CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213814|Reply: 1144

[MAB] Bintang Garden - Mari Bercucuk Tanam

  [Copy link]
Post time 17-5-2010 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by naen at 14-6-2011 13:44


TEMPAT PERTAMA








Bintang Garden - Mari Bercucuk Tanam (adabintang)

Tempat Pertama
Thread Terbaik Board BORAK 2009




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 08:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 17-5-2010 11:07






ade ape dalam garden ni...;)
masuk  la dulu... baru nampak ape yg ade..

door gift untuk tetamu


jemputlah jamu ape yang ade...

garden cake pun ade



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 5-7-2010 13:37






PENGENALAN

salam untuk semua..

jemputlah masuk sini.. tiada yang istimewa. semuanya simple je..memandangkan ada ni suka berkebun kalau ade masa terluang.. dan sekiranya ada kerajinan..(hhaha).. memang best berkebun nih...

dalam thread nih, ada nak kongsi sikit tumbuhan yang ada tanam.. yang teringin nak tanam.. yang selalu dilihat.. yang jarang dilihat.. dan yang terlintas di fikiran nak tepek pic ape..

jom jom..


      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 10-6-2010 11:06

cuma nak share... kalau ade masa lapang ada memang suka tanam tanam ni.. teringat dulu time tunggu result exam.. lepak kat umah takde nak buat ape...so. cara terbaik lepaskan boring dan dapat keluarkan peluh...tanam la pokok bunga....



list list bunga yg pernah ditanam
   

1. pokok puding



POKOK bunga puding dipercayai berasal dari kepulauan Fiji, Australia dan Maluku. Pokok itu tidak berbunga, tetapi daunnya unik dan berwarna warni yang cukup sesuai untuk hiasan taman yang agak luas.

Pokok ini memang mudah diurus dan mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dalaman dengan menggunakan pasu tetapi memerlukan dedahan cahaya yang banyak.


Spesies tumbuhan berbatang ini hanya mempamerkan keindahan warna dan reka bentuk daunnya saja. Ia turut sesuai ditanam secara kelompok sebagai tanaman tumpuan. Sekiranya teknik kombinasi menjadi pilihan, ia bermanfaat sebagai latar belakang kepada pokok hiasan lain.

   



2. pokok ati ati



pokok yg paling simple di tanam.. sedikit info tentang pokok ni:

Pokok Ati-ati, sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.

Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.

Varieti Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau



3. pokok bunga kertas

        


sedikit info:
Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.                                                                                               
                                                                       


   



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 10-6-2010 12:21



4. pokok bunga raya

   



sedikit info:

Bunga Raya merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Hibiscus rosa-sinensis adalah bunga kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai Bunga Raya. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga yang dicadangkan adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan, pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuh Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai bunga kebangsaan.


Hibiscus Cina (Hibiscus rosa-sinensis L.; Keluarga Malvaceae) adalah pokok renek asal di barat Asia, juga dikenali sebagai mawar China dan bunga Kasut. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai cultivars, varieties, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut disebahagian India.


   


5. pokok aglanomea

  

Ciri-ciri :
Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae) dan menjadi tumbuhan hiasan kegemaran kerana daunnya yang menarik dan ketahanannya hidup di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang terbatas.

Habitat asalnya ialah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup sempurna pada medium yang mempunyai saliran yang baik dan poros serta mendapat bekalan air yang mencukupi.Air sangat penting untuk pertumbuhannya dan tumbuhan ini akan mati jika tidak mendapat air yang mencukupi.Ia juga merupakan tumbuhan yang senang ditanam serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit.





