CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

  [Copy link]
 Author| Post time 12-5-2010 01:45 PM | Show all posts
nakkk lagikkk
aint Post at 12-5-2010 12:28



    Pantai Balau Jan 19th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 260



Pantai Balau kawasan yang seronok untuk bermandi manda.Penulis pernah sekali meronda-ronda hingga ke hujung pantai dikawasan berbatu.Disitu penulis terjumpa tulang yang tersangat besar.Sebesar dulang.Tulang Megalodon kot.Hehe.
Namun disebalik keindahan pantai ini,ada kisah yang menyayat hati berkaitan harapan dan penganiayaan manusia.

Dulu pernah sekumpulan pendatang haram maut kesemuanya disini.Ceritanya begini,kumpulan pendatang ini berjumlah 40 orang tak silap,telah diturunkan Tekong kapal dikawasan beting pasir,ditengah kepekatan malam.Mungkin kerana ketakutan ditangkap polis marin,kesemua pendatang ini tanpa sedar mereka akan mati dalam beberapa minit lagi,terus bergerak menuju kekawasan pantai.

Bayangkan anda terjatuh kedalam jurang dalam.Begitulah nasib yang menimpa kesemua pendatang ini.Beting pasir ini terletak ketengah pantai dalam beberapa kilometer,ditambah kegelapan malam dan ketakutan,mereka akhirnya mati lemas.Simpati sungguh bila anak-anak kecil pun turut lemas.Tekong tahu hal ini,tapi mungkin kerana terlalu tamak dan takut ditangkap polis mereka melepaskan pendatang-pendatang itu begitu saja,menuju ke alam baka.

Keluarga penulis selalu ke Kota Tinggi,menziarahi keluarga Mak Andak di satu penempatan Felda.Biasanya kami tidur semalam dua.Maka adalah kesempatan berjalan-jalan.Kali ini ke Pantai Balau setelah puas ke Tanjung Leman yang juga terkenal sebagai tempat berkelah.

Cerita ini terjadi pada hujung 90 an.Kami sampai dikawasan pantai dan waktu itu penulis dan adik beradik serta seorang Kakak sepupu tak sabar bermain air laut.Namun penulis mengambil kesempatan makan puas-puas ayam goreng yang dibawa bersama,baru turun ke laut.Baru puas betul-betul.Pada waktu itu ada satu perkhemahan tentera ditempat kami mandi itu.Mungkin melakukan eksesais.

Penulis cuma bermain dikawasan yang kaki boleh berjejak( tak pandai berenang),sementara adik beradik penulis dan Kakak sepupu bermain agak ketengah sikit sambil diawasi orang-orang tua keluarga kami.

Disinilah kisah terjadi.Kakak sepupu tiba-tiba berkelakuan aneh.Penulis lihat beliau merenung tajam ke arah kawasan pantai.Kami adik beradik cuba memanggil beliau.

Sambil meranduk air naik ke pantai,panggilan kami tidak dihiraukan.Kami adik beradik sambung balik main air.Tiba-tiba terdengar hiruk pikuk dikawasan pantai.Penulis lihat Kakak sepupu bergerak laju ke salah satu khemah askar,sambil membawa kayu panjang sedepa.Mujurlah orang-orang tua keluarga kami sempat menarik beliau.Keadaan semakin teruk bila orang ramai berkerumun melihat.Sedang Kakak sepupu kuat meronta-ronta sambil memaki hamun.

Seorang tentera yang kelihatan ahli agama keluar dari khemah.Beliau dipanggil Ustaz oleh askar-askar lain disitu.Ustaz kelihatan tenang.Sambil berjalan menuju ke  arah Kakak sepupu,beliau membaca ayat suci.Kakak sepupu rupa-rupanya memaki hamun Ustaz tersebut.

Ustaz berdoa sambil menghembus ke muka Kakak sepupu.Setelah setengah jam baru keadaan tenang sedikit.Kakak sepupu juga mula siuman semula.Mak Andak menangis-nangis memeluk Kakak sepupu.Ustaz menasihatkan keluarga kami agar segera pulang.Kami patuh dan terus  berkemas.

Sampai dirumah Mak Andak,Kakak sepupu mula bercakap dan meminta air.Setelah itu beliau menceritakan apa yang dilihatnya.Menurutnya waktu seronok bermain air,dilihatnya seorang nenek tua berambut panjang ,berpakaian putih dan bertongkat sedang berjalan terbongkok-bongkok.Setelah itu beliau tidak ingat apa-apa lagi hinggalah dikerumuni  ramai.

Penulis hingga sekarang tak pandai berenang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2010 01:47 PM | Show all posts
Ok. Stop sat. Esok ada VIVA. Kena prepare.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 01:47 PM | Show all posts
wow...baru abes aku baca sume cite TT nie
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 02:20 PM | Show all posts
thanks TT..gud luck for tomorrow..jgn lupa sambung lagikkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:35 PM | Show all posts
Jalan Kukup
Oct 23rd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 187

Ni cerita kawan sekampung aku.

Hobi ramai budak muda di Kampung Rimba Terjun selain membuang masa di bandar, memodifikikasi motor, merempit, menghormati orang tua, mengurat gadis, bermain gitar ,mengawal kampung dan lain-lain ialah memancing. Hampir keseluruhannya adalah pemancing tegar.Cakap saja dimana ada air dan ikan,asal ada batang mancing dan umpan.....jadi aja.

Suatu malam Yan Kambing, Badang ,Pa an,dan beberapa orang lagi turun memancing di Kukup.Sewaktu memancing keadaan biasa-biasa aja.Selain membuang masa dan meracuni paru-paru dengan rokok, mereka berbual hal-hal berkaitan ekonomi masing-masing.

Kebosanan oleh kerana hasil pancingan biasa-biasa aja,mereka bersiap untuk pulang.Kesemuanya menumpang kereta Badang.Maka bergeraklah mereka pulang.

Ditengah perjalanan,sesuai dengan title budak kampung,mereka beraksi kegembiraan.Menjerit-jerit pada kenderaan yang berselisih dengan mereka dengan tujuan menggembirakan hati.Namun oleh kerana telah awal pagi jarang-jarang ada kenderaan melalui jalan Kukup.

