CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: derihje

Agaknya bila LPT fasa ke 2 akan siap sepenuhnya ?

  [Copy link]
Post time 12-8-2017 02:54 PM | Show all posts
First time lalu LPT .. naik dari gambang sampai KT  

boleh la ... jimat sejam lebih jugak banding lalu jalan biasa, tapi jalan beralun  

paling ngeri .. cuma ade 1 je pump minyak comel antara gambang sampai KT, aku terlepas pump minyak comel tu .. alhamdulillah sempat samapi n refill dekat exit KT, ngam2 saje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2017 11:06 PM | Show all posts
lpt2 agak berbahaya kerana haiwan pun boleh masuk dan melintas jalan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:42 PM | Show all posts
Dua sahabat maut, kereta Proton Persona terbabas di LPT2[size=14.880000114440918px]

[size=14.880000114440918px]13/10/2017 12:36pm


Oleh EZZUAN AHMAD


Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


[size=14.880000114440918px]KEMAMAN - Dua lelaki yang bekerja sendiri maut selepas kereta Proton Persona dinaiki mereka terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Jabor dekat sini hari ini.
[size=14.880000114440918px]Dalam kejadian 2.50 pagi itu, Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33 dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin, 21, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan sebahagian anggota badan.
[size=14.880000114440918px]Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua sahabat baik itu dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang dari rumah masing-masing di Bukit Payong, Marang.
[size=14.880000114440918px]"Sebaik tiba di lokasi, kereta Proton Persona yang dipandu Mohamad Zaiful Azlan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.
[size=14.880000114440918px]"Sewaktu kejadian, laluan lokasi kejadian dalam keadaan basah akibat hujan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
[size=14.880000114440918px]

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz4vN7YyW3n
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:45 PM | Show all posts
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di LPT2


[size=1.125]




[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
ANGGOTA bomba dan penyelamat berada di lokasi nahas bagi membantu mangsa kemalangan di Kilometer 355.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kuala Dungun, semalam.




DUNGUN 8 Okt.- Seorang kontraktor yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di kilometer 355.3 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kuala Dungun petang semalam.

Semasa kejadian kira-kira pukul 5 petang , mangsa, Mazuki Mohamad , 34, yang menunggang motosikal BMW R1200 beriringan dua lagi rakannya dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu menuju Paka.





Motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas, menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret kira-kira 30 meter sebelum merempuh sebuah kereta yang rosak di tepi laluan dan mangsa terperosok di bawah kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah, Superitenden Ahmad Zailani Yaakub ketika mengesahkan kejadian memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian akibat kecederaan parah di kepala.
Sementara itu pemandu kereta tersebut, Badrul Hisyam Mohd Azmi, 30 , ketika ditemui berkata, kenderaannya sebelum itu terbabas, dan melanggar besi pembahagi jalan, lalu dialih ke tepi jalan.


Menurutnya ketika berurusan dengan petugas lebuh raya , dia ternampak motosikal mangsa terbalik dan dan menuju ke arahnya.
“Saya terus jerit mengarahkan semua lari dari situ kerana bimbang dirempuh, dan selepas itu saya lihat mangsa sudah berada di bawah kereta, lalu terus menelefon pihak polis, “ katanya. - UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:48 PM | Show all posts
SAYU.!!! PECUTAN MOTOSIKAL BMW 1,200 CC RAGUT NYAWA .. AJAL MAZUKI DIBAWAH KERETA (8GAMBAR).[size=0.875]October 8, 2017 apacerita7 Terkini Leave a comment
Dungun : Seorang Pengurus BB Tech Services maut dalam keadaan tragis apabila motosikal kuasa tinggi milik nya jenis BMW R 1200 CC terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta petang tadi di Kilometer 355, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun.
“Motosikal besar itu tiba-tiba terbalik dan meluncur sebelum penunggangnya terperosok di bawah kereta saya,” kata Mohd Badrul Hisham Mohd Azmi, 27, pemandu Honda Civic yang mana jasad mangsa berada dibawah keretanya.
Dia menceritakan detik kemalangan yang mengorbankan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dalam kemalangan, kira-kira 5 petang menyebabkan kontraktor, Mazuki Mohamad, 34, meninggal dunia akibat parah di kepala.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal BMW R 1,200 CC itu dikatakan sedang berkonvoi bersama dua rakannya dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana Paka, dekat Dungun.

Mohd Badrul Hisham berkata, sebelum kejadian dia yang memandu kereta dari arah Ajil untuk pulang ke rumahnya di Kemaman.
“Ketika itu hujan lebat yang menyebabkan kereta saya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum tersadai di tepi jalan.
“Saya tidak keluar dari kenderaan kerana hujan lebat dan 10 minit selepas itu saya terdengar dentuman sebelum melihat motosikal mangsa yang terbalik meluncur ke arah kereta saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mangsa yang tercampak dari motosikal yang ditungganginya itu terperosok ke bawah kereta manakala motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan selepas merempuh keretanya.
“Saya keluar membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa yang berlumuran darah sudah tidak bergerak lagi.
“Saya hubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan bomba tiba tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Ruzali Omar berkata, sepasukan enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Menurutnya, anggota bomba terpaksa mengangkat kenderaan terbabit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan itu.
Paling memilukan melihat jasad mangsa yang berlumur darah dengan jarinya seseolah menunjukan diri nya tengah tahiyat dalam solat.
“Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut,” katanya. Al fatihah.

Allahuakbar


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 03:55 PM | Show all posts
kemalangan ini mengingatkan saya tentang kemalangan yang pernah berlaku kepada seorang sahabat saya beberapa tahun yang lalu , Allahuakbar

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.068399 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list