CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kompia23

Why Islam is not for me

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2011 07:08 AM | Show all posts
Reply 200# erusi2

So kalau macam tu sudah tiada umat pilihan la jika dilihat dalam lingkungan border kristian itu sendiri saja.


Sesiapa yg memilih utk mempercayai Tuhan. Itulah umat pilihan. Israel masih umat pilihan kerana mereka masih memilih utk mempercayai Tuhan. Tuhan tidak turunkan mereka yg percaya tetapi meninggikan mereka yg dulu tak percaya tetapi sekrg percaya.

Saya pun pendapat macam tuh iaitu Tuhan berkenan kepada mereka yang memilih Nya. Sebab itu saya pilih Islam.


Tanya dulu, adakah Tuhan saudara sama dgn Tuhan umat Israel dan umat Kristian?

Saya yakin saya tak salah Tuhan sebab rujukan saya adalah sesuatu yang pasti. Malah saya yakin kamu yg salah Tuhan sebab rujukan kamu tidak bersifat pasti.


Saudara pasti? Maka, kenapa Israel dan umat Kristian masih diberkati oleh Tuhan? Tuhan adalah Tuhan yg berpegang kepada janjiNya. FirmanNya tetap sepanjang zaman. Dan Tuhan yg kami percaya adalah Tuhan yg sama dgn umat Israel. Siapa silap sebenarnya??

Tak der yang tak tertulis dalam al-Quran. Semuanya tertulis.


Betul tu? Siapa nama anak-anak Musa? Berapa binatang yg dibawa oleh nabi nuh ke atas bahtera sebelum bah? Berapa ahli keluarga Nuh yg bersamanya? Bagaimana Yesus mati?

Beribu-ribu hadis tapi terima sebahagian sebab yang lain tu tidak disokong oleh al-Quran. Dengan kata lain ianya bukan hadis.


Hadis kan ditulis oleh kawan nabi. Kenapa tak terima? Kerana ia tidak sama dgn versi yg ada?

Yes. Buktinya adalah semua yang tercatat dalam al-Quran itu didapati tiada kesalahan. Jika yang aslinya tiada dijumpai pun, then apa masalahnya jika didapati tiada kesalahan di dalam al-Quran itu?


Persoalannya ialah yg asli takde, camna saudara tahu salinannya tu takde silapnya? Soalan yg sama saudara tanya tu...

Nabi Muhammad itu sendiri memiliki beberapa pencatit, salah satunya Zaid bin Tsabit.


Maka, berikan bukti yg si Zaid ini mencatitkan apa yg nabi tu kata. Ada tak?? Kalau boleh yg asal... supaya kita bersifat pasti...

Umat Islam adalah umat yang mempercayai Allah adalah Tuhan dan memenuhi ciri tauhid dalam keimanan mereka. Iaitu mempercayai Tuhan itu esa, dan tiada yang setara atau sekutu bagi Tuhan.Itu juga yang diimani oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan sebagainya. Justeru bermaksud semua mereka itu adalah islam.


Tapi kena, kena pada Tuhan yg betul. Tuhan Ibrahim, Musa, Isa adalah Tuhan Israel dan Kristian kan?

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 10:46 PM | Show all posts
Reply 201# kompia23


   
Sesiapa yg memilih utk mempercayai Tuhan. Itulah umat pilihan. Israel masih umat pilihan kerana mereka masih memilih utk mempercayai Tuhan. Tuhan tidak turunkan mereka yg percaya tetapi meninggikan mereka yg dulu tak percaya tetapi sekrg percaya.


Yes, itulah yang saya katakan. Jika menurut lingkungan kristian sendiri, mereka merasakan mereka mempercayai tuhan. So dalam lingkungan kelompok kristian sendiri sudah tidak wujud umat pilihan antara mereka, kerana semua status mereka adalah sama. Then dalam lingkungan kristian sendiri, tiada sebarang  kelebihan jika menjadi org bangsa yahudi kerana org yahudi dan bukan yahudi tetap sama.

