dialog itu, Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata ia adalah inisiatif kementerian untuk mendengar masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi dan di Sibu, tindakan seumpamanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang juga Ahli Parlimen Sibu.

"Ia dilakukan bukan kerana Sibu sedang menghadapi pilihan raya kecil. Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat selama ini dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya," katanya.

Semasa dialog itu, wakil persatuan membangkitkan beberapa permohonan dan menyuarakan masalah dihadapi semasa melakukan operasi mereka.

Semalam, Ong mengadakan sesi dialog dengan kumpulan peniaga dalam industri maritim Sibu.

Pilihan raya kecil Sibu pada Ahad ini diadakan kerana kematian Lau pada 9 April akibat barah hati.

Calon BN ialah Robert Lau Hui Yew, atau lebih dikenali sebagai Robert Lau Junior.

Beliau akan berhadapan calon DAP, Wong Ho Leng, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil itu. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2010 06:47 AM | Show all posts
Kredit to Berita Harian - 12/05/10


PRK Sibu: Perancangan konkrit
Oleh Kandau Sidi
kandausidi@bharian.com.my
2010/05/12

Kerajaan negeri atasi masalah banjir, kemudahan di penempatan awal kaum Cina

SIBU: Kerajaan negeri memberi jaminan masalah banjir dan kemudahan asas lain di kawasan penempatan awal kaum Cina di Sungai Bidut dan Sungai Merah, ditangani dengan sebaik mungkin, kata Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya SUPP Sibu itu berkata, kerajaan negeri memang mempunyai perancangan konkrit untuk mengatasi masalah dihadapi penduduk di dua penempatan itu.

"Tumpuan ialah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap dihadapi penduduk di sini," katanya ketika meninjau masalah penduduk di dua penempatan itu semalam.

Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan kawasan di Sungai Bidut dan Sungai Merah tidak mempunyai sistem perparitan yang teratur. Malah, parit sedia ada kelihatan tidak pernah diselenggara sejak sekian lama.

Ketua masyarakat Cina kawasan itu, Daniel Low, berkata masalah utama yang dihadapi masyarakat Foo Chow di Sungai Bidut dan Sungai Merah ialah banjir kilat kerana kemudahan sistem perparitan yang tidak teratur di penempatan awal masyarakat itu.

“Walaupun hujan cuma dua jam, ketika air pasang kediaman penduduk di kawasan Sungai Bidut dan Sungai Merah dinaiki air. Ini menyebabkan penduduk di kawasan ini sering terputus hubungan dengan bandar Sibu. Justeru, kita minta kerajaan mengatasi segera masalah berkenaan, terutama mendalam dan membersihkan parit dan longkang di kampung kami,” katanya kepada Berita Harian.

Ada lebih 5,000 penduduk Cina menetap di kawasan itu yang membekalkan 50 peratus bekalan hasil pertanian kepada penduduk di bandar Sibu. Sungai Bidut dan Sungai Merah adalah penempatan terawal masyarakat Cina di bandar Sibu, dan majoriti penduduknya adalah petani.

Low berkata, kebanyakan longkang yang ada di dua kawasan penempatan awal masyarakat Cina itu sudah tidak diselenggara sejak sekian lama.

Sementara itu, Chu Ah Liaw, 45, berkata pihak berkuasa tempatan perlu segera mengatasi masalah berkenaan kerana banjir kilat sering merosakkan tanaman penduduk di situ.

“Jika banjir, tanaman sayuran yang kami tanam mati selepas ditenggelami banjir. Jika ada sistem saliran yang baik masalah ini dapat ditangani,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2010 09:40 PM | Show all posts
kredit to Berita Harian - 12/05/10

PM umum bantuan RM18 juta untuk sekolah Cina di Sibu


2010/05/12
SIBU: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumum dan menyampaikan terus peruntukan RM18 juta kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu bagi pembangunan sekolah terbabit.

Penyampaian cek bantuan itu dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu, di sini.

Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2010 07:18 AM | Show all posts
Kredit to Berita Harian - 13/05/10

Siaran TV satelit percuma di pedalaman Sabah, Sarawak

SIBU 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melalui Satelit (RMS) ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk kawasan itu menikmatinya secara percuma.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar terdapat kira-kira 12 peratus penduduk di Sarawak yang masih tidak menerima siaran televisyen terestrial biasa disebabkan penempatan penduduk pedalaman yang bertaburan dan tidak ekonomik untuk memasang menara pemancar.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), RTM dan Astro menjalin kerjasama untuk membolehkan siaran televisyen itu dinikmati penduduk mulai Ogos ini.

''Pakej yang ditawarkan adalah percuma untuk saluran TV1, TV2, TV3 dan beberapa saluran Astro yang akan ditentukan kelak melalui pakej khas yang diharap memberi peluang kepada penduduk pedalaman Sarawak dan Sabah menikmati siaran televisyen," katanya.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran Siaran RTM Menerusi Satelit Ke Pedalaman Sarawak dan Sabah serta Pelancaran Komputer 1Malaysia yang turut diadakan bersempena Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat Peniaga Cina Sibu di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan sebanyak 50 unit komputer Netbook 1Malaysia kepada para pelajar yang layak di Parlimen Sibu.

Perdana Menteri berkata, beberapa kawasan seperti di Kapit, Belaga dan Marudi di pedalaman Sarawak masih tidak dapat menikmati siaran televisyen menyebabkan mereka terputus dari segi maklumat dan agenda kerajaan.

Selain itu, usaha sedang dipertingkatkan untuk mengatasi kesulitan teknikal supaya siaran radio RTM juga akan dipancarkan melalui satelit demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Netbook 1Malaysia sebagai satu daripada inisiatif baru Jalur Lebar Negara.

''Komputer canggih buatan Malaysia ini yang berharga RM999 seunit akan diberikan percuma kepada para pelajar sekolah di seluruh negara dengan Sibu sebagai lokasi pertama penyerahan.

''Hari ini kita bagi 50 unit kepada pelajar, tetapi kita sudah menyediakan 1,000 unit untuk pelajar di kawasan Parlimen Sibu secara percuma," kata Najib.

Beliau menambah, segala janji yang pernah diberikannya akan tetap ditunaikan seperti pemberian sejuta komputer kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan.

''Kalau saya berjanji, saya akan tunaikan. Jika tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan. Percayalah kepada orang yang boleh anda percayai," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 07:19 AM | Show all posts
kredit to Berita Harian - 13/05/10

RM18 juta bantu sekolah Cina

SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.

Daripada jumlah itu, 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) mendapat RM10 juta, lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mendapat RM5 juta, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta) dan Sekolah Kebangsaan St. Mary Sibu (RM1 juta).

Sumbangan itu disampaikan Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 1,500 wakil daripada Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu di sini, hari ini.

Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi persatuan itu, Tan Sri Tiong Hiew King.

Perdana Menteri yang tiba petang tadi untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu menghadiri pelbagai program bertemu rakyat termasuk bersembahyang di Masjid An-Nur dan menyaksikan perarakan Tua Pek Kong.

Najib berkata, sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina hari ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu meningkatkan bidang pendidikan di sini.

"Masyarakat Cina memang percaya yang pendidikan adalah segala-galanya dan sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkannya, tetapi anda juga memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya.

Atas kesedaran itu, beliau sentiasa menjadi 'sahabat sejati' dalam membantu pembangunan pendidikan sekolah Cina di negara ini.

"Misalnya, ketika menjadi Menteri Pelajaran, saya boleh dikatakan mengambil risiko apabila mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan," katanya.

Beliau juga berkata, pemimpin parti pembangkang yang mendakwa mahu membawa perubahan kepada pendidikan kaum Cina sebenarnya tidak melakukan apa-apa, walaupun ada daripada mereka pernah menjawat jawatan Menteri Pelajaran suatu ketika dahulu.

"Memang mudah untuk berjanji akan melakukan itu dan ini ketika tidak berkuasa tetapi waktu berkuasa dahulu tiada apa yang dibuatnya," katanya merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berkempen di sini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sentiasa menunaikan apa yang dijanjikan seperti ketika pilihan raya Hulu Selangor baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM3 juta diluluskan untuk sekolah Cina sebaik sahaja BN menang.

Katanya, penduduk Sibu tidak seharusnya mudah tertipu dengan janji-janji pembangkang yang kebanyakannya adalah penipuan semata-mata.

