CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honam

PROPERTIES AREA BANGI&KAJANG v2

  [Copy link]
Post time 7-9-2011 08:09 PM | Show all posts
Metro Kajang rancang fasa kedua

Oleh Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bharian.com.my
2011/09/07

METRO Kajang Holdings Bhd menyasar menjual semua 243 unit kediaman dalam fasa pertama projek Kajang 2 menjelang suku kedua tahun depan.

Pengurus Pemasarannya, Johnny Lam, berkata setakat ini kira-kira 70 peratus kediaman fasa pertama projek pembangunan bandar bersepadu di Kajang itu dijual.
“Ia mendapat sambutan pelanggan dan kami merancang untuk memulakan pembinaan fasa kedua membabitkan kediaman superlink menjelang suku ketiga tahun depan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Lam berkata, fasa pertama projek itu merangkumi 139 rumah teres dua tingkat dan 104 rumah berkembar dua tingkat.

Katanya, setiap rumah teres dua tingkat dijual bermula pada harga RM498,000, manakala rumah berkembar dua tingkat pula ialah RM888,000.

“Projek ini menawarkan hartanah pegangan bebas untuk pembeli dengan hanya sebilangan kecil ditawarkan di sekitar Kajang,” katanya.

Kajang 2 dibangunkan menerusi empat fasa dengan keseluruhan 1,300 unit di tanah pegangan bebas 108 hektar.
Projek itu dijangka mengambil masa kira-kira 10 tahun dibangunkan termasuk pembinaan kawasan komersial dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.25 bilion.

Sesuai dengan statusnya sebagai projek pembangunan bersepadu, pembinaan Kajang 2 turut meliputi kemudahan pendidikan termasuk sebuah sekolah antarabangsa atau swasta dan sekolah rendah.

Turut disediakan ialah kawasan komersial untuk kegiatan perniagaan dan perindustrian setempat, rumah kelab, taman rekreasi dan stesen komuter.

Seperti projek lain yang dibangunkan Metro Kajang, Kajang 2 juga terletak di lokasi strategik kerana berdekatan dengan pintu masuk dari lebuh raya utama seperti SILK, LEKAS, PLUS dan Grand Saga Expressway.

Ia turut berdekatan bandar berhampiran seperti Putrajaya, Bangi, Cheras, Semenyih, Cyberjaya, Puchong, Subang dan Klang, sekali gus menjamin sebuah persekitaran yang moden dan terkini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 08:55 PM | Show all posts
apa yg ada ek kat bangi gateway? hajat di hati bila pindah rumah nanti nk jimat cermat, tapi ada ban ...
aazlina78 Post at 22-6-2011 10:32



Dah pindah ke belum?
Lama tak minum ngan zam...
kirim salam dengannya
Nampak renovation belakang rumah azlina dah siap....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 08:57 AM | Show all posts
Dah pindah ke belum?
Lama tak minum ngan zam...
kirim salam dengannya
Nampak renovation b ...
actza Post at 7-9-2011 20:55



    belum lagi la...sbb tatau nk letak baby kat mana nanti...grill pun blum psg...tp mmg x sabo nk pindah sana...
ahad ni pegi rumah kak anis? (ops, dah off topic lak krg mod marah).
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:13 PM | Show all posts
Saya ingin bertanya kepada sesiapa yang ada maklumat berapakah harga pasaran bagi rumah di Taman Tropika di Sungai Tangkas fasa satu sekarang, kerana saya bercadang untuk menjual nya... tapi tgh survey harga pasaran takut terletak over price or under price... kalau RM430K agaknya over tak?... Rumah saya paling atas Lrg 32, bersemapdan dgn sekolah Al-Amin, belakang nya apartment tu.
Kepada pembaca yang berminat boleh bertanya kepada saya di email zamz5101@yahoo.com atau sms ke 0122220746 (jgn call sbb biasa saya tak angkat kalau waktu ker)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply 778# rumahrumah


   Kalau betul betul berminat saya ada sebuah rumah di lrg 32 taman tropika fasa 1... 50-50 nak jual dgn tak sebenarnya...sbb skang saya dah pindah Kuantan... kalau harga baik boleh dibincangkan. Email saya zamz5101@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2011 12:49 PM | Show all posts
Nak mintak review...
Developer: MCTProject: Taman Tropika 2
Review on area, facilities, pric ...
eddina_14 Post at 4-8-2011 13:36



   Ada lagi ke yang kosong...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2011 02:05 PM | Show all posts
Reply 786# Zamz5101

Masa last jumpe sales person dia kata ada dlm 6 unit, skang tak tau pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 11:37 PM | Show all posts
SP Setia beli tanah RM381.3j

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/10/04





Kawasan seluas 269 hektar di Semenyih bakal dimajukan bandar baru

SP Setia Bhd meluaskan simpanan tanahnya dengan membeli kawasan seluas 269 hektar di Semenyih, Selangor yang bakal dimajukannya sebagai sebuah perbandaran baru dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4 bilion.

