CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Kasta2 Hindu

[Copy link]
Post time 14-5-2010 01:13 AM | Show all posts
akshak muje rang de tu film tahun 2000 la genot, baru lg laa, mana lama lg
-kuch2 hotak hang hei tu baru la lama tahun 1998
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2010 01:35 AM | Show all posts
akshak muje rang de tu film tahun 2000 la genot, baru lg laa, mana lama lg
-kuch2 hotak hang hei tu ...
sekngucing Post at 14-5-2010 01:12


owh, dh bercampur aduk aku, byk sgt felem hindustan lama2...
hahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 01:56 AM | Show all posts
best lagu mujhe rang de tu, pakcik aku pasang lagu tu dari kl ke kb masa jalan balik raya haji masa tahun 2002
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 02:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 14-5-2010 02:17

tepet skit lagu dia tangni, jangan mara ha... hahahaha
tabu rupanya yg jd model geletik dalam video dia... aku ingat madhuri dixit...
suara dia, suara maam lata mangeshkar ata asha bhosle salah satu klu x silap...



org kelante lebih kurg mcm org perlis n penang gak la no, hgpa minat gak industan, aku ingat hgpa dgr lagu2 mcm lagu ada seko anak tupai ja, roomate aku ms third year budak kuala Qirai dok men lagu dikir barat hari2, smpai nek teng tong aku... LOL

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 02:31 AM | Show all posts
org kelantan memang minat hindustan lama sebelum org2 kl dan pantai barat minat
-org uatar pun minat jugak ke? mungkin pasal bloodline kita asal sana ehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 03:01 AM | Show all posts
pak aku kata tahon 60-an lg org dh gila kat industan, ada panggung wayang Cina kat pekan kokdiang nama Panggung Gembira Selalu. dia kata dia slalu curi2 masuk dlm panggung wayang nak tgk Industan kdg2 kena tahan ngan org tiket kadang2 lepas. kadang2 curi telur ayam org kg jual nak beli tiket wayang n ponteng skolah, dapat tau kat arwah tuk wan aku dia kena libas ngan kayu sb dok curi barang org n ponteng skolah... hahaha, mcm dlm felem Tamil lak.

sblom tu tahon2 50-an banyak masuk bahan2 hiburan dr Asia Barat mcm Mesir n Syria, org tua2 mcm tuk wan2 aku mmg dok pantau gak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2010 05:51 PM | Show all posts
aku rsa melayu2 bahagian utara memang minat hiburan drpd asia barat, india sementra melayu selatan minat hiburan2 dari seberang sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 10:59 PM | Show all posts
Raja Naga Takshak Balas Dendam kat kaum Pendawa

Takshak yang terlampau bengang dgn Pendawa bersumpah depan kaum dia, dia akan balas dendam. Dia akan guna penyamaran, n racun makanan raja Parikshi-t, cucu kepada Arjuna n akan bunuhnya. Raja Takshak juga dah bersedia x akan membenarkan raja Parikshi-t diselamatkan dgn merasuah tuk sami2 dari suku kaum Kashyapa. Tuk sami2 kaum Kashyapa ni pakar dalam mengubat org kena racun (patuk) ular.

Kemudiannya, dikisahkan lah raja Janamejaya anak kpd raja Parikshi-t isytihar perang ke atas negara Takshila, n halau keluar raja Naga Takshak. Dari situ, raja Naga Takshak menjadi perompak plak, dia akan menyamun harta benda pengembara2 yang lalu lalang kat kawasan yang dikuasainya.

Raja kerajaan Paushya dan kubu kuat raja Takshak terletak dekat2 dengan kawasan negara Taxila. Utanka menjadi mangsa rompakan yang dilakukan Takshaka semasa dia lalu kat kawasan yang dikuasai Takshak n kaum dia. Hal ini menimbulkan kemarahan raja Kuru selepas Utanka mengadu di Janamejaya. Raja Kuru mewakili kerajaan Janamejaya menghantar askar memerangi Takshak n kaum dia.

