CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kompia23

Why Islam is not for me

[Copy link]
 Author| Post time 5-6-2010 03:26 PM | Show all posts
ans:potong tangan tu hukum hudud. memang betul nampak mcm tak logic. begeitu juga org2 islam sekular sekarrang ini. tetapi hukum itu memang dari quran bermakna allah yg perintahkan. allah yg cipta manusia ini maka ia tahu hukum yg sesuai utk ciptaanya.hanya negara arab saudi yg saya difahamkan melaksanakan hukuman ini.kesan nya bilangan jenayah  blh dikira dgn jari dlm setahun berbanding dinegara lain terutama  usa dimana jenayah berlaku setiap saat. (sy dengar ceramah dato ismail kamus). maka disini apa tak logic nya hukum potong tangan tu


Hukum potong tangan sebenarnya tidak berkesan. Kerana manusia dunia ini tidak adil. Dulu zaman Israel, ia dibuat oleh imam-imam yg boleh mendengar suara Tuhan. Sekrg saudara sendiri pun boleh lihat sistem penghakiman negara kita. Jika silap menghakimi, apakah tangan yg dipotong boleh diganti balik? Fikirkan tu.

Adakah dgn memotong tangan, seseorg itu akan bertaubat. Apa yg saudara buat cuma akan mengakibatkan org tersebut lebih terdesak utk melakukan jenayah. Kenapa org melakukan jenayah? Ada dua sebab, satu kerana mereka malas dan satu lagi kerana mereka terdesak. Org jenis pertama sekiranya saudara potong tangan mereka ada gunanya. Tetapi sekiranya org jenis kedua, saudara potong tangan mereka. Yg terdesak utk memberi makanan kpd keluarga mereka? Bukankah itu bermaksud saudara menghukum mati keseluruhan keluarga tersebut atas sebab terdesak?

Hukum hudud tidak membantu mengurangkan jenayah. Ia cuma menakutkan org. Dan dlm keadaan terdesak, org akan terus mencuri. Sekiranya saudara katakan hukum hudud dpt memberikan makan minum kepada org. Itu baru akan mengurangkan kadar jenayah.

Saudara katakan Arab Saudi, sekiranya sekrg Arab Saudi tiada minyak. Rasanya saudara apa yg akan berlaku kpd rakyatnya yg bergantung kpd kerajaan utk memberikan mereka wang sara hidup?

ans:memang lah begitu. jika anda dilahir kan dlm kelurga yg menyembah kayu pun, anda juga akan membelek dan meneliti kitab2 mengenai agama itu.


Benar, tetapi akan sampai satu masa di mana saudara sendiri akan sedar dan akan membuat pilihan utk mencari kebenaran seperti yg saudara lakukan sekrg. Saudara akan rasa pelik Kenapa org begitu percaya dgn Yesus sebagai Juruselamat dan Tuhan, dan kenapa org Kristian boleh melakukan mukjizat di zaman ini dgn nama Yesus Kristus saja.

Cuma ada dua alasan yg munsabah saja di sini; sama ada kami semua ini gila atau ia adalah kebenaran. Saudara sendiri pun boleh lihatkan, kebanyakan org baik adalah yg berkepercayaan Kristian. Ini bukan omong kosong tetapi hakikat.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2010 07:15 PM | Show all posts
kebanyakan nabi ini hidup tak berkahwin


yeke?

rasenye Nabi yang tak kawen ni tak ramai... golongan minoriti ja
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 07:24 PM | Show all posts
Adakah dgn memotong tangan, seseorg itu akan bertaubat. Apa yg saudara buat cuma akan mengakibatkan org tersebut lebih terdesak utk melakukan jenayah. Kenapa org melakukan jenayah? Ada dua sebab, satu kerana mereka malas dan satu lagi kerana mereka terdesak. Org jenis pertama sekiranya saudara potong tangan mereka ada gunanya. Tetapi sekiranya org jenis kedua, saudara potong tangan mereka. Yg terdesak utk memberi makanan kpd keluarga mereka? Bukankah itu bermaksud saudara menghukum mati keseluruhan keluarga tersebut atas sebab terdesak?


adakah saudara rasa, hukum potong tangan ni, lepas pencuri kene tangkap, terus je potong?
kes akan disiasat... apabila benar terjadi, baru hukuman dijalankan
lepas tu bergantung juga kepada mangsa kecurian...
adakah dia akan memaafkan pesalah?

dan satu lagi, dengan adanya hukuman seperti ini, manusia akan mula berfikir untuk mencari jalan lain untuk mendapatkan duit, keperluan selain daripada mencuri...

apakah hanya dengan mencuri manusia dapat hidup?


ungkapan terdesak dijadikan sebagai alasan untuk mencuri...
rasanya kalau dia bekerja mencuci pinggan mangkuk pon, tak perlu dia nak mencuri sebab dapat upah...

kenapa nak mencuri? sebab nak senang cepat atau nak menunjuk ada wang...
sedangkan jika dah tak termampu sekalipun, ada jalan lain untuk dapatkan wang...
sekiranya dia tak ada duit untuk menampung kehidupan, bukankah ada badan-badan kebajikan?

yang penting usaha...
maka di sini, rasanya hukuman potong tangan tu adalah sebagai satu amaran... dijalankan kerana orang yang buat tu tak fikir dulu sebelum buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 10:53 AM | Show all posts
Reply 26# namharnimsak

adakah saudara rasa, hukum potong tangan ni, lepas pencuri kene tangkap, terus je potong? kes akan disiasat... apabila benar terjadi, baru hukuman dijalankan lepas tu bergantung juga kepada mangsa kecurian... adakah dia akan memaafkan pesalah?


