Post Last Edit by poisonrose912 at 20-5-2010 22:15
Setelah puas kufikir...:re:
Kutenung...Kutelek...
Kurenung...
Akhirnya Tajuk ini menjadi pilihan hati....
Entah mengapa...
Perkataan ini sering berlegar-legar difikiran
Sejak aku mengambil keputusan
untuk menyertai pertandingan ini....
AKU, DIA & CARI.....
apa yang harus aku ceritakan??
apa yang harus aku coretkan??
siapakah gerangan yang berminat membacanya??
atau aku akan syok sendiri??
walau se'negatif' mana jawapannya...
aku pasrah....
perjuangan harus diteruskan...
MALAYSIA BOLEH!!
siapa AKU??
siapa DIA??
siapakah yang diCARI??
akan cuba kuhuraikan....
melalui karya ringkas ini....
DIA......ayushuhada
AKU masuk BORAK, DIA dah ada...
mesra dengan yang tua dan yang muda
sungguh sporting, boleh diajak bergurau senda
DIA otai didalam BORAK
tengok pangkat semua orang dah boleh agak
very caring, sebab tu semua panggil akak
cuma belum ada yang nak panggil dia emak...
setiap hari setia disini
tak pernah miss walau sehari
melainkan dia tersangatlah bizi..
tak sempat pagi, petang mesti dia mari...
avvy pilihannya...lisa surihani
dulu-dulu penah jugak pakai rita rudaini
mengikut permintaan di masa kini
tengok siapa pulak pilihan DIA lepas ni??:re:
EMMO....siapa DIA??
mungkin ramai yang kenal DIA...
walaupun hadirnya sekejap-sekejap saja
almaklumlah....selalu berlegar-legar di udara....
bila DIA ada...semua rumah DIA terjah
sebab orangnya memang sangat peramah
tapi kadang-kadang cepat sangat nak marah
mungkin ada perkara yang dia tak betah....
di CAFE sana kami berkenalan
nampak macam sombong, susah nak buat kawan
bila dah kenal, cerita sampai tak cukup ruangan
baru kutahu EMMO punya penangan...{:1_126:}
walau hadir tak sentiasa...
kami disini jangan dilupa..
kalau ada masa dan ketika....
jenguk-jenguklah kami tanya-tanya berita..
adabintang....siapa DIA ni??
tentulah forummer tegar disini
kalau tak, takkan AKU nak cerita kat sini
sure semua orang komplen plak nanti
kulihat kucing teringat DIA...
avvy tu yang paling kerap DIA guna
kucing gemuk, kurus, tua, muda, semua DIA pernah guna
tapi sekarang dah ikut tema le kita...
suka membantu semua warga
tak kira orang baru atau orang lama
semua dia layan sama sahaja
confirm lepas ni jadi MOD pula...;)
segala pertandingan...DIA le peserta
tak pernah ketinggalan nama DIA mesti ada...
kami di BORAK sentiasa mengundi untuk DIA
menang ke kalah....itu belakang cerita...
siapa DIA hanima??
majistret atau lawyer??
penyanyi atau pelakon drama??
atau sekadar artis jalanan saja??
AKU suka berborak dengannya....
sambil-sambil bergurau senda...
rotan AKU yang paling DIA suka....
jangan ingat diriku ROSE tak pandai murka....:@
bila AKU berborak dengannya...
rotanku seperti tak sabar-sabar nak tunjuk muka
maaf ye hani....AKU gurau-gurau saja...
kalau tak boleh....SURAU ada di depan sana....
kepala AKU dah jammed sekarang ni....
tak tahu apa lagi nak cerita pasal hanima ni....
cerita tak senonoh tak boleh masuk sini
takut kena potong kedit dengan MOD SP....
AKU mula berjinak dengan internet, masa kecik-kecik dulu
masa tu dialing....dah paling canggih le tu...
mula-mula belajar ber e-mel dahulu....
dah pandai sikit....mula berchatting le AKU....
masa belajar, boleh le AKU layan...
bila dah kerja, hati dah mula nak rasa bosan...
takkan nak baca e-mel sepanjang zaman
mulalah mencari lain-lain pilihan...
AKU diperkenalkan kepada CARI...
melalui rakan sekerja di sini...
mulanya cuma nak baca gosip artis terkini
nak tambah rencah borak-borak sambil minum kopi
AKU masuk rumah gosip setiap hari...
takut ketinggalan gosip terkini...
mula-mula cuma jadi pembaca sepi...
penghabisnya daftar kat CARI, sebab nak join komen sekaki..
disana AKU berkenalan dengan ramai kawan
ada lelaki ada perempuan
ada jugak yang jantinanya kuragukan
malas nak masuk campur, AKU layankan.....
semakin lama, hati dah tak tahan...
rasa boring dan jugak bosan...
baca cerita artis tempatan...
kahwin cerai dah macam mainan...
tangan dah mula nak click tempat lain...
rumah gosip, AKU dah taknak join...
nak melilau carik board lain....
rumah sini AKU nak resign....
AKU berpindah ke board baru....
board yang ada cerita mistik dan hantu...
sambil-sambil baca cerita kat situ...
AKU pun post gak pengalaman-pengalaman KU...:cf:
lama jugak AKU bertahan kat board tu....
ada beberapa cerita yang ku ikuti di situ..
menambah pengalaman dan jugak ilmu...
berdasarkan kisah benar yang diorang lalu...
sudah tiba satu tahap....
rumah MPS dah mula senyap...
dah takde cerita-cerita menarik dan mantap...
AKU pun mula le nak beralih tingkap....
seterusnya AKU ke BOARD DATUK SITI NURHALIZA pula
konon-konon nak beralih angin le kita...
sebab AKU pun minat kat dia....
tak salah le kalau AKU ke sana....
AKU suka kat board ini...
sebab banyak info dan berita terkini...
tentang penyanyi yang AKU minati...
jadi, tahulah apa aktiviti dia yang terkini...
rakan-rakan disini peramah sekali...
tak pernah sombong walau AKU orang baru disini...
itu yang buat AKU rasa berbesar hati...
masuk ke board tu tumpang sekaki....
waktu bekerja board ni sunyi...
nak jumpa sorang pun susah sekali...
semuanya bekerja seikhlas hati....
takde monteng atau curik tulang le ni....