"Janganlah memperbodoh-bodohkan penduduk Sibu, kononnya boleh menyelesaikan masalah banjir dalam masa dua tahun dan sebagainya.

"Mereka ini tidak tahu bercakap benar.., lihat sahaja pada 16 September dahulu, seluruh negara dan dunia tertipu yang kononnya mereka akan membentuk kerajaan pada tarikh itu," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta penduduk Sibu menyokong Barisan Nasional (BN) yang mampu mengotakan apa yang dijanjikannya kerana beliau mempunyai pelan besar untuk penduduk Sibu, Sarawak dan Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 07:21 AM | Show all posts
kredit to Berita Harian - 13/05/10

Usah terpedaya politik pura-pura

SIBU 12 Mei - Penduduk Sibu jangan terpedaya dengan lakonan pemimpin pembangkang yang boleh disifatkan seperti 'pelawak' terbaik kerana hanya bijak membuat persembahan yang menghiburkan penonton.

Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berkata, sememangnya pendekatan politik bangsawan oleh pembangkang mampu menarik perhatian tetapi cakap-cakap kosong 'si pelawak' seperti mereka tidak boleh diharapkan.

"Berbanding dengan Barisan Nasional (BN), pendekatan pemimpin-pemimpin kita adalah politik pembangunan dan kita juga tidak pandai berlakon seperti mereka," katanya ketika merasmikan Pentas 1Belia 1Saberkas sempena Minggu Belia Sarawak di Dataran Sibu, di sini malam tadi.

Katanya, pendekatan politik bangsawan atau berpura-pura yang digunakan oleh pembangkang itu sangat ketara sekali terutama ketika kempen Pilihan Raya Kecil Sibu sedang berlangsung.

"Sebagai contoh, kita dapat melihat seorang pemimpin pembangkang memakai 'songkok haji' ketika hari penamaan calon tetapi sanggup membuangnya apabila berjumpa dengan penganut Kristian di gereja," katanya.

Kata beliau, budaya banyak bercakap yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di bandar ini juga tidak sesuai dengan masyarakat di sini kerana orang-orang Sibu terkenal dengan budaya bekerja kuat.

Abdul Rahman Zohari yang juga Presiden Saberkas berkata, persatuan belia itu yang mempunyai kira-kira 130,000 ahli sentiasa melahirkan generasi muda yang mampu menjadi harapan masa depan penduduk seperti calon BN, Robert Lau Hui Yew.

Hui Yew malam tadi juga meluangkan masanya menghadiri sekejap majlis tersebut dengan bersalaman dengan para penonton yang kebanyakannya generasi muda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 08:56 AM | Show all posts
biasa la pembangkang kat malaysia ni memang kena banyak bercakap sebab x ada tv1, tv2, tv3, tv7, tv8, tv9 nak tolong cakapkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 11:00 PM | Show all posts
kredit to Berita Harian - 14/5/10

BN dijangka pertahan kerusi Sibu dengan majoriti kecil

2010/05/14
SIBU: Usaha bagi menarik sokongan 54,695 pengundi diperhebatkan apabila parti yang bertanding sampai ke pusingan akhir dengan petanda awal menunjukkan Barisan Nasional (BN) dijangka mengekalkan kerusi Parlimen Sibu tetapi dengan majoriti yang kecil.

Orang dalaman parti dari kedua belah pihak meramalkan bahawa kelebihan itu amat rapat dengan jentera pilihan raya BN percaya bahawa mereka akan selamat dengan majoriti antara 1,000 hingga 2,500 undi manakala DAP berkata mereka masih mengikuti di belakang dengan 49 peratus sokongan manakala BN berada pada 51 peratus.

"Kemungkinannya masih tidak menyebelahi kita. Bagaimanapun, kami berharap
dapat mencapai 50 peratus menjelang esok. Dalam usaha untuk menang, kita perlu
kepada bilangan besar yang keluar mengundi, dengan undi kaum Cina perlu mencapai
80 peratus yang menyokong kita, dan tambahan 10 peratus undi Melayu dan Iban.
Jika ini berlaku, kita akan berjaya," kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Pada pilihan raya umum lalu, DAP mendapat 62 peratus undi Cina, 10 peratus undi Melayu/Melanau dan 15 peratus undi Iban. Daripada 54,695 pengundi berdaftar, 67 peratus adalah Cina, dengan majoritinya adalah suku Foochow, Dayak (16.3 peratus) dan Melayu/Melanau (16.2 peratus).

