CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Kasta2 Hindu

[Copy link]
 Author| Post time 6-5-2010 05:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 6-5-2010 17:46

Nagawangsa dalam Ramayanna

Dalam epik Ramayanna, istilah Arya ni digunakan merujuk kpd golongan Raksasa. Salah satu raja Raksasa ni dalam wayang Siam dikenali sebagai Thotsakanth, maksud dia 10 tengkok sb dia ada 10 kepala, kalu dalam bahasa Sesnkrit salah satu nama dia adalah Ravanna.

Kadang2 dalam stengah tempat pulak dalam Ramayanna ni, orang2 Raksasa n Vanara sniri panggil diri sendiri sbg Arya. Arya ni maksod dia Noble, bukan maksod Parsi pulak jgn dok salah paham na. Vanara tu maksud dia kaum Beruk atau penghuni Hutan, salah satu watak Vanara terkenal dalam Ramayanna tu adalah Hanuman. aku bukan reka sniri makna Vanara tu atau wat teori, memang makna bahasa Senskrit. bukak balik kamus bahasa Senskrit periksa, kalu x ada kamus satu, buleh cari kat pustaka Minerva kat Jalan Masjid India, ada banyak jenis kamus Senskrit kat sana.

Yang dirujuk sbg Arya tu adalah raja Sugriva dr kaum Vanara (Ramayanna shloka 505102712), dia pon panggil sedara laki2 dia Vali sbg Arya (Ramayanna shloka 40402434).

Dalam Ramayanna Vaalmiki, Ravana pon panggil diri dia n montri2 dia sbg Arya maksud dia orang2 Mulia Terhormat. Arya ni pon boleh ditafsir banyak maksud. Maksud pertama Arya dr segi orang itu adalah dr golongan kasta Brahmin atau Pendita yang mengaji kitab2 serta tahu kitab2 suci. Yang maksud kedua, Arya dr segi perbuatan yang mulia dan kebajikan.

Tapi dalam Ramayanna, Ravana dikatakan dr golongan Brahmin sepatutnya dia adalah Arya. Tp segi moralnya, dia bukan Arya sebab perbuatan2 dia tidak Mulia.

Seri Rama pong diterangkan dlm Ramayanna sbg seorang Arya. Rama ni dr kasta Keshatria bangsa Surya, dewa matahari dewa pelindung puak: "Arya sarva samascaiya sadaiva priyadarsanah" maksod dia, "Molia, yang berusaha untok kesaksamaan semua pehak, disayangi orang ramai."

Bangsa Naga pong diterangkan jugak dalam Ramayanna sbg Arya. Bukan maksod dia dorang ni Arya dr genetik Farsi atau Kaukasian. Tapi dorang ni Arya maksodnya bangsa yg jadi mulia terhormat kerana membuat kebajikan kepada masyarakat sama macam bangsa Vanara di Selatan India.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 12:22 AM | Show all posts
Tamadun Harappa

Tamadun lembah Indus merupakan tamadun paling purba skalik dalam India hari ini, melebar dr Barat Daya India dengan bandar2 penting seperti Harappa, Mohenjodaro, Chanhudro n Lotal.

Ikot sebutan dr Buletin kajiselidik arkeologi India oleh Whealer R.E.M., “A.I.” Vol III  (Januari,1947); Bose N.K. dan lain2 menyentuh jumpaan “Rangkai Manusia dari Harappa" dikatakan bahawa tamadun lembah Indus ni dibangunkan oleh orang2 Meditteranean atau Dravidia dan orang Austroloid (ni ka yang ada kaitan dgn beruk tu??).

Dalam carigali arkeologi di bandar2 purba tu, dorang jumpa jugak peralatan2 masak n bekas2 warna merah2 serta cop mohor2. Kat satu cop mohor tu ada sebentuk ukiran dewa dengan kepala kerbau, kat sebelah gambar dewa tu ada dua lagi bentuk laki2 mungkin jugak dewa n belakang dorang ada seekor ular dalam bentuk berdiri (ular tedung). Kat mohor lain, ada seekor ular dalam ukiran dia, belakang lembu tengah lawan dengan orang bertubuh (sasa).

jumpaan mohor ketiga ada ukiran ular letakkan kepala dia atas bangku kayu, melindungi tiga ekor dewa lain. bentuk2 ular dalam cop mohor ni menunjukkan bahawa ular merupakan dewa pelindung bg orang2 kat Harappa, jugak menjadi lambang pemerintahan negara.