   

6. bunga tahi ayam



Oleh kerana baunya yang agak busuk, nama bunga tahi ayam dipilih sebagai pengenalan kepada pokok ini bagi masyarakat tempatan. Nama sains bagi pokok ini ialah Lantana camara. Pokok ini senang ditanam dan mudah dijaga. Menurut kajian daun bunga tahi ayam mengandungi sejenis minyak (sineol) yang senang meruap dan senang meresap dalam udara. Minyak ini juga mempunyai rasa seperti daun pudina. Minyak yang terhasil ini juga amat berkesan untuk mengeluarkan lendir dan kahak daripada penyakit asma. Lendir yang menghalang saluran pernafasan dapat dikeluarkan dengan menghidu bau yang terhasil dari ramasan atau tumbukan daun yang telah dijemur sehingga setengah kering. Daun pokok bunga tahi ayam juga boleh mengurangkan bengkak akibat daripada infeksi kuman. Ini disebabkan oleh kandungan turpineol (minyak atsiri yang bersifat antiseptik yang boleh membunuh kuman) dan furfurol (bersifat fungisida yang berkesan merawat penyakit kulit yang diakibatkan oleh kulat) di dalamnya. Daunnya perlu ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang sakit.


   
                                                                                               
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 10-6-2010 15:32

  

selain itu, ada nak kongsi pokok pokok buah yg ade kat umah...ayah ada rajin gak menanam masa kami mula duduk kat kampung tu...

antaranya..

1) durian



Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.






menu menu berkaitan durian

a. pulut durian



resepi pulut durian


bahan2

2 cawan pulut
1 cawan santan cair
secubit garam
4 ulas isi durian
2 sudu gula merah
2 sudu gula putih
1 cawan santan pekat

Cara2

Rendam pulut sekurang2nyer 4 jam.Kukus mcm biasa.. Bubuh santan dgn garam secukup rasa.

Untuk serawa..very the easy laaa... rebus durian tu dgn 2 cawan air...rebus sampai kembang.pastu masukkan santan pekat, gula merah & gula putih.kacau sehingga sebati dan pekat.




b. lempok durian



resepi lempok durian



Bahan-Bahannya :
Buah durian ( ikut suka beberapa biji )
Santan ( kalau durian dalam 3 - 4 biji saiz besar santannya hampir 1kg )
Gula pasir ( ikut citarasa )

Cara Membuatnya :

Asingkan isi durian dari bijinya tetapi tinggalkan 1 ulas yang tidak dibuang bijinya
bertujuan untuk jadi panduan lempok kita dah masak ke belum.
Kemudian masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali. Seelok-eloknya kuali
tembaga.
Selepas itu kacau sampai masak macam dodol.
Nak tahu dah masak ke belum tengok pada biji yang dimasukkan sekali tadi.
Kalau dah tak ada isi yang melekat dan nampak macam berminyak maksudnya
dah masaklah tu.




c. aiskrim durian



resepi aiskrim durian

Bahan-bahan :        

1/2 kotak tepung coffeemate  
         isi durian ikut berapa suka
        1 cawan tepung aiskrim/nesco ( tak ada pun tak pe)        

Gaul dalam bekas dengan senduk.  
        Masukkan dalam peti ais.  
        Bila separuh beku, kisar/gaul dengan mixture [pengisar].  
        Masuk dalam peti ais semula.  
        Setengah beku gaul lagi.  
        Masuk dalam peti ais hingga jadi eskerim.  
        Bole le makan sebagai pencuci mulut dengan koktel atau cola float atau         nescafe float....        

Selamat menerai..


  


d. patin masak tempoyak



Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin-bersihkan dengan asam keping
2 cawan Tempoyak-kalau boleh tempoyak lama yang dah masam.
11 biji cili padi-nak pedas tambah lagi
1 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
Daun kesum dan bunga kantan


Cara-caranya:
Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup sehingga lumat.
Bancuhkan tempoyak dengan air mengikut kepekatan-cikmin suka kuah pekat
Masukkan bancuhan tempoyak tadi bersama bahan tumbuk dan ikan kedalam kuali.
Masakkan sehingga menggelegak,masukkan daun kesum,bunga kantan dan garam.
Setelah ikan masak tutup api siap untuk dihidangkan.



