Ini aku sedang memakai blouse beli kat bundle. Actually dia size L tapi memang sangat cantik. Member aku belikan. Hehe. Mula-mula kau dah fikir nak jual. Tapi takde orang nak beli pun. Last-last aku pakai jela. Biar tak nampak serebeh sangat aku pakai belt. Dalam gambar ni tak nampak sangat beltnya. Aku pakai sekali skirt yang aku pakai time Citrawarna tu.
Kalau nak diikutkan dalam gambar ni semua barangan terpakai kecuali shawl tu. Yang lain semua sama ada second hand or beli kat thrift store or beli kat bundle. Terserlah kecintaan kepada barangan terpakai
Ini aku nak cerita keburukan beli barang vintage ni online.
Barang vintage dan preloved/second hand dan sewaktu dengannya ni lain macam sikit kualiti dia. Orang dah guna lah katakan. Aku ada beli satu baju from orang yang buat account kat Myspace. Masa dapat tu, memang tak boleh masuk. And jahitan dia cincai boncai ja. Layankan jelah. Dah beli takkan nak buang. Member aku belanja pulak tu bajunya.
Dari luar memang aku rasa baju ni sweet sangat. Tapi dari dalam, macam boleh terburai bila-bila masa pun baju nya. *sigh*
Ni pula pasal beli kat thrift store tapi tak inspect. Rupanya cardigan yang aku beli tu dah dijahit jahit kat bahgian leher. Nasib baik aku pakai tuding so tak nampak bahagian leher nya. Huhu.
Kat sini tak nampak sangat cardigannya. Tapi baju yang aku pakai tu vintage beli kat kedai dekat Myspace. Aku suka. Kain dia macam kain baju kurung. Memang favourite lah sebab kalau duduk rumah memang aku sentiasa berbaju kurung. Selesa.
Ni cardigan yang sama. Warna dia ala-ala merah oren lah. Sangat sedap pakai. Aku sayang cardigan ni walaupun dalaman dia buruk
Tapi ni aku beli before aku discover ada orang jual baju vintage RM5-RM10 offline. Mula-mula dulu nak cari barang vintage ni susah. Tak ramai orang jual. Nak dapat selalu online saja. Tapi bila aku discover bazar, booth-booth, bundle pasar malam jual baju vintage, aku jarang sangat beli vintage online. Kalau aku beli online pun barang second hand yang masih nampak baru dan tak dijual kat bundle. And after mistake yang aku buat pasal cardigan tu, after tu aku memang akan inspect habis-habis baju yang aku beli. huhuhu Last edited by miminn on 26-3-2014 02:33 PM
Sebagaimana tips kat atas tadi, before buying something yang used ni or vintage dan sebagainya, kenalah cek betul-betul kalau ada kecacatan kat baju/barang tu. Aku bagi contoh baju kat bawah ni...
Bila aku nak iron nak keluar baru aku perasan ada lubang at the side of the dress. Adeh. Frust gila. Tak besar and orang lain tak nampak pun. Tapi rasa cacat. Huhuhuhu. Gambar ni masa my 21st birthday eve. Berjalan menuju ke LRT Hang Tuah nak balik kolej. Bag tu pulak my mom's Berre leather handbag. Now dah jadi vintage. i loike!
Perhatikan seluar. Seluar ni sebenarnya jenis wide legged. Aku beli dekat Andmoreagain: Pharmacy. Kat blogshop tu memang banyak jual jeans berjenama. Yang aku punya ni GAP. Harga dia sangat murah. RM45. Kualiti dia sangat bagus. Andmoreagain ni memang salah satu blogshop yang dipercayai. Senang kata boleh menang trusted brand award. Service pun bagus. Bukan setakat jeans je dia jual. Ada juga baju, t-shirt, vintage stuff. Tapi semua tak semurah yang beli tepi jalan sebab kualiti barang-barang dia memang terbaik!
Aku suka pakai jeans ni tapi aku malas nak potong. Jeans panjang sangat. Sekarang bahagian bawah dia dah ala-ala terbarai. HAHA
This is my latest picture. Aku pakai skirt yang beli kat Youth'10. Cardigan tu second hand. Bag tu dah guna 5 tahun. Still going strong. Hehe. Belt pulak from Old Scool Boutique.
Post last ni aku nak cakap pasal being 'awkward'.
Ada orang cakap aku pakai awkward macam ni and aku percaya kalau korang baca pun ada yang rasa aku dressup pelik. Aku mampu senyum and gelak saja. Aku tak sangka pula kalau kat JB tak boleh pakai camni. Tak tau pulak aneh. Individual, maybe. Tapi tak sangka ada dress code kan. Huhuhu. Tapi layankan sajalah.
Apa yang aku boleh cakap, kalau kita selalu shop kat tempat-tempat barang terpakai memang kita akan jadi lebih kreatif. There is no harm in dressing up however you like. Macam aku dah cakap previously, aku tak suka sama dengan orang lain. And this kind of style works for me. So, aku tak kisah pun kalau orang nak cakap aku awkward yang penting aku tak nak jadi plain jane.
So, nasihat aku yang tak seberapa untuk korang yang teringin nak tukar style ke... nak try new style ke... nak pakai itu ke ini ke... pakai saja. Be confident. Asal kau selesa dengan diri kau, nobody else can bring you down!
This is my latest picture. Aku pakai skirt yang beli kat Youth'10. Cardigan tu second hand. Bag tu d ...
miminn Post at 17-5-2010 18:22
wahh..so interesting..
fara pn dok jb..rasanya ramai je lah yg stylo gini kt jb..
tp brg nk cari ala2 gini susah arr..
fara pn sometime kena bli on9 gak..kalo x, mmg fara bli kt booth event mna2 kt kl tu..
thanks for link yg min bg tu..n also sharing tips / info..
Baca thread mimiteringat kat adik bongsu ...pebret dia time cuti berjalan2 kesana kemari cari kedai2 bundle ...cari one of a kind t shirts - macam2 pilihan dia ..ada yg plain tshirt tapi berconteng dgn marker tandatangan tah sape2 ... ad yg tulisan korea ..jepun ..asal nmpk graphic lawa dan lain sikti ..mesti dia pilih ..bermacam jenis .. ayah pon suka bundle ..tapi dia suka cari kasut ... dia cakap kasut tu baru2 lagi .pakai pon best ...design pon ok