Kesimpulan boleh dibuat berdasarkan jumpaan arkeologi2 ni adalah:
1. adat2 puja ular ni atau totemism memang popular kat dalam tamadun lembangan Indus.
2. gambar yang ditunjukkan dalam mohor juga ada menunjukkan hubungan kepercayaan totemism ular ni ada kaitan dgn lagenda2 di Babilon, ada hubungan dengan Asia Barat?

Orang2 arkeologi ni hubungkan kepercayaan pemujaan pokok2 n ular dengan lagenda2 di Babilon yang kemudian berpindah pulak ke tamadun Indus.

contoh2 mohor Harappa:



dewa2 tamadun harappa dalam mohor



gaya duduk ahli yoga



nampak jelas sikit, lambang swastika pong ada, no.9



dewa kepala lumbu



jumpaan kota harappa, pakistan


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 10:51 AM | Show all posts
genot, klu ksatria kawin brahmin anak dia kasta apa ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2010 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 24-5-2010 22:40

ikot kasta mak jika orang Brahmin yg laki2 tu menikah ramai (poligami).....
kalu mak Brahmin, bapak Brahmin anak dia kasta Brahmin...
kalu mak Keshatria, bapak Brahmin, anak dia kasta Keshatria...
kalu mak Vaisya, bapak Brahmin, anak dia kasta Vaisya...
kadang2 ada Brahmin nakal dorang ****** ngan orang pompuan Shudra...
kasta anak dia jadi kasta Shudra, ikot kasta mak...

biasa kalu kahwin orang2 laki Brahmin akan kawin dgn sesama ahli keluarga jugak, dipanggil perkahwinan endogami, macam sepupu kawen sepupu. perbuatan ni x elok sebenarnya tp diamalkan sb menjaga kasta dan ilmu agama.

kalo orang laki2 Brahmin menikah seorang sahaja, maka kasta anak dia akan ikot kasta bapak dia la tp mesti dalam rank bangsa dia juga. nak terang pon komplikated jugak, apa2 pon balik semula ke kitab undang2 adat (manusmriti)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 12:21 AM | Show all posts
Keterangan pasal Naga dalam Veda

Ada juga sebutan2 mengenai bangsa Naga, raja2 Naga, serta pahlawan2 dari bangsa Naga dalam kitab Rigveda. Misalnya mengenai raja Ahivritra yang disebut sebagai dewa Ular. Ahi ni perkataan sama makna dengan Ular. Perkataan "Ahi Buddhna" muncul 12 kali dalam Rigveda bermaksud Ular Penunggu Gunung.

Menurut Oldenberg, air juga dikira sebagai jenis habitat ular. Macdonell [Keith A.B. "Agama n Falsafah dari kitab2 Veda n Upanishad, ms. 1930] menyatakan bahawa Ular2 merupakan bentuk2 jelmaan yang diambil oleh Ahivritra. Ahivritra ni dianggap sbg dewa Ular dengan nama lainnya Ahibuddhna dalam Rigveda dipuja oleh masyarakat yang terserap dalam sistem Arya (agama Hindu Purba bukan mcm sekarang ni).  

Nama Vrithra iaitu gabungan nama Ahi juga disebut berkali2 dalam Rigveda merujuk individu yang sama. Dewa Vrithra disebut dalam Rigveda sebagai musoh dewa Indra (dewa perang orang Caucasian, nama lain dia di EU adalah Thor). Vrithra berjaya dibunoh kemudiannya dan nama lain dia adalah dasyu (slave), dasa (slave), asura (titan, anti-god), n ahi (ular).  

Ahi (Ular) yang satu lagi, terkenal dari sastera Veda adalah Vrithra Sarpa. Vritra Sarpa diterangkan ada kebolehan tahan air sungai2 [Keith AB Agama n Falsafah dari Veda n Upanishad, ms 193].

Dalam Atharva Veda, yang ni tradisi sastera kitab suci Brahmin yang last, nama Ahi disebut skalik dgn nama Vritra. Ahi dipercayai gelaran kepada raja2 bangsa Naga, juga menerangkan dewa2 pelindung mereka iaitu Ular. Pandangan ni disokong oleh bukti2 dari teks2 sastera bahasa Senskrit macam Amarkosha (Kanda Pertama) dalam senarai "ular2" ada disebut perkataan Ahi.