Keduanya sekarang kita lihat pula dengan melihat gabungan agama kristian dan agama yahudi. Org yahudi yang tidak beragama kristian tidak mempercayai Jesus adalah tuhan. Jika mereka tetap umat pilihan, then apa kepentingannya mempercayai Jesus adalah tuhan jika org yang menafikan Jesus adalah tuhan juga diakui umat pilihan dan diakui juga selamat, sedangkan mereka menafikan firman tuhan apabila mendakwa Jesus bukan tuhan?

Tanya dulu, adakah Tuhan saudara sama dgn Tuhan umat Israel dan umat Kristian?


Tuhan umat Islam tu sama dengan Tuhan umat kristian dan yahudi. Cumanya umat kristian kufur kerana menyekutukan Allah bila menganggap Jesus adalah Tuhan, juga kufur tidak beriman pada firman Allah iaitu Al-Quran dan kufur kerana mengingkari perintah Allah iaitu tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad. Umat Israel pula kufur kerana mereka hanya tidak beriman pada firman Allah iaitu Al-Quran dan kufur kerana mereka mengingkari perintah Allah iaitu tidak mahu menerima kerasulan Nabi Muhammad.

Saudara pasti? Maka, kenapa Israel dan umat Kristian masih diberkati oleh Tuhan? Tuhan adalah Tuhan yg berpegang kepada janjiNya. FirmanNya tetap sepanjang zaman. Dan Tuhan yg kami percaya adalah Tuhan yg sama dgn umat Israel. Siapa silap sebenarnya??


Kamu hanya bersangka-sangka saja dengan menganggap umat kristian dan Israel itu diberkati Tuhan. sebab kamu hanya merujuk pada sesuatu yang tidak pasti. Justeru kamu hanya bersangka-sangka.

Betul tu? Siapa nama anak-anak Musa? Berapa binatang yg dibawa oleh nabi nuh ke atas bahtera sebelum bah? Berapa ahli keluarga Nuh yg bersamanya? Bagaimana Yesus mati?


Maksud saya semua tertulis dalam Al-Quran adalah semua maklumat yang diperlukan untuk menjalani kehidupan pada jalan yang sebenar-benarnya. Maklumat lain yang tidak diperlukan tidak lah tertulis dalam Al-Quran itu. Faham ker??

Hadis kan ditulis oleh kawan nabi. Kenapa tak terima? Kerana ia tidak sama dgn versi yg ada?


Saya terima hadis. Bila pulak saya tak terima?

Persoalannya ialah yg asli takde, camna saudara tahu salinannya tu takde silapnya? Soalan yg sama saudara tanya tu...


Kerana jika ada silapnya maka sudah tentu wujudnya percanggahan dalam Al-Quran itu. Jika tiada wujud percanggahan, then bermakna tiadalah kesalahan. Bila tiada kesalahan bermakna salinannya menyamai Al-Quran yang asal kerana Al-Quran yang asal pun tiada kesalahan.

Maka, berikan bukti yg si Zaid ini mencatitkan apa yg nabi tu kata. Ada tak?? Kalau boleh yg asal... supaya kita bersifat pasti...


Buktinya adalah Al-Quran itu tiada kesalahan. Jika Zaid mencatatkan lain dari yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, then pastinya dalam al-Quran ada kesalahan.

Tapi kena, kena pada Tuhan yg betul. Tuhan Ibrahim, Musa, Isa adalah Tuhan Israel dan Kristian kan?


Memang kena pada Tuhan yang betul pun iaitu Tuhan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan juga Tuhan para nabi yang lainnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2011 09:00 AM | Show all posts
So dalam lingkungan kelompok kristian sendiri sudah tidak wujud umat pilihan antara mereka, kerana semua status mereka adalah sama. Then dalam lingkungan kristian sendiri, tiada sebarang  kelebihan jika menjadi org bangsa yahudi kerana org yahudi dan bukan yahudi tetap sama.


Ya, kerana semua yg percaya kepada Tuhan yg melindungi Israel dan umat Kristian adalah umat pilihan. Yg lain bukan umat pilihan. Itu yg saya kata.