Jikalau seperti yg demikian kata saudara, maksudnya saudara telah mengubah perintah tuhan saudara. Yang saya tahu, perintahNya adalah memotong tangan org yg mencuri. Bukan melepaskan org yg mencuri sekiranya dimaafkan oleh si mangsa curi.

Mungkin saudara kurang membaca dgn teliti apa yg saya tulis. Saya katakan dlm dunia sekrg, bukan semua hakim boleh diharap. Saudara pun ada mata dan telinga utk meneliti apa yg berlaku di dlm dunia sekrg. Tak perlu jauh, tengok je kat Malaysia. Seperti yg saya katakan, hakim skrg boleh disuap; hakim dulu dlm zaman Israel di bawah penjagaan Tuhan sendiri.

dan satu lagi, dengan adanya hukuman seperti ini, manusia akan mula berfikir untuk mencari jalan lain untuk mendapatkan duit, keperluan selain daripada mencuri... apakah hanya dengan mencuri manusia dapat hidup? ungkapan terdesak dijadikan sebagai alasan untuk mencuri...rasanya kalau dia bekerja mencuci pinggan mangkuk pon, tak perlu dia nak mencuri sebab dapat upah...


Rasanya saudara terlalu lama tinggal terperosok di Malaysia sehingga lupa melihat ke tempat lain yg ada di dunia. Memang Malaysia diberkati dgn pelbagai jenis sumber alam dan pekerjaan yg byk. Kalau saudara tinggal di Darfur, tmpt yg tiada pekerjaan, tiada makanan dan tiada pinggan mangkuk utk saudara cuci. Apa yg saudara akan buat utk terus kekal hidup?

Tahukah kenapa setiap kali peperangan berlaku, perkara pertama yg manusia buat adalah menyerbu kedai makanan dan mengambil setiap benda tanpa membayar? Ianya adalah kerana mereka terdesak bukan kerana mereka tak mampu. Kerana masa peperangan, wang tidak berguna, yg penting adalah nyawa saja. Jadi, adakah itu bermaksud setiap org yg mencuri dlm keadaan tersebut harus dipotong tangannya. Gunakan kebijaksanaan saudara itu utuk berfikir.

kenapa nak mencuri? sebab nak senang cepat atau nak menunjuk ada wang...sedangkan jika dah tak termampu sekalipun, ada jalan lain untuk dapatkan wang...sekiranya dia tak ada duit untuk menampung kehidupan, bukankah ada badan-badan kebajikan?


Seperti yg saya katakan dah. Ada dua jenis pencuri, yg pertama kerana malas... dan yg kedua kerana terdesak... Yg pertama sekiranya saudara nak hukum, hukumlah. Tetapi yg saya rasa tidak adil adalah utk yg kedua. Saudara tak pernah tinggal di jalanan.  Sekiranya saudara lihat di negara Afrika, byk kanak2 terpaksa melakukan byk perkara tdk baik utk menyara hidup adik beradik mereka. Kenapa kerana ibubapa mereka meninggal kerana penyakit AIDS. Memang betul byk badan kebajikan, tetapi berapa byk org yg saudara dpt bantu dgn cara tersebut? Adakah setiap bdn kebajikan ini tidak pilih kasih? Rasanya saudara tahu jawapannya.

yang penting usaha...maka di sini, rasanya hukuman potong tangan tu adalah sebagai satu amaran... dijalankan kerana orang yang buat tu tak fikir dulu sebelum buat...


Itu sebabnya saya katakan hukum potong tangan dah tidak sesuai. Ia cuma menakutkan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 8-6-2010 09:48
rasenye Nabi yang tak kawen ni tak ramai... golongan minoriti ja


Ramai juga yg tak kahwin...

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 07:16 AM | Show all posts
Allah memberikan hukum, kemudian diperjelasi dengan hadis...
untuk mengadili satu agama, belajarlah keseluruhannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2010 08:18 AM | Show all posts
Reply 29# namharnimsak

Allah memberikan hukum, kemudian diperjelasi dengan hadis... untuk mengadili satu agama, belajarlah keseluruhannya


Pelik... Saudara fikir dulu... apakah buku suci saudara tu tidak dpt menjelaskan dirinya sendiri sehingga memerlukan buku lain utk memperjelaskannya. Lagipun byk betul buku lain tu kalau tak silap beratus ribu. Mana satu yg betul. Semua?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:26 AM | Show all posts
Reply  namharnimsak



Pelik... Saudara fikir dulu... apakah buku suci saudara tu tidak dpt men ...
kompia23 Post at 8-6-2010 08:18


adakah apa yang terkandung dalam Bible tu sama yang ada dalam Injil?
bagaimanakah satu bentuk wahyu tu datang seolah-olah seseorang sedang bercerita?


sekiranya kamu sendiri menggunakan Bible yang bukan dari bahasa asalnya, bagaimana kamu yakin apa yang kamu baca itu benar?
adakah Bible itu datang dalam Bahasa Inggeris?

al-Quran hadir dalam bahasa Arab, datang dari Allah,
Nabi Muhammad pula menjelaskan tentang apa yang terkandung dalam al-Quran...

adakah orang dapat faham Bible tu dengan tiada penerangan? sedangkan bahasa yang digunakan Bible tu adalah bahasa kuno... tetapi boleh pula kamu sesuka hati menterjemahkan dalam bahasa kamu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2010 09:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 8-6-2010 09:33
adakah apa yang terkandung dalam Bible tu sama yang ada dalam Injil?