Dalam kamus bahasa Hindi dari Nalanda, maksud Ahi n Vritrasur adalah jenis2 Ular. Dalam kamus bahasa Senskrit-Hindi dari Apte, maksud Ahi adalah Ular Boa. Rigveda (VII-50-1 sampai 3), Ahi dinyatakan sebagai ular yang merbahaya. Di Uttar Pradesh, pusat kebudayaan zaman pertengahan India Purba adalah di Ahichchhattra, pusat ni dikuasai oleh bangsa Naga terletak dalam daerah Barrielly. Tempat ni adalah ibu kota negara orang Naga.

Jadi Ahi yang diterangkan dalam Rigveda merujuk kepada sejenis ular atau bangsa Naga, yang raja2nya dikenali sbg Vritra atau Ahivritra.

* kanda tu maksod dia macam chapter
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 01:13 PM | Show all posts
kalau kasta Brahim mesti kulit kena cerah ker ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2010 03:55 PM | Show all posts
Brahmin zaman2 Veda dolu memang didominasi orang2 Kaukasian (Kulit Cerah) tp setahu aku n yang aku penah tgk, dorang xde lar cerah sangat pon

Aku x tau nak sebut dorang etnik apa, dorang ni zaman skarang leh cakap banyak jenis bahasa India, tp dorang mesti fasih bahasa Sesnkrit. Bahasa Senskrit ni x silapnya serumpon dgn bahasa2 Iran tp yg zaman skarang punya bahasa Sesnkrit ni adalah bahasa yang dah diperkemas tatabahasa n sebutan dia oleh Paninni. Kalo dorang leh cakap bahasa Tamil, dorang pon tau bahasa2 len mcm Hindi atau Marathi gak tp kalo dorang cakap Tamil atau bahasa2 len2 kasta dorang bleh dikesan dgn dengar kat loghat dorang jugak dorang nye kosakata biasanya len2 x sama macam orang2 yg cakap bahasa tempatan yg kasta len2.

Brahmin x semestinya jadik tuk sami je, dorang leh wat benda2 len jugak macam jadik penyair, ahli falsafah, montri, jaminder (tuan tanah), tabib, n stengah2 kawasan dalam India sebenarnya ada diperintah raja2 dr kasta Brahmin. Kat Kemboja pon, masa awal pembentukan kerajaan Funan mengikot lagenda kuno, kerajaan tu dibentuk oleh raja kasta Brahmin n isteri dia tu yang kasta atau bangsa Keshatria. kalo yang jalankan tugas2 di kuil, jadi tukang sapu, tukang cuci berhala, sediakan sembahan, semua tu adalah dr golongan Brahmin yang keluarga kecil2 x leh kasta len wat.

Kasta Brahmin di India umum sahaja kita tahu, dibahagikan kepada dua jenis kasta Brahmin, satu di India Utara n satu di India Selatan. Sempadan dorang adalah pergunungan Vindhya.

Brahmin di Utara India disebut sbg Pancha Gauda Brahmin atau Lima Puak Brahmin Cerah. Yang di India Selatan plak dikenali sbg Pancha Dravidia atau Lima Puak Selatan.

Dalam Seloka Rajaratangini dari Kalhana abad ke-11 M serta lain2 batu besurat, ada perincian mengenai dua jenis kasta Brahmin ni.

Karnataka (Kannada), Telugu (Andhra), Tamil (Tamil n Kerala), Maharashtra, n Gujarat adalah lima yang selatan. Saraswata, Kanyakubja, Gauda, Utkala (Kalingga), n Maithili adalah lima yang cerah.