Org yahudi yang tidak beragama kristian tidak mempercayai Jesus adalah tuhan.


Tapi mereka tahu Dia wujud. Dan mereka mengakui mereka membunuh juruselamat mereka sendiri. Itu yg mereka tak mahu tetapi mereka tahu akan dtgnya penyelamat bangsa mereka yg mereka masih nantikan.

Tuhan umat Islam tu sama dengan Tuhan umat kristian dan yahudi.


Tidak sama tu. Siapa yg katakan ianya sama, kalau sama takkan ajaran tak sama??

Kamu hanya bersangka-sangka saja dengan menganggap umat kristian dan Israel itu diberkati Tuhan. sebab kamu hanya merujuk pada sesuatu yang tidak pasti. Justeru kamu hanya bersangka-sangka.


Saya bersangka-sangka. Saudara takde mata utk melihat, takde telinga utk mendengar??
Lihat Israel, negara kecil tapi mempengaruhi dunia. Yg terbijak, yg terkaya, yg termahsyur.. kbykn org Yahudi. Tak tahukah saudara.

Maklumat lain yang tidak diperlukan tidak lah tertulis dalam Al-Quran itu. Faham ker??


Maklumat lain walaupun ianya Firman Tuhan tidak perlu?? Kerana ianya tak terdpt dlm buku saudara? Bukankah itu bermakna buku saudara tu tidak lengkap. Lagipun, byk ajaran dtg dari hadis bukan buku tersebut.. Tak betul kan kalau saudara katakan ianya dah lengkap.

Kerana jika ada silapnya maka sudah tentu wujudnya percanggahan dalam Al-Quran itu. Jika tiada wujud percanggahan, then bermakna tiadalah kesalahan. Bila tiada kesalahan bermakna salinannya menyamai Al-Quran yang asal kerana Al-Quran yang asal pun tiada kesalahan.


Bagi kami, ianya adalah secara terbalik. yg silap dlm buku saudara tu kerana ianya memang silap.

Buktinya adalah Al-Quran itu tiada kesalahan. Jika Zaid mencatatkan lain dari yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, then pastinya dalam al-Quran ada kesalahan.


Takde yg asli, camna nak pasti salinan pertama tiada silapnya. Kan semua yg terlibat dah mati. Maka, cuma yg pasti adalah buku asli. Ada tak? Soalan yg saudara gemar nak bagi.

Memang kena pada Tuhan yang betul pun iaitu Tuhan Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan juga Tuhan para nabi yang lainnya.


Ibrahim, Musa, Isa semuanya Yahudi. Siapakah muhammad?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 07:29 PM | Show all posts
Reply 203# kompia23


   
Ya, kerana semua yg percaya kepada Tuhan yg melindungi Israel dan umat Kristian adalah umat pilihan. Yg lain bukan umat pilihan. Itu yg saya kata.


Yes. itu dilihat dalam lingkungan kristian saja.  Justeru hakikatnya tiada apa kelebihan pada bangsa Israel itu. Itulah yang saya cuba sampaikan dulu.

Tapi mereka tahu Dia wujud. Dan mereka mengakui mereka membunuh juruselamat mereka sendiri. Itu yg mereka tak mahu tetapi mereka tahu akan dtgnya penyelamat bangsa mereka yg mereka masih nantikan.


Semua org tahu Tuhan itu wujud. Org buddha pun tahu Tuhan tu wujud.
Justeru persoalannya adalah orang yahudi yang tidak mengakui Jesus itu Tuhan, than bagaimana? Pastinya sekarang mereka bukan umat pilihan Tuhan jika dilihat dalam pandangan kristian sendiri.

Tidak sama tu. Siapa yg katakan ianya sama, kalau sama takkan ajaran tak sama??


Ajarannya tak sama kerana ajaran kristian dan yahudi itu telah diselewengkan, akibat daripada keengganan mereka sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad dan kitab terakhir iaitu kitab Al-Quran.

Saya bersangka-sangka. Saudara takde mata utk melihat, takde telinga utk mendengar??