Kelihatan kuil Hindu didepan.Kereta dipandu semakin menghampiri pintu gerbang kuil tersebut oleh kerana kedudukannya yang berada di tepi jalan.Seorang wanita melambaikan tangan ditepi jalan betul-betul didepan gerbang kuil.

Yan Kambing sesuai dengan sifat rianya(retard) menjerit 'HOIIII!!!!' pada wanita tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.Semua yang berada didalam kereta tergelak sama.

20 meter kemudian,didapati ada lagi orang yang melambai tangan dibahu jalan.Wanita yang sama didepan kuil Hindu....

Masing-masing mula terasa seram.Badang memecut keretanya ketahap maksima.

20 meter lagi didepan,wanita tersebut muncul lagi.
20 meter lagi,tetap wanita yang sama...
20 meter lagi,pun wanita yang sama muncul
20 meter seterusnya juga sama

Keadaan berulang-ulang sehinggalah wanita tersebut hilang sendiri.Sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:35 PM | Show all posts
Zaman 60 an
Jul 19th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 269

Bandar Pontian,terletak dihujung negeri Johor,menghadap Pulau Pisang.Bandar yang senyap.Pada zaman-zaman 60 an tidak banyak kemajuan yang boleh dilihat bagi sebuah bandar yang yang jauh kepedalaman negeri Johor.

Keluarga kami menetap di Kampung Parit Kasim,tinggal di pondok kecil beratapkan daun kelapa yang diikat dan berlantaikan tanah bagi kawasan rumah bawah dan buluh bagi rumah atas.Kawasan sekeliling hanyalah hutan dan sekangkang kera kawasan kebun getah.Cukuplah untuk makan pakai ala kadar.

Tibalah masa,selepas solat subuh,untuk Datuk dan arwah Nenek pergi menoreh.Keluarga kami waktu tu cuma ada Mak Long,Pak Ngah,Mak Uda,arwah Mak Lang,dan Mak Andak.Semuanya kecil-kecil lagi.Cuma tanggungjawab masing-masing dah difahami oleh anak-anak.Datuk dan arwah Nenek pun pergilah menoreh.Biasanya Mak Long akan bangun untuk memasak sarapan selepas keberangkatan Datuk dan arwah Nenek.Adik-adik yang lain masih tidur di tengah ruang rumah.Tiada bilik kecuali kelambu yang memisahkan ruangan tidur Datuk dan arwah Nenek.

TUK..TUK..TUK.
TUK..TUK!TUK!!
TUK!!TUK!!TUK!!!!!!
TUK!!!TUK!!!!!TUK!!!!

Entah gerangan siapa pula yang mengetuk pintu...

Mak Andak kehairanan."Sapa pulak ni?Mak Abak baru turun menoreh,takkan dah balik?"

"KREOOKKK"!!!
Pintu terbuka sendiri...Kelihatan tangan seseorang separuh kelihatan dibelakang daun pintu.

"......Kamal....kamal(nama Mak Andak diseru)"seru satu suara sambil tangan melambai-lambai.Lembut.Bergetar-getar.

"...Nak,mari sini kejap.Kamal.."sambung suara tersebut yang persis kedengaran suara Arwah Nenek.Tapi...

"Ya Allah,ni bukan Mak Abak!!!!"getus dalam hati Mak Andak.

Tersangat seram dirasakan waktu tu oleh Mak Andak.Tarik selimut dan menggigil.Kaku seluruh badan.Beberapa minit kemudian terus senyap.Mak Andak terlelap terus.

"Kamal,Kamal,dik bangun Dik.Kenapa kau buka pintu tak bertutup tu?"getus suatu suara tiba2.Mak Long rupanya yang baru naik kerumah selepas mandi.

Apakah Mak Andak cuma bermimpi?Misteri ini masih tertanya-tanya sehinggalah ke hari ini.Lebih 40 tahun telah berlalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-5-2010 10:36 PM | Show all posts
Hal Ehwal Pelajar
Oct 27th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 305

Cerita 1

Hanafi pelajar jurusan seni bina.Oleh kerana waktu itu beliau masih belum memiliki motor,maka dipinjamnya motor seorang kawan.

Pusat pengajiannya terletak paling hujung di Universiti Super Malaysia.Maka dengan semangat menyiapkan projeknya,Hanafi pun bergeraklah pada waktu tengah malam.Sifat manusia nokturnal bagi pelajar pusat pengajian Housing,Building and Planning(HBP=HANTU BALIK PAGI).

Sedang melalui kawasan berhampiran VC ROCK(ni kawasan bongkah batu yang paling popular di Universiti Super Malaysia),motor ditunggangnya menjadi seakan hampir berhenti.Seperti masukan minyak dalam karpekpekor bermasalah.Semput.

Hanafi menyumpah-nyumpah kerana mengaitkan kawannya sengaja meminjamkan motor dengan harapan beliau akan mengisi minyak.

Dalam keadaan begitu,Hanafi memandu dengan agak perlahan.ZUUUUPPPPPPPPP!!!!!

Kelibat berwarna putih melintas dihadapannya.Tergamam sebentar Hanafi.Matanya tidak salah melihat.Keadaan yang gelap pasti memudahkan warna yang lebih terang kelihatan ditempat yang sama.

Hanafi bagaimanapun selamat sampai di pusat pengajiannya.

Cerita ke 2.

Pada suatu malam,Timbalan Naib Canselor(TNC) Jalaludin terpaksa stayback oleh kerana ada event di Universiti Super Malaysia.Beliau kemudian tergerak memanggil pemandunya yang sedang menunggu dalam kereta di tempat letak kereta.

Sebaik melangkah keluar pintu,dapat dilihat kawasan tempat letak kereta.Kejauhan dilihat keretanya dan juga pemandunya diluar kereta menghisap rokok.TNC Jalaludin tiba-tiba terkejut.

Dipanggilnya pemandunya yang berada didalam kereta masuk ke pejabatnya on the spot.Melalui panggilan hanset.

Sebaik pemandunya memasuki ruang pejabat dan bertemu TNC Jalaludin,dia bertanya jika TNC Jalaludin memerlukan sesuatu.

Dengan agak tegang,TNC Jalaludin menyatakan tujuannya memanggil pemandu beliau itu memasuki pejabat.

Rupa-rupanya pada waktu TNC melihat ke kawasan tempat letak kereta,beliau tidak saja melihat keretanya dan pemandunya.