Rasanya ya, kerana injil adalah ttg kedtgn Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat menebus semua yg berdosa (Kasih Tuhan yg begitu besar). Kalau saudara nak nafikan, mungkin saudara boleh bagi injil yg tulen tu?

bagaimanakah satu bentuk wahyu tu datang seolah-olah seseorang sedang bercerita?


Memang perlu camtu. Kalau tidak, camna saudara yg tdk ada di zaman tersebut dpt membayangkan apa yg berlaku. Fikirkanlah, sekiranya tulisan itu rojak, fahamkah saudara apa yg ingin disampaikan. Tuhan kita bukan Tuhan yg kucir kacir tetapi Tuhan yg teratur.

sekiranya kamu sendiri menggunakan Bible yang bukan dari bahasa asalnya, bagaimana kamu yakin apa yang kamu baca itu benar?


Camna ye?? Senang je, test apa yg ditulis dlm alkitab. Tuhan Yesus janjikan Roh Kudus, kebolehan berbahasa roh dan mempunyai karunia rohani - penyembuhan, mukjizat, iman yg kuat, pengetahuan dan sebagainya. Dan ia memang betul. Juga, doa kami dijawab Tuhan.

1 Korintus 12:10  Kepada yang seorang Roh memberikan kuasa untuk mengadakan mujizat, dan kepada yang lain Ia memberikan karunia untuk bernubuat, dan kepada yang lain lagi Ia memberikan karunia untuk membedakan bermacam-macam roh. Kepada yang seorang Ia memberikan karunia untuk berkata-kata dengan bahasa roh, dan kepada yang lain Ia memberikan karunia untuk menafsirkan bahasa roh itu.

Mat 7:7-8
7  "Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. 8  Karena setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya pintu dibukakan.

Saudara, pun boleh.. Tapi kena dlm nama Yesus Kristus.

adakah Bible itu datang dalam Bahasa Inggeris?


Soalan yg saudara patut tanya ialah adakah Tuhan kita, Tuhan satu bahasa? Soalan kedua yg saudara patut tanya ialah 6 billion penduduk dunia, berapa org yg faham bahasa arab? Saudara? Baca tak guna, kena fahaminya. Ingat tak saya beritahu, Tuhan Yesus dtg utk menjelaskan dan memenuhi Hukum Taurat dan Injil, bukan merumitkannya.

al-Quran hadir dalam bahasa Arab, datang dari Allah, Nabi Muhammad pula menjelaskan tentang apa yang terkandung dalam al-Quran...


Jadi, hukum Taurat dan Injil yg dtg dlm bahasa Yahudi dan Yunani yg dtg dulu tidak boleh pakai. Fikir sejenak tu saudara. Hukum Taurat dan Injil tidak akan pupus walaupun zaman beredar kerana ini adalah Firman Tuhan. Firman Tuhan kekal selamanya. Jadi, saudara fikir betul betul tu, adakah betul Hukum Taurat dan Injil ini telah berubah? Atas kata siapa? Sepjg 6000 tahun, tiada org pun yg mengatakan mereka berubah. Cuma ada satu org saja. Adakah Tuhan tak dpt menjaga FirmanNya?

adakah orang dapat faham Bible tu dengan tiada penerangan?


Tiada penerangan? Alkitab telah menerangkan segalanya. Ia adalah buku yg menerangkan dirinya kerana itu ia adalah Firman Tuhan. Firman Tuhan adalah lengkap. Lebih lagi, Yesus janjikan Roh Kudus yg akan membantu kami memahami alkitab.

Rom 8:26  Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan.

sedangkan bahasa yang digunakan Bible tu adalah bahasa kuno... tetapi boleh pula kamu sesuka hati menterjemahkan dalam bahasa kamu...


Bahasa kuno? Tidak sama sekalipun. Bahasa Yahudi (Hebrew) masih digunakan pada hari ini. Rasanya, kalau diterjemahkan pun, saudara rasa adakah makna Firman Tuhan akan lari? Cerita ttg kedtgn Yesus dan lain lain. Saudara pun tahu kan, ttg cerita Harry Potter. Ia telah diterjemahkan kepada byk bahasa. Pada fikiran saudara, adakah jalan cerita itu lari dari kisah sebenar?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:32 AM | Show all posts
Rasanya ya, kerana injil adalah ttg kedtgn Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat menebus s ...
kompia23 Post at 8-6-2010 09:30


???????

kalau macam tu, apa perlu awak menerangkan pada saya sedangkan Bible tu dah cukup menjelaskannya
kenapa bible tu bermacam versi?
ada perjanjian baru ada perjanjian lama

sedangkan al-Quran tu satu... semua orang Islam membaca satu kitab yang sama...

saudara minta saya tunjukkan Bible yang asal?
bagaimana mungkin saya menunjukkan yang asal sedangkan yang ada sekarang pun bukan yang datang dari Isa a.s
sedangkan bahasanya sendiri sudah berubah, apakan lagi isinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 11:14 AM | Show all posts
kalau macam tu, apa perlu awak menerangkan pada saya sedangkan Bible tu dah cukup menjelaskannya


Sebab saudara tak percaya Yesus dan tiada Roh Kudus utk memimpin saudara.

kenapa bible tu bermacam versi?


Sebab ada byk publisher dan perbezaan masa penterjemahan dilakukan.

ada perjanjian baru ada perjanjian lama


Perjanjian lama adalah kisah ttg masa dari Ciptaan bumi sehingga nubuatan kedatangan Yesus. Perjanjiaan Baru adalah kisah kelahiran Yesus sehingga kewujudan gereja dan ttg masa depan.

sedangkan al-Quran tu satu... semua orang Islam membaca satu kitab yang sama...