Lihat Israel, negara kecil tapi mempengaruhi dunia. Yg terbijak, yg terkaya, yg termahsyur.. kbykn org Yahudi. Tak tahukah saudara.


Kerana saya ada mata untuk melihat danada telinga untuk mendengar la maka saya mengatakan kamu hanya bersangka-sangka. Sebaliknya kamu yang takde mata utk melihat, takde telinga utk mendengar, sebab itu kamu beriman secara buta tuli.

Israel, negara kecil bagi saya ianya tidak mempengaruhi dunia, khususnya dunia Islam. Hanya dunia barat saja yang dipengaruhi oleh negara kecik tu. Yg bijak, kaya, termasyur itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada org anggap Israel masyur, tapi bagi saya ianya negara yang zalim. Ini bukan saja pandangan saya saja, malah kamu boleh lihat org kristian sendiri ada yang menganggap negara tersebut zalim. Kalau kita tengok bantuan kemanusiaan untuk Palestin bukan saja dianjurkan oleh negara Islam, tetapi juga oleh negara yg majoritinya penganut kristian.
Lebih-lebih lagi kaya dengan menindas orang lain. Tu bukan masyur namanya tetapi itulah yang dinamakan zalim. Seterusnya bijak, tapi bodoh kerana bangsa itulah yang mengemukakan teori evolusi yang terbukti salah.

Maklumat lain walaupun ianya Firman Tuhan tidak perlu?? Kerana ianya tak terdpt dlm buku saudara? Bukankah itu bermakna buku saudara tu tidak lengkap. Lagipun, byk ajaran dtg dari hadis bukan buku tersebut.. Tak betul kan kalau saudara katakan ianya dah lengkap.


Jika maklumat lain itu perlu, maka Allah akan firmankan. Jika maklumat lain itu tidak perlu, maka Allah tidak akan firmankan. Justeru tiada istilah adanya atau tiadanya firman Tuhan yang tidak perlu dan sebagainya.

Bagi kami, ianya adalah secara terbalik. yg silap dlm buku saudara tu kerana ianya memang silap.


Yes, seperti biasa, jika dakwaan tanpa pembuktian, then hanya tinggal dakwaan kosong semata-mata kerana hanya bersangka-sangka.

Takde yg asli, camna nak pasti salinan pertama tiada silapnya. Kan semua yg terlibat dah mati. Maka, cuma yg pasti adalah buku asli. Ada tak? Soalan yg saudara gemar nak bagi.


Ianya dipastikan dengan tiadanya bukti yang Al-Quran itu sudah tidak terhindar daripada sebarang kesalahan. Jika tiada bukti Al-Quran sudah tidak terhindar daripada kesalahan, maka semuanya benar. Bila semuanya benar. maka semuanya pasti.

Ibrahim, Musa, Isa semuanya Yahudi. Siapakah muhammad?


Pembetulan. Ibrahim bukannya yahudi. Yahudi itu adalah keturunan Nabi Ishak iaitu bermula dengan Nabi Ishak dan ke bawah.

Nabi Musa dan Nabi Isa adalah yahudi yang beriman pada Tuhan yang esa seperti mana Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 09:00 AM | Show all posts
Yes. itu dilihat dalam lingkungan kristian saja.  Justeru hakikatnya tiada apa kelebihan pada bangsa Israel itu. Itulah yang saya cuba sampaikan dulu.


Bukan tu je. Sejarah pun menyokongnya.

Semua org tahu Tuhan itu wujud. Org buddha pun tahu Tuhan tu wujud.


Adeh.. saudara ni cetek pengetahuan betul. Buddha bukan percaya Tuhan ada. Mereka percaya mereka boleh jadi buddha. Buddha bukan tuhan. Ia adalah satu tahap yg manusia yg terbaik boleh capai. Pergi kaji dulu.

Justeru persoalannya adalah orang yahudi yang tidak mengakui Jesus itu Tuhan, than bagaimana? Pastinya sekarang mereka bukan umat pilihan Tuhan jika dilihat dalam pandangan kristian sendiri.


Tidak. Ada dlm alkitab juga. Sekiranya mereka mengikuti hukum Musa, mereka masih diterima tetapi mereka akan diadili ikut hukum Musa.