Tetapi juga melihat sesosok wanita berpakaian putih terapung diatas keretanya merenung pemandu tersebut.Hairan juga kerana pemandunya tidak pula ternampak apa-apa.Bagaimanapun tiada apa-apa yang terjadi.Syukurlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 13-5-2010 22:38

Tanah Besar China
Dec 9th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 217

Apek Tee berumur 92 tahun ketika penulis bertemu dengannya beberapa tahun yang lepas di Muar.Masih gigih bekerja sebagai pembuat perabot di kilang saudaranya.

Beliau berasal dari Anxi,Selatan Fujian China.Kedatangannya ke tanah Melayu pada 1936 adalah kerana melarikan diri daripada kekejaman Jepun.Namun antara pengalaman hidupnya yang boleh dikatakan 'emas' ialah satu kisah seram yang terjadi ketika beliau masih muda di tempat asalnya di Anxi.

Pada suatu malam,kampungnya dikejutkan dengan kegemparan apabila sekandang kambing milik seorang lelaki kaya,ditemui mati bergelimpangan semuanya dalam masa 1 malam.Pada mulanya seisi kampung menyangka ia berpunca daripada keracunan.Cuma bila diteliti semua kambing tersebut mati dengan keadaan setiap kambing berlubang dipelbagai bahagian badan.2 lubang kecil.Umpama digigit sesuatu.

Malam esoknya seorang lelaki yang bertugas sebagai pengawal kampung,ditemui mati dikawasan air terjun.Juga dengan kesan gigitan 2 lubang kecil,cuma kali ini dibahagian tengkuk.Pada kali ini penduduk kampung mula berasa ketakutan kerana tahu ada sesuatu yang buas sedang menghantui tempat mereka.Kejadian terus berlanjutan dengan beberapa kematian lagi melibatkan sekumpulan lelaki asing yang berkhemah berhampiran kampung,sekumpulan perompak hutan,dan ternakan seperti khinzir dan ayam.Semuanya dengan modus operandi yang sama.Digigit meninggalkan 2 lubang kecil.

Kakak ipar Apek Tee juga hampir menjadi mangsa apabila pada suatu malam tatkala sedang tidur,kakak ipar beliau terbangun apabila terdengar hembusan yang cukup kuat dibalik jendela biliknya.Namun terselamat apabila sekumpulan penduduk yang berkawal melintasi kawasan rumah keluarganya.Penduduk yang berkawal memukul alatan yang mengeluarkan bunyi berdecing-decing.Yang mungkin menghalau makhluk yang berdengus itu.

Oleh kerana perang hampir meletus,dan keadaan yang semakin tertekan,keluarga beliau dan ramai penduduk kampung berhijrah ke pelbagai tempat.Kejadian misteri itu sehingga kini tidak terjawab.Namun sebelum mereka berhijrah terdengar rumor punca kejadian misteri itu adalah kerana Jiang Shi....Chinese Vampire,namun Apek Tee tidak dapat mengesahkannya kerana beliau tidak lah begitu yakin sangat.

Hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2010 10:37 PM | Show all posts
HAIWAN DAN MISTERI
Nov 23rd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 287

#1

Pak Andak Ajis seorang peneroka di Felda dareah Kota Tinggi.Beliau ni seorang yang multi task.Buat rumah boleh,jadi tukang masak kenduri boleh,mahir dengan hutan dan kegemarannya dulu-dulu ialah menjerat ayam hutan.Suatu malam,beliau pergi menjerat ayam dikawasan hutan yang jarang-jarang dimasuki peneroka lain.Saja nak cuba nasib.Pak Andak Ajis tahu dikawasan tersebut banyak ayam hutan.Maka beliau pun memasang jerat disetengah tempat.Habis saja jerat dipasang dan ditutup dengan daun-daun hutan untuk tujuan penyamaran,beliau bersembunyi.Tidak berapa lama kemudian beliau ternampak seorang lelaki tua bersongkok dengan membawa tempurung kelapa,entah muncul dari mana.Lelaki tua tersebut menyeru-nyeru sesuatu.Sekelip mata berpuluh-puluh ayam hutan mengelilingi lelaki tua tersebut.Kemudian lelaki tuat tersebut mengambil sesuatu dari tempurung kelapa yang dibawanya.Beras.Lelaki tua tersebut menaburkan beras kepada ayam-ayam hutan tersebut.Pak Andak Ajis mengatakan lelaki tua tersebut adalah pemilik ayam-ayam hutan yang banyak dikawasan tersebut.Gembala ayam hutan.

#2

Menurut Mak Long Tik,abang iparnya mempunyai kembar ular merah.Dikatakan ular merah tersebut berbentuk seperti ular daun saja.Namun kembar abang iparnya itu kemudian hilang setelah kematian abang iparnya itu.

#3

Pantang orang-orang tua dulu kalau jenazah ditinggalkan berseorangan.Ini kerana orang-orang tua dulu risau jenazah dilangkah kucing hitam jelmaan syaitan.Dikatakan jika dilangkah mayat akan bangun dan lari.Mak Long Tik ada bercerita dulu hal ini,tapi penulis dah terlupa penamatnya.

#4

Dulu dikatakan ada seekor harimau besar yang menunggu tapak rumah Atuk penulis dikampung,bukan harimau saja-saja melintas disitu,tapi memang benar-benar menunggu tapak tersebut.Harimau saka?entahlah.Selebihnya tak dapat recall apa jadi.Lupa.

#5

Sultan Johor dulu pada zaman awal siapnya Tambak Johor kot agaknya(kes lupa) pernah menghentak kaki baginda oleh kerana seorang Mat Salih yang menjadi jurutera jambatan tersebut cakap besar mengatakan jambatan tersebut tersangat-sangat kukuh.Senget sebelah jambatan tu.Dikatakan Sultan Johor mempunyai sehelai bulu burung cenderawasih.Wallahualam.

#6

Dulu-dulu terdapat banyak babi hutan dikawasan kampung penulis dizaman sebelum merdeka.Pernah sekali seorang pemburu Cina menembak beberapa ekor babi hutan.Bila dikumpul dan diperiksa,seekor daripada babi tersebut bergigi emas sebatang.