Satu saudara katakan? Mungkin saudara boleh beritahu di mana tertulisnya hukum taurat dan buku injil dalam buku saudara tu. Lebih-lebih lagi, semua org tahu - buku suci saudara itu tidak menepikan dua buku tersebut tetapi cuma buku susulan. Fikirkan.

saudara minta saya tunjukkan Bible yang asal? bagaimana mungkin saya menunjukkan yang asal sedangkan yang ada sekarang pun bukan yang datang dari Isa a.s


Sebab tu, saudara sendiri pun tak dpt mengatakan buku yg kami org ada sekrg adalah yg diubah kerana saudara takde bukti. Saudara kalau nak kata buku diubah, boleh tapi kena bagi buktinya. Kalau tidak, sia-sia saja saudara katakan sedemikian kerana ia adalah tin kosong yg berbunyi.

Bila saya katakan ttg apa yg saya tulis, ia adalah kerana ia dari buku alkitab ataupun sejarah yg ada.

sedangkan bahasanya sendiri sudah berubah, apakan lagi isinya


Bahasa berubah tetapi isi tidak. .... Bila org terjemahkan buku, mereka tidak ubah isi buku itu kerana itu bukan kerja mereka. Kerja mereka adalah menterjemah je. Fikirkanlah

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:53 AM | Show all posts
Sebab ada byk publisher dan perbezaan masa penterjemahan dilakukan.


ahahaha... Barnaba dan King George punya versi... kenapa dibezakan?

Satu saudara katakan?


al-Quran itu satu, tiada seumpamanya...
tidak ada yang berbeza dari dulu hingga kini... beza pada font tapi isinya sama...

Sebab tu, saudara sendiri pun tak dpt mengatakan buku yg kami org ada sekrg adalah yg diubah kerana saudara takde bukti.


adakah wahyu dari Allah mengatakan:
da matthews berkata...bla bla... etc?

ngape matthews? dia tuhan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 03:39 AM | Show all posts
Reply  namharnimsak



Pelik... Saudara fikir dulu... apakah buku suci saudara tu tidak dpt men ...
kompia23 Post at 8-6-2010 08:18



    ayat Al-Quran dari Allah.. yang mengajarnya agar lebih memahami ayat tersebut adalah Nabi Muhammad.. maksudnya ayat tersebut perlu ditafsir atau dihuraikan dengan lebih lanjut. maka tafsiran ini lah yang panjang lebarnya.

p/s: tafsiran dan terjemahan adalah berlainan.. terjemahan Al-Quran yang ada dikedai2 tu ada dalam pelbagai bahasa dan itu hanya sekadar terjemahan sahaja. manakala tafsiran ni perlu berguru la
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 03:46 AM | Show all posts
injil asal ditulis sendiri oleh Nabi Isa ke????
memang orang Islam wajib percaya kewujudan dan ajaran Nabi Isa dan juga kewujudan injil. Nabi Isa mengajak menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa... sama juga dengan Islam..
masalah sekarang adakah bible sekarang sama 100% dengan injil yang Nabi Isa ajar.
Orang Islam wajib percaya pada kandungan Injil asal yang dibawa oleh Nabi Isa  tapi tidak pada bible kerana tidak yakin bible adalah injil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2010 02:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 13-6-2010 14:55

Reply #35 namharnimsak

ahahaha... Barnaba dan King George punya versi... kenapa dibezakan?


Rasanya saudara tersilap di situ. King James Version adalah versi yg diterjemahkan oleh Christian Holy Bible pada tahun 1604 and dihabiskan dlm tahun 1611 di England.

Gospel of Barnabas adalah sebuah buku yg dikatakan ditulis oleh Barnabas tetapi tidak dpt ditentukan kesahihannya. Alkitab pulak mengandungi 66 buah buku dari buku Kejadian sampai buku Wahyu.

al-Quran itu satu, tiada seumpamanya...tidak ada yang berbeza dari dulu hingga kini... beza pada font tapi isinya sama...


Betul tu, waktu kewafatan muhammad ada tujuh versi, kemudian dijadikan satu. Yg lain dibakar. Dan kerana ada org lain ada versi lain, dibuat versi baru (standard) dan yg lain dibakar sekali lagi. Betul tu, satu je.

Byk yg ada buku itu tetapi berapa org yg faham isinya?

adakah wahyu dari Allah mengatakan: da matthews berkata...bla bla... etc?ngape matthews? dia tuhan ke?


Tidak, dia adalah manusia yg biasa seperti saudara dan saya, yg telah diurapi dgn Roh Kudus yg memimpinnya menuliskan buku Mattius.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2010 03:07 PM | Show all posts
Reply 37# hanglekir

injil asal ditulis sendiri oleh Nabi Isa ke????


Kalau saudara baca Yohanes Bab 1, saudara akan tahu Yesus adalah Firman Tuhan. Jadi, adakah injil asal ditulis oleh Yesus?

memang orang Islam wajib percaya kewujudan dan ajaran Nabi Isa dan juga kewujudan injil. Nabi Isa mengajak menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa... sama juga dengan Islam..


Masalah Tuhan yg saudara fikirkan dgn Tuhan umat Kristian adalah Tuhan yg berbeza. Jadi, macam mana nak katakan Yesus menyuruh menyembah Tuhan yg sama.

masalah sekarang adakah bible sekarang sama 100% dengan injil yang Nabi Isa ajar. Orang Islam wajib percaya pada kandungan Injil asal yang dibawa oleh Nabi Isa  tapi tidak pada bible kerana tidak yakin bible adalah injil


Senang je. Cek balik catatan lama yg ada dlm dunia.