Kaum Naga dibunuh beramai2, n memang orang2 tu hendak menghapuskan bangsa Naga terus dr muka bumi. Makanya raja Takshak lari dr kawasannya n masuk dalam kawasan "Dewa." Di situ, raja Takshak minta pertolongan Dewaraja Indra. Walau bagaimana pon, orang2 raja Janamejaya berjaya mengesan kedudukan raja Takshak n dia kena tangkap bawak balik ke negeri raja Janamejaya jadik tawanan di sana. Cadangannya, Takshak n lain2 ketua2 puak Naga akan dihukum sama2.

Masa itu, seorang orang alim yg sebenarnya cuma seorang budak laki2 masuk campur. Nama dia Astika. Mak Astika ni adalah bangsa Naga, tp bapak dia bangsa Brahmin. Janamejaya terpaksa dgr kata Astika n lepaskan balik raja Takshak. Dia juga kena hentikan pembunuhan  kaum Naga n hentikan bermusuh dgn kaum Naga. Mula dr situ, puak Kaurava (Kuru) n Naga mula hidup damai n raja Janamejaya jadik raja yang cinta keamanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2010 11:12 PM | Show all posts
Upacara Korban Ular




Ni semasa ketua2 puak bangsa Naga hendak dihukum oleh orang2 bangsa Suryawangsa. Ada ilustrasi Astika, budak Brahmin keturunan Naga minta hentikan upacara tu sb dia pon half Naga gak. Naga ni stakat yang aku paham, sebenarnya adalah sejenis kaum yang mcm kaum dayak (iban, bidayuh) kat Borneo tp lokasi dorang di India. tradisi2 dorang antaranya, mengayau kepala orang. sebab itu dalam kasta Hindu di India purba termasuk dlm kitab2 epik Hindu, dorang dimasukkan dlm golongan keshatria (pahlawan). Kepercayaan dorang adalah Animism memuja roh alam sekeliling utamanya Ular, n dalam Hinduism, agama dorg ni dikira sbg sejenis drpd kultus yang wujud dalam agama Hindu atau agama orang2 India.

Aku ada cek jugak persamaan dewa2 pagan Hindu dengan dewa2 pagan orang tamadun Sumeria atau Mesopotamia, mungkin kepercayaan manusia di sana berpindah ke tamadun Indus gak. Misalnya dewa Siva n dewi Durga. kebetulannya ada persamaan, tp ada jugak puak2 di India yang dr golongan Tibeto-Burman yg klaim dewa Siva sbg dewa kaum dorang. Dalam montra dorang pon ada disebut, tp dalam bhs Senskrit lar, bhs ni dh jd bahasa budaya ms zaman purba di kawasan India Purba, proses ni dipanggil dlm istilah puak2 pengkaji sejarah sbg proses Sanskritisasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:08 AM | Show all posts
sisa2 puak Naga di India

Nagaland




Nagaland ada lebih kurang 16 puak antaranya adalah puak2 angami, pochuri, ao, chakhesang, chang, kachari, kuki, sumi, n lotha. Wilayah ni terletak dalam bahagian Timur negara India sekarang ni. pelik n kebetulannya dorang ada perayaan macam perayaan burong kenyalang. ada pertunjukan tarian asli, muzik2 tradisional, n pameran seni2 kraftangan eksotik dorang mcm lukisan, ukiran2 kayu, serta arca2 nampak sikit2 nak mcm kat Serawak lak




Nagaland merupakan wilayah ke-16 dalam India mula 1 Disember 1963 bersempadan dengan wilayah Assam di Baratnya, Myanmar sebelah Timor, Arunachal Pradesh n sebahagian negeri Assam di sebelah Utara, n Manipur sebelah Selatan dia.  