#7

Mak Long Tik pernah bercerita tentang ular pelangi.Dikatakan ular trsebut muncul setiap kali hujan-hujan renyai untuk menumpang minum air tadahan.Jika tidak berhati-hati,ular tersebut akan membaham sesiapa saja yang melihatnya.Dikatakan arwah moyang penulis pernah terserempak ular pelangi.Dikatakan ular tersebut berwarna coklat-coklat hitam dan mempunyai gelembir sseperti layar kapal.Mujurlah tidak terjadi apa-apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:40 PM | Show all posts
Pontianak dan kisahnya yang pelbagai
Nov 17th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 396

#1

Penduduk lama dikampung Rimba Terjun ada cerita tersendiri berkaitan pontianak.Maksudnya tersangat lah senang untuk dijumpai.Menjelang maghrib diseluruh kampung,pontianak akan mula berlegar-legar.Macam jumpa orang biasa kat mana-mana,macam tu la spesis pontianak ni.Kawasan kubur menjelang maghrib adalah kawasan yang cuba dijauhi sebaik-baiknya.Dulu dikawasan kubur dikatakan ada pokok tua yang sangat besar,disitulah port pontianak paling angker dan terkenal.

#2

Ni aku baca dari majalah mana entah.Kongsi la juga dengan hangpa.Siapa kata pontianak tak bunuh orang dan tak hisap darah?Disatu tempat dalam Malaysia,ada seorang lelaki Melayu yang entah macam mana pada suatu senja ke kawasan jirat Cina yang tersangatlah luas.Disitu beliau bersembunyi apabila terlihat pontianak.Yang mendebarkan pontianak tersebut membawa bersama seorang manusia yang kelihatan tersangat lemah dan kurus kering.Kesian,lelaki yang kurus kering itu kemudian dihisap darahnya oleh si pontianak tu.Kesudahan cerita aku tak ingat.

#3

Pada satu malam,Mak aku tengah membasuh pinggan didapur.Tiba-tiba terdengar bunyi mengilai.Kebetulan sinki tempat memabsuh mengadap cermin tingkap yang berkarat,menyebabkan tingkap tersebut tak dapat ditutup.Jelas sangat bunyi tersebut.Mak aku tak peduli,walaupun terasa takut-takut juga.

#4

Arwah Tok Sieron dan kawan-kawannya pernah diganggu pontianak semasa berkerja dengan konsesi balak dihutan tebal di negeri Johor.Mereka tidur beramai-ramai dalam satu pondok usang ditengah rimba.Tengah-tengah malam tersebut kedengaran pontianak mengilai-ngilai.Mujurlah setakat itu saja.Kalau ada lagi cerita Arwah,mungkin aku dah lupa.

#5

Pengalaman aku di USM pula.Pontianak ni ada je kat mana-mana.Didesa CG dahulu terdapat satu kawasan berumput seluas padang futsal,disitulah dikatakan pontianak tersangatlah mudah untuk dilihat.Melompat-lompat dari pokok ke pokok.Di Desa Bakti,pada waktu minggu ulangkaji,seorang pelajar Malaysia Timur tersentak dengan kehadiran wanita misteri tepat-tepat muncul didepannya diluar kaca tingkap sewaktu mengulangkaji.Pelajar ni duduk tingkat dua,macam mana seorang perempuan boleh muncul di kawasan asrama Desa lelaki pada aras tingkat tersebut pada waktu pagi buta?

#6

Pengalaman kawan-kawan aku di sekolah Teknik Batu Pahat.Mereka 'fly' ke bandar Batu Pahat.Bila pulang ke asrama,tentulah sembunyi-sembunyi,takut ditangkap warden Cikgu Yazid.Mereka macam mana pun tersilap langkah.Mereka melalui kawasan gelap dibawah sepohon pokok besar(aku lupa nama pokok...ara kot?),mereka kemudian meniarap dalam semak dibawah pokok tersebut kerana mengelak kereta yang melalui jalan bersebelahan pokok tersebut.Ketika meniarap beramai-ramai itulah mereka melihat benda berwarna putih meloncat-loncat dari pokok ke pokok.

#7

Pengalaman aku dan kawan-kawan memancing.Di kampung Rimba Terjun terdapat satu kawasan rekreasi yang terpencil.Hnaya orang-orang kampung je yang tahu.Aku pun sekali je pernah masuk situ.Kawasan tu waktu siang ok.Tapi menjelang malam....tak ada siapa berani duduk sorang-sorang.Kawasan tersebut bersebelahan kawasan paya bakau.Waktu memancing ok lagi.Waktu nak balik,kawan sekampung aku Yan Kambing menumpang motor aku.Pada waktu dia baru je nak naik seat motor,dia ternampak lintasan kain putih melintas-lintas dari pokok ke pokok.

Begitulah cerita-cerita yang aku ingat.Mungkin ada lagi tapi aku terlupa...nak exam beb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:41 PM | Show all posts
Lim Tat
Dec 4th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 151

Lim Tat seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan.Oleh kerana telah disahkan sebagai berjawatan tetap dan gaji pun kira okey,Lim Tat memohon loan bank untuk membeli rumah siap sedia di Ampang.

Setelah urusan selesai dan kunci rumah diperoleh,Lim Tat menunggu selama 6 bulan sehingga harga rumahnya markup beberapa persen dan dijualnya.Dapatlah untung 150k atas angin setelah ditolak apa-apa yang patut.Bijak-bijak.Begitulah dilakukan Lim Tat pada beberapa aset hartanah yang dibelinya.Kaya la beliau ni.Namun masih maintain kerja gomen,senang buat loan.Lim Tat bagaimanapun tinggal dirumah ibu bapanya saja.Jimat.BMW 5 series dipandunya ke pejabat.Jika dikejar LHDN,beliau menjawab menang judi di Genting.

Suatu ketika beliau mendapat maklumat daripada seorang pegawai bank tentang sebuah rumah yang mahu dilelong.Maka proses memiliki pun bermula dan berakhir.Lim Tat pun menunggu beberapa bulan sebelum memjualnya.Namun 8 bulan setelah tarikh pemilikan,Lim Tat berasa hairan kerana kali ini rumah yang mahu dijualnya itu tidak menarik perhatian sesiapa pun.Walau beliau telah berusaha mengiklankannya disemua akhbar prima negara.Kali ini Lim Tat berasa sikit tercabar.