Burma pong ada Brahmin, Kemboja pong ada Brahmin, Siam n Kemboja ada Brahmin, Jawa-Bali pong ada Brahmin. Kalo di M'sia ni, aku rasa keturunan Brahmin tempatan tu momkin puak2 yang dok main Nobat dalam istana, yang dipanggil sbg orang Kalur yang dok baca surat Ciri sebelum pertabalan raja.

contoh artis2 Bollywood yang ada keturunan Brahmin mcm Karishma Kapoor n sapa2 yang ada nama keluarga Kapoor. Dorang ni Brahmin Saraswata yang asal dr wilayah Kashmir, Bharadwaj, Himachal Pradesh, n Dogra semua kat kawasan pergunungan Himalaya. Lain2 tu macam Madhuri Dixit dari keturunan Brahmin suku Chitpavan dari Maharshtra. Celina Jaitley, nama keluarga Jaitley adalah antara lima keluarga Brahmin Panjatia dr Brahmin Pravara Bharmarishi Bhrighu tempat dorg mula tersebar ke seluruh India Utara adalah dr Amritsar kat Punjab.

orang2 Kristian dari aliran Ortodoks Syria dari Kerala pon ada keturunan Brahmin, sb Saint Thomas The Apostle mula2 skali mulakan injil dalam kalangan orang Brahmin n ada orang Brahmin yang iman kat Jesus selepas itu, Brahmin2 len yang x iman tgk mula rasa x suka n St Thomas pon kena bunoh dgn puak2 Brahmin jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 04:36 PM | Show all posts
Antara orang terkenal kasta Brahmin




Iqbal, penyair Pakistan





Jawaharlal Nehru





Raaj Kapoor



Trisha Krishnan, artis movie Tamil



Vidya Balan, artis movie Hindustan asal dr Kerala



Ajith Kumar Supiramaniam, keturunan aja Brahmin tp dia hantam makan ayam bini dia orang Kristian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2010 10:06 AM | Show all posts
Reply 88# genot


Brahmin x leh makan ayam ke? Atau depa ni vegetarian?

Btw, ada la baca dlm satu buku, tp x ingat la. Buku Harun Yahya ke? Dia tulis dalam epik Shatapatha Brahmana dan Maha-bharata ada sorang bernama Manu diselamatkan dari banjir bersama Rishiz. Menurut lagenda,  Manu tangkap sekor ikan pastu lepaskan balik. Tiba2 ikan ni jadik besar. Ikan ni suruh Manu buat kapal dan ikatkan ke tanduk ikan tu. Kononnya ikan ini penjelmaan dari dewa Wishnu. Ikan ni la yg tarik kapal Manu mengarungi ombak yang besar dan membawanya ke utara, ke gunung Hismavat. Tp x citer plak sape Rishiz tu. Genot tau kisah ni?

Ada la skit2 mcm kesah Nabi Nuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 12:00 PM | Show all posts
Kiranya  Orang Aryan lah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 02:48 PM | Show all posts
dalam Filem Thai  ada ditunjukan golongan Brahmin  muka semua Stok Pan Asia .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 03:03 PM | Show all posts
ada dengar juga kisah tu. kisah tu ada jugak masuk dalam Vishnu Avatara, atau Penjelmaan Dewa Vishnu. ada satu movie Tamil tajuk dia Dasavataram, makna dia 10 Jelmaan... movie ni lakonan Dr. Kamal Hassan, tema dia pasal penjelmaan dewa Vishnu lar.

Kejadian tu katanya terjadi dalam Satya Yuga atau zaman Kebenaran yang mana dewa Vishnu menjelma jadik Matchya (Ikan). Matchya ni adalah jelmaan pertama bagi Dewa Vishnu dalam dunia untuk selamatkan manusia, tumbuhan, haiwan2, dan Veda2 masa banjir. Ada kisah sebenarnya mengenai Matchya ni, macam mana dia membesar jadik ikan besar sekaligus jadik falsafah lak mengenai ilmu Tuhan bagi orang2 Hindu melalui penjelmaan-Nya dalam dunia (aku sebut purely ikot pahaman Hindu).

Maharishi Manu tu yang jadi orang pertama perkenalkan undang2 manusia. Ada kitab2 undang2 Hindu yang pakai nama Manu, iaitu Manusmritih menurut dorang diilhamkan Tuhan kepada Maharishi Mannu. Dalam kitab tu (aku dh pernah baca, aku pinjam dr perpustakaan USM), ada undang2 kasta, adat istiadat, cara hidup masyarakat, serta lain2 etika hidop berasaskan kitab2 Veda.