Dengan Melayu/Melanau dan Dayak dijangka meneruskan tradisi menjadi bank
undi BN, bagaimana anggota suku Foochow untuk mengundi kekal menjadi perhatian.

Suku Foochow, yang dikenali kerana berfikiran sempit, mempunyai sejarah berubah kesetiaan dan ini membuatkan BN dan DAP kurang pasti mengenai tahap sokongan kumpulan ini. Pada pilihan raya umum sebelum ini, keputusan menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada mereka mengundi DAP.

Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) percaya bahawa lebih banyak undi Cina tidak menyebelahi BN, berdasarkan kepada keputusan sebelum ini, meneruskan corak pengundi Cina di kerusi-kerusi kawasan bandar seperti Kuching.

“Kaum Cina membentuk majoriti di sini, BN benar-benar memerlukan undi mereka untuk memenangi kerusi ini,” katanya.

Beliau berkata ada kemungkinan bagi BN untuk menarik sokongan kaum itu dan
memperbaiki tahap sokongan, terutama dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, sambil mengingatkan bahawa BN sebaiknya menahan diri daripada
menabur janji yang berlebihan.

"Kaum Cina bukan jenis yang mudah dipengaruhi dengan mudah," katanya.

Seperti yang disebut oleh Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan, jika sokongan kaum Cina menurun di bawah paras 35 peratus, ia memberi petanda buruk kepada BN walaupun ia dapat mengekalkan tahap sokongan daripada kumpulan lain.

"Kami hanya berharap tahap sokongan boleh dikekalkan. Bagaimanapun, kami juga bimbang dengan undi Iban sekarang. Jika tahap sokongan mereka jatuh, ia juga membawa petanda tidak baik kepada kami," katanya kepada Bernama di sini.

Oleh itu, adalah tidak mengejutkan bahawa kedua-dua kumpulan parti politik itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan undi Melayu/Melanau dan Dayak sementara berusaha sebaik mungkin bagi mendapatkan undi Cina.

Bagi BN, apa yang hendak mereka lakukan ialah sekurang-kurangnya mengekalkan
tahap sokongan yang diterima pada pilihan raya umum 2008 bagi kawasan kerusi
Parlimen itu ialah mendapatkan 80 hingga 85 peratus undi Melayu/Melanau.

Oleh itu, persaingan pada tempoh masa 48 jam ini ialah kepada pengundi atas pagar, yang menurut Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dianggarkan kira-kira sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

"Pada dasarnya, yang lain telahpun membuat keputusan termasuk kira-kira 3,000 pengundi baru. Apa yang sedang diusahakan sekarang ialah baki sembilan peratus daripada bilangan pengundi yang masih belum membuat keputusan," katanya.

Meraih undi bukan satu perkara mudah tetapi satu perkara yang pasti ialah kedua belah pihak berusaha sebaik mungkin menggunakan taktik dan strategi mereka untuk menarik sokongan pengundi atas pagar untuk menyokong mereka - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 10:44 AM | Show all posts
Kredit to malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/131853

Sibu masih memihak kepada BN
Dr Jeniri Amir
Mei 15, 10
8:01am  

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.

Mereka  
hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP?

Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini.


Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.

Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing.

Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut tidak menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap.

Iban hidup melarat

Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat.

Melay
u-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.


SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.


Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian.

Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir

Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.

M
anakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012.

Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan.

Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?


Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen?

Namun, sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.

Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama.


Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.

BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.


Politik penaungan masih mengambil tempat utama ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.

Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Bergelut untuk hidup

Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup?

Kem
iskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari?

Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya. Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN.

Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP.


Dalam usaha menggempur pengundi dari semua penjuru di semua tempat oleh instrumen kerajaan dan BN, DAP dijangka berhalangan untuk menguasai kerusi ini sekali lagi.

Sumber, wang, jentera pilihan raya dan banyak lagi memihak kepada BN. Namun, kemenangan dengan majoriti undi yang merosot kali ini, tentu merupakan pukulan hebat ketika BN yang ingin melangkah ke gelanggang pilihan raya negeri dengan lebih yakin.