Lim Tat bercadang menginap sementara dirumah tersebut bagi menyejukkan hatinya.Malam pertama Lim Tat sudah berasa seram sejuk kerana kedapatan suara-suara misteri.Malam kedua lebih parah bila kedapatan entiti melintas-lintas.Malam ketiga Lim Tat lari keluar kerana entiti tersebut menjelma didepannya.

Esoknya Lim Tat mengadakan upacara keagamaan Taoist bagi menghalau sebarang roh jahat.Malangnya cara ini tidak berhasil.Lim Tat memanggil pula paderi bagi menjalankan upacara menghalau exorcism.Kemudian sami Hindu pula.Bomoh orang Asli pun dipanggilnya namun hasilnya tidak kelihatan.Kini telah setahun beliau miliki rumah tersebut.Kedudukan kewangan semakin goyah kerana sebab-sebab tertentu.Lim Tat menyatakan kesal kerana membeli rumah tersebut.

Suatu hari beliau menerima 2 panggilan telefon.Satu panggilan daripada seorang sebangsanya untuk membeli rumah tersebut dan satu lagi daripada seorang Indonesia bertaraf tetap.Lim Tat terus menjualnya pada orang Indonesia tersebut.Namun harga yang dipersetujui bersama kurang separuh daripada harga semasa Lim Tat membeli.Tak kisahlah.


Kini telah 8 tahun rumah tersebut berjaya dijual.Lim Tat berasa hairan kerana orang Indonesia tersebut tidak berhadapan dengan masalah gangguan supernatural.Maka ditanyanya lah secara bertapis-tapis(pasal waktu jual dulu Lim Tat sembunyikan masalah gangguan,asal terjual sudahlah).Orang Indonesia tersebut menjawab:

'Hantunya itu kok datang dari Indonesia sana juga,maka saya aman-aman saja disini sih.'

Lim Tat tepuk dahi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:43 PM | Show all posts
Tasik bekas lombong
Mar 1st 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 191

Sebuah tasik ditepi taman perumahan.Asalnya kawasan lombong tinggal.Sekarang tiada lagi tasik kerana telah ditambak untuk projek perumahan.Tapi apa yang penulis masih ingat cerita berkaitannya ialah:

1-Suatu petang Pak Deen memancing menggunakan sampan ditengah tasik.Suasana sunyi tapi tenang.Air tasik berwarna biru gelap.Kadang-kadang toman menghambur kepermukaan.Pak Deen jadi geram.Dibaling mata kail ketempat toman bermain.

Mata Pak Deen memerhatikan keliling tasik.Bunyi air berkocak.Pandangannya terpaku tatkala menoleh dibelakang.Dibuang perlahan-lahan batang kailnya dengan cara memasukkan kedalam air.Dicapai pengayuh sampan dan berdayung ketepi.Sampai ketebing terus melompat naik.Pak Deen bersyukur dalam kemengahan berlari.Mujurlah ternampak cepat.

Seekor buaya besar memerhatikan Pak Deen.Buaya muncul dekat 15 kaki daripada belakang bunyikan sampan Pak Deen,menunjukkan luasnya rahang bersusun gigi berceracak.Tasik ini adalah dulu tanah lombong korek,bersambung dengan parit-parit yang seluas 5 kaki,maka mana datang buaya besar tiba-tiba timbul ditengah tasik?Kata orang penunggu tasik.

2-Tasik terpisah kepada 2,ditengah ada satu tebing yang selalu dijadikan tempat memancing dan bermandi-manda untuk anak-anak taman dan kampung berhampiran.Disebelah kanan,sebahagian tasik yang lebih luas dan dalam ketengah,sebahagian lagi separuh keluasan bahagian tasik disebelah tadi,kedalamannya boleh menenggelamkan rumah 4 tingkat.

Suatu malam,Jo'a dan kawan-kawannya pulang dari masjid selepas kenduri Maulud Nabi.Mereka bercadang memancing.Maka dikumpulkan beberapa orang kawan lagi dan bersiap dengan kelengkapan memancing.Mereka nak memancing toman malam tu.

Mereka memilih kawasan bahagian tasik yang kecil sedikit.Dibaling umpan dan kemudian sesuai dengan status anak sekolahan,mereka berkongsi rokok.Nak beli sekotak seorang tak mampu.

Ditengah-tengah air,keluar beberapa cahaya berwarna hijau.Mereka sekadar memerhatikan.Cahaya hijau membesar menjadi sebesar bola.Menerangi kawasan tengah bahagian tasik tersebut.

Tatkala sedang membesar lagi,seorang daripada anak-anak tersebut membaling batu ke salah satu cahaya tersebut.Jo'a dan kawan-kawannya bertempiaran lari apabila kedengaran suara 'OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII' sebaik saja batu mengenai cahaya hijau tersebut.

Kadang-kadang dibahagian tasik yang lebih kecil itu,terdengar bunyi orang berkompang.

Sekarang setelah hampir 7,8 tahun ditambak tasik tersebut,masih tiada lagi berjalan apa-apa projek perumahan diatasnya.Wallahualam.

p/s-banyak sangat cerita hantu ni,tetap Allah juga yang lebih berkuasa daripada mahkluk Nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:43 PM | Show all posts
Gondol
Feb 22nd 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 164

Hadim terasa sesak dadanya. Untuk makan pun keluarganya terpaksa berlapar sehari dua. Kalau berisi tembolok pun sekadar alas. Paling rutin lidah berair liur menjadi hadaman seisi keluarga. Anak-anaknya dan isteri tidak pula merungut malah tak pernah mengeluh. Tapi Hadim diam-diam terasa dirinya tidak berguna tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Dia terasa semua orang keliling mencemuh kemiskinannya yang diwarisi turun temurun.Sial katanya dalam hati.Syaitan berjaya pada peringkat pertama.

Suatu masa,Hadim membawa beberapa ekor ikan sungai, sedikit beras, pucuk daun muda, beberapa butir telur ayam kerumah Pawang Ulang.Hasil jerih peritnya untuk sepurnama lebih. Pawang Ulang tersengih. Faham tujuan Hadim. Lalu ditanya sanggupkah melakukan apa-apa saja pun demi hidup kaya raya?

Hadim mengangguk dan menerangkan keperitan hidup dia dan keluarganya mesti berakhir apa saja pun harga yang perlu dibayar. Pawang Ulang terkekeh ketawa lalu diterangkan satu ilmu hitam.