Puak2 kat Nagaland biasanya pakai hiasan kepala bulu burung kenyalang, gigi babi utan, n ikat kepala dibuat drpd buluh anyam n akar pokok bunga orkid. Biasa orang pakai ni jenis2 org besar dorg la kot.





lain2 macam yang dah betul2 terserap dalam sistem etnik Hindu lain macam di India Selatan, dorang ada nama keluarga macam Nair di Kerala. Di Utara India, dorang terserap masuk dlm komuniti Hindu pakai nama keluarga macam Naik.

hikayat2 dalam epik Mahabharata pasal raja Takshak tu terletak di dalam wilayah Punjab di Pakistan sekarang ni. Jadi maksudnya puak Bukit orang Naga ni dah ada di hampir seluruh kawasan di dalam tamadun Indus.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:31 AM | Show all posts


Puak Naga sedang memuja papan lambang Buddho, benda ni dapat dr arca pacak era Amaravati. dlm Buddhism pon ada kisah lagenda pasal Naga nama dia Muchalinda teringin nak jadi sami Buddho tp Buddho Gautama x benarkan sb dia mesti jelma betul2 jadi manusia dahulu baru leh jadi Buddho (orang dapat pencerahan), jd Buddho bg dia 5 peraturan yang dikenali sbg Panchasila. negara Indonesia punya Panchasila bukan yang itu, nama saja sama Panchasila.

Panchasila Buddho tu sebut:

1) x mboh membunoh dlm apa cara sekalipong
2) x mboh menipu n fitnah apa cara sekalipong
3) x mboh curik dalam apa cara pong
4) x mboh mabuk todi
5) x mboh salahguna panchaindera untok benda2 salah n dosa  

lepas itu baru naga buleh jelma jadi manusia, dlm lagenda tu sebut naga kena tunggu beberapa kelahiran baru leh capai nibbhan. peribadinya yang aku paham, benda ni adalah metafora kepada ubah sikap kpd lebih perikemanusiaan n jadi mcm sikap manusia. lepas itu, dalam gambaran2 orang Buddho, Naga nama Muchalinda ni katanya jd payung Buddho ms Buddho tapa dalam ujan, bentuk dia mcm kepala ular tedong dok payung orang itu sambil melingkar bawah dia kalu dalam lukisan2. Maksudnya tu, naga itu n orang2 dia yg ada jin pelindung ular2 n reptilia jadi pelindung kpd ajaran dharmma n guru (buddho). dlm Buddhism, kalu sebut guru mosti akan refer kat buddho. mcm itu lah serba sikitnya.

  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 01:18 AM | Show all posts
ini orang dayak darat atau suku kaum bidayuh kat Serawak... untuk comparison aje ye...





orang iban atau suku kaum dayak laut... ada budaya cacah kulit... mcm kat kemboja, myanmar, india n siam pon ada gak, dorang cacah kulit untuk tujuan kebal n cacah mantera2 dlm tulisan indu ng yg menganut agama Hindu n Buddha...











Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 12:49 AM | Show all posts
Apasal aku tengok dalam Filem King Naresuan ada Puak berpakaian seperti Kaum Naga
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 03:07 PM | Show all posts
org kelantan memang minat hindustan lama sebelum org2 kl dan pantai barat minat
-org uatar pun minat jugak ke? mungkin pasal bloodline kita asal sana ehehe
sekngucing Post at 14-5-2010 02:31


Oh sekngucing, asal keluarga kau dari mana yer? Siam ker? Tapi betul juge, muka orang pantai timur dan utara macam ada satu cop, lebih kurang sama je rupanya dan ada ramai yang macam rupa orang belah2 middle east sini juga. sebab tu boleh beda dengan yang di sebelah pantai barat semenanjung malaysia.