  












Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2010 08:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 10-6-2010 16:24

  
2. belimbing buluh




Buah   Belimbing  Buluh berbentuk   bujur   dan memanjang. Warnanya hijau kekuningan. Setiap buah mempunyai 4-5 bonggol yang tidak kelihatan. Apabila telah masak, isinya lembik dan mengandungi banyak air serta rasanya masam.  Walaupun begitu,  ia tetap menjadi kegemaran kanak-kanak yang memakannya bersama garam halus.
Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.


Selain itu, bagi menghilangkan batuk, segenggam bunga Belimbing Buluh dicampurkan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, tiga kali sehari.
Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi pula, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.

pokok ni buleh gak campur kat masakan sebagai sayur..masammmmmmmmmmmmm ya amat




3. nangka



Buah Nangka yang masak amat sedap dimakan, manis dan wangi serta rangup. Ramai diantara kita yang bimbang untuk memakan Nangka kerana dikatakan boleh menyebabkan angin dan cirit birit, tetapi ianya boleh diatasi dengan cara memanggar buah nangka masak sebelum mengupasnya untuk dimakan isinya, atau rebus dan makan biji nangka jika cirit birit dan banyak angin selepas makan isi nangka..

Biji nangka yang masak pula amat enak jika direbus, lemak dan menyelerakan. Di sesetengah negeri Bijinya dijadikan gulai atau dijadikan kacang panggang, malahan ada juga yang menjadikannya tepung untuk kegunaan membuat roti dan sebagainya.



*        Daun Nangka amat digemari oleh binatang ternakan terutama kambing. Kepada pihak yang menternak kambing secara komersial perlulah menanam pokok nangka untuk tambahan bekalan makanan kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi. Maka jimatlah kos makanan kambing disamping dapat hasil nangka. Jangan asyik bagi pelet je - Gandakan keuntungan ternakan anda dengan mengurangkan kos makanannya.

    

*        GETAH NANGKA  -  Getah nangka yang dipanaskan boleh digunakan sebagai gam untuk sambungan atau tampalan peralatan tembikar yang pecah atau retak kerana ia mengandungi 82-6-86-4 resin yang amat berguna sebagai bahan pengilat.


*        KAYU NANGKA  -  Mengikut kajian dan praktikal industri di Sri Langka, Kayu Nangka menjadi sumber eksport ke Eropah kerana Nilai kualiti kayunya yang amat tinggi. Warnanya akan berubah mengikut usia pokok dari warna jingga kepada kuning kemudian coklat dan merah pekat  " (  HEBAT SEKALI KAYU NANGKA ) ".  Kayu nangka tidak dimakan anai-anai, juga tahan kulat dan bakteria perosak. Kayu nangka yang berusia matang sama taraf dengan kayu Mahagoni dan lebih tinggi nilainya daripada Jati. Ia sering digunakan untuk pembinaan dan membuat peralatan muzik.
Kebenarannya - Kebanyakan Istana di Bali dan Makasar diperbuat daripada batang pokok nangka.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 11-6-2010 13:04

4. rambutan

      


Rambutan (Nephelium lappaceum L) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia.  Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun.

Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang.  Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek.  Dahan utama rendah dan terbuka.  Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil.  Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu.  Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak.  Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan.  Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm.  Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari .  Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.




5. pokok kuinin



   

buah ni dalam kumpulan yang sama dengan pelam atau mangga.. kalau terkena getahnye pada lidah.. sedikit gatal.. so ... hati hati bila makan kuini ehhhhh
ade gak yang menjadikan buah ni sebagai sambal.. ala... macam tempoyak tu.. inilah hasil sambal kuini..



buat kerabu pun boleh tau..



BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kuini yang masak ranum
1 biji bawang besar hiris halus2
1 1/3 cawan santan
3/4 camca besar lada hitam biji, tumbuk halus
1 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Buah kuini dicuci bersih, kupas dan hiris halus isinya, letak dalam mangkuk, masukkan sekali bawang hiris dan gaul rata. Ketepikan.
  • Lada hitam ditumbuk halus, masukkan ke dalam santan tadi dan masukkan juga belacan hancur kan belacan tadi sehingga larut, tambah sedikit garam dan gula, kacau rata.
  • Tuang dalam hirisan buah kuini + bawang hiris tadi, gaul rata dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum dihidangkan......





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 11-6-2010 13:35

dalam banyak banyak buah.. ade jugak buah yang ada belum pernah makan dan teringin nak makan...korang pernah dengar ke nama buah buahan ni.. jom kenal kenal sikit...

buah mentega

   

buah ni ade rupa macam buah pisang kaki sikit kan..
Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buahyang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan  ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.



buah keriang dot

    

Dipercayai, pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan. Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Apa yang menarik mengenai buah ini ialah gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur. Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.





buah dabai

   

Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara  tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 11-6-2010 14:32

buah yang jarang jumpa tapi dah pernah makan..

buah terap

   



kat sabah..derang panggil buah ni buah tarap
Ia adalah sejenis buah-buahan yg banyak terdpt di negeri Sabah. Nama tempatan utk buah ini ialah tarap, tuwa, timadang, terap... ia sedap, manis & lemak... isinya spt nangka, cuma lebih kecil, warna putih & kulitnya yg mempunyai 'bulu2' agak kasar & rapat2... daun lebar & bebulu, pokoknya bergetah... tinggi... saiz buah, ada yg sebesar penumbuk shj (spesies hutan) sehinggalah ada yg sebesar kepala manusia... di Sabah, pokok ini memang boleh kelihatan di mana2, tepi2 jalanraya, kebun, di halaman2 rumah... pd musimnya, ia banyak dijual dgn harga kurang drpd rm4 sebiji... bila masak, ia tdk boleh disimpan lama kerana cepat lembut & rosak... isinya yg manis & lemak boleh dibuat kuih...aritu bawak balik semenanjung pun dah lembikkk..hhuhu



buah membangan

   

sejenis buah yang hampir sama dengan kuini. tapi ade kat sabah je atau kepulauan borneo.. tau pun sebab dulu pernah duk sabah kejap.. ya ampunn.. masam giler buah ni.. selalu nye derang buat jeruk buah ni..

ni la rupenye jeruk buah bambangan..



resepinyaa...

pheww...ni lagi kesukaan rakyat sabah ni terutama suku kaum kadazandusun....jeruk bambangan. cuba lah ..memang sedap sehingga menjilat jari ni


Bahan-Bahan :


  • 5 biji buah bambangan -buang kulit dan hiris isi buah bambangan
  • 4 biji bambangan (biji sahaja)- diparut
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

  • Isi Buah Bambangan dihiris
  • campur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
  • isi dalam botol dan tutup ketat. boleh tahan lama. dalam beberapa hari sudah boleh dimakan...

beliur pula...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 19-6-2010 12:45

cakap pasal tumbuhan yg ade kat sabah ni... teringat pulak kat tuhau.. korang pernah dengar tak..tuhau ni kaum dusun kat sabah buat sayur...

  
tuhau



1st time kenal sayur ni masa berkunjung ke rumah salah seorang sahabat aku kat ranau..bayd.. sori aaa bayd.. aku mention nama  ko sini
kerana memperkenalkan aku dgn sayur nih..
1st bau diaaaaa.. mak haihhhh ... tersangatla tidak enak untuk dihidu

pic bawah ni kasi clear sikit sayur nih..
p/s: gadis ayu yg pegang tuhau ni bukan aku tau..

