Post Last Edit by ritzz at 5-5-2010 11:19
Aku perasan dah ade thread Gunung Tebu yg arwah Uncle K bukak a few years back tp aku tak sure if I shud letak kisah aku ni kat thread tu ke tak. If mod rase kne letak situ, mitak jasa baik mod mergekan ek. Pepehal sedekahkan al-fatihah utk arwah uncle K.
Ok kisah aku ni tade seram sgt..just nak share pengalamanaku mendaki gunung tebu.
First aku daki gunung tebu ni mase form 4. Aku mmg ahli kelab ekspedisi yg sgt aktif kat sekolah. Before that aku pegi mendaki gunung tahan. Tade ape yg pelik pon mase daki gunung tahan, except for dengar suara kanak2 lelaki mintak tulun, tp cikgu aku suruh abaikan.
Anyway, cikgu aku ni pernah bawak satu group mendaki gunung tebu before ni (mase tu aku tak masuk skolah tu pon lagi)..dan dikhabarkan salah seorang daripada org dlm group tu hilang, sesat di dalam hutan..dan seminggu after tu kot baru jumpa..mmg masuk paper jugak la..yg hilang tu bukan budak sekolah aku, tp adik kepada salah seorang peserta yg follow skali..dan dgr cerita, budak tu just tunduk ikat tali kasut kejap je..then dia dah tak nampak sesape dah..tu yg dia boleh tersesat dlm hutan..kisah lg detail aku dah ingat2 lupe..
Tp since then, cikgu aku ni dah tak buat pendakian dah..sampai le ke batch aku..dia bawak naik gunung tahan..a few months after tu, dia bawak naik gunung tebu..
First day, kami just bermalam di kaki bukit, kat lata belatan tu..mase maghrib, cikgu aku mintak semua sembahyang berjemaah dan hajat, buat bacaan yaasin, dan berdoa ke hadrat Ilahi semoga kasi semua selamat dalam perjalanan.
Pendakian bermula esok paginya..dan ianya tidak mengambil masa yang panjang..tak silap aku tiga jam je kot..kami bergerak dlm satu kumpulan..perempuan di depan, lelaki di belakang…dan tiada halangan pon mase pendakian..mmg ade trek laluan..hutan tak begitu tebal..
Sampai di puncak..aku n a few friends terkejut..sebab ditapak perkhemahan ade seperti kubur..bila risik ngan cikgu, cikgu kata tu kubur org yg bertapa dulu2 la..wallahualam betul ke idak..tp kubur tu mmg lama la..and kitorang yg perempuan ni pulak disuruh berkhemah berdekatan dgn kubur tu..gagagggaa..takut mmg takut..tp seb baek khemah cikgu pon dekat la..hehhee..tp alhamdulillah..sepanjang kitorang stay situ..takpe ape2 yg pelik or menakutkan berlaku
Tu kisah pendakian ku yg pertama. |