Semasa zaman 80-an dan 90-an, orang2 Israel pun lebih kurang macam orang2 Malaysia, minat sangat dengan muzika hindustani. Ada satu lagu Israel yang popular zaman 80-an, tajuknya Ani Chozer HaBaitah ak sangkakan dari hindustani Mann-Nasha Ye Pyar Ka Nasha sebab ak dengar lagu hindustani ini terlebih dulu di Malaysia. Sebenarnya dua2 adalah jiplakan dari lagu Italia bernama Lasciatemi Cantare

http://www.jewishmusic.com/sound/isdma40d_05.rm
Ani Chozer HaBaitah


http://www.youtube.com/watch?v=Ut5Gu9OtlXs
Mann-Nasha Ye Pyar Ka Nasha


http://www.youtube.com/watch?v=zRDVQT_MT-o
Lasciatemi Cantare
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 05:03 PM | Show all posts
hehehehe, orang2 sebelah Mid East mcm di UAE, Su'udi, n beberapa negara Arab len pon minat dgn Hindustan. bahasa2 India yg popoler di Su'udi, Qatar n UAE adalah mcm bhs Urdu n Malayalam, pegawai2 kerajaan n polis2 di sana pon boleh cakap bhs Urdu atau Malayalam walaupon bkn orang India sb ramainya org2 tu kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2010 08:57 PM | Show all posts
Apasal aku tengok dalam Filem King Naresuan ada Puak berpakaian seperti Kaum Naga
HangPC2 Post at 16-5-2010 00:49


setting tu di mana? aku x ingat pula jika pernah tonton felem ini, jika ada gambar boleh hgpc kongsi sama2.

kalu di Thai Tengah ada suku kaum yg berkaitan dgn orang2 Naga tu pd zaman2 SM mcm suku kaum Wa-Palaung, n Dvaravadi tp org Wa-Palaung masih baru lg masuk ke Thai Tengah sekitar selepas Masihi.

Wa-Palaung n Dvaravadi adalah jenis orang Bukit (Naga), tp orang etnik Wa-Palaung juga terdapat di China Barat Daya. Dvaravadi ada di Myanmar Selatan, Siam Tengah, Utara Thailand n Selatan Thai, budaya mereka adalah budaya Buddho-Brahman dengan pengaruh kehinduan yang pekat (sanskrit) sb ada etnik Mon yang bercampur dgn Khek (Ancient Indian lain2 kasta n bangsa), jaman ini bleh dipanggil jenis mamak

kalu di Nagaland, bahasa puak2 Naga ni banyaknya dipengaruhi Tibeto-Burman, tp di Manipur masih ada yg terikat dgn kelas bahasa Austroasia (rumpun bahasa orang Asli di Malaysia, Vietnam, Kemboja, n Myanmar). Ikot sistem pengelasan kasta Hindu2. orang2 etnik Tibeto-Burman dipanggil sbg Kirata, sebenarnya cabang yang lain tp dr jenis bangsa Mongoloid juga. Tibeto-Burman ada juga di India, di Himalaya n Nepal (etnik Gurkha, Newari n lain2 sub-etnik), China Barat (orang2 Tibet) n Myanmar (etnik Burma, Pyu, Kachin, etc).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2010 09:50 AM | Show all posts
Reply 116# genot

Oh, baru jek nak mintak genot citer pasal bahasa2 depa. Ai ada sorg kawan masa kat uni dulu. Dia muslim. Dia guna bahasa kachi. Dia kata x ramai puak indian yg guna bahasa ni. Dia sendiri susah nak cari kelompok yg berbahasa kachi. Jadik nak kahwin pun kena cari kaum kerabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 10:43 PM | Show all posts
aku ade tanya pd kawan dr pakistan kat stesen minyak, dia beritau bhs kachi mmg xramai org cakap, dia sniri pon xnah dengar. bhs tu jenis bahasa mcm bhs hindustan (indo-irani) jugak cm x ramai org cakap lg dh skang ni. masyarakat dorang dolu lepas aku cek di beberapa tempat beritahu ada kerajaan dorang snirik jugak sblom menganut Islam. ada banyak golongan kasta yg bertutur bahasa ni, jd x semestinya bahasa ni dituturkan oleh satu jenis puak sahaja, sama la mcm bahasa2 India yg lain mcm bahasa Tamil, Malayalam, Hindi, Punjabi, dsbgnya. boleh jadi dituturkan org kasta/bangsa rajaputra (keshatria), brahmin, dan lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 04:58 PM | Show all posts
pandangan je...................
kasta untuk agama hindu diamalkan zaman dulu supaya sesuatu kerja (ilmu warisan) dapat diturun pada generasi kasta tersebut. x bagi pupus lah.
menyeragamkan sistem kerajaan supaya rakyat taat. semua org buat kerja masing2 je ikut kasta..........
tetapi zaman kuno dulu memang praktikal amalkan sistem kasta ni, tetapi bila dunia makin moden n maju, rakyat memandang hina n rendah pada pekerjaan kasta bawahan.