Penulis adalah bekas wartawan dan pengarang yang berpengalaman dan kini menjadi penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak. Beliau sedang mengikuti kempen pilihan raya Parlimen Sibu.


Projek mencurah2 masuk bila BN dalam keadaan terdesak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2010 10:47 AM | Show all posts
kredit to malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/131644

Bantuan RM18 juta untuk sekolah Cina Sibu
Wong Teck Chi
Mei 12, 10
7:26pm  

Peruntukan RM18 juta disalurkan kepada 65 sekolah Cina dan dua sekolah mubaligh di Sibu bagi pembangunan sekolah berkenaan.


Bantuan itu diumum dan disampaikankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri majlis ramah mesra Persatuan Sekolah Persendirian Cina Sibu dan Persatuan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sibu, di Sibu, petang tadi.

Bantuan itu membabitkan RM10 juta untuk semua 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Sibu, lima sekolah menengah persendirian Cina Sibu (RM5 juta), Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu (RM1 juta) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta).

Semasa berucap kepada lebih 3,000 warga pendidik Cina pada perhimpunan di Sibu, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi 'rakan tulen' sekolah Cina di negara ini demi memastikan semua kaum dan rakyat mendapat pendidikan yang saksama dan berkualiti.


Katanya, berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu mencerca setiap usaha kerajaan meningkatkan mutu pendidikan negara, kerajaan BN mengotakan setiap janji yang dibuat.

"Kerajaan BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah Cina," katanya.

Menurut beliau adalah satu hakikat bahawa masyarakat itu amat menghargai pendidikan dan sanggup berkorban semuanya untuk itu.

"Tetapi pada masa yang sama, anda akan perlukan bantuan kerajaan untuk pendidikan," katanya.


Mengimbas kembali ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, Najib berkata beliau telah mengambil "risiko politik" apabila beliau mencadangkan Akta Pendidikan dipinda untuk membolehkan sekolah rendah Cina ditukarkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata pada masa itu beliau merasakan keadaan itu boleh membawa "nahas" kepada kedudukannya kerana isu berkaitan pendidikan sekolah Cina telah berlarutan sejak sekian lama dan tidak berjaya diselesaikan oleh beberapa menteri pendidikan sebelum itu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini Ketua Pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Oleh kerana Anwar juga aktif berkempen bagi calon DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Najib mencadangkan masyarakat Cina di Sibu bertanyakan kepadanya apakah sumbangan beliau (Anwar) terhadap pendidikan sekolah Cina.

Beliau berkata sebagai perdana menteri, beliau mahu memberikan khidmat yang terbaik dan juga mahu kerajaan melaksanakan yang terbaik untuk penduduk di Sibu.

Namun, katanya kerajaan dalam melakukan semua usaha itu juga pada masa yang sama memerlukan sokongan rakyat dalam menjayakannya.

Festival Tua Pek Kong

Sementara itu, malam ini, Bernama melaporkan, perdana menteri menyaksikan perarakan Festival Tua Pek Kong di Temple Street di Sibu.

Beliau turut meluangkan masa seketika di Tokong Tua Pek Kong, yang juga dikenali sebagai Tokong Eng Ann Teng Tua Pek Kong Sibu. Turut hadir beberapa menteri persekutuan dan menteri kabinet negeri.

Ribuan orang berhimpun di Temple Street sejak pukul 6 petang bagi menyaksikan perarakan itu yang mengelilingi bandar Sibu.

Sejumlah 120 pasukan dengan 6,000 peserta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Indonesia menyertai perarakan yang menyaksikan kenderaan berhiasan, Tarian Singa dan Naga serta persembahan kebudayaan Cina.

Tokong Tua Pek Kong, yang terletak di Sungai Rajang, merupakan mercu tanda bandar Sibu dengan pagoda setinggi tujuh tingkat.

Tokong itu hanyalah sebuah tokong Cina kecil di Sibu pada awal 1870-an dan ia dibina semula menjadi sebuah tokong dengan reka bentuk lazim Cina dan berbumbung genting, berlantai batu dan kayu alang berukir, diimport dari China pada 1897.

Pada 1987, ia digantikan dengan pagoda setinggi tujuh tingkat untuk upacara sembahyang "Goddess of Mercy".