owh, Satya Yuga tu adalah zaman di mana umat manusia diperintah oleh "dewa2." Zaman tu disebut sebagai zaman Keemasan jugak. Anggaran lamanya Satya Yuga berlangsong adalah selama lebih kurang 100, 000 tahon. Waktu itu lambang Dharmma yang diwakili oleh seekor Lembu berdiri lengkap dgn empat kaki, tapi lepas habis zaman Kebenaran, Lembu tu mula hilang satu kaki bila masok ke Treta Yuga. Masok ke Dvapara Yuga, jadi dua kaki aja. Zaman sekarang ni, zaman Kegelapan, atau Kali Yuga, zaman dah x ada adab sopan kejahatan kembali berleluasa, maka Lembu Dharmma hilang semua tiga kaki, tinggal satu kaki je. Kalo interpretasi zaman moden pasal falsafah Yuga atau Zaman/Era dalam Hinduisme ni, boleh bukak kitab karangan Guru Pramahansa Yogananda, Swami Sri Yukteswar Giri. Tajok buku tu The Holy Science.

awal2 dolu orang2 Brahman dalam tamadun Lembah Sindhu menyembah kat dewa Brahma, yang fungsinya dalam Trimurthi (Triniti Hindu) adalah Mencipta. Tapi kemudian masih dalam Satya Yuga, orang2 ni mula menyembah kat dewa Vishnu yang fungsinya Memelihara. Masok ke zaman Kali Yuga atau Zaman Kegelapan, dh ada yang nyembah kat dewa Siva, fungsi dia Memusnahkan Kosmos Alam Sekarang Ni n Mencipta Kosmos Baru, tp ada lagi puak2 yang masih nyembah kat dewa Vishnu minta dipeliharakan. Ni falsafah orang Hindu lar, bukan maksudnya dewa2 tiga tu lain2 dewa, dewa2 tu semua satu dewa jer mewakili Bromman Yang X Ada Rupa, dgn fungsi yang Tiga. aku belajar falsafah ni masa aku tgh dok adore kat Buddha Gautama, letih gak nak paham berbelit2
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 03:21 PM | Show all posts
Golongan Brahmin Mesti berpakaian Warna putih ker ?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 03:29 PM | Show all posts
ermmm Brahmin memang Vegetarian. Ayam pon x leh makan, ikan x leh makan, daging pon sama, kalo sentuh daging akan jadi Brahmin terbuang, kotor, impure, x leh laksanakan ritual2 agama, haram. Yang aktor felem Tamil nama Ajith Kumar tu aku rs dia degil n x kuat agama. Ni bagi yang strict lar sb dorang x nak terlibat dalam mana2 sembelihan benda2 idop, pokok pon setahu aku benda yang idop gak, kalo sembelih pokok, poko x nangis gak ke?

kitorang keturunan Arab pon x makan ikan tp ayam leh makan cuma x mo lemak, isi dalam, n kulit ayam sb kitorang amalkan hafalan kitab suci (Quran) n benda2 len jd x leh amik benda2 kotor. aku rs orang2 hafiz Quran yang keturunan non-Arab pon wat mcm itu sama aja. tp dalam Quran x sebut ikan sbg haram, jadi jangan risau, orang Muslim bleh makan ikan atau belut atau lain2 makanan laut, cuma kitorang dh terbiasa x sentuh ikan n stengah2 makanan laut.

ada jugak Brahmin yang zaman2 kuno dolu pernah makan ikan macam Brahmin Saraswat. Ni Brahmin2 yang ikot Maharishi Saraswat Munni B. Maharishi Dadikshi, masa zaman tu ada kira2 60, 000 orang pengikot Brahmin Rishi tu dikenali sbg Shatsahara, maksud dia Yang 60, 000 lah. Ada kejadian yang menyebabkan dorang kelaparan, makanan n tuaian jadi x cukop sebab lembah Saraswat mengalami bencana alam.

Jadik dorang terpaksa tanya kat Rishi dorang, camna nak wat ni? kita xleh makan makanan2 len selain tumbuhan aje, jadi tuk guru dorang cakap leh makan ikan, kalo x nanti dorang akan kiok. Jadi Brahmin2 puak Saraswat ni je lar satu2nya Brahmin yang makan daging ikan. Penempatan dorang dolu2 antara sungai Saraswat n Drishdvati.