bro genot nak tanya sikit pasal kasta,
kasta yang genot kata ni adalah varna lapisan golongan hindu.(kelas)
nenek i dulu ckp kasta paling rendah ialah (cek li). paria atas sikit dari cek li.
hindu kat india ada banyak bangsa, dalam bangsa tamil (kasta paling rendah yang i tau paria n cek li). macam mana plak sebutan dgn bangsa hindi, gujerat, telugu, diapa pun ada kasta jugak dengan bahasa diapa sendiri?

macam saya kasta mak i Gaunder, pak saya Mudaliar..............
kasta saya ini ada dimana dlm lapisan tu? pening jugak...............
sebelah famili bapak saya memang fanatik dengan kasta, kalu adik beradik nak kahwin kena siasat dulu pasangan dia kasta ape. mesti equal atau lebih tinggi, kalu tak family tak kan bagi persetujuan perkahwinan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2010 05:20 PM | Show all posts
kasta untuk agama hindu diamalkan zaman dulu supaya sesuatu kerja (ilmu warisan) dapat diturun pada generasi kasta tersebut. x bagi pupus lah.
menyeragamkan sistem kerajaan supaya rakyat taat. semua org buat kerja masing2 je ikut kasta..........
tetapi zaman kuno dulu memang praktikal amalkan sistem kasta ni, tetapi bila dunia makin moden n maju, rakyat memandang hina n rendah pada pekerjaan kasta bawahan.


hi tamilan,

pendapat tamilan mengenai kasta sebagai warisan generasi turun temurun dalam sesuatu bidang pekerjaan ada benarnya.

harapnya x ada yg silap paham pula, tujuan asal kasta pada zaman2 awal sebenarnya bukan untuk memisahkan masyarakat berdasarkan varna atau amalan apertheid. ia lebih kepada dharrm (tanggungjawab) atau adhikarr sesuatu golongan masyarakat sesama sendiri. ada dalam Mahabharata sendiri sebut mengenai orang2 yg mulia x mengira jenis bangsa pon akan dikira Arya jika bertanggungjawab. Arya dalam konteks ini membawa maksud Mulia.

orang2 kasta tinggi misalnya keshatria, masih boleh jatuh kasta menjadi shudra (kasta bawah) dalam hayat yg sama jika mengabaikan dharrmm dan leka tidak menjalankan tanggungjawab masyarakat mereka. nanti akan ada masyarakat lain yg akan memerangi mereka dan menjatuhkan mereka, bila mereka jatuh maka mereka akan menjadi shudra dan x layak lg mengamalkan parampara (adat2 tradisi kelas mereka).  

tiap2 golongan kasta ada cara mereka menghormati kasta2 yg lain serta tanggungjawab mereka sendiri. kalo ada kasta Brahmin yg menyombong pd golongan kasta yg lain, pastinya dia menjadi Brahmin yg x bertanggungjawab atau adharmma, walaupon ada pantang larang dgn golongan kasta bawahan tp mereka sebenarnya x harus menyombong diri!

dalam stengah movie2 Tamil memang betul ada gambaran2 kasta ditonjolkan. dorang memang menonjolkan perkara yg terjadi dalam masyarakat mereka, tu sb aku suka tgk movie Tamil sb dorg ikhlas n x hanya berangan2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.320285 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list