Melalui mentera iblis yang diberi,Hadim disyaratkan masuk kekawasan hutan sambil membaca mentera tanpa henti.Hinggalah sampai kesatu kawasan yang akan 'ditentukan'. Kemudian akan bertemu seseorang yang akan membantunya menjadi kaya.Tidak boleh takut dan mesti sanggup.Hadim tidak membantah.Takkan menolak dunia yang ganas menipu manusia.Syaitan bergembira!!

Esoknya Hadim masuk kehutan.Dibaca mentera tanpa jemu sambil hati berdegup kencang tak tahu apa yang akan ditemuinya.Jauh berjalan kedalam,Hadim tiba disatu kawasan padang tanah merah.Pelik rasanya bagaimana ditengah-tengah hutan ada kawasan botak tanpa pokok.Hatinya kuat mengatakan itulah kawasan yang 'ditentukan'.Ditengah padang satu rumah besar tersergam.

Hadim masuk.Dipijak anak tangga,terdengar suara mengeluh.Ditolak daun pintu,dengar lagi suara mengeluh.Dipijak papan lantai,terdengar lagi suara mengeluh.Disana sini suara mengeluh terdengar.Mengeluh sambil menyuruh Hadim keluar dari rumah tersebut.Merayu-rayu jangan menjadi seperti mereka yang disumpah itu.Rupanya suara mengeluh itu adalah jelmaan manusia.Kenapa pula mereka jadi begitu?

Namun Hadim tak peduli.Dirinya kemudian tiba dikawasan sebuah dewan besar.Seorang lelaki gondol berada diatas satu kerusi umpama takhta.Tersenyum melihat Hadim.

Hadim tahu.Itulah 'orang' yang akan membuatkan hidupnya berubah menjadi senang lenang.Bukan orang sebenarnya tapi itulah si Syaitan Gondol.

Lelaki gondol ketawa lalu menanyakan benar-benarkah sanggup Hadim mengikut semua syaratnya?Hadim mengangguk mengiyakan.Diterangkan syaratnya kelak satu masa Hadim akan dibawa kembali kerumah besar tersebut untuk menjadi salah satu kelengkapan dalam rumah tersebut.Seperti anak tangga,daun pintu,tingkap,alang rumah,papan lantai,perabot atau apa-apa saja dan setiap tahun perlu datang kerumah besar untuk jamuan besar.

Itu sajalah syaratnya,sanggup?Hadim menjawab sanggup.Syaitan berteriak bangga.

Kemudian dibawa seekor kambing hitam untuk jamuan Syaitan Gondol dan Hadim.Disuruh Hadim menyembelih kambing tersebut. Kambing hitam mengembek-ngembek seperti merayu.Namun terus disembelih kemudian dimasak dan dimakan bersama.

Sedap benar rasanya daging kambing itu puji Hadim.Menyeringai Syaitan Gondol...

Kemudian Hadim pulang kerumahnya membawa sebuah peti pemujaan sederhana besarnya pemberian Syaitan Gondol.Sampai dirumah isterinya kelihatan cemas.Mencari anak yang sulung hilang tiba-tiba.Hadim tak melayan esak tangis isterinya,peti yang dibawa perlu dipuja cepat.Tak berapa lama kemudian kehidupan mereka sekeluarga berubah menjadi kaya raya.

Saban tahun Hadim kerumah besar untuk makan besar. Tapi pasti ada saja kematian dalam keluarganya setiap tahun. Hadim masih tak faham pembalasan telah bermula.

Tiba masanya Hadim dibawa kerumah besar.Masa penebusan syarat janji.Hadim diberi pilihan untuk menjadi apa-apa saja perkakasan rumah besar. Sebelum disumpah Syaitan Gondol bertanya sambil mengekeh ketawa apa yang dimakannya bersama setiap kali jamuan besar diadakan? Hadim tersentak.

Daging mayat keluarganya sendiri rupanya yang diratah sedap-sedap waktu jamuan. Termasuk 'kambing hitam' pada jamuan awal dulu adalah anak sulungnya yang telah disembelih hidup-hidup.

Hadim meraung tatkala disumpah menjadi selipar tandas......Tamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:13

Pelesit
Feb 5th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 245

Antara kenangan waktu penulis kecil-kecil dulu ialah koleksi cerita-cerita hantu yang diceritakan ibu saudara penulis,Mak Long Tik.Antara yang penulis ingin kongsi disini ialah tentang hantu pelesit.Pelesit berupa jelmaan wanita tua kerepot dan gemar berupa belalang hijau.Silakan terus membaca;

1.Menurut Mak Long Tik,waktu beliau kecil-kecil dulu dan arwah Nenek masih ada,pernah suatu malam beliau dan adik-beradiknya yang lain menangkap seekor belalang berwarna hijau.Nenek kemudian cuba-cuba bergurau dengan mengatakan belalang yang ditangkap itu pelesit.

Kalau tak percaya cuba patahkan leher dengan badan belalang itu,kalau keluar benda-benda macam butir nasi,benang merah atau rambut,sah lah itu pelesit.Maka Mak Long Tik adik-beradik terpegun sekejap,lalu dicuba.Dipatahkan kepala belalang tersebut.

Keluar butir nasi.Menjerit mereka satu rumah.

Nenek cepat-cepat menyambar belalang tersebut,dicampak bahagian kepala ke luar rumah disebelah lain,dan bahagian badan disebelah lain.Dengan ini diyakini pelesit tersebut tak dapat menyambungkan kepala dan badannya.

2.Dirumah penulis,adik perempuan penulis tidur berseorangan dibilik paling depan.Dulunya bilik ini digunakan Ibu dan Ayah penulis.Penulis dapati dalam rumah kami cuma bilik itu saja yang agak gelap kerana rekabentuknya dibina dalam ruang yang dekat dengan garaj kereta.Maka sinar matahari sukar masuk berbanding 2 bilik lain.

