CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: derihje

Agaknya bila LPT fasa ke 2 akan siap sepenuhnya ?

  [Copy link]
Post time 31-7-2010 01:52 AM | Show all posts
tngu2... tnggu la sokmo kite nihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 07:42 AM | Show all posts
LPT Fasa II dijangka siap  Jun 2012 - Shaziman

Shaziman  Abu Mansor (tiga dari kanan) mendengar penerangan sambil diperhatikan  Mohd. Sidek Hassan (dua dari kanan) ketika melawat projek LPT fasa II di Gemuruh-Pasir Tinggi dan susur keluar Bukit Payong, semalam


KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor di Pahang ke Gemuruh, Terengganu sejauh 184 kilometer akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2012.


Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika memberikan jaminan itu berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diminta memastikan projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

"Kita sasarkan projek keseluruhan (LPT Fasa II) siap Jun 2012, kita minta JKR (Jabatan Kerja Raya) pastikan bagaimana projek ini boleh siap dalam tempoh itu dan pastikan juga ia tak berlaku kelewatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek LPT Fasa II dari Gemuruh di sini ke Pasir Tinggi sehingga ke susur keluar di Bukit Payong, Marang.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim serta Pengarah JKR Terengganu, Shahawai Awang.

Shaziman memberitahu, kos awal keseluruhan projek LPT Fasa II itu kira-kira RM3.7 bilion namun disebabkan berlaku kenaikan bahan berasaskan petroleum pada tahun 2008 dan 2009, kos tersebut dijangka naik antara 15 peratus hingga 20 peratus.

Menurutnya, projek berkenaan terbahagi kepada dua bahagian pembinaan iaitu sejauh 64 km di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan pelaksanaannya oleh MTD Prime Sdn. Bhd. manakala 120 km lagi di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya.

Shaziman berkata, beliau dimaklumkan pihak LLM bahawa lembaga berkenaan memberi jaminan untuk menyiapkan projek sejauh 64 km pada Mei tahun depan manakala JKR pula menjelang Jun 2012 nanti, sekali gus siapnya keseluruhan projek LPT Fasa II.
Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan.

"Kerajaan tak akan kutip bayaran tol sehinggalah seluruh projek ini siap sepenuhnya. Saya telah maklumkan kepada JKR supaya pastikan LPT ini (Fasa II) yang ada 10 persimpangan bertingkat dan dari simpang ini ke pekan berhampiran jalan perlu dinaik taraf.
"Kita nak pemandu selesa, kita tak mahu seolah-olah orang memandu di lebuh raya yang selesa ibarat lima bintang tapi bila masuk jalan susur mereka amat tak selesa," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Shaziman turut mengesahkan pihaknya telah menamatkan enam kontraktor melalui 'penamatan bersama' akibat gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual.

Buat masa ini jelasnya, tender baru mula dikeluarkan hari ini sebelum ditutup pada penghujung bulan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan antaranya membabitkan pakej 1A, 1B, 2, 3, 8 dan 9B.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 07:51 PM | Show all posts
tak sangka KSN turut turun padang skali lawat projek lpt fasa 2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 08:56 AM | Show all posts
Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan

Mengikut berita 2 Ogos 2010 tu, maknanya laluan Gemuruh ke Bukit Payung tu dah buka dah lah...ke guane Wu, boleh confirm?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:39 PM | Show all posts
dok buka lg la......

tp napok ger siap doh jajaran bkt pyg- gemuruh tu......
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 05:18 PM | Show all posts
macang mana ni Wu, janji tahon lepah...dok aper, tunggu lagi napok nye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2011 06:59 PM | Show all posts
kalu nk lalu bleh je...........tp tanggung risiko sndiri la......rama bederru doh hok lalu sebenonya.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:36 AM | Show all posts
itulah kalu jadi nape2..kene tanggung la..sebab jalan tu x diwartakan lagi penggunaannya..
tp ramai doh sek2 cikgu berulang ikut jalan tu..
tol wape riyal kek gi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2011 09:38 PM | Show all posts
itulah kalu jadi nape2..kene tanggung la..sebab jalan tu x diwartakan lagi penggunaannya..
tp ramai ...
watachiwa Post at 18-2-2011 11:36

akak dari KL-Ajil, mau sapa 40 riyal kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:09 AM | Show all posts
ambe rs kalo sekali sekaler bayo 40 riyal untuk mendapat laluan yg selesa dan cepat tidak menjadi halangan.......

kalo hari2 tobak jeng grengg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 11:03 AM | Show all posts
kalua ri2 pengsang ar..kalu skali2 blk kappung or gallok nok gi KL molek ar..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:06 AM | Show all posts
ambe rs kalo sekali sekaler bayo 40 riyal untuk mendapat laluan yg selesa dan cepat tidak menjadi ha ...
tuan_wu Post at 20-2-2011 09:09

nasib baik akak setahun  2 -3 kali je kot lalu.......... kalau hari2 mau pitam jugak

so memang tak siap lagi lah ye..... cuti sekoloh bulan 3 nanti ingat nak balik kg..... kena lalu jalan jerangau-jabor lagilah nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:34 PM | Show all posts
nasib baik akak setahun  2 -3 kali je kot lalu.......... kalau hari2 mau pitam jugak

so  ...
Risma Post at 21-2-2011 00:06



    jln jerangau jabor teruk wehh......ambe baru lalu ms cuti raya cina aritu.....berlubang lubang dan "berkerangkos"

baik lalu jln pantai la.......selesa....wpun lambat skit psl byk trepik light......
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 05:23 PM | Show all posts
jln jerangau jabor teruk wehh......ambe baru lalu ms cuti raya cina aritu.....berlubang lu ...
tuan_wu Post at 21-2-2011 13:34

akak dah serik dah lalu jalan pantai.......... masa raya haji dua tahun lepas lalu ikut situ, sebab katanya kat bukit besi naik air, 4 jam terkandas jem kat area kemaman aje......akak rasa2 lah dekat 10 traffic light kat area situ kejap2 tempuh traffic light....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 07:13 PM | Show all posts
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening..x yah lalu traffic lite byk2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Risma at 21-2-2011 22:26
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening ...
watachiwa Post at 21-2-2011 19:13

ooo ada jalan belakang errkkk............ cam rasa nok lalu jalan nih lah nanti........... sebab nak singgah kat pasaraya makcik kat kemasik ....... lama tak jumpa dia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:03 AM | Show all posts
ada kak..aritu masa new year wata blk ade jalan belakang..tp kitorg x gune sebab nok singgoh umah mok sedara masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 03:54 PM | Show all posts
bandar chukai tu mmg la sgt banyok traffic litenya..tp ade jalan alternatif lalu belakang doh lening ...
watachiwa Post at 21-2-2011 19:13



    ikut jln blkg mana.....mok lagam ke....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 05:02 PM | Show all posts
ikut jln blkg mana.....mok lagam ke....
tuan_wu Post at 22-2-2011 15:54



    dok tahu name nape tempat tu..tp kalu lepas spital ke nape amik simpang kiri tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 12:02 PM | Show all posts
dok tahu name nape tempat tu..tp kalu lepas spital ke nape amik simpang kiri tu
watachiwa Post at 22-2-2011 05:02 PM


lalu Ibok, kuar kat kemasik.....

leh napok zoo mini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070099 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list