Bantuan untuk SAR tak ada ke???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 12:05 AM | Show all posts
Kredit to Utusan Malaysia - 15/05/10

80 peratus dijangka mengundi esok - SPR
15/05/2010 3:12pm


SIBU 15 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Sibu akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.

Pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan bermula 8 pagi dan ditutup 5 petang.

"Pada pilihan raya umum 2008, jumlah peratusan yang keluar mengundi ialah 68 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar.

"Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca cerah. Tetapi tolong keluar awal untuk mengundi, mana tahu jika hujan pula pada tengah hari,” katanya pada sidang akhbar di pusat operasi pilihan raya kecil SPR di Dewan Suarah di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, 45 pusat pengundian akan dibuka bagi membolehkan pemilih menunaikan tanggungjawab mereka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2010 07:21 AM | Show all posts
Kredit to Berita Harian - 16/05/10

3 lokasi kempen terakhir hangat


2010/05/16


SIBU: Ribuan penduduk pelbagai kaum di sekitar bandar ini membanjiri tiga lokasi utama secara berasingan malam tadi bagi menghadiri majlis kempen saat akhir, masing-masing anjuran Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang sebelum tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berakhir tengah malam.

Di Rejang Park, kawasan yang padat dengan penghuni Cina dekat sini, Datuk Seri Najib Razak disambut kira-kira 5,000 orang pada majlis mesra rakyat bersama penduduk iaitu lokasi pertama dijejakinya sebaik tiba dari Kuala Lumpur.
Perdana Menteri berucap kira-kira 30 minit sebelum beredar ke Gerbang Sibu di tengah bandar ini yang dibanjiri kira-kira 10,000 orang dan ketibaannya bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada sekitar jam 9.20 malam, disambut dengan teriakan dan sorak 1Malaysia. Hadir sama calon BN, Robert Lau Hui Yew atau lebih dikenali Robert Junior (Jr).

Bagaimanapun, pembangkang turut menganjurkan perhimpunan yang sama di Kampung Datu, penempatan kaum Melayu/Melanau, kira-kira dua kilometer dari tempat Najib hadir di Gerbang Sibu. Antara yang berceramah pada majlis itu ialah pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengerusinya, Karpal Sing serta Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang selain calon DAP, Wong Ho Leng.

Terdahulu, sebaik tiba di Rejang Park, Najib dan Rosmah disambut dengan sorakan 'Hidup BN' dan 1Malaysia. Orang ramai termasuk peniaga tidak melepaskan peluang bersalam dengan beliau dan merakamkan gambar Perdana Menteri menggunakan kamera dan telefon bimbit.

Orang ramai juga tidak berganjak kira-kira 30 minit Najib berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk di situ.

Dalam ucapannya, Najib antara lain menekankan pentingnya kerjasama dan pembabitan semua kaum ke arah mewujudkan negara yang makmur, sekali gus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih menggalakkan.

Katanya, di bawah kepemimpinannya beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia yang memperakui pembabitan dan penyertaan semua kaum dalam semua bidang termasuk ekonomi dan pendidikan.

“Kita percaya kepada konsep 1Malaysia kerana untuk menjadi sebuah negara yang kuat, harmoni dan kaya, kita memerlukan keharmonian antara kaum,” katanya.

"Jika kita tidak bersatu, kita tidak boleh membangunkan sebuah negara seperti yang ada sekarang. Tidak mustahil kita mencatat sebuah negara berpendapatan tinggi. Ini bukan mimpi siang hari, kita sudah buktikan dua hari lalu kita mencatat pertumbuhan suku pertama 10.1 peratus," katanya.

Najib berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan akan terus membina negara ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Beliau juga mengingatkan pengundi yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu supaya keluar beramai-ramai mengundi hari ini dan membawa bersama kad pengenalan masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 11:16 AM | Show all posts
Kata org, pkr di sibu menjadi petunjuk utk pilihanraya negeri.................best tengok keputusan nihhhh............
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 08:01 PM | Show all posts
dah lama dah taib mahmud jadik maharaja di sarawak nun...orang sarawak ni pun bodoh2 belaka...knp la biarkan si taib tu dok memerintah mengalahkan agong...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 09:21 PM | Show all posts

Mendahului 2,590 undi, pemimpin DAP isytihar menang di SIBU

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.334309 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list