     




macam lengkuas sikit kan..yg ni pun sama gak macam buah kat atas tu.. kat sabah je jumpa pokok ni..



yang atas ni pulak tuhau yg telah dijerukkan... mmmmmmmm... sedapppppp
sehingga menjilat jari





Cara-cara untuk membuat jeruk Tuhau adalah:


BAHAN-BAHAN:

  • tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)
  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh
  • limau kapas secukupnya (limau nipis)
  • garam dan ajino moto secukup rasa
  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)
  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

Caranya:

  • Tuhau di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
  • Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau
  • masukkan garam, aji no moto(MSG) dan cili api.
  • Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar
  • perahkan air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)
  • hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.
  • Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.

P/s: Hidang bersama ikan bakar/ikan masin/ikan goreng...hihi


bila la boleh merasa tuhau ni lagikkk

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 11-6-2010 17:02



klip klip gambar tanaman sayur.. sesaje nak tepek..



  

   

   





   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 19-6-2010 12:47







Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.




Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.


Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.



Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.


Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.


dipetik dari :

pkukmweb.ukm.my




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 10:51



HIDROPONIK


salah satu kaedah penanam untuk sayur ni.. nama hidroponik.. korang pernah dengar ke..


Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.


Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi "hidroponik takung" adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad.







KAEDAH HIDROPONIK


Sistem Pengaliran Nutrien


Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:


i) Pam air untuk akuarium.


ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).


iii) Tangki untuk larutan nutrien.


iv) Tenaga elektrik.


v) Pasu plastik kecil (jika perlu).




Sistem Takung


Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:


i) Takung tanaman.


ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).


iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).





KAEDAH PENANAMAN


Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-


Cara Mengubah:


  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
  • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh


Cara Semaian terus


  • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
  • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
  • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
  • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air



KELEBIHAN HIDROPONIK


Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:


  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 21-6-2010 15:45



sayur hidroponik

   
   

   




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 12:52

kita tau ape itu ubi.. kita selalu makan ubi.. tapi kita tau ke pokok ubi tu macam mana?.. ubi tu pulak ade 1 jenis je ke..camne rupanya kalau baru tuai.. jom jom.. kita kenal kenal

1) ubi kayu

  

      

Cara Penanaman
Mudah je... Ambil batang kau ubi ni lalu ditanam dengan keratan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.



tahu tak? ubi kayu nih boleh buat pinggan.. dalam satu artikel petikan dari berita harian:



Pinggan pakai buang ubi kayu
# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.




menu menu berkaitan ubi kayu



  


   


  




  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2010 08:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 14:20

2.ubi kentang

yang biasa kita nampak...

      

    



yang kita tak biasa nampak...

         


Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

~petikan dari:
veteranhealthclub.blogspot.com







   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 15:50

3) ubi keledek





   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 16:34

tanaman ulam ulaman

      

ape itu ulam?

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi.

korang suka ke makan ulam nih.. banyak khasiat doh... mata leh jadik segar bugar.. selain khasit lain yg kita tak tahu..
meh korek korek sikit..

1. awet muda... ye ke....? sape yang makan tau le kot..
2. kandungan nutrisi yang baik

3. banyak kandungan serat..
4. penawar.. ni kalau dalam aspek perubatan la..


jom kenal kenal pokok-pokok yang selalu dibuat ulam nih..kadang kadang kita biasa makan tapi tak tau nama kan.. haha.. (macam aku la tu...)

kita biasa makan petai ni..



biasa jugak makan jering ni..

  


ulam yang jarang jarang kita buat makan...

bebuas?

     

sambung nyawa?...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by adabintang at 2-7-2010 17:15

sambungan...

daun tenggek burung

yang ni ade kat belakang umah aku... very the sedap.. kot boring boring makan sayur pasar... petik je belakang umah..hehe

  








Pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat. Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tengek burung kecil,berwarna hijau kelabu.



Khasiat  : Pucuk Tenggek burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim. Ia juga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan peraliran darah.









     



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.102261 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list