Berbalik pada adik penulis tadi.Dia sejak sekolah rendah lagi sudah tidur berseorangan dalam bilik tersebut.Suatu hari adik mengadu tangan dan kakinya lebam-lebam.Pada mulanya kami tidak menyangkakan apa-apa




Namun lebam-lebam itu berulang-ulang lagi.Kami mula terasa pelik.Lalu Ayah menggantungkan ayat-ayat suci ditingkap dan menutup ruang luabang udara.Hingga kini jarang-jarang berlaku lagi lebam-lebam dikaki dan tangan adik.Tau apa bendanya yang buat angkara?Mungkin pelesit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:45 PM | Show all posts
Kaki wa mana aa?
Mar 7th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 201

Suatu malam

Seorang apek menunggang Yamaha Nouvo model lama.Skuter tunggangannya dipandu perlahan sebelum disambar sebuah kereta Mitsubishi Evo 3 wannabe.Apek putus kaki.Mujurlah mat-mat rempit kampung cuti merempit malam tu,maka dibantulah apek dengan menghubungi ambulan.

Malam esoknya.

Saudara-mara apek datang membawa barang sembahyang mereka.Selain bersembahyang mereka turut mencari sebelah kaki apek yang gagal dijumpai sehingga kini(2010).Apek mati dihospital malam tadi kerana tak tahan sakit.Merah darah masih membasahi tepi jalan.

Malam seterusnya.

Mat-mat rempit kampung sedia untuk memanaskan litar jalan kampung.Perlumbaan akan bermula jam 2 pagi.Motor semua siap di tune dirumah masing-masing bagi yang 'true' dan yang takut ditarik semula kunci motor oleh keluarga akan menyiapkan motor dirumah kawan lain.Race tetap race.Sebiji 125z,3 Kriss,1 Legenda dan 2 EX5 Class 1.

Tepat jam 2 pagi,tiada perlumbaan dimulakan.Semua pakat balik rumah sebab setengah jam sebelumnya ada member lain nampak 'apek' menjenguk-jenguk kawasan tempat beliau dilanggar.Dijenguk parit sebelah jalan,dijenguk belukar tepi,sambil menyeret-nyeret sebelah kaki yang tinggal.Member cabut dan kemudian di teksnya semua pelumba haram secepat mungkin.

p/s-penulis tak tahu pun ada 'apek' eksiden malam sebelumnya sebaliknya penulis keluar rumah jam 2 suku pagi mencari nasi pada malam yang sepatutnya ada race.Nasib tak ada apa-apa tengah jalan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:45 PM | Show all posts
Di kampung suatu masa dulu
Feb 27th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 215

Suatu malam dikampung penulis,Mak Long Tik yang sedang enak tidur terdengar ketukan dipintu.Terpisat-pisat Mak Long Tik bangun dan mengejutkan suaminya Pak Long(sekarang dah arwah).Tak terbangun Pak Long.Sedap berdengkur.Bengang rasanya Mak Long Tik.

Mujurlah Atuk terjaga sama,dan dibuka pintu depan.Mak Long Tik menjenguk sama.Diluar seorang lelaki bersama sebuah motor yang patah kepuk kiri kanan,pecah lampu depan.Tanda kemalangan.Lelaki tersebut mengaduh kesakitan.Dalam gaya bahasa Indonesia,'Tolong saya Pak,tolong Pak'.

Atuk kemudian meminta salah seorang anak Mak Long Tik pergi kerumah seorang keluarga terdekat kami yang mempunyai kenderaan.Lelaki tersebut kemudian dihantar ke hospital Bandar Pontian.

2 hari kemudian,waktu petang.Atuk terdengar bunyi hon motor dilaman rumah.Lelaki yang kemalangan dulu datang bersama isteri dan seorang anaknya.Kali ini boleh pula bercakap Melayu kita,fasih.

Rupa-rupanya lelaki tersebut tinggal di Jeram Batu.Memang orang Melayu kita.Diajak Atuk lelaki tersebut dan keluarganya masuk kedalam menikmati hidangan petang.

Rancak berborak.Lelaki tersebut sekadar luka ringan waktu kemalangan tersebut.Bila ditanya apa sebenarnya terjadi,maka keluarlah kisahnya....Begini;-

''....Sedang tenang menunggang dikawasan tanah merah dari Parit Masjid menuju ke Parit Selangor jauh kedepan,entah macam mana motor ditunggang hilang kawalan.Terjatuhlah beliau dan motornya tepat-tepat didepan pagar Kubur Dagang,antara kawasan paling keras di Pontian.

Pening kepala lelaki tersebut akibat kemalangan tersebut.Waktu cuba bangun,dilihatnya didepan pagar kubur sesosok lembaga hitam berbulu dan tinggi cecah 20 kaki memerhatikannya.

Lelaki tersebut jadi lemah kepala lutut,tak daya nak bangun.Lembaga hitam menghampirinya.Diangkat tangan kanan,menunjuk arah lurus jalan merah.Tanda menyuruh lelaki tersebut beredar segera.Tercegat berdiri menanti lelaki tersebut beredar.

Maka sedaya upaya lelaki yang berpeluh ketakutan dan kesakitan mengangkat motornya,ditolak laju sehinggalah sampai ke rumah keluarga penulis 2 km dari situ....''

Atuk mengangguk perlahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2010 10:46 PM | Show all posts
Hutan
Feb 10th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 172

Pak Ku dulu polis hutan.Sekarang bila bersara dan masih gagah lagi tetap rajin memasuki kawasan-kawasan hutan di Semananjung,Malaysia timur tak pernah,tak mampu.Pencen tak macam pencen D.O.Namun Pak Ku tetap maintain rock.



1.Suatu masa Pak Ku memasuki hutan dikawasan Batu Pahat.Kali ini terasa mahu masuk jauh kedalam.Seronok rasanya tiba-tiba.Berjalan punya jalan,terasa mengantuk pula.Maka dicari satu kawasan yang dirasakan sesuai berteduh dan tidak terdedah pada bahaya.Kalau dikawasan lapang takut tempat harimau bermain,kalau dikawasan air terjun lagi bahaya kalau tiba-tiba air pecah diatas,mayat sajalah yang sampai ke hujung.Maka dipilihnya satu kawasan bukit kecil.Agak tinggi dan berbentuk separuh sfera.



Bila terjaga,baru diperasan oleh Pak Ku.Kawasan bukit kecil itu rupanya jirat Cina.Bukan main tinggi lagi kawasan jerembun tanah ditengah jirat itu.Pak Ku tersedar pun bila dilihat tulisan Cina yang sudah hilang warna merah.Batu jirat sudah pecah-pecah menandakan kubur ini sudah berusia ratusan tahun.Jirat Cina ditengah-tengah hutan tebal?