Galatia 3:10  Karena semua orang, yang hidup dari pekerjaan hukum Taurat, berada di bawah kutuk. Sebab ada tertulis: "Terkutuklah orang yang tidak setia melakukan segala sesuatu yang tertulis dalam kitab hukum Taurat."

Ajarannya tak sama kerana ajaran kristian dan yahudi itu telah diselewengkan, akibat daripada keengganan mereka sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad dan kitab terakhir iaitu kitab Al-Quran.


Buktikan penyelewengan yg saudara dakwakan tu?? Dapat?? Kami tak terima kerana ia memang tidak dinyatakan dlm alkitab dan Buku Taurat org Israel. Maka, camna nak terima. Lagi satu, saudara buktikanlah yg Tuhan pernah kata dlm sejarah manusia yg nabi saudara tu akan diberi buku baru??

Kerana saya ada mata untuk melihat danada telinga untuk mendengar la maka saya mengatakan kamu hanya bersangka-sangka. Sebaliknya kamu yang takde mata utk melihat, takde telinga utk mendengar, sebab itu kamu beriman secara buta tuli.


Saya ada mata utk memerhatikan sejarah menyokong alkitab, saya ada telinga utk mendengarkan ajaran Tuhan, saya ada minda utk memikirkan kelogikan kesemua ini. Dan saya dpti Kristian adalah kepercayaan yg paling disokong dgn bukti yg nyata. Ini bukan sangkaan tetapi kenyataan. Buktinya boleh dirujuk kepada beribu-ribu tahun yg lalu. Dapatkah saudara berkata sedemikian??

Lebih-lebih lagi kaya dengan menindas orang lain. Tu bukan masyur namanya tetapi itulah yang dinamakan zalim. Seterusnya bijak, tapi bodoh kerana bangsa itulah yang mengemukakan teori evolusi yang terbukti salah.


Pertama. Org Kristian tidak menyokong keganasan. Sama ada dari Palestine atau Israel. Bila palestine bunuh israel, saudara kata itu keadilan. Bila Palestine dibunuh saudara katakan ia zalim. Bagi kami, kedua-duanya zalim dan bukan kehendak Tuhan.

Evolusi bukan oleh org Yahudi. Itu oleh Charles Darwin. Maka, sekali lagi saudara silap.

Jika maklumat lain itu perlu, maka Allah akan firmankan. Jika maklumat lain itu tidak perlu, maka Allah tidak akan firmankan. Justeru tiada istilah adanya atau tiadanya firman Tuhan yang tidak perlu dan sebagainya.


Sebab tu, Tuhan dah beri buku Taurat dan Injil yg mengandunginya, yg saudara tak ikut tu.

Yes, seperti biasa, jika dakwaan tanpa pembuktian, then hanya tinggal dakwaan kosong semata-mata kerana hanya bersangka-sangka.


Betul tu. Jadi, dakwaan saudara yg asal tak sama dgn yg salinan tu bukan dakwaan kosong?

Ianya dipastikan dengan tiadanya bukti yang Al-Quran itu sudah tidak terhindar daripada sebarang kesalahan. Jika tiada bukti Al-Quran sudah tidak terhindar daripada kesalahan, maka semuanya benar.


Tiada kesilapan ke atau tidak mahu akui kesilapan?? Kita akan bincangkan hal ini lebih lagi dlm forum lain.

Pembetulan. Ibrahim bukannya yahudi. Yahudi itu adalah keturunan Nabi Ishak iaitu bermula dengan Nabi Ishak dan ke bawah.


Oklah.. kalau saudara nak bezakan sedemikian tu...

Nabi Musa dan Nabi Isa adalah yahudi yang beriman pada Tuhan yang esa seperti mana Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam.


Musa dan Yesus kan umat Israel...

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 12:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 30-3-2011 00:55

Reply 205# kompia23


   

Bukan tu je. Sejarah pun menyokongnya.


Bagaimana sejarah menyokongnya. Sila jelaskan.