Buku Perjanjian Baru http://www.ccel.org/contrib/exec_outlines/ca/ca_06.htm
Buku Perjanjian Lama http://www.biblestudy.org/basica ... ment-preserved.html

Bukankah Tuhan kata Dia sendiri akan menjaga dan memelihara FirmanNya? Adakah FirmanNya hilang dimakan zaman? Atau Tuhan yg Maha Berkuasa itu tidak berdaya utk mengekalkan FirmanNya dalam dunia ini.

Fikirkanlah.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 12:58 AM | Show all posts
Reply 8# kompia23

Baca balik apa yg saya tulis tu. Saya katakan kepercayaan saudara bukan kepercayaan org Kristian. Kepercayaan org Kristian ialah amalan terbaik adalah berkahwin satu je. Lebih-lebih lagi, bila seseorg itu katakan boleh kahwin 4 tapi sendiri kalau lebih dari 4. Itu namanya penipu. Contoh saya katakan kpd saudara, saudara cuma boleh ambil 5 buah epal, siapa ambil lebih akan dihukum bunuh. Ini Perintah dari Pemerintah Paling Berkuasa. Kerana itu, semua org ambil 5 epal. Tetapi saya sebagai penyampai berita pula ambil 9 buah epal. Semua org nampak dan meragui perbuatan saya. Saya katakan kerana saya ini "special". Rasanya apa yg akan Pemerintah Paling Berkuasa itu akan buat? Saudara fikirkan sendiri.
Kalau begitu...saudara kompia juga patut gelarkan Paulus itu penipu kerana mengada-adakan ajaran yg tak di ajar Jesus.
Ada berani...?


Baginda Rasulullah kahwin banyak pun, takdak masalah.
Tak bercanggah dengan Quran pun..sebab Quran kata kalau tak mampu kahwinlah hanya satu.
Tapi kalau sdr. mampu, nak kahwin lebih pun kahwin laa.
Cumanya, di zaman serba moden lagi canggih sekarang ni berani kaa sdr. nak kahwin sampai 8 bini..?
Kalo tak berani, beristeri 4 saja cukup lah. (itu pun kalau sdr. mampu laa....)


Hairan juga ye....kahwin lebih dari satu bini yang diburuk-burukkan sedangkan motto 'mesti kahwin 1 bini' itu lebih banyak mendatangkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Nak tengok akibat dari penafsiran umat kristian tentang mesti berbini satu.....dah banyak berlaku, malah dalam institusi gereja juga lagi berat permasalahannya.
(Dalam Bible pun tak sebut mesti kahwin 1 bini sahaja. ;))

Bagi kami. Nabi-nabi takdepun apa apa keistimewaan kerana mereka juga sama seperti saya dan saudara, manusia biasa. Mereka jadi istimewa kerana mereka menyembah Tuhan yang istimewa. Kalau saudara tahu ttg sejarah kekristianan. Saudara patut tahu, kebanyakan nabi ini hidup tak berkahwin, mengabadikan hidup mereka sepenuhnya utk pekerjaan Tuhan dan byk mereka mati dibunuh oleh pemerintah manusia masa tu. Jadi, apa keistimewaan yg saudara katakan ni?


Abih tu...kalau nabi terdahulu tiada keistimewaan, takkan terbelahlah laut sampai ke dasar utk bani israel menyeberanginya di zaman Nabi Musa kannn.
Setiap nabi ada keistimewaannya yg tersendiri yg dianugerah tuhan.
Setiap nabi ada pengecualiannya.
Nabi Musa lain, Nabi Isa lain, Nabi Muhammmad lain.


Terlampau nyata sehingga boleh nampak siapa yg benar dan siapa tidak. Tuhan muncul di depan Adam dan Hawa kan? Itu juga dipercayai oleh saudara. Dalam bentuk apa Tuhan bertemu dgn mereka? Mungkin saudara patut jelaskan ini.


Kalau sdr. terlalu menekankan sangat bentuk fizikal tuhan utk meyakinkan bahawa bentuk tuhan adalah dlm fizikal manusia,
kenapa sdr. tak sembah saja fizikal Roh Kudus...? Tuhan juga kann...?


Nampaknya sdr. lebih cenderung ke arah fizikal Tuhan Bapa dan Anak berbanding Roh Kudus itu sendiri.
Kali ini Roh Kudus tercicir.....walaupun ketiga-tiganya adalah satu entiti tuhan.

Nabi M bukan nabi saya dan bagi semua umat Kristian. Kami sampai hari ini pun masih ada nabi kerana ia adalah salah satu pangkat yg diberi kepada umat Kristian yg setia kepadaNya; rasul, nabi, penginjil, pastor dan guru. Dan semua mereka ini adalah manusia biasa yg juga berdosa tetapi digunakan oleh Tuhan yg mengasihi. Manusia berdosa tetapi Tuhan tidak.


Jadi, pada pandangan kristian, semua nabi-nabi itu berdosa.

Yalah tu... Kesilapan perterjemahan jgn disangka kesilapan dlm firman. Lagi satu, buku saudara tu pun takde penyokong. Takdepun disebut walaupun sekali dlm alkitab. Macam mana nak percaya. Yo saudara, sebenarnya semua serangga berkaki empat (ada empat kaki), kan semua serangga ada enam kaki (empat kaki cuma lebih dua kaki lagi)... he he..