2.Pak Ku mencari madu pula.Bersama seorang teman.Waktu malam dihutan,muncul seekor makhluk besar berbulu merah.Hantu Rimba.Bersikap agresif.Lidah panjang dan mampu menjilat manusia senang-senang saja.

Pak Ku melemparkan puntung kayu bara,melesit Hantu Rimba itu mengelak.Lempar bukan sebarang lempar,lempar dengan rahsia huruf Mim(tak silap penulis).



3.Kadang-kadang bosan hutan dirimba,maka hutan bakau juga tidak kurang menarik.Pak Ku mencari umpun-umpun dalam lumpur.Menggunakan perejang(batang kayu atau besi panjang,dan bahagian muncung berbentuk seperti mata pen teknikal..tak tajam tak tumpul sangat) dan melancarkan kekawasan lumpur sarang umpun-umpun,berdetup.

Terkena mayat mati lemas yang terkambus dalam lumpur.Keluar darah hitam.Pak Ku tinggal perejang,cari polis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:14

Pulang daripada solat
Jan 21st 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 285

1-Saudara kepada Datuk penulis tinggal dikampung bersebelahan.Kita panggil dia Tok Nangka.Suatu malam beliau pulang dari masjid berseorangan.Ditemani sinar bulan,Tok Nangka berjalan perlahan-lahan menghampiri simpang rumahnya.Dari simpang tersebut perlu berjalan lagi 3oo meter untuk sampai ke laman rumahnya.

Tok Nangka jenis tak kisah sangat.Yang penting pada usia menjelang senja lah ini nak dapat tambahkan amal ibadat sebanyak banyak sebelum keras dalam lahad.

Sedang berjalan-jalan itu,beliau ternampak sosok manusia menaiki basikal.Pada kita semua orang biasa apalah sangat setakat nampak orang berbasikal.Tapi lain pula apa yang dilihat Tok Nangka.




Sosok manusia itu berbasikal menghala kerumpun buluh ditepi tali air.Kemudian tembus kerumpun buluh tersebut.Tok Nangka beristighfar panjang.Sosok yang dilihatnya itu adalah seorang askar Jepun.Siap dengan uniform tentera dengan pedang samurai.Bermuka pucat dan bermisai.Matanya hitam semua tiada putih.




2-Sahabat penulis,kami panggil Along bercerita tentang seorang arwah Datuk saudaranya.Tak silap penulis nama Datuk Saudara itu dipanggil Tok Haji Mat.Ceritanya begini;

Tok Haji Mat rajin beribadah ke surau.Setiap waktu sembahyang wajib,beliau cuba pergi kesurau sedaya upaya.Gagah kederat orang tua ini waktu mudanya hingga bawa ketua.Kalau kesurau tak dilupakan tunggangannya sebuah Honda Cub standard.

Suatu pagi setelah usai solat Subuh.Tok Haji Mat menunggang pulang.Dalam pertengahan perjalanan,beliau ditahan seorang wanita.Bersisik dimuka.Syaitan.

Tok Haji Mat boleh pula berhenti.Tak ada hal lah.

Ditanyanya nak menumpang motornya kah?Wanita itu diam hanya merenung Tok Haji Mat.Lalu dibacanya ayat Qursi.Disitu juga terbakar syaitan itu.Perjalanan diteruskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:48 PM | Show all posts
Klon di Malaysia
Jan 6th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 194

1-

Sabtu baru sampai kebengkel keretanya pada suatu pagi.Selalunya bila sampai 3 pekerjanya sudah membuka ruang bengkel untuk operasi.3 pekerjanya itu biasa tidur dibengkel saja kerana menyiapkan kereta pelanggan.

Hairannya pagi ini bengkelnya senyap saja.Lampu digaraj besar pun tidak ditutup.Berasa sesuatu yang pelik,Sabtu menelefon seorang pekerjanya.Diberitahu malam tadi 'Sabtu' datang kebengkel,tiba-tiba saja muncul sewaktu pekerjanya sedang membetulkan sebuah kereta Mercedes lama milik tauke Cina jual balak.'Sabtu' dilihat berada dalam keadaan serupa orang yang tidak berperasaan.Senyap dan mata tidak berkelip.

Pekerja-pekerja tersebut tidak pula merasakan sesuatu yang pelik.Namun,bila 'Sabtu' mula terapung-apung,keadaan mula menjadi kacau.Seorang pekerja memberanikan diri menutup gril garaj sebelum semuanya bertaburan lari.

2-

Pak Kob menumpang menjual roti canai di kedai Ah Goh.Suatu malam Ah Goh berasa hairan kerana Pak Kob tidak datang-datang.Padahal pelanggannya ramai datang kekedai kerana keenakkan roti canai Pak Kob.

Tengah malam menjelang,Ah Goh lihat Pak Kob baru sampai,bila ditanya cuma dijawab dengan nada mendehem saja.Memandangkan telah tengah malam,Ah Goh menyuruh Pak Kob pulang.Pagi esok baru diketahuinya Pak Kob mati kemalangan petangnya dilanggar kereta di Pekan.

3-

Rohani baru pulang ke asramanya.Dilihat Sarah,teman sebiliknya berada dalam bilik prep tadi semasa melalui kawasan depan blok.Dikeluarkannya barang-barangnya,kemudian dia membuka tupperware lauk pauk yang dibawanya bersama dari kampung.Belum sempat melaung memanggil Sarah,terpacul sudah didepan pintu.Rohani pun mempelawa makan bersama.

Enak makan bersama,terdengar seorang rakan lain memanggil namanya.Rohani pun keluar sebentar dari bilik dengan niat memanggil kawan yang melaung itu makan bersama.Tiada siapa.Masuk kebilik,Sarah juga sudah tiada.Hairan,takkan tak sampai 10 saat sudah hilang.

Menjelang maghrib,Rohani ke surau berseorangan.Dilihat bilik-bilik lain masih gelap tanda penghuninya belum pulang.Mencari juga dia kelibat Sarah dan kawan-kawan lain,tiada.Di surau 2 orang senior menanti makmum lain.Rohani bertanya jika ternampak Sarah.

Malam itu Rohani tidur dibilik 2 senior tersebut.Sarah rupanya masih belum pulang lagi ke asrama dari kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2010 10:50 PM | Show all posts
Kalau ada cerita yang berulang kerana teknik copy paste yang tidak bersistem, minta PM saya untuk paste cerita lain pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.120328 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list