Adeh.. saudara ni cetek pengetahuan betul. Buddha bukan percaya Tuhan ada. Mereka percaya mereka boleh jadi buddha. Buddha bukan tuhan. Ia adalah satu tahap yg manusia yg terbaik boleh capai. Pergi kaji dulu.


Pertamanya saya tak kata dalam agama Buddha, Buddha itu dianggap sebagai Tuhan. Seterusnya saya rasa ada baik kamu baca sendiri quoting di bawah. Linknya http://www.buddhistonline.com/tanya/td69.shtml

2. Apakah di dalam Agama Buddha dikenal kata 'TUHAN' sebagai tingkat tertinggi? Atau Buddha?

Jawapan:
2. Pengertian tentang istilah Tuhan memang menjadi yang tertinggi dalam Agama Buddha. Hal ini karena memang menjadi tujuan akhir seorang umat Buddha. Namun, konsep Tuhan dalam Agama Buddha adalah tidak dilahirkan, tidak dijelmakan, tidak diciptakan, dan mutlak, tanpa aku, tidak dipersonifikasikan, dan tidak dapat digambarkan dalam bentuk apapun juga.

Hal ini karena semua kebenaran sesungguhnya tidak akan pernah bisa digambarkan. Satu contoh, menceritakan rasa durian kepada orang lain yang belum pernah makan durian adalah kemustahilan. Oleh karena itu, rasa durian itu baru bisa dimengerti setelah dirasakan sendiri. Demikian pula dengan konsep ketuhanan dalam Agama Buddha, membutu*kan pengalaman sendiri (ehipassiko) dan bukan cerita yang indah-indah tentang Tuhan. Cara mengerti konsep ketuhanan dalam Agama Buddha adalah dengan melaksanakan Jalan Mulia Berunsur Delapan. Dengan demikian, adanya yang mutlak, tak berkondisi maka manusia yang berkondisi dapat mencapai kebebasan dari lingkaran kehidupan tersebut, yang disebut mencapai Nibbana atau Tuhan Yang Maha Esa dalam Agama Buddha.

Sedangkan tentang istilah 'Buddha' adalah semacam gelar untuk mereka yang telah melepaskan 10 macam belenggu kekotoran batin. Dan karena merupakan sebutan atau gelar, jumlah Buddha ini bukan hanya satu, tetapi banyak sekali, tak terhitung, sehingga dapat diibaratkan sebanyak pasir di Sungai Gangga.


Saya rasa cukup jelas menunjukkan konsep ketuhanan juga wujud dalam agama Buddha.

Tidak. Ada dlm alkitab juga. Sekiranya mereka mengikuti hukum Musa, mereka masih diterima tetapi mereka akan diadili ikut hukum Musa.


makanya tiada kepentingan untuk mengakui jesus itu Tuhan. Kerana org yahudi yg tak mengakui Jesus sebagai tuhan, mereka juga tetap diterima.

Buktikan penyelewengan yg saudara dakwakan tu?? Dapat?? Kami tak terima kerana ia memang tidak dinyatakan dlm alkitab dan Buku Taurat org Israel. Maka, camna nak terima. Lagi satu, saudara buktikanlah yg Tuhan pernah kata dlm sejarah manusia yg nabi saudara tu akan diberi buku baru??


Memang dapat sangat.
Al- Baqarah:75 Maka apakah kamu (Muslim) sangat mengharapkan mereka akan percaya kepada mu, sedangkan segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah memahaminya, padahal mereka mengetahuinya.

Yang penting kamu minta bukti, then saya berikan bukti dari sumber yang terhindar daripada kesalahan. Kamu nak terima atau tak, terpulang pada kamu. Tak perlu bukti dalam sejarah, sebab bukti dalam al-Quran yang terhindar daripada kesalahan itu pun dah cukup.