Dalam Ramayanna Vaalmiki pon ada sebut hal ni, waktu itu Seri Rama n adik dia Laksmana hendak jalankan Rajasunya Yajnya. Jadi Seri Rama soh Laksmana g jemput Brahmin jalankan Yajnya (Korban). Semua puak2 Brahmin dijemput kecuali Saraswat Gauda Brahmin. Seri Rama tanya napa x jemput dorang? Laksmana cakap dorang Brahmin2 tu makan daging ikan, jadik dorang x leh jadi Brahmin lagik.

Sri Rama rasa hairan dia soh terangkan macam mana yang orang2 tu makan ikan? Laksmana cakap, Brahmin2 tu tangkap ikan, pastu pisahkan kepala ikan n ekor ikan guna montra Veda dorang sambungkan balik n ikan2 tu dorang lepaskan balik ikan dalam sungai sb ikan2 tu x mati lagik. Dorang cuma amik bahagian isi tengah ikan sahaja makan. Sri Rama cakap Brahmin2 tu x bunoh pon ikan tu walopon makan ikan, jadik dorang xde wat dosa papa. Jadi Brahmin2 tu pon mesti dijemput hadir dalam Rajasunya Yajnya.


Rajasunya Yajnya tu maksudnya Korban Kesyukuran yang dilakukan bila seorang raja tu dapat kalahkan atau bg sunyi raja2 yang lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 03:36 PM | Show all posts
Reply 93# HangPC2

ermmm, yang tu bukan Brahmin...
tu upacara Naga masuk wat...
simbolik untuk orang2 sblom masok ke kebiaraan dalam Buddhisme...
Brahmin biasa terlibat dalam istana masa upacara pertabalan raja...

ok, ni Brahmin tempatan kat Siam masa pesta membajak nak bukak tali air...
rupa pon dh xde rupa orang India lagik...
kat Kedah dolu2 pon pesta macam ini...
Sultan atau Raja akan turon rasmikan bukak tali air sekalik dgn Brahmin jalankan upacara doa selamat...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 03:44 PM | Show all posts
ni tukang main nobat contoh amik dr istana Perak tahun 1930-an, hanya orang keturunan dia jah leh main... dolu2 dalam upacara pertabalan raja2 cuma Brahmin je leh main benda2 ni... yang baca surat ciri sebelom pertabalan raja pon, orang2 tu la jugak, dalam buku teks kajian tempatan dolu2 ada tunjok gambar surat ciri, walopon tulisan jawi, tp kat bahagian pertama surat ciri itu sebenarnya ayat2 bahasa Senskrit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 11:13 AM | Show all posts
Genot, kawan baik akak masa kat uni dulu kahwin dgn hindu yg vege. Tak tahulah plak dia kasta apa. That guy pun sama course dgn kita org. Sampai hari ini dah lebih 10 thn jadik seorg muslim dia masih kekal sebagai vegetarian. Pernahlah kawan ni masak bubuh udang kering yg ditumbuk halus. perghhh.... x bleh telan dia. He knows kalau ada bhn2 berdarah.
Bila my fren kata, rugi la dah jadik muslim, x makan daging, ayam n all that. Dia kata i dun miss anything. I dun mind.

6 yrs back derang mai rumah utk beraya. Panik la jugak nak masak apa utk vegetarian ni. hu hu... Penyudahnya masak capati, kari kobis n nasi. Sedap katanya. Ai sendiri x lalu makan kobis jah!

off topic: pasai apa u all x makan ikan ek? Ada kisah nabi makan ikan sebelah pastu bubuh balik dlm laut and ikan tu hidup kan? Sampai hari ni org melayu panggil ikan sebelah. Mitos ke betul tu? Yg pasal udang, ketam, sotong tu org2 belah india pakistan pun x makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2010 12:36 PM | Show all posts
makan capati n kari kobis? ayoyoooo....
aku pon x tahan makan macam tu, mkn kobis rs mcm plastik je...
tp kalo dh x de pape nak dihantam kobis pon kobis laaa janji halal...
strict sgt kawan akak tu aku rs, aku pon kalo org dh letak takkan nak malukan tuan rumah seboleh2nya jaga air muka tuan rumah...

biasa kalo tuan2 rumah letak benda2 yg pantang aku mmg cb elak, tp kalo yg xleh elak mcm dh tumbuk halus tu, aku hentam saja lar, kalo x lalu pon aku jamah sikit je n pastu pandai2 ler bg alasan, malas nak wat isu... tp ade femli member aku yg memang hentam je papa pon, dorg agak kurang observant tp biasa aku n mak aku memang ikot betol2.