Sdr......kalau nak kata salah terjemah,
..tak logik laa sebab dalam mana-mana versi Bible pun dari dulu hingga yg paling terbaru....masih lagi salah terjemah.
Sdr. takde rasa sesuatu yg fishy ke...?

Adeh.... mana ada Dia cakap camtu. Mungkin saudara boleh terangkan lebih lanjut. Jgn beritahu saya ianya adalah ttg kitab kehidupan dan kitab catatan harian perbuatan manusia yg ada kat syurga tu.


Alaa sdr. ni, tuhan kasi ayat berkod-kod laa. kena laa kupas skit-skit.
Kalo sdr. mengharapkan tuhan kasik ayat mudah sebijik-sebijik dalam Bible,

....Adam tu adalah sama taraf dengan Tuhan Jesus tau.

Yg saya katakan adalah Yesus telah menghabiskan pekerjaanNya di dunia ini dan PengajaranNya adalah yg mutlak. Ingat tak saya pernah beritahu saudara, yg buku yg akan dtg pun akan ttg Yesus dan Kerajan Tuhan dan bukan tentang yg lain. Buku Revelation pun ttg Yesus yg diilhamkan oleh Roh Kudus. Takkan itu sudah saudara lupa??


Di bawah adalah apa yang sdr. tuliskan....
"5. Your belief stated your book is the last book, yet no where in the whole bible stated so. Even Jesus Himself stated on the cross, that, "It is finished". "


Kalau ikutkan apa yg sdr. tulis tu, maknanya selepas Jesus di salib pun kitab Bible masih lagi tak lengkap lah.
Kena guna Roh Kudus baru lengkap satu kitab.
Jadinya, ayat " It is finished " itu bukanlah satu bukti bahawa kitab Bible adalah kitab yang penghabisan. Noktah.


Pelik, yg saya tahu saudara sentiasa fikir semua yg diperintahkan Tuhan tak boleh diubah. Tertiba pulak boleh ubah? Takpelah saudara.... mungkin saudara boleh jawab pula persoalan tentang pemberian gadis sunti yg cantik sgt sebagai upah org yg membunuh org lain dan terbunuh kerana menegakkan kepercayaan mereka tu. Camna pula dgn yg perempuan yg berkorban tu? Dapat lelaki tampan segak yg masih sunti ke?


Cuba sdr. kaitkan perkara yg sdr. kata tuhan ubah perintah dlm Al-Quran (tentang arak di syurga) ini dengan perintah larangan makan babi dlm OT tapi dlm NT kata babi boleh di makan.(apa saja)


Agak-agak ada persamaan tak...???

Cuba bezakan ye,
Yang satu tu kata arak adalah larangan di dunia tetapi merupakan suatu ganjaran di syurga.
Manakala yg satu lagi kata babi adalah larangan di dunia dan tiba-tiba plak jadi halal di dunia.



Emm...tentang ganjaran bidadari syurga ni, saya taknak ulas panjang sebab.... macam saya kata di awalan posting....akan terkena tengkuk sdr. sendiri nanti.
(tentang arak dlm syurga di atas pun secara tak sedar sdr. dah pakuk tengkuk sdr. sendiri)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2010 11:07 AM | Show all posts
Kalau begitu...saudara kompia juga patut gelarkan Paulus itu penipu kerana mengada-adakan ajaran yg tak di ajar Jesus. Ada berani...?


Bila Paulus menipu? Kat mana? Berani itu cuma perlu bila kebenaran wujud. Ingat tak pepatah melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah". Paulus tak pernah takut, malah terus berani dgn lantang memberitakan ttg Yesus ke pelosok dunia.

Tapi kalau sdr. mampu, nak kahwin lebih pun kahwin laa. Cumanya, di zaman serba moden lagi canggih sekarang ni berani kaa sdr. nak kahwin sampai 8 bini..? Kalo tak berani, beristeri 4 saja cukup lah. (itu pun kalau sdr. mampu laa....)


Saya boleh kahwin 300, pun boleh. Tapi saya pilih utk tidak membuatnya. Sebagai teladan kepada yg lain.

Hairan juga ye....kahwin lebih dari satu bini yang diburuk-burukkan sedangkan motto 'mesti kahwin 1 bini' itu lebih banyak mendatangkan keruntuhan institusi kekeluargaan.


Saudara, saudara... kahwin byk bini boleh, amacam dgn kahwin byk suami? Kalau tidak keruntuhan institusi keluarga masih sama. Jgn lihat dari sebelah lelaki je. Perempuan pun ada hawa nafsu juga. Rasanya saudara nak menyokong idea ini kerana saudara ini lelaki. Rasanya perempuan suka diduakan ke?

Abih tu...kalau nabi terdahulu tiada keistimewaan, takkan terbelahlah laut sampai ke dasar utk bani israel menyeberanginya di zaman Nabi Musa kan. Setiap nabi ada keistimewaannya yg tersendiri yg dianugerah tuhan. Setiap nabi ada pengecualiannya.


Rasanya saudara masih tak faham apa yg dituliskan oleh saya. Semua nabi adalah manusia biasa yg mempunyai Tuhan yg Maha Berkuasa. Tuhan yg buka laut bukan Musa. Tuhan yg lakukan keajaiban bukan manusia.

