View: 19831|Reply: 145
|
SOSEH SOSEH: Isteri penyanyi sentap artis popular tak salam
[Copy link]
|
|
ESOK, berlangsung kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) khusus menghargai penggiat muzik tanah air. Sebelum ini, berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang memberi peluang kepada peminat memilih artis kesayangan mereka dinobatkan pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai popular.Bertuah sungguh artis sekarang kerana banyak majlis anugerah diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai mereka. Selepas ini, berlangsung pula Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) khusus menghargai karyawan filem.
Bercakap mengenai majlis anugerah ini, biasanya sebelum dan selepas berlangsungnya majlis itu, pasti ada saja yang tak kena. Biasalah, rumah siap, pahit masih berbunyi. Sama ada perjalanan majlis yang dikatakan kurang lancar, persembahan hambar dan artis sendiri yang tidak puas hati dengan itu dan ini. Dalam mana-mana majlis anugerah pun, tiada yang sempurna.
Cerita yang sampai ke telinga SS mengenai kisah sepasang suami isteri yang terasa hati apabila artis yang menang anugerah tidak bersalaman dengan mereka. Alahai. Mereka duduk di sebelah artis popular ini. Apabila pengacara umumkan artis popular itu menang, tentulah artis popular itu melompat gembira.
Sebelum naik pentas, artis popular itu bersalaman dengan beberapa artis lain yang duduk di sekelilingnya tetapi dia tidak bersalaman dengan suami isteri tadi. Agaknya dia tak nampak, maklumlah suasana dewan yang samar-samar ditambah pula masing-masing pakai baju lip lap lip lap, jadi silaulah mata artis popular itu.
Si suami tidak begitu terasa hati tetapi si isteri sangat sentap. Mungkin pada sangkaannya, takkan artis popular itu tak perasan dengannya yang duduk di sebelahnya. Kiranya, kalau duduk itu boleh bertemu bahulah. Mungkin dalam hatinya berkata-kata mengapa artis itu tidak bersalaman dengannya, ada masalah peribadikah, tidak suka merekakah dan macam-macam agaknya berlegar dalam kepala.
Mungkin juga artis popular itu terlalu gembira dan terlepas pandang pasangan suami isteri itu. Siapa yang tak seronok dalam ramai calon, dia yang menang. SS rasa masalah kecil itu saja dan tidak menjejaskan ekonomi negara pun. Janganlah sentap tidak tentu pasal, banyak lagi masalah lain yang perlu difikirkan. Ada pemenang lain yang tidak sebut nama ibu bapa, suami atau isteri
kerana terlalu teruja. Dari awal lagi sudah disiapkan ucapan sebagai persediaan jika menang tetapi apabila anugerah sudah ada dalam genggaman, terus hilang kata-kata. SS harap kalau ada pasangannya tidak disebut, janganlah sentap tidak tentu pasal. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tidak tahu pula apa cerita yang sampai ke telinga SS pasal AIM17 nanti. Setakat ini, SS belum dengar lagi komen yang berat-berat mengenai majlis anugerah itu. Tetapi SS tak hairan selesai saja majlis itu nanti, mesti ada yang tidak puas hati terutama mengenai pemenang. Bagi SS, AIM ini ada pelik sikit kerana kebanyakan mereka yang menang anugerah bukanlah insan yang popular sangat dan ada yang orang tak berapa kenal. Alih-alih namanya dipanggil untuk terima anugerah hingga ramai berpandangan sesama sendiri ingin tahu siapa gerangan pemenang itu.
Ini mungkin kerana AIM anugerah bersandar kepada kualiti dan bukannya populariti atau pun anugerah syok sendiri. Ada yang berbakat, menghasilkan album sendiri dan kurang mendapat publisiti. SS juga ingin berkongsi dengan semua mengenai persembahan pada malam itu. Khabarnya, Yuna dan Aizat akan membuat persembahan istimewa diiringi Ramli MS. Persembahan mereka itu belum dibuat mana-mana artis. Wah, pasti hebat dan ditunggu peminat.
Selain itu, tiada siapa yang tahu siapa yang bakal menang kerana pihak penganjur bukan saja menzipkan mulut mereka, malah kertas yang bercetak nama pemenang pun disimpan rapi. Justeru, tanpa mengira siapa menang atau kalah, penggiat seni tanah air datanglah beramai-ramai memberi sokongan kepada AIM17. Kalau artis sendiri tidak datang menyokong anugerah yang dibuat untuk mereka, siapa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
terlupa nak salam kot.. terlampau teruja sebab menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pasan gak ari tu... sentap weh!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku teka ekk... teka je ni tauuu..
aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 14:24
aku rasa pun begitu...bkn peminat jer xpndang mawi dan ekin tp artis pun dah heran dia org |
|
|
|
|
|
|
|
harus sentap....sian dier.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku teka ekk... teka je ni tauuu..
aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 14:24
masa tu kan mawi n ekin tgh gigih tepuk tangan.tu dct tak salam kot |
|
|
|
|
|
|
|
kalo iols pun iols x pandang pasangan felda cam tuh |
|
|
|
|
|
|
|
ni ckp mawik + kikin kew? |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk mcm mawi n ekin.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku syak si kikis tu yg sentap, sbb mmg DCT x salam dgn dia pun.....tapi aku lbh teruja..sebab SS blh buat story tanpa mendapat sumber dari org lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku teka ekk... teka je ni tauuu..
aku rasa yg sentap tu ekin
dia sentap ngan DCT
sbb ...
guesswho09 Post at 1-5-2010 04:24
kalo betul ni orang..hehhe nampak benar la ekin ni nak perhatian...mende kecik nak jadikan isu.. |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka siot
sokong DCT xsalam bagai
DCT wat lagak DIVA..."perluke salam ngan korang. korang sape.dato mana??"
'I salam ngan dato2 aje.I paling popular vokehhh"
currlasstttt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# clorox
citer la sikit perihal bila DCT jadi bos...kalau nsetakat tulis aja...tak leh caya..sertakan la bukti..barula boleh pkai |
|
|
|
|
|
|
|
ai rasa kalau CT buat macam tu atau sesiapa saja, kalau kita berjaya, at least hormatlah j ...
clorox Post at 1-5-2010 17:03
..pasti ke DCT yang sopan tu nak buat gitu....
entah2 pasangan artis lain...bukan CT je menang anugerah popular....( BUKAN PALING POPULAR ye..)
dan..mesti ada terselit mana2 pemenang yg duduk berjiran dgn pasangan artis suami isteri yang lain.....
tolonglah..jangan ngata DCT tak hormat jiran... |
|
|
|
|
|
|
|
kikin ker...? cian lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
[b]SS rasa masalah kecil itu saja dan tidak menjejaskan ekonomi negara pun.[/b]
''''siapa ye yg duduk sebelah pemenang yg buat kenyataan " berpeluk tak jejas ekonomi negara.."? |
|
|
|
|
|
|
| |
|