ermmm, bab makan ikan tu mmg dh habit kot x makan ikan...
aku skalipon mmg x leh telan ikan, tp aku x pasti ada kaitan dgn kisah nabi makan ikan tu x silap zaman nabi Musa ker hape tu...
rasanya benda ni lebih kpd habit yg dh jadik kebiasaan...
dolu2 kitorang melantak ayam je selalu, tp skarang ni kurang makan daging dh, harga barang mahal sgt...
makan sayur je banyak tp jiran lama aku dolu pon jenis2 orang peranakan arab, suka nor melantak ayam...
body dorang pon dh mcm tayar lori, mana tak nya hari2 makan daging makan ayam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 12:50 AM | Show all posts
dah bleh sebut sikit kot pasal raja2 bangsa Naga di India Purba dr Mahabharata... mcm mana depa kena serang dgn orang2 Suryawangsa n pastu kena tunduk kat Suryawangsa.

Takshak

rasanya ada satu movie hindustan tajuk dia Takshak gak, ada lagu mujhe rang de. madhuri dixit ka aishwarya rai sapa raveena tandon ka berlakon jd heroin aku sudah kurang ingat lah terlalu lama sangat, hahaha rasa macam tua nak mampuih plak.

Takshak ni adalah salah satu raja bangsa Naga yang disebut dalam kitab Mahabharata. Kota tempat semayam dia di Takshashila, jaman moden ini dieja sbg Taxila dalam tulisan rumi x silapnya dalam wilayah Punjab sebelah Pakistan masa kini. Kota Takshila ni adalah kota yg baru dibina lepas bangsa Naga dihancurkan oleh golongan Pandava atau Pendawa Lima yg kepala dia adalah Arjuna di utan Khandava. ha, kawan2 nak tahu kitab Bhagavadgitam yang puak2 Indu x kira kasta baca tu adalah bahagian dr perbualan Arjuna dgn dewa Krishna semasa dia mengalami konflik dalam diri, kat P. Jawa ada la disebut pasal dewa Ruci dlm wayang depa, tp aku kurang faseh la Jawa punya Kejawen, nak tau bab Indu p truih kat Indu yang ori.


berhala Takshak


Awalnya Takshaka n orang2 dia dok di utan Khandava jugak, tempat itu kini ada dalam bahagian Delhi di India. Tempat tinggal depa tu menjadi tempat perang, dipanggil Kurukshetram atau Padang Kurava. Tempat tinggal Takshaka n anak dia Ashvasenna adalah di tebing Sg. Ikshmati. Adik bongsu Takshaka nama dia Srutasenna ada tinggal di sebuah tempat suci dipanggil Mahaadyumna katanya dia sedang tapa cuba nak dapatkan kebolehan2 nak jadik ketua puak Naga n Ular2.


Koil Piri Naga untuk kultus sembahan Ular di wilayah Himachal Pradesh


Kat Khandava, ada lagi beberapa puak selain puak Naga iaitu puak Raksasa, Daitya, Danava n Pisacha. Ni semua adalah nama puak2, zaman dolu nama puak2 lain drpd zaman sekarang. Kejadiannya puak Naga terlibat dalam perang Mahabharata ni adalah sebab Arjuna n dewa Krishna membakar utan Khandava. Takshaka waktu itu x ada di tempat terbakar tu, dia di Kurukshetram. Yang tinggal cuma Ashvasenna ja ada. Malang la nasib bini Takshak, dia kena sembelih dengan Arjuna. Ashvasenna anak dia terlepas, dlm perang Kurukshetram, Ashvasenna cb serang Arjuna balik utk balas dendam perbuatan bunuh emak dia, ketika dia sedang lawan dengan Karna. dalam kitab Mahabharata, Ashvasenna disebut lahir dalam bangsa Airavata. Sekor Asura (anti-god) nama dia Maya yang merupakan jurubina bandar disebut terselamat juga semasa Khandava dibakar Arjuna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 01:12 AM | Show all posts
akshak muje rang de tu film tahun 2000 la genot, baru lg laa, mana lama lg
-kuch2 hotak hang hei tu baru la lama tahun 1998
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.063162 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list