Kalau sdr. terlalu menekankan sangat bentuk fizikal tuhan utk meyakinkan bahawa bentuk tuhan adalah dlm fizikal manusia, kenapa sdr. tak sembah saja fizikal Roh Kudus...? Tuhan juga kann...? Nampaknya sdr. lebih cenderung ke arah fizikal Tuhan Bapa dan Anak berbanding Roh Kudus itu sendiri. Kali ini Roh Kudus tercicir.....walaupun ketiga-tiganya adalah satu entiti tuhan


Halo saudara, geng saudara yg katakan Tuhan tidak boleh jadi manusia. Saya cuma tunjukkan yg Tuhan boleh.  

Jadi, pada pandangan kristian, semua nabi-nabi itu berdosa.


Semua berdosa kecuali Yesus Kristus.

Sdr......kalau nak kata salah terjemah ..tak logik laa sebab dalam mana-mana versi Bible pun dari dulu hingga yg paling terbaru....masih lagi salah terjemah.


Mungkin saudara tak tahu dlm byk penterjemahan tu, cuma ada berapa versi je. Yg masih digunakan hingga sekarang sejak ia diterjemahkan. Rujuk alkitab yg ada, kat pengenalan tu.

laa sdr. ni, tuhan kasi ayat berkod-kod laa. kena laa kupas skit-skit. Kalo sdr. mengharapkan tuhan kasik ayat mudah sebijik-sebijik dalam Bible,....Adam tu adalah sama taraf dengan Tuhan Jesus tau


Dalam alkitab ada tak ia katakan Adam tu sama dengan Yesus? Kalau ada sila tunjuk.

Kalau ikutkan apa yg sdr. tulis tu, maknanya selepas Jesus di salib pun kitab Bible masih lagi tak lengkap lah.


Yang saya tuliskan tu ialah Yesus katakan Dia telah menghabiskan pekerjaanNya di dunia, iaitu mati bagi menebus dosa manusia. Dengan itu, Injil telah digenapi sepenuhnya. Dan semua nubuat dlm perjanjian lama ttg Yesus telah dimaktubkan.

Kena guna Roh Kudus baru lengkap satu kitab.


Betul, tu sebab Roh Kudus diutus Yesus kepada umatNya, utk menuliskan semua ini ke dlm buku perjanjian lama. Dan sesudah itu selesailah semua penulisan.

Jadinya, ayat " It is finished " itu bukanlah satu bukti bahawa kitab Bible adalah kitab yang penghabisan. Noktah.


Betul, penghabisanNya adalah diberi kepada Yohanes dlm buku Wahyu.

Wahyu 22:19  Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."

Agak-agak ada persamaan tak...???

Cuba bezakan ye, Yang satu tu kata arak adalah larangan di dunia tetapi merupakan suatu ganjaran di syurga. Manakala yg satu lagi kata babi adalah larangan di dunia dan tiba-tiba plak jadi halal di dunia.


Rasanya saudara masih tidak tahu apa yg saudara sendiri sedang katakan. Biar saya terangkan ye... Mula-mula sebelum Musa terima hukum Taurat. Ada tak Tuhan kata tak boleh makan babi? Dari generasi Adam ke Musa? Ada? Jadi, Tuhan tukar perintah ke?

Jikalau Tuhan boleh berbuat demikian pada masa itu kenapa pula masa Yesus, Dia membenarkannya lagi. Fikir guna otak saudara tu.

Emm...tentang ganjaran bidadari syurga ni, saya taknak ulas panjang sebab.... macam saya kata di awalan posting....akan terkena tengkuk sdr. sendiri nanti.
(tentang arak dlm syurga di atas pun secara tak sedar sdr. dah pakuk tengkuk sdr. sendiri)


Mungkin saudara yg terasa tetapi tidak saya. Saya kenal Tuhan saya dan Dia tidak pernah larang meminum arak tetapi melarang kemabukan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 02:47 PM | Show all posts
Reply 41# kompia23

Bila Paulus menipu? Kat mana? Berani itu cuma perlu bila kebenaran wujud. Ingat tak pepatah melayu, "Berani kerana benar, takut kerana salah". Paulus tak pernah takut, malah terus berani dgn lantang memberitakan ttg Yesus ke pelosok dunia.
  
Orang kata...kura-kura dalam perahu, pura-pura buat tak tahu.

Saya boleh kahwin 300, pun boleh. Tapi saya pilih utk tidak membuatnya. Sebagai teladan kepada yg lain.


Bermakna anda memilih utk melakukan perkara yg sukar di kekang oleh lelaki (yaitu nafsu sifat semulajadi lelaki) walaupun ianya telah di beri kelonggaran oleh tuhan utk berkahwin ramai.(secara ikatan perkahwinan yg terang-terang sah disisi agama dan peradaban manusia)
Berapa ramai orang yg berkahwin kononnya setia pada yg satu tapi pada masa yang sama pasang anak ikan merata-rata..?
Tuhan dah bagi kelonggaran bersyarat tentang kahwin lebih dari satu ni....tapi masih ada yg mempertikaikannya.


Saudara, saudara... kahwin byk bini boleh, amacam dgn kahwin byk suami? Kalau tidak keruntuhan institusi keluarga masih sama. Jgn lihat dari sebelah lelaki je. Perempuan pun ada hawa nafsu juga. Rasanya saudara nak menyokong idea ini kerana saudara ini lelaki. Rasanya perempuan suka diduakan ke?


Sdr......saya rasa perkara pompoan kahwin lebih dari satu suami ni ada di bincang suatu waktu dahulu.
Pernah tak sdr. terfikir bahawa wanita yg bersuamikan 4 pada satu-satu masa sebagai contoh... mengandung dan melahirkan anak. Sekarang anak tu anak bapak yang mana satu...?

