Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.
salam untuk semua..
memula sekali ada nak ucap banyak banyak terima kasih pada moderator board borak terutamanya pada sourplum dan masarju kerana menganjurkan kembali pertandingan thread sempena anugerah borak nih.. ada rasa teruja sangat sebab ni kali pertama ada join.. sebelum ni memang tak pernah join..dan tak pernah kenal board borak..
ada masuk untuk memeriahkan dan memberikan sokongan pada pertandingan nih.. kalau bukan kita yang bagi sokongan.. sape lagi.. ye tak..
jadinya.. untuk kesekian kalinya.. ada minta maaf kalau thread nih tak beshhh.. tak tau nak tulih ape sebenarnya.. main taruh je.. janji siap sebelum waktunya..
yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari ada sendiri..