Tanah yang terletak di Rinching, iaitu antara bandar Semenyih, Bandar Bangi Lama dan Beranang itu dibeli anak syarikat milik penuhnya, Setia Hicon Sdn Bhd daripada Spektrum Megah (M) Sdn Bhd pada harga RM381.3 juta.

Ia adalah bidang tanah kedua dibeli pemaju hartanah itu di kawasan Semenyih-Kajang selepas membeli tanah seluas 404 hektar di Beranang pada 12 Ogos lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin berkata jarak yang dekat antara Rinching dan Beranang menawarkan kumpulan itu peluang menarik untuk mengulangi kejayaan dikecapinya menerusi projek Setia Alam dan Setia Eco Park.

Beliau berkata, Setia Alam dan Setia Eco Park seluas 1,600 hektar adalah sebuah kawasan peladangan sawit ketika kumpulan itu membelinya pada 2002, kini menjadi kawasan yang menjadi perhatian pembeli rumah, sekali gus meningkatkan harga di kawasan berkenaan.

“Dengan pengambilalihan tanah di Rinching ini, kami kini mempunyai dua projek di kawasan Semenyih-Kajang dengan jumlah keseluruhan GDV sebanyak RM7.5 bilion.

“Penjenamaan kumpulan kini semakin kuat, sekali gus membolehkan kami memperoleh sokongan yang tinggi daripada pembeli rumah,” katanya.

Liew berkata, kumpulan itu bercadang melancarkan projeknya di Rinching terlebih dulu kerana telah menyelesaikan proses menukar status tanah berkenaan daripada tanah pertanian kepada tanah komersial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2011 04:48 PM | Show all posts
uik...biar btul pelangi semenyih 2 dah cecah mcm tu??baru2 ni ada kwn nak pegi pelancaran fasa ...
intanna Post at 28-6-2011 22:50



    fasa 3 pelangi semenyih 2 dah launch 24/9 hari tu.. harga dari RM306(harga bumi)... masa saya beli baru RM233(harga bumi)... projek ni d belakang umah sewa saya sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 04:59 PM | Show all posts
kat area pelangi semnyih 2, ada satu lagi projek perumahan baru, semenyih park land, dia support skim rumah pertamaku. fasa baru dia baru launch. projek bersebelahan dengan sekolah tasik kesuma. harga tak pasti....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:15 AM | Show all posts
Semenyih Parklands ni masa sy tgk bln 7 aritu harga dia 219K for bumi...100% loan...masa tu tggl lg 30 unit je blom jual...skrg xtau la brp harga dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:00 PM | Show all posts
nak tanye otai-otai laa...Tiara parkhomes kajang tu ok ker?
sy baru booking kt situ..utk duduk sendiri..
harga 235,348k ...condo..954sf  <kecik kn??>...
tapi ade lg ker rumah yang harga reasonable area tempat kajang-kl??hukhuk...
http://www.tiaraparkhomes.com.my/ -----> refer
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:05 PM | Show all posts
nak tanye otai-otai laa...Tiara parkhomes kajang tu ok ker?
sy baru booking kt situ..utk duduk send ...
silezx87 Post at 14-10-2011 14:00



    satu lg..
features : 4 biji aircond utk 3 bilik dan ruang tamu
             : tiles kt dapur dan toilet
             : grill +door bell
              : cover 2 carpark
             : ade 6 peringkat keselamatan -->punch card utk parking/naik lif/masuk ke pintu rumah<rujuk dlm website die>
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 02:49 PM | Show all posts
assalamualaikum.. ada lagi x yer agaknye rumah utk dijual area sg merab luar mcm kat merab pesona tu ker..  aritu ada riki 1 projek ni tmn desa rahima. rm443780k utk rumah teres 2 tgkt, corner lot.. baca yg lps2 macam owner project ni bermasalah jer.. nak mintak tlg sesape boleh kasi pandangan? tenkiu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2011 10:35 AM | Show all posts
beli umah kalo boleh dari pemaju yang berkaliber seperti I&P, SP setia, Mah Sing, Metro Kajang, sime darby.. etc..
aku minat projek taman pelangi 2 under metro kajang. progress dia pon cepat. may be masalah jem depan pekan semenyih akan berakhir tak lama lagi (2013). nnt SP setia dah naik projek kat rinching & beranang lagi naek kawasan tu. township sp setia ramai follower. bagi aku, semenyih ok dari banyak aspek.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 04:55 PM | Show all posts
hill park home pon nampak mcm ok kan ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2011 03:06 PM | Show all posts
ade projek perumahan baru nak buat.... Zenith... harga x tau lagi.... location.... bandar teknologi kajang... berdepan ngan projek nadayu 92
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 09:04 AM | Show all posts
nk beli umah...nk beli umah...nk beli umah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:17 AM | Show all posts
sy ada tapak di bangi utk dimajukan.. bajet utk bina semi D.. nak cari developer melayu saja... agak2 korang ade tak kawan2 yang leh lanjutkan ke developer
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 06:47 PM | Show all posts
hallo...i masih gigih mencari rumah area sungai long...sudah 6 bulah cari..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.104934 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list