Nak uji DNA...?
Dulu-dulu manade benda-benda macam ni.


Katakan si isteri memang disahkan tak boleh melahirkan anak secara normal (mesti cara C-section) dan suami ada 4 orang.
Silap haribulan kena bergilir-gilir buat anak. Tahun ni anak suami A. Dua tahun lagi suami B mesti buat anak. Diikuti dua tahun berikut dan berikutnya.
C-section ni at least kena rehat 2 tahun baru doktor benarkan mengandung balik.
Confirm kempunan laa suami-suami yg lain. Nak buat anak pun kena beratur ikut turn.


Jadi, pendapat sdr. berkenaan wanita patut ada hak utk kahwin lebih pada satu-satu masa memang tidak boleh diguna pakai sama sekali....sampai laa hari kiamat.
Tuhan dah bagi kelonggaran bersyarat, sebab tuhan lebih tau apa kehendak semulajadi kaum adam nih.


Rasanya saudara masih tak faham apa yg dituliskan oleh saya. Semua nabi adalah manusia biasa yg mempunyai Tuhan yg Maha Berkuasa. Tuhan yg buka laut bukan Musa. Tuhan yg lakukan keajaiban bukan manusia.


So do Jesus Christ. Its all about God's permission not Jesus himself.
Jesus boleh buat perkara di luar batas kemampuan manusia, Musa juga boleh.
They are prophet....great prophet just like Muhammad.


Halo saudara, geng saudara yg katakan Tuhan tidak boleh jadi manusia. Saya cuma tunjukkan yg Tuhan boleh.


Ye...tapi kenapa tak sembah fizikal Holy Spirit, itu je persoalannya.
Adakah kerana tuhan boleh menjelma jadi manusia maka sdr. percaya sedangkan pada masa yg sama Holy Spirit sdr. pinggirkan.


Mungkin saudara tak tahu dlm byk penterjemahan tu, cuma ada berapa versi je. Yg masih digunakan hingga sekarang sejak ia diterjemahkan. Rujuk alkitab yg ada, kat pengenalan tu.


Sekiranya ada perubahan terhadap ayat serangga berkaki empat(dlm Bible) kepada enam kaki, itu dah di kira merubah ayat-ayat tuhan.
Sdr. kerap manggunakan alasan kesalahan terjemahan.
Seolah sdr. menjatuhkan kesalahan itu kepada pakar-pakar penterjemahan ilmuan kitab Bible.
Tapi katanya Ruh Kudus yang membimbing mereka....but still salah terjemah juga, banyak kali.

Sdr. ini kitab suci bukan buku kamus yg boleh di edit sewenang-wenangnya sampai banyak versi.


Dalam alkitab ada tak ia katakan Adam tu sama dengan Yesus? Kalau ada sila tunjuk.


Dalam Alkitab takde kata pun yg Adam tu sama dengan Jesus, cuma sebut son of god je.
Apa itu son of god mengikut kacamata orang kristian..? Semua orang tau.


Yang saya tuliskan tu ialah Yesus katakan Dia telah menghabiskan pekerjaanNya di dunia, iaitu mati bagi menebus dosa manusia. Dengan itu, Injil telah digenapi sepenuhnya. Dan semua nubuat dlm perjanjian lama ttg Yesus telah dimaktubkan.

Betul, tu sebab Roh Kudus diutus Yesus kepada umatNya, utk menuliskan semua ini ke dlm buku perjanjian lama. Dan sesudah itu selesailah semua penulisan.


Betul, penghabisanNya adalah diberi kepada Yohanes dlm buku Wahyu.

Wahyu 22:19  Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam kitab ini."

Agak-agak ada persamaan tak...???


Sdr. baca balik apa yg sdr. tulis di bawah:
"5. Your belief stated your book is the last book, yet no where in the whole bible stated so. Even Jesus Himself stated on the cross, that, "It is finished". "


Pokok persoalan sdr. yg sebenar ialah:


Tiada lagi the last book selepas Bible danJesus juga mengiyakannya sewaktu di palang salib dengan kata-kata "It is finished".
Tapi bila ditimbulkan peranan Ruh Kudus di dalam melengkapkan kitab Bible selepas kewafatan Jesus, sdr. mula berubah alasan lain.
Sekejap kata lain pastu kata lain pulak.




Rasanya saudara masih tidak tahu apa yg saudara sendiri sedang katakan. Biar saya terangkan ye... Mula-mula sebelum Musa terima hukum Taurat. Ada tak Tuhan kata tak boleh makan babi? Dari generasi Adam ke Musa? Ada? Jadi, Tuhan tukar perintah ke?

Jikalau Tuhan boleh berbuat demikian pada masa itu kenapa pula masa Yesus, Dia membenarkannya lagi. Fikir guna otak saudara tu.

Tu pasal aku tanya...
Sdr. kata tuhan islam berubah perintah(isu arak di dalam syurga/dunia) sedangkan dalam Bible sdr. sendiri pun tuhan ada buat perubahan dalam perintah dari takleh makan babi kepada boleh makan babi atau apa saja.




Baca balik apa yg sdr. tulis di bawah:
6. Your belief say cannot drink alcohol on earth because it's prohibited, yet in heaven you will have a river of it. And this command came during your prophet time and not during Moses and Jesus' time. God changed??

See....? you've chopped yourself kompia.

















Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 11:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by ponet at 19-6-2010 23:50

It is because, At the End of The Day, Jesus will come to save us (Christians),  NOT OTHER prophet! Even Muslims also believe in this. Why must I follow someone who CANT save me? la...la...la..la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.086446 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list