Saya ada mata utk memerhatikan sejarah menyokong alkitab, saya ada telinga utk mendengarkan ajaran Tuhan, saya ada minda utk memikirkan kelogikan kesemua ini. Dan saya dpti Kristian adalah kepercayaan yg paling disokong dgn bukti yg nyata. Ini bukan sangkaan tetapi kenyataan. Buktinya boleh dirujuk kepada beribu-ribu tahun yg lalu. Dapatkah saudara berkata sedemikian??


kamu ada mata dan kamu ada telinga danada minda, namun semuanya tu tidak kamu sandarkan pada kepastian, hanya kamu sandarkan pada sangkaan. Justeru itu samalah macam tiada mata dan tiada telinga dan tiada akal kerana kesemuanya tidak digunakan pada kebenaran yang pasti. Sedangkan Allah mengurniakan itu semua supaya kamu dapat membezakan kepastian dan kepalsuan.
Jika kristianbukti yang nyata, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Pertama. Org Kristian tidak menyokong keganasan. Sama ada dari Palestine atau Israel. Bila palestine bunuh israel, saudara kata itu keadilan. Bila Palestine dibunuh saudara katakan ia zalim. Bagi kami, kedua-duanya zalim dan bukan kehendak Tuhan.

Evolusi bukan oleh org Yahudi. Itu oleh Charles Darwin. Maka, sekali lagi saudara silap.



Islam pun tidak menyokong keganasan, tetapi Islam bertindak memerangi hanya untuk mempertahankan diri dan iman. Bila org datang ke rumah kamu dan ingin membunuh kamu, apa kamu biarkan saja ker? Sudah tentu tidak. Sudah tentu kamu akan membunuh mereka sebelum kamu dibunuh oleh mereka.
Begitu juga dengan org palestin yang membunuh org israel yang datang menceroboh rumah dan kediaman mereka dengan niat untuk membunuh org palestin. Itu bukannya keganasan tetapi itu mempertahankan diri.

Sebab tu, Tuhan dah beri buku Taurat dan Injil yg mengandunginya, yg saudara tak ikut tu.


Bila pula saya tak ikut? Sudah tentu bila saya ikut al-Quran bermakna saya ikut Taurat dan Injil. Kerana kesemuanya itu adalah kitab wahyu Allah.

Betul tu. Jadi, dakwaan saudara yg asal tak sama dgn yg salinan tu bukan dakwaan kosong?


yes, bukan dakwaan kosong kerana saya ada bukti. Contohnya Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.

Tiada kesilapan ke atau tidak mahu akui kesilapan?? Kita akan bincangkan hal ini lebih lagi dlm forum lain.


Tiada kesilapan, bukannya tak mahu akui kesilapan. Boleh saja kita bincangkannya di forum lain.

Musa dan Yesus kan umat Israel...


Yes, mereka adalah antara umat israel yang beriman pada kepercayaan tauhid seperti juga Nabi Muhammad dan juga umat islam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2011 09:27 AM | Show all posts
Bagaimana sejarah menyokongnya. Sila jelaskan.


http://www.answersingenesis.org/ ... y-support-the-bible
http://www.truthortradition.com/ ... e&name=News&sid=178

Baca sendiri.

Pertamanya saya tak kata dalam agama Buddha, Buddha itu dianggap sebagai Tuhan. Seterusnya saya rasa ada baik kamu baca sendiri quoting di bawah. Linknya http://www.buddhistonline.com/tanya/td69.shtml . Saya rasa cukup jelas menunjukkan konsep ketuhanan juga wujud dalam agama Buddha.


Buddha bukan tuhan tapi manusia yg mencapai tahap ketuhanan. Baca web di bawah supaya saudara faham asal usul agama ini.

http://www.urbandharma.org/udharma3/budgod.html

makanya tiada kepentingan untuk mengakui jesus itu Tuhan. Kerana org yahudi yg tak mengakui Jesus sebagai tuhan, mereka juga tetap diterima.


Kerana mereka berpegang kepada hukum Musa. Saudara ada berbuat demikian? Beri persepuluhan, dan kemudian korbankan sembelihan utk dosa saudara?

Yang penting kamu minta bukti, then saya berikan bukti dari sumber yang terhindar daripada kesalahan. Kamu nak terima atau tak, terpulang pada kamu. Tak perlu bukti dalam sejarah, sebab bukti dalam al-Quran yang terhindar daripada kesalahan itu pun dah cukup.


itu bukti saudara? Yg buku saudara tiada penyokong tu? Yg takde taurat dan injil tu? Boleh, saya pun boleh beri dari buku alkitab ttg kepercayaan saudara tu.

Yeremia 14:14  Jawab TUHAN kepadaku: "  Para nabi itu bernubuat palsu demi nama-Ku! Aku tidak mengutus mereka, tidak memerintahkan mereka dan tidak berfirman kepada mereka. Mereka menubuatkan kepadamu penglihatan bohong, ramalan kosong dan tipu rekaan hatinya sendiri.

Matius 24:11  Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang.

2 Petrus 2:1  Sebagaimana nabi-nabi palsu dahulu tampil di tengah-tengah umat Allah, demikian pula di antara kamu akan ada guru-guru palsu. Mereka akan memasukkan pengajaran-pengajaran sesat yang membinasakan, bahkan mereka akan menyangkal Penguasa yang telah menebus mereka dan dengan jalan demikian segera mendatangkan kebinasaan atas diri mereka.

Lihat ayat-ayat di atas. Kepada siapakah ianya ditujukan. Renungkanlah.

kamu ada mata dan kamu ada telinga danada minda, namun semuanya tu tidak kamu sandarkan pada kepastian


Atas dakwaan saudara yg belum diberikan bukti tu?? Rasanya baik saya percaya dgn alkitab saya tu sebab ianya tetap sama.

Jika kristianbukti yang nyata, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.


Buktikan dulu yg dakwaan saudara tu benar. Tak dapat?

Islam pun tidak menyokong keganasan, tetapi Islam bertindak memerangi hanya untuk mempertahankan diri dan iman.


Apakah Israel menyerang saudara? Sehingga saudara nak lihat kemusnahan mereka. Itu dtg dari akar umbi hati saudara yg dtg dari pengajian buku suci saudara tu. Itu perbezaan ketara antara kita. Saya harapkan saudara akan diselamatkan. Saudara pula harapkan bangsa israel dimusnahkan. hati org menerangkan kehidupan rohani seseog.

Amsal 15:28  Hati orang benar menimbang-nimbang jawabannya, tetapi mulut orang fasik mencurahkan hal-hal yang jahat.

Bila org datang ke rumah kamu dan ingin membunuh kamu, apa kamu biarkan saja ker? Sudah tentu tidak. Sudah tentu kamu akan membunuh mereka sebelum kamu dibunuh oleh mereka.


Tidak. Saya tidak akan membunuh mereka. Paling paling saya akan mencederakan mereka sahaja kerana Tuhan saya katakan tidak boleh membunuh.

Begitu juga dengan org palestin yang membunuh org israel yang datang menceroboh rumah dan kediaman mereka dengan niat untuk membunuh org palestin. Itu bukannya keganasan tetapi itu mempertahankan diri.


Bagaimana pula dgn Palestine yg melontarkan peluru mortar kepada umat israel. Bukankah serangan balas israel itu sebagaimana saudara katakan.

Bila pula saya tak ikut? Sudah tentu bila saya ikut al-Quran bermakna saya ikut Taurat dan Injil.  


Tidak kalau mereka itu tidak sama. Yg saudara masih tidak dpt buktikan kerana belum lagi saudara beri buku Tuarat dan injil tu sebagaimana Kristian mempunyai mereka.

Kerana kesemuanya itu adalah kitab wahyu Allah.


Wahyu yg semuanya harus dipatuhi.

yes, bukan dakwaan kosong kerana saya ada bukti. Contohnya Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.


Satu yg lain masih sama.

Yes, mereka adalah antara umat israel yang beriman pada kepercayaan tauhid seperti juga Nabi Muhammad dan juga umat islam.


Tak sama. Sebab umat Israel masih menyembah Tuhan yg sama seperti Musa dan Yesus tetapi saudara tidak. Kerana Tuhan saudara berbeza dgn Tuhan Israel. Dan kerana itu, tuhan saudara nak musnahkan Israel. Fikir